Wakil Malaysia ke pertandingan ratu cantik, Miss Universe 2022, Lesley Cheam pada hari ini telahpun menyempurnakan saingan di peringkat preliminary dengan jayanya.
Lesley, 26 bersama-sama 84 wakil negara lain dengan penuh bangga telahpun membawa nama negara masing-masing menerusi empat segmen berbeza.
Ia termasuklah segmen pengenalan nama Malaysia dan pertunjukan kostum nasional di mana Lesley mempersembahkan kostum rekaan Hatta Dolmat bertemakan keunikan tarikan geografi negara, Kota Kinabalu.
Ia diikuti pusingan pakaian mandi dan akhir sekali pusingan gaun malam yang juga direka khas oleh Hatta Dolmat.
Menariknya tentang pusingan pakaian mandi pada edisi ke-71 Miss Universe ini, setiap wakil negara diminta untuk merekacipta lakaran pada sehelai fabrik putih kosong untuk dijadikan aksesori tambahan berupa cape pada bahagian bahu.
Lesley menerusi organisasi Miss Universe Malaysia telahpun berkolaboratif dengan artis tempatan, Nini Marini bagi rekaan cape ini.
Ads
Nini MariniRekaan ‘Cape of Kindness’ yang dipersembahkan oleh Lesley Cheam.
Kata Nini menerusi video yang dimuat naik, inspirasi di sebalik cape ini hadir daripada perbualannya dengan Lesley sendiri mengenai agenda menyebarkan kebaikan kepada orang ramai.
“Apabila terfikir mengenai Malaysia, negara ini adalah mengenai masyarakatnya yang baik hati. Lesley ingin berkongsi mesej tersebut dengan semua orang dan ia adalah sesuatu yang penting baginya.
“(Lesley) juga sukakan bunga matahari dan perkara menceriakan. Dia juga sempat memberitahu saya mengenai warna-warna kegemarannya dan hasilnya, saya telah menghasilkan rekaan ‘Cape of Kindness’.
Ads
“Saya telah sertakan bentuk bunga matahari, jika diterbalikkan ia kelihatan seperti pohon bunga matahari malah mempunyai corak seakan akarnya.”
“Saya berharap dahannya akan kelihatan seperti sayap. Saya memanggilnya ‘Sayap Kelopak’ (Wings of Petals) untuk Lesley. Apabila dia menebarkan kain sewaktu berpusing, dia ibarat sedang menebarkan kebaikan kepada semua penonton di sana.
“Saya berharap Lesley merasa cukup bertenaga apabila memakai (cape) ini,” tinta Nini yang juga merupakan suri hati kepada rapper, Joe Flizzow.
Menerusi hantaran di Instagram Story, Nini menyifatkan persembahan Lesley yang menyarungkan ‘Cape of Kindness’ itu semasa pusingan pakaian mandi telah dilaksanakan dengan cukup baik dan membanggakan dirinya sebagai pereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ketika ini sedang berlangsungnya pertandingan ratu cantik bertempat di Vietnam. Pertandingan Miss Culture World International 2022 ini merupakan sebuah pertandingan yang baru sahaja diwujudkan dan edisi kali ini merupakan kali kelima ia diadakan.
Walaupun pertandingan ini tidak sepopular pentas ratu cantik lain seperti Miss World, Miss Universe, Miss International, Miss Earth atau Miss Grand International, namun semangat yang ditonjolkan oleh para peserta harus dipuji. Masing-masing tampil menarik dan yakin menggalas tugas membawa nama negara.
Semestinya Malaysia tidak ketinggalan menghantar wakilnya. Apa yang menarik tentang wakil dari negara kita, wanita berusia 27 tahun ini merupakan seorang yang mengenakan hijab. Pemilik nama Wawa Zubir yang berasal dari Pahang ini telah dipilih untuk mewakili Malaysia.
Dalam tinjauan REMAJA di laman Instagramnya, wanita tinggi lampai ini berkongsi, “Saya dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Luit, Maran, Pahang. Dan saya merupakan anak bongsu daripada enam adik beradik.”
Dia yang sudah pun berada di Vietnam telah berlepas ke negara itu pada Rabu lalu.
“Saya akan berangkat ke Vietnam pada 6 April 2022, pada awal pagi iaitu pada jam 6.55 pagi waktu Malaysia. Saya akan mewakili Malaysia dalam pertandingan Miss Culture World International 2022 di Ho Chi Minh City, Vietnam,” jelasnya dengan lebih lanjut di laman Instagramnya.
Apabila mewakili negara, semestinya sikap juang yang ada dalam diri perlu membara. Wawa juga tidak kurang memohon doa agar sokongan yang diberi mampu menguatkan semangat. Ujarnya, “Saya memerlukan sokongan dan sorakan dari kalian. Dengan sokongan dan sorakan kalian, ia akan menguatkan lagi semangat saya untuk bawa nama Malaysia dan hijabi. Demimu Malaysia!”
Wah, nampaknya semangat Wawa sebagai ratu cantik tidak luntur biarpun pertandingan ini dianjurkan dalam bulan Ramadan. Semoga berjaya mencapai cita-cita dan membanggakan nama negara.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Setiap tahun, ada saja trend baru yang diperkenalkan dalam dunia kecantikan dan penjagaan muka.
