Sekali fikir best jugakan tindakan begini dalam mendisiplikan masyarakat yang engkar. Ya lah, sudah banyak larangan agar tidak melanggar SOP kesihatan dalam memastikan wabak COVID-19 ini tidak terus tersebar termasuk sentiasa memakai pelitup muka, membasuh muka serta penjarakan fizikal tapi masih ramai yang engkar.
Dalam pada itu, akhbar Tribunnews melaporkan, dalam mendisiplinkan masyarakat peri pentingnya menjaga SOP Kesihatan, demi mencegah dan menghentikan penyebaran Covid-19 semakin meluas di Daerah Khusus Ibu Kota (DKI) Jakarta pihak berkuasa melaksanakan pilihan baring di dalam keranda yang dibuka selama lima minit di tengah khalayak ramai atau bayar denda yang dikenakan.
Ads
Hal ini menjadi bualan di kalangan masyarakat khususnya kerana ada beranggapan memasukkan indvidu ke dalam keranda adalah sesuatu yang menakutkan.
Di Pasar Rebo Jakarta Timur, dua orang yang tidak memakai pelitup muka dilihat berbaring di dalam keranda salama lima minit.
Individu tersebut, Abdul Syukur berkata dia memilih baring di dalam keranda kerana tidak memakai pelitup muka.
“Masanya singkat, lima minit. Saya juga tiada wang untuk bayar denda. Jadi pilih baring di dalamnya. Lagi pun selepas ini perlu pergi untuk kerja,” katanya lagi.
Ads
Dalam pada itu, wakil camat dari Pasar Rebo Santoso berkata, Abdul antara tiga individu yang melanggar protokol kesihatan pada Khamis lalu.
Katanya, dia ada berbual dengan lelaki tersebut kenapa pilih baring dalam keranda.
“Katanya kalau kena kerja sosial, masa diambil satu jam dan ada banyak kerjanya yang tergendala. Nak bayar denda wang pula tiada. Dan dia buat pilihan baring dalam keranda kerana masanya hanya lima minit sahaja,”kata Santoso.
Dalam pada itu, dia menasihati agar warga kota mematuhi peraturan ditetapkan oleh pemerintah agar wabak ini dapat dibendung dengan cepat. Tambah Santoso lagi, pemilhan keranda adalah sebagai simbolik bahawa jika soal kesihatan diambil remeh, keranda adalah tempat terakhir masyarakat akan duduki sebelum dimasukkan ke liang lahat.
“Ya soal COVID-19 bukan mainan kerana sudah ramai meninggal di seluruh dunia. Ia sebagai satu pendidikan untuk masyarakat agar tidak memandang remeh isu penjagaan diri,”katanya lagi.
Ramai anggap gurauan semata
Di sebalik isu ini ramai melihat isu ini sebagai gurauan di media sosial. Ia bermula dengan satu twitter yang berkata, sesiapa tidak mengenakan pelitup muka akan dimasukkan ke peti jenazah. Ramai tidak mempercayainya tapi ternyata ia benar berlaku untuk mendidik masyarakat tentang kepentingan mematuhi SOP Kesihatan.
Korang rasa wajar ke dibuat di negara kita?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagai menuangkan minyak tanah ke dalam api, begitulah perumpamaan yang boleh kita katakan terhadap segelintir masyarakat yang menimbulkan situasi atau sebarang provokasi yang mampu mengancam keselamatan dan ketenteraman awam melalui media sosial di tengah ketegangan kemelut politik di Malaysia.
Malah, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pengerusi Pakatan Harapan (PH) terpanggil untuk memberi komen dan pandangannya melihat kepada situasi ini.
Menurut beliau melalui perkongsian di media sosial, usaha dan ikhtiar dalam menubuhkan kerajaan yang bertanggungjawab dan stabil tidak seharusnya berakhir dengan kekacauan kerana kaum Melayu, Cina, India, Orang Asli, suku kaum Sabah dan Sarawak adalah bersaudara sebagai manusia dan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan.
Malah, president Ph ini turut menyeru Ketua Polis Negara dan PDRM agar menjalankan tugas dengan segera agar tidak menggugat kemajmukan Malaysia.
