Trailer yang ditayangkan oleh Marvel Studios dan Disney Plus tersebut memaparkan Kamala Khan, seorang remaja Amerika Pakistan dari New Jersey yang mengimpikan untuk menjadi seorang adiwira. Impian jadi kenyataan apabila Kamala Khan mendapat kuasa dan menjadi seorang adiwara dikenali sebagai Ms. Marvel lalu dirinya mengembangkan kebolehan luar biasanya.
PENAMPILAN PERTAMA DALAM BIDANG LAKONAN
Menariknya, siri kali ini menampilkan Iman Vellani, superhero wania muslim dari keluarga Marvel Cinematic Universe. Mungkin ramai yang tidak mengenali Iman Vellani kerana dia merupakan pelakon muda. Menurut laman web IMDb, ‘Ms. Marvel’ menjadi penampilan sulungnya dalam dunia lakonan.
Ads
Tapi bukan biasa-biasa, menurut laporan Daily Mail gadis ini telah mengarahkan dua filem pendek yang disiarkan di Vimeo. Iman Vellani juga dilantik sebagai ahli Next Wave Committee di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2019.
Foto Via Instagram Iman Vellani
Dilahirkan pada 2002 di Ontario, Kanada, Iman Vellani merupakan anak kepada pasangan imigran dari Pakistan. Malah, Siri yang bakal disiarkan di saluran Disney+ ini akan diarahkan oleh gabungan pengarah hebat Adil El Arbi, Bilall Fallah, Sharmeen Obaid-CHinoy dan Meera Menon.
Untuk info, Watak Ms. Marvel ini telah diperkenalkan pada tahun 2013 oleh Marvel Comics yang kini dibawa ke ‘live action’.
Ads
Difahamkan, siri Ms. Marvel ini mengandungi 6 episod untuk musim pertama. Korang boleh tonton trailer untuk siri Ms. Marvel sebelum ia ditayangkan secara rasmi di Disney+ pada 8 Jun 2022.
Wah, tak sabar rasanya nak tengok kemunculan watak Muslim Marvel yang pertama ini. Tahniah kami ucapkan kepada Iman, semoga Ms Marvel menjadi batu loncatan untuknya terus membina nama di industri hiburan antarabangsa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nama Nur Erysha Emyra Zakaria atau Erysha Emyra mula meniti di bibir peminat naskah-naskah drama tempatan apabila gadis berperwatakan sopan lagi manis itu mula ligat muncul di kaca televisyen sejak tahun 2022 sehingga sekarang.
Biarpun Erysha, 25 relatifnya masih di usia hijau sebagai seorang anak seni, kehadirannya sebagai pelapis baharu industri bukanlah sesuatu yang mengejutkan ramai pihak memandangkan dirinya mewarisi bakat serta keberanian untuk beraksi di hadapan kamera daripada ibunya, Datin Seri Noniswara Baharuddin yang juga merupakan seorang dramatis popular tanah air.
Erysha Emyra
Drama Chinta Wrong Direction yang menggandingkan Erysha dengan Hun Haqeem membuahkan impak apabila penonton mula mengenali wajahnya menerusi watak Chinta.
Drama ini mengisahkan tentang Raja Akid (Hun Haqeem) dan Chinta yang saling melengkapi dalam satu hubungan walaupun datang dari latar belakang keluarga pincang. Chinta misalnya pernah berdepan kehidupan sengsara bersama seorang ayah yang selalu mencari kesalahannya. Manakala Raja Akid enggan mendekati mana-mana wanita akibat trauma dengan kesilapan ibunya sendiri dalam perhubungan.
Di sini, Chinta hadir dalam kehidupan Raja Akid lalu membuatkannya masing-masing bersedia belajar untuk saling mencintai. Begitupun masih banyak rahsia yang belum mereka luahkan walaupun ikatan mereka sudah bertukar halal.
Menerusi Chinta Wrong Direction juga, Erysha mula ‘dikenenkan’ dengan gandingannya, Hun Haqeem dek keakraban mereka dalam drama berkenaan. Memang sesuai pun bila mereka berdiri bersebelahan, ibarat pinang dibelah dua!
Biarpun drama Chinta Wrong Direction menunjukkan beberapa momen konflik antara watak yang dilakonkan oleh Erysha dan Hun Haqeem akibat jalan ceritanya yang menarik serta keberkesanan lakonan mereka, namun pengguna-pengguna Instagram tetap mengharapkan mereka bercinta apabila menyoroti ruang komen di hantaran foto-foto yang kerap dimuat naik oleh mereka berdua.
Erysha pernah menyifatkan Hun sebagai seorang lelaki yang baik dan lemah lembut pertuturannya. Namun, berkali-kali dia menidakkan mereka mempunyai hubungan istimewa dan sekadar rapat kerana sudah bekerjasama untuk drama Chinta Wrong Direction bagi tempoh yang lama.
Kata Erysha lagi, dia belum bersedia menjalinkan apa-apa hubungan dengan mana-mana lelaki apatah lagi dengan gandingan di set penggambaran.
Baguslah begitu, Erysha lebih mementingkan fokus kepada kerjaya seni serta menjaga keluarganya setelah pemergian ayah tirinya pada Oktober 2023 dan tidak membiarkan dirinya terbuai dengan harapan netizen yang mengharapkan mereka berdua menyulam rasa cinta.
*
Belum reda digosipkan dengan Hun Haqeem, Erysha kembali menjadi ‘mangsa’ gosip cinta lokasi apabila gandingannya bersama Meerqeen menerusi drama Cinta Untuk Sekali Lagi.
Sekali lagi Erysha menjadi pilihan pengarah Hadith Omar, drama ini mengisahkan perpisahan yang berlaku antara Idlan Zuhairi a.k.a Alan (Meerqeen) dan Anne Dahlia (Erysha) selepas lima tahun mendirikan rumah tangga. Mereka kembali bersua apabila abang Anne, Fazlee (lakonan Nik Ri’Faie) meminta bantuan Allan untuk membantu Anne yang terlibat dalam satu masalah.
Dari situ, Alan terbuka hati untuk kembali mencari peluang untuk bersama dengan Anne dan enggan kehilangan Anne untuk kali kedua.
Gara-gara drama ini, penonton mula memahami kebaikan dan kekurangan yang perlu dihadapi pasangan yang mendirikan rumah tangga pada usia muda. Maklumlah, banyak dugaan melibatkan tanggungjawab yang perlu dipikul secara tiba-tiba. Itu belum lagi aspek ego darah muda yang ada pasangan seperti Alan dan Anne.
Menerusi drama Cinta Untuk Sekali Lagi ini juga, rata-rata penonton merasakan watak Anne Dahlia tidak jauh berbeza daripada personaliti sebenar Erysha di luar set. Bagaimanapun, Erysha merasakan masih banyak perbezaan yang wujud antara dirinya dan terutamanya dalam babak di mana Anne mengalami keguguran. Erysha sendiri tidak pernah melalui pengalaman tersebut dan dia perlu benar-benar mendalami watak tersebut.
Menerusi babak itu juga, ramai memuji lakonan Erysha yang perlu mendalami perasaan wanita yang meroyan akibat dugaan hidup. Kongsinya, dia betul-betul perlu menangis sebelum memulakan penggambaran agar perasaan sedih itu sebati dengan dirinya terlebih dahulu demi menjelmakan watak Anne Dahlia.
Terbuktilah, teraju muda seperti Erysha dan Meerqeen juga mampu menggalas watak yang memerlukan kekuatan emosi dan reaksi sekental ini. Haa, siapa kata pelakon muda tidak berbakat? Jahat mulut! Hehe..
Kongsi Erysha, dia telah menerima respon positif daripada peminatnya yang setia menonton Cinta Untuk Sekali Lagi sehingga ke episod terakhir. Sekali lagi, Erysha menjelaskan chemistry yang wujud antaranya dengan Meerqeen hanya sekadar di set penggambaran dan tiada perasaan cinta yang terbawa-bawa ke luar set seperti yang digosipkan peminat.
Setiap kali Erysha berlakon setiap kali itu jugalah korang gosipkannya. Penat member jadinya.
Apapun, satu perkara yang korang tidak boleh pertikaikan adalah keberkesanan lakonan Erysha dalam drama-drama terbitan Astro Malaysia. Erysha sendiri gemar menonton semula momen lakonannya di aplikasi Astro Go.
Semudah key in nama pelakon sepertinya dalam kotak carian, kesemua drama dan filem yang pernah dibintangi oleh Erysha terus muncul pada skrin untuk korang pilih dan seterusnya binge-watch. Antaranya termasuklah program Sepahtu Reunion Live.
Kalau korang tak tahu, Erysha pun pernah menjayakan slot jemputan di program Sepahtu Reunion Live tau! Walaupun tidak bergelar seorang pelawak, Erysha menerima pelawaan produksi demi mempelbagaikan lagi diskografi seninya. Di hadapan penonton siaran langsung, Erysha perlu bertindak spontan dengan babaknya tanpa sebarang dialog.
Kalau korang nak tonton aksi Erysha melayan kerenah grup Sepahtu itu atau menonton mana-mana program lain yang pernah disiarkan di platform Astro, jom usha secara On Demand dan strim di Astro Go, pada bila-bila masa dan di mana saja korang berada.
Tonton juga temu bual penuh Erysha Emyra ini di saluran YouTube Astro Malaysia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Melihat selebriti bergaya sakan di Paris Fashion Week, timbul pula rasa cemburu bila ramai diantara mereka yang berpeluang menghadirkan diri ke salah sebuah pertunjukan fesyen paling dinanti setiap tahun.
Barisan selebriti yang hadir juga bukan calang-calang orangnya. Jom lihat fesyen mereka di Minggu Fesyen Paris 2022.
Jennie Kim Nakal & Seksi Dengan Monokrom
Instagram.com/fashionweek
Jennie Kim, yang merupakan duta rumah lagenda Perancis Chanel, duduk di barisan hadapan di Chanel Womenswear Fall/Winter 2022. Untuk musim ini, Jennie memakai serba hitam yang diilhamkan oleh budak sekolah yang menampilkan jaket puffer velor dengan skirt mikro dipadankan dengan crop top tweed.
Dia menyerlahkan penampilannya dengan rantai leher berlapis, stokin putih bereben, sandal platform dan beg mini, semuanya dari Chanel. Dandanan rambut pula dibuat tocang dan solekan ringkas dan bersih.
Rihanna
Instagram.com/fashionweek
Rihanna, yang tengah sarat mengandung dan menantikan kelahiranya juga tidak mahu kalah. Manakan tidak, berpakaian serba hitam, penyanyi Umbrella itu kelihatan memukau dengan pakaian dalam hitam ketika menghadiri pertunjukan fesyen Dior di Minggu Fesyen Paris 2022.
Rupa-rupanya style bad girl ini masih onz untuk Rihanna. Untuk melengkapkan penampilan, dia memakai kalung double layer
Jung Ho Yeon tampil memukau dengan busana winter
Instagram.com/fashionweek
Pelakon Squid Game, Jung Ho Yeon turut memeriahkan Minggu Fesyen Paris 2022. Tampil dipembukaan Minggu Fesyen Paris 2022, dia memakai pakaian daripada jenama ‘Louis Vuitton’ pada edisi musim luruh dan musim sejuk 2022.
Sebagai duta global Louis Vuitton, Jung Ho Yeon muncul dengan blaus kuning air, jaket kulit coklat, seluar berjalur dan tali leher bercorak bunga. Pakaian Jung Ho Yeon adalah rekaan pereka terkenal Nicolas Ghesquiere yang mengetengahkan sisi maskulin.
Zendaya tampil dengan busana serba pink
Instagram.com/fashionweek
Menghadiri Minggu Fesyen Paris 2022, Zendaya kelihatan amazing dalam pakaian serba merah jambu. Memakai blazer fuchsia dan seluar kombo jenama Maison Valentino, kali ini dia kelihatan feminin dan berwarna-warni. Untuk melengkapkan penampilan, dia memakai sarung tangan, beg dan kasut platform dengan warna yang sama.
Gayanya agak unik, bukan?
Gigi Hadid tampil sederhana dengan dress soft pink
Instagram.com/fashionweek
Tidak ketinggalan, supermodel Gigi Hadid turut muncul di acara Minggu Fesyen Paris 2022. Memakai gaun merah jambu lembut jenama Corpeni di pentas peragaan, penampilannya kali ini cukup ringkas.
Walaupun simple, penampilan tetap memukau seperti biasa. Tidak memerlukan banyak aksesori, Gigi Hadid hanya memakai beg mini dengan motif sebagai pelengkap penampilannya.
Kim Kardashian tampil wow dengan catsuit
Instagram.com/fashionweek
Bukan Kim Kardashian jika tidak berekperimentasi dengan fesyen, gaya fesyen yang unik sentiasa mencuri perhatian. Menghadiri Minggu Fesyen Paris 2022, Kim memakai sut kuning yang fit di badan. Pakaian kucing ini diperbuat daripada pita pelekat yang mengandungi logo Balenciaga.
Sebagai pelengkap penampilannya, dia menggabungkan catsuit dengan cermin mata hitam dan beg Balenciaga, Hourglass yang juga direka sama persis dengan catsuit yang dipakainya.
Jisoo tampil manis dengan korean style
Instagram.com/fashionweek
Gaya fesyen Jisoo yang turut mencuri perhatian di Minggu Fesyen Paris. Ahli kumpulan gadis Korea ini tampil dengan gaun kotak-kotak kuning jenama Dior. Pakaian digabungkan dengan kemeja putih dan tali leher hitam dalam gaya Korea. Untuk mencantikkan penampilