Baru saja dilanda taufan teruk bulan lepas, Jepun sekali lagi menerima amaran bakal menghadapi Taufan Hagibis yang dijangka melanda negara tersebut hujung minggu ini.
Taufan Hagibis bermaksud ‘pecutan’ dalam Bahasa Tagalog dan menurut pegawai di Agensi Kaji Cuaca Jepun di satu sidang akhbar, taufan ini membawa hujan paling lebat dan angin. Ribut itu adalah yang paling kuat melanda Tokyo sejak 1958 dan orang ramai perlu bersiap sedia bagi ombak tinggi dan rebut (Berita Harian).
Bencana ini dijangka membadai beberapa daerah di Jepun antaranya Kyushu, Shikoku dan Honshu. Penduduk negara tersebut diminta melakukan persiapan awal dengan menjangkakan taufan ke-19 bakal membadai pulau-pulau utama di Jepun.
Malah, masyarakat disana juga turut berkongsi gambar keadaan langit yang bertukar menjadi ungu di media sosial mereka.
Kebanyakan perlawanan sukan terpaksa dibatalkan termasuklah penganjur Grand Prix Formula Satu Jepun membatalkan semua latihan dan sesi kelayakan yang dijadualkan hari ini dan dua pertandingan Piala Dunia Ragbi juga turut dibatalkan.
Selain itu, syarikat penerbangan juga dilihat membatalkan semua penerbangan domestik dari dua lapangan terbang utama di Tokyo serta beberapa penerbangan ke dan dari lapangan terbang yang berkhidmat di bandar Osaka dan Nagoya.
Kami mendoakan agar masyarakat Jepun dilindungi dan jika ada pelancong dan rakyat Malaysia yang tinggal disana, semoga semuanya dipermudahkan.
Hari yang paling ‘ditakuti’ oleh gadis seluruh dunia yang meminati Putera Harry akhirnya tiba juga!
Setelah bertahun-tahun spekulasi melibatkan bila Putera Harry akan mendirikan rumah tangga berterbangan, akhirnya adik kepada pewaris kedua takhta Britain itu bakal mengahwini teman wanitanya, Meghan Markle.
Menurut sumber rasmi istana, majlis dijadualkan berlangsung pada musim bunga 2018. Tak lama lagi dah tu!
The Prince of Wales has announced the engagement of Prince Harry and Ms. Meghan Markle. pic.twitter.com/rtlAnFCWTf
Menurut kenyataan Kensington Palace melalui laman Twitter, Putera Harry telah memberitahu Ratu Elizabeth dan seisi keluarga diraja mengenai berita baik itu. Beliau juga telah mendapat restu daripada keluarga Meghan.
Terlebih dahulu, Putera Harry telah mengikat tali pertunangan dengan Meghan pada awal bulan ini.
=============================
Kini, apabila Putera Harry telahpun menjadi milik orang, ramai yang tercari-cari siapa pula bakal mengisi ruang kosong ‘Putera Bujang’ yang ditinggalkan oleh beliau. Mungkin ada yang boleh beralih minat kepada lima orang putera pilihan REMAJA ini.
Putera Sebastien dari Luxembourg, 25
Sebelum tahun 2017, tidak ramai orang yang memperkatakan tentang Putera Sebastien. Hanya selepas foto beliau menyambut hari jadi ke-25 tersebar pada April lalu, ramai menunjukkan minat untuk mengetahui beliau dengan lebih mendalam.
Beliau adalah putera bongsu kepada Grand Duke Henri dan Grand Duchess Maria Teresa. Pemilik nama penuh Putera Sebastien Henri Marie Guillaume, Prince of Nassau itu kini berada di Akademi Sandhurst United Kingdom bersama Raja Muda Jordan, Putera Hussein untuk menjalani latihan.
Pada masa lapang, Putera Sebastian gemar terlibat dalam sukan ragbi sejak di Universiti Steubenville, Ohio lagi. Selain ragbi, beliau juga sukakan sukan renang, ski dan mendaki. Hhm, dakilah Gunung Kinabalu. Moga bertemu di sana, eh!
Putera Mahkota Hussein dari Jordan, 23
Bercakap mengenai rakan kepada Putera Sebastien ini, beliau tampil sedikit berbeza apabila beliau cukup aktif di Instagram. Link di sini, you are welcome.
Putera Mahkota Hussein bin Abdullah merupakan waris kepada institusi diraja Jordan dan merupakan seorang yang cukup cool! Selain daripada boleh mendapatkan tiket ke Met Ball di New York, beliau juga menyukai aktiviti lasak dan berkelakian seperti bermotorsikal dan sukan ekstrem.
Lihat sajalah gambar yang dimuat naik oleh beliau di Instagram. (Okay korang dah scroll habis, kan)
Putera Mahkota Hussein juga pernah menjadi individu termuda untuk berucap di mesyuarat kaunsil Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 2015 (ketika berumur 20 tahun) di mana beliau membentangkan cara untuk mengelakkan belia daripada terjebak dalam grup ekstremis. Sudahlah pandai bermain bola sepak, pandai dan berkepimpinan pula tu!
Putera Joachim dari Belgium, 25
Tidak banyak perkara peribadi yang dikongsikan oleh putera berusia 25 tahun ini sebenarnya. Manakan tidak, akaun Twitter-nya telah lama dibiarkan sepi sejak tahun 2012.
Mungkin beliau sudah beralih ke akaun SnapChat kot, hehe. #OkayHambar
Apapun, Putera Joachim telahpun memperoleh ijazah Sarjana Muda dari sebuah universiti di Milan dan kini dilaporkan sedang mengikuti latihan ketenteraan bersama angkatan Belgium.
