Patutlah penyanyi, Justin Bieber dan isterinya, Hailey dilihat ‘terbang’ ke Paris pada awal bulan Julai ini.
Ingatkan Justin ke sana bagi menghadiri acara pertunjukan fesyen sempena Musim Luruh/Sejuk Houte Couture 2021 ataupun sekadar untuk percutian romantik bersama isterinya. Justin yang juga dilihat bersalaman dengan Presiden Perancis, Emanuelle Macron serta isteri beliau, Brigitte Macron turut mencetuskan pertanyaan di kalangan peminatnya.
Justin dan Hailey semasa hari bertemu Presiden Perancis.
Rupa-rupanya, kehadiran Justin dan Hailey ke Paris adalah untuk menjayakan kempen fesyen terbaru jenama Balenciaga di mana Justin menjadi wajah kempen rumah fesyen itu.
Ads
Apa yang membuatkan ramai peminat fesyen dan Justin tertarik menerusi foto pertama kempen yang dimuat naik oleh Balenciaga semalam adalah gayanya yang dilihat semakin matang dan berbadan bidang.
Mungkin sekali, foto yang dibidik oleh jurugambar dari Amerika Syarikat, Katy Granna ini bermain dengan teknik penggayaan berlapis ataupun layering technique hingga membuatkan Biebs kelihatan ‘sado’ dan ala ‘hypebeast’.
Sumber Foto : Balenciaga.
Penyanyi Peaches ini menyarungkan jaket bomber kulit, baju T putih, seluar sweatpants dan kasut sneakers dempak ala daddy’s shoes. Pada bahagian lengannya pula ialah beg klasik ‘motorcycle’ jenama tersebut.
Kita tahu Justin mempunyai bentuk badan yang fit. Namun sekali imbas, kelihatan seperti foto Justin ini telah disunting untuk membuatkan lebih maskulin. Tapi guys, itulah kelebihan mempunyai pengarah seni di set penggambaran. Kena pandai cari angle saja.
Ads
Dengan penglibatan Justin bersama Balenciaga ini, serta-merta bilangan kelompok yang bercakap mengenai koleksi ini terus mencanak naik. Justin masih mempunyai ‘kuasa’ untuk menarik orang membeli barangan yang dipakai olehnya (walaupun harganya boleh tahan mahal).
Selain Justin, Isabelle Huppert juga membintangi kempen terbaru Balenciaga ini dalam persalinan trench dress.
Mungkin kita di Malaysia tidak begitu familiar dengan Isabelle, tetapi di Eropah; pelakon wanita dari Perancis ini merupakan seorang fesyenista yang dikagumi ramai. Contohnya, kemunculan beliau di tayangan gala filem Everything Went Fine di Festival Filem Cannes baru-baru ini telah menjadi perbualan ramai pihak.
Sumber Foto : Balenciaga.
Jadi, apa pendapat korang mengenai stail dan rupa Justin serta Isabelle dalam kempen Balenciaga kali ini?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Skechers Malaysia memperkenalkan koleksi Skechers The UNO untuk pemakai lelaki dan perempuan khas bersempena acara SneakerLAH yang berlangsung di ibu negara, pada 7-8 Oktober lepas.
Didatangkan dalam tujuh rona menarik berdasarkan personaliti sang pemakai, ia terdiri daripada rona Off-White, Black, Red, Lime Green, Navy, Hot Pink dan Blush; jujurnya sukar untuk pengunjung booth Skechers tempoh hari untuk memilih hanya satu daripada ketujuh-tujuh warna tersebut!
Tapi jika korang berperwatakan chill, effortless dan inginkan sesuatu yang malar segar bagi jangka panjang seperti duta rantau Asia Skechers iaitu Cha Eun-woo sendiri, pastinya korang akan memilih rona Off-White seperti yang tertera dalam iklan acah Skechers The UNO.
Banyak sebenarnya perkara yang menarik mengenai model ini. Selain kelihatan minimal dan amat (AMAT) menyelesakan ketika disarung, Skechers The UNO dilengkapi dengan teknologi kusyen dalaman Skechers Air-Cooled Memory Foam di bahagian dalam serta teknologi air-cushioned Skech-Air yang jelas dapat dilihat pada bahagian midsole.
Seperkara lagi bagi pemakai perempuan, haa korang mempunyai kelebihan apabila menyarungkan salah satu daripada lima model yang dikhaskan untuk perempuan (Off-White, Black, Blush, Lime Green & Hot Pink).
Ini kerana ia didatangkan khas dengan insole tambahan setinggi 1 inci agar korang akan kelihatan lebih tinggi daripada kebiasaan dan semestinya selesa ketika berjalan!
Koleksi Skechers The UNO boleh didapati di laman web rasmi Skechers Malaysia, akaun rasmi Skechers di platform Shopee & Lazada serta di stor Skechers seluruh Malaysia. Korang boleh memilikinya hanya pada harga serendah RM399 je! Barulah boleh matchy matchy dengan Oppa Cha Eun-woo, hehe..
Masalah rambut gugur bukan hanya dihadapi oleh kaum wanita, malah lelaki juga turut stres apabila menerima nasib yang sama. Mungkin ramai yang sedang mencari ‘jalan keluar’ bagaimana ingin mengatasi malah rambut gugur ini.
Nah, kalau korang nak cuba, ada satu petua yang dikongsi oleh Siti Zuraidah melalui page Saya Orang Johor dengan hanya menggunakan syampu dan garam sahaja. Kalau korang nak try, ikut cara yang dinyatakan seperti berikut:
Cara menyediakannya:
Letakkan satu sudu besar garam pada tapak tangan dan picitkan syampu yang korang nak gunakan atas garam tadi. Gaulkan sebati, kemudian ramas di kepala biar sampai ke kulit kepala. Bilas dengan air dan selepas bilas boleh pakai conditioner seperti biasa.
Boleh amalkan petua ini dua atau tiga kali seminggu. Seeloknya guna garam kasar dan jenis syampu terpulang pada jenama apa yang korang gunakan.
Mudah sahaja kan? Bagi individu yang mempunyai masalah rambut gugur bolehlah cuba petua ini kerana ramai juga yang meninggalkan komen mengatakan bahawa petua ini serasi dan menjadi.
Penyanyi Aweera mengakui selesa tampil dengan imej berjambang dan berambut kembang yang sudah menjadi ‘trademark‘ sejak menganggotai kumpulan Mojo pada 2012.
Terkini, penampilan pelantun lagu Andai Ku Bercinta Lagi ini jadi perhatian dengan rambut kemas.
Aweera menerusi satu hantaran di platform media sosial Instagram berkongsikan satu gambar dipercayai selepas memotong pendek rambutnya dan turut meluruskannya untuk kelihatan lebih kemas.
Pemilik nama sebenar Nasharul Aweera Norhissham itu turut mengenakan kaca mata hitam di dalam gambar tersebut sekali gus menambah nilai estetik kepada imej baharunya itu.
“Imej baharu, gaya baharu, suasana baharu yang positif, karakter baharu, jiwa baharu, harapan baharu dan Aweera yang baharu (NeWeera). Rock on!,” tulis penyanyi berusia 32 tahun itu di ruangan kapsyen.
Dalam hantaran yang sama, penyanyi berkenaan juga sempat menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak salun rambut kerana telah berjaya mengubah penampilannya.
Tinjauan di ruangan komen hantaran tersebut mendapati rata-rata pengguna memberikan respon positif dengan memuji imej baharu ditampilkan penyanyi yang berasal dari Utan Aji, Perlis itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!