PDRM Pantas Bertindak
Dari pemantauan kami, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani telah pun mengeluarkan amaran berikutan PDRM mengesan tindakan pengguna media sosial memuat naik kandungan yang menyentuh sentimen perkauman atau keagamaan dan menghina institusi diraja susulan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) serta pembentukan kerajaan.
“PDRM memberi peringatan dan penegasan kepada pengguna media sosial agar mengekang diri daripada menyalahgunakan platform tersebut untuk menyebar kandungan bersifat provokasi yang boleh mengakibatkan kegusaran awam.
“Tindakan tegas di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Hasutan serta Kanun Keseksaan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba menimbulkan situasi mengancam keselamatan dan ketenteraman awam,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.
Terdahulu, keputusan PRU15 menyaksikan Pakatan Harapan memperoleh 82 kerusi Parlimen diikuti Perikatan Nasional (73), Barisan Nasional (30), Gabungan Parti Sarawak (22), Gabungan Rakyat Sabah (enam), Warisan (tiga), Bebas (dua) serta Parti Bangsa Malaysia dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat masing-masing satu kerusi.
Majoriti mudah untuk membentuk kerajaan ialah 112 kerusi namun ketika ini berlaku situasi Parlimen tergantung apabila tiada parti atau gabungan politik mendapat majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.
Apa-apapun moga negara Malaysia tercinta ini terus maju dan harmoni.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebelum membeli apa-apa produk kecantikan di pasaran, eloklah terlebih dahulu sekiranya korang menyemak bahan apa yang telah digunakan dalam produk tersebut.
Walaupun dilaporkan sudah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), namun ianya belum menjamin kesahihan yang dinyatakan oleh pihak pengeluar.
Menurut posting seorang pengguna Twitter, dia ada share beberapa produk kosmetik yang mempunyai racun berjadual.
Serius la…korang ada tak pakai produk yang disenaraikan ni?
Tapi apa itu Racun Berjadual?
Menurut Myhealth, racun berjadual ialah bahan farmaseutikal seperti ubat untuk selsema dan batuk, antibiotik dan lain-lain lagi. Ia dikelaskan kepada beberapa kategori dan kebanyakan bahan farmaseutikal ini hanya boleh dibekalkan oleh doktor atau diperolehi daripada ahli farmasi dengan doktor. So, racun berjadual tidak boleh dibenarkan dalam produk kosmatik.
Faham tak? Haha. Mesti bertambah pening.
Malah, rata-rata warganet juga ada berkongsi pengalaman mengunakan produk local yang mempunyai racun berjadual ini.
.
.
Kesimpulannya, jangan mudah terpedaya dengan segala produk yang ada dipasaran sekarang. Korang boleh semak status pendaftaran terlebih dulu melalui website npra.moh.gov.my atau boleh menghubungi bahagian Regulatori Farmasi Negara di talian 03-78835400.
Jangan disebabkan nak cantik dan sihat cepat, korang main sebat saja segala produk yang diiklankan. Lebih baik jika dapatkan dahulu nasihat daripada doktor.
Sumber : Twitter
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nahas pesawat Boeing 737 Max 8 melibatkan syarikat penerbangan Lion Air JT 610 menjadi trending di seluruh dunia selepas terhempas di perairan Karawang, Jawa Barat pada Isnin 29 Oktober pagi, 13 minit selepas berlepas dari Bandara Soekarno Hatta dalam penerbangan menuju Pangkal Pinang, Kepulauan Bangka Belitung pada jam 6.20 pagi.
Pesawat ini tidak pecah di udara sebagaimana tular di media sosial. Setakat artikel ini ditulis, kotak hitamnya belum ditemui. Malah di mana kedudukan pesawat malang ini masih menjadi misteri kerana selaman pada kedalaman 30-35 meter ke dasar laut tidak menemukan apa-apa lagi. Malah pihak berkuasa Indonesia juga menafikan gambar yang tular di media sosial kononnya separuh dari badan pesawat sudah ditemui.
Tular di media sosial kononnya separuh badan pesawat sudah ditemui. Sehingga petang ini tiada penemuan bangkai pesawat dilaporkan
Sebagai syarikat penerbangan utama di Indonesia, Lion Air antara disenaraikan sebagai syarikat yang menunjukkan peningkatan dari segi keselamatan kepada tujuh bintang oleh agensi penarafan global, AirlineRatings.com.