Dengan karakter yang penuh misteri dan pandangan mata yang tajam, gadis seluruh dunia masih suka merenung wajah beliau walaupun mereka terpaksa berpuas hati dengan beberapa keping gambar saja.
Putera Mahkota Hamdan dari Dubai, 29
Walaupun beliau sedikit berusia berbanding empat orang putera pilihan kami, tetapi itu langsung tidak mempunyai efek ke atas daya tarikan Putera Mahkota ini.
Sheikh Hamdan Bin Mohammed atau lebih mesra dikenali dengan panggilan Fazza seperti yang digunakan untuk akaun Instagram beliau ialah seorang putera yang boleh dikatakan sempurna pada pandangan ramai gadis.
Wajah beliau yang kacak, sifat pentingkan keluarga dan anak buah serta kebolehan untuk berjaya dalam sukan equestrian sehingga meraih pingat emas sudah cukup untuk membuatkan semua gadis mendengus, “aww..”
Selain daripada sukan berkuda itu, Putera Hamdan juga mempunyai minat mendalam untuk jentera kereta berkuasa tinggi dan aktiviti skydiving. Hmm, patik pun sanggup terjun bersama!
Putera Mateen dari Brunei, 26
Setelah berakhirnya Sukan SEA KL 2017 pada bulan Ogos yang lalu, mana-mana senarai eligible princes tidak sah tanpa kelibat Putera Mateen.
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen atau lebih dikenali sebagai Putera Mateen di kalangan orang ramai merupakan anak lelaki keempat Sultan Hassanal Bolkiah.
Selain daripada sukan Polo yang disertai beliau pada Sukan SEA lalu, Putera Mateen juga pernah bermain untuk pasukan bola sepak Brunei iaitu AM Gunners selain pernah bertanding dalam sukan Badminton pada peringkat nasional.
Putera Mateen juga mendalami aktiviti selam skuba melalui abang-abang angkat beliau. Hasilnya, Putera Meteen berjaya mendapatkan sijil kursus PADI Open Water Course. Namun, bukan hanya sijil itu yang diperolehi beliau.
Pada tahun lalu, Putera Mateen juga membuktikan beliau antara golongan bijaksana seperti ahli keluarga beliau lain apabila berjaya menghabiskan ijazah Sarjana dalam Diplomasi Antarabangsa dari Universiti London.
Fun Facts: Followers Putera Mateen di Instagram telahpun meningkat dua kali ganda, dari 360,000 (Mac 2017) ke 723,000 (November). Makin susahlah korang nak pikat beliau!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Semua kejohanan dunia perlu memberi jaminan kepada SEMUA negara dan atlet agar selamat dan bebas daripada diskiminasi semasa bertanding..”
Ini adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Internation Paralympic Council (IPC) menerusi presidennya, Andrew sewaktu mengumumkan pelucutan hak Malaysia sebagai tuan rumah Kejohanan Renanh Paralimpik Dunia 2019.
Malaysia sepatutnya dijadualkan untuk menjadi tuan rumah kejohanan tersebut di Kuching Sarawak bermula 29 Julai depan.
Namun, selepas keputusan Malaysia menerusi kerajaan Pakatan Harapan menolak kemasukan atlet Israel ke dalam negara sekaligus tidak membenarkan mereka mengambil bahagian, dunia terus menyoal keputusan negara tersebut.
Ini kerana sewaktu Malaysia menerima hak tuan rumah pada tahun 2017, kita sudah dimaklumkan untuk memberi jaminan kepada semua negara yang bertanding tanpa diskriminasi.
Dalam pada itu, masih belum ada kenyataan rasmi daripada Menteri Belia & Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkenaan isu ini.
Namun menerusi akaun Instagramnya beberapa hari lalu, rakyat Malaysia di Palestin gembira untuk mendengar ketegasan negara yang menolak kemasukan warga Israel kerana Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan mereka.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lagi khidmat bas percuma telah diperkenalkan di negara kita dan kali ini negeri Melaka pula mengambil langkah sama seperti kerajaan Selangor lakukan sejak beberapa tahun lalu.
Berita tentang pelancaran bas percuma di Melaka ini telah dilakukan pada awal bulan ini yang telah dilancarkan oleh Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari.
Berkuatkuasa mulai semalam, bas percuma yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Melaka dijangka memberikan manfaat kepada lebih 290 ribu orang penduduk dalam tempih setahun.
Sektor pelancongan terutamanya di kalangan orang muda dna pencong asing dijangka akan terus meningkat dengan pengenalan bas percuma ini.
Di manakah laluan yang akan digunakan oleh bas percuma Melaka?
Terdapat 3 laluan utama iaitu Melaka Sentral ke Mydin (melalui Simpang Kipmart), Melaka Sentral ke Mydin (melalui Hospital Besar) dan Melaka Sentral ke Pasar Transit. Bas percuma ini beroperasi bermula dari jam 6.30 pagi hingga 8.00 malam.
Menurut pengendali iaitu syarikat di bawah kerajaan Melaka, Panorama Melaka Sdn. Bhd., ia merupakan sebagai salah satu inisiatif dalam tempoh 100 hari kerajaan Pakatan Harapan untuk memberikan khidmat cukup bermanfaat ini.
Jadi buat kamu yang ingin berjalan-jalan di Melaka, gunakanlah peluang menikmati bas percuma ini. Boleh jimat duit!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
AirAsia melakar satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara apabila mengumumkan polisi seragam baharu yang lebih inklusif, membenarkan kru kabin wanita memilih untuk...