Jika pada tahun 2019 semua orang sibuk bercakap tentang highlights dan dewy skin, 2020 pula menyaksikan trend kulit Korean Glass.
Trend ini memerlukan kita untuk mengurangkan penggunaan alat solekan dan utamakan penjagaan kulit cantik. Ia menjadi semakin viral disebabkan oleh foto jurusolek Korea Selatan yang kini menjadi jurusolek di Los Angelas iaitu Ellie Choi.
Ini merupakan 6 langkah yang disyorkan oleh jenama kecantikan popular Korea Selatan, Face Republic.
01
Gold Mineral Cleanser
Pencuci muka yang berkesan adalah sekiranya segala kotoran dan minyak dari muka dibersihkan tanpa menyebabkan kulit muka menjadi kering. RM34.90
02
Super Screen Sun Gel SPF50+
Ini adalah di antara produk popular Face Rebulic kerana ia tidak melekit, tebal dan berminyak. Ia juga berfungsi sebagai moisturizer ketika korang beraa di luar. RM45
03
Perfect Cover BB Cream
Selepas menyapukan Sun Screen, biarkan kulit terus ‘bernafas’ dengan memakai BB cream yang memberikan medium – full coverage. Ia mempunyai tona yang mudah diratakan pada kulit wajah semulajadi kita. RM49.90
04
Crystal Glow Whitening Cream
Tak semua orang terkejar-kejarkan kulit cerah secara tidak semulajadi. Namun, whitening cream oleh Face Republic ini memudarkan bintik-bintik hitam dan kulit kusam supaya wajah kelihatan lebih berseri. RM43.90
05
K-Beauty On The Go (sachet)
Produk yang mula diperkenalkan bermula Januari 2020 ini sesuai untuk korang yang sedang bercuti. Hanya dijual di kedai 7-Eleven, ia mempunyai 4 langkah utama yang disebutkan tadi iaitu cleanser, toner, sun screen dan BB cream dalam bungkusan mini.
Kulit masih terjaga walaupun pergi bercuti! RM2.50/satu
06
Sleeping Beauty Face Mask
Setiap kali ada kenalan yang bercuti di Korea Selatan, pastinya korang akan mengirim face mask kepada mereka, bukan? Ya face mask keluaran Face Republic ini adalah antara yang paling popular di sana kerana ia menawarkan 7 jenis face mask bergantung kepada keperluan kulit masing-masing.
Gunakan face mask selama 15-20 minit selepas mencuci dan meratakan toner. Kemudian, tidur! RM4.60/satu
*
Tak adalah banyak sangat langkah yang perlu korang ikut.
Mana tahu, korang boleh mempunyai kulit secantik V BTS? Hehe..
Organisasi Miss Universe Malaysia (MUMO) mendengar suara hati rakyat & pencinta dunia ratu cantik apabila hari ini mengumumkan syarat-syarat penyertaan baru untuk pertandingan Miss Universe Malaysia 2024.
Eleen Yong, Pengarah Nasional baru MUMO mengumumkan pemansuhan had umur maksimum dan penerimaan wanita yang berkahwin, bergelar ibu dan yang sudah bercerai ke dalam pertandingan ini.
Peraturan terdahulu mengehadkan penyertaan kepada wanita bujang yang belum berkahwin dan berusia 28 tahun ke bawah sahaja.
Dengan perubahan ini, organisasi bergarap agar pertandingan berkenaan akan berada satu langkah ke hadapan menjadi lebih inklusif kepada gadis-gadis & wanita-wanita di Malaysia.
Sewaktu ditemui pada sidang media pengenalan Eleen sebagai peneraju baru MUMO pada Khamis, beliau teruja bagi memikul tanggungjawab baharu untuk menaikkan prestij pertandingan ini ke tahap yang lebih tinggi.
Jika dahulu Eleen bergelar jurulatih peragaan model dan ratu cantik sahaja, kini beliau sudah bersedia untuk menggilap potensi wanita di Malaysia untuk menjadi ratu cantik yang berpakej lengkap.
Pengarah nasional terbaru organisasi Miss Universe Malaysia 2024, Eleen Yong.
“Visi kami adalah untuk memperkasakan dan meraikan wanita-wanita luar biasa di Malaysia, mempamerkan bakat, kecerdasan, dan kecantikan mereka di pentas global. Kami percaya pada kekuatan platform ini untuk mengubah kehidupan dan memberi inspirasi kepada generasi masa depan.”
Pendaftaran secara dalam talian telahpun dibuka & pihak MUMO turut akan mengadakan uji bakat secara fizikal tidak lama lagi.
Sekiranya korang merupakan wanita berusia 18 tahun ke atas dengan ketinggian minimum 169cm, mempunyai daya intelek yang bagus, berkarisma dan berpersonaliti menarik, platform ini wajar dicuba sebagai pengalaman sekali seumur hidup.
Pemenang Miss Universe Malaysia 2024 akan dimahkotakan pada bulan September kelak oleh Miss Universe Malaysia 2022, Lesley Cheam.
Miss Universe Malaysia 2022, Lesley Cheam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.