REMAJA senaraikan 14 nahas udara melibatkan syarikat penerbangan Lion Air sepanjang 10 tahun beroperasi.
3 pesawat Lion Air terdiri dari 737 MAX, MAX, 737 MAX 7 dan 737 MAX8, 737 MAX 9
Mendarat tanpa roda depan Februari 2009 – Pesawat Lion Air JT 972 mendarat secara kecemasan di Bandara (Lapangan Terbang) Hang Nadim Batam tanpa roda depannya yang bermasalah pada 23 Februari 2009 sekitar jam 18.30 petang. Situasi panik berlaku tapi pesawat berjaya di daratkan dan tiada korban jiwa dilaporkan.
Tergelincir di landasan Mac 2009 – Pesawat Lion Air jurusan Gorontalo-Makassar-Jakarta tergelincir di landasan terminal 1A Bandara Internasional Soekarno-Hatta, Cengkareng, Isnin petang 9 Mac 2009. Tiada korban dalam insiden ini.
Tergelincir di landasan November 2010 – Pesawat penerbangan Lion Air penerbangan 712, PK-LIQ Boeing 737-400 laluan Jakarta-Pontianak-Jakarta, tergelincir di Bandara Supadio, Pontianak. Tiada korban jiwa.
Gambar ini diambil pada 10 Oktober 2018 melibatkan pesawat Lion Air Boeing 737-800 di Lapangan Terbang Mutiara Sis Al Jufri airport di Palu. Gambar oleh ADEK BERRY / AFP)
Tergelincir di landasan Februari 2011 – Lion Air Penerbangan 598, Boeing 737-900ER laluan dari Jakarta-Pekanbaru tergelincir saat mendarat di Bandara Sultan Syarif Kasim II, Pekanbaru. Tiada korban jiwa.
Tergelincir lagi Februari 2011 -Penerbangan Lion Air dari Medan-Pekanbaru-Jakarta dengan nombor penerbangan JT 0295 mengggunakan pesawat Boeing 737-900 ER sekali lagi tergelincir di Pekanbaru pada pukul 17.00 petang. Dikatakan roda pesawat keluar dari lintasan lapangan terbang namun tiada penumpang yang cedera atau alami luka-luka.
Nahas dikatakan bermula sebuah traktor yang keluar secara tiba-tiba dan tanpa sengaja mengarah ke pesawat Lion Air yang lainnya. Pesawat dikatakan mengalami kerosakan pada stabilizer bahagian belakang.
Lagi tergelincir dan sempat berada di hujung Runway 01 Oktober 2011 – Nampaknya kejadian tergelincir bagaikan menghantui Lion Air. Jika kejadian sebelumnya terjadi pada Februari, hujung tahun itu, pada Oktober sekali lagi berlaku kejadian pesawat tergelincir.
Kali ini melibatkan pesawat Lion Air 673 laluan dari Tarakan – Balikpapan dan tergelincir di Bandara Sepinggan Balikpapan. Pesawat ini mendarat mengalami overshoot di hujung Runway 01 (area stopway). Posisi dua roda rosak bahagian belakang.
Mendarat dalam air dan juruterbangnya positif dadahPesawat ini mendarat dalam air di Bali gara-gara pilotnya berhalusinasi bahawa landasan ada di depannya. Rupanya landasan sebenar ada di depan lagi
Juruterbang positif dadah, daratkan pesawat dalam laut dan pesawat patah dua April 2013 – Laluan Bandung – Bali mengalami kecelakaan saat hendak mendarat pada 13 April 2013. Kecelakaan ini disebabkan oleh kelalaian manusia atau human error.
Juruterbang dikatakan berhalusinasi dengan melihat sebuah landasan sehingga dia mendaratkan pesawatnya sedangkan landasan yang sebenara masih ada di depannya.
Pesawat malang ini dikendalikan oleh juruterbang Mahlup Ghazali dan pembantu juruterbang berasal dari India iaitu Chiraq Kalra lalu jatuh ke dalam laut dan menyebabkan badan pesawat patah dua.
Lebih malang, selepas hasil penyiasatan mendapat pilotnya positif dadah. Semua penumpang seramai 101 selamat termasuk anak kapal.
Tergelincir gara-gara 3 ekor lembu di landasan Ogos 2013 – Pesawat Boeing 737-800 milik Lion Air dengan nombor penerbangan JT892 tergelincir saat mendarat di Bandara Jalaluddin Tantu, Gorontalo pada Selasa, 6 Ogos 2013 malam.
Kejadian ini berpunca dari 3 ekor lembu yang berkeliaran di landasan sehingga pesawat mengalami over run atau keluar landasan. Tiada korban jiwa dan kesemua 110 penumpangnya selamat.
Pesawat terhempas kuat & 2 penumpang alami kecderaan serius Februari 2014 – Lion Air penerbangan 461, Boeing 737-900ER, dari Bandar Udara Sultan Aji Muhammad Sulaiman, Balikpapan menuju Bandar Udara Internasional Juanda, Surabaya, dengan 222 penumpang dan kru pesawat, mengalami pendaratan keras di Bandar Udara Internasional Juanda, Surabaya. Insiden ini mengakibatkan dua penumpang alami kecederaan serius dan tiga penumpang alami luka ringan.
Sebagai syarikat penerbangan utama di Indonesia, Lion Air antara disenaraikan sebagai syarikat yang menunjukkan peningkatan dari segi keselamatan kepada tujuh bintang oleh agensi penarafan global, AirlineRatings.com
Pesawat dilanggar burung Februari 2015 – Ratusan penumpang tergendala perjalanan di Terminal 1 dan Terminal 3 Banten tanpa ada sebarang penjelasan dan kepastian bila pesawat patut boleh terbang. Kes ini berlarutan tiga hari lamanya.
Sehinggalah Pengarah Umum PT Lion, Edward Sirait membuat penjelasan ada tiga pesawat yang tidak boleh terbang selepas terlanggar burung dan mengakibatkan kerosakan pada pesawat. Hal ini cuma dapat dikesan selepas pemeriksaan rapi dilakukan dipercayai ketika juruterbang mendarat di Semarang.
Pesawat alami ledakan, 3 penumpang luka April 2015 – Pesawat Lion Air JT303 laluan Kualanamu-Jakarta mengalami insiden di Bandara Kualanamu, Deli Serdang, Sumatera Utara pada Jumaat 24 April 2015. Dikatakan pesawat mengalami ledakan di bahagian belakang pesawat ketika mahu berlepas menuju ke Jakarta. Seramai 207 penumpang dan 7 anak kapal selamat kecuali 3 penumpang cedera dan alami luka sebelum dibawa ke hospital.
Insiden sayap pecah Ogos 2017 – Insiden melibatkan pesawat Lion Air berterusan apabila berlaku kejadian sayap pecah di Bandara Internasional Kualanamu, Kabupaten Deliserdang, Sumatera Utara, Khamis 3 Ogos 2017.
Kejadian ini berlaku pagi apabila pesawat Lion Air berusaha bergerak ke kanan namun kerana sayap pesawat agak dekat dan terbatas di runway, maka berlaku kejadian pelanggaran sayap pesawat dengan Wings Air. Tiada korban jiwa dilaporkan.
Tergelincir lagi April 2018– Lion Air penerbangan 892, Boeing 737-800, laluan penerbangan Makassar ke Gorontalo tergelincir saat mendarat di Bandar Udara Jalaluddin, Gorontalo. Tidak ada korban jiwa dalam peristiwa ini.
24 mayat termasuk bayi sudah ditemui dan dibawa naik sebelum dibawa ke hospital untuk ujian DNA bagi pengecaman jenazah yang kebanyakannya hancur
Nahas terburuk jatuh terhempas 29 Oktober 2018 – Nampaknya semalam merupakan insiden terburuk melibatkan syarikat Lion Air apabila 187 penumpang dilaporkan terbunuh dalam nahas udara ini.
Dalam sejarah penerbangan Indonesia, Garuda Air pernah terhempas pada tahun 1997 di Sumatera Utara pada 1997 mengorbankan 234 orang.
Begitu juga pesawat Mandala Airlines yang baru seminit berlepas dari Lapangan Terbang Polonia, Medan, Sumatera Utara pada 6 September 2005 dan terhempas di sebuah kawasan perumahan mengorbankan 149 orang, termasuk seorang penumpang rakyat Malaysia iaitu Ti Teow Chuan yang berasal dari Sabah.
Sumber : Tribun News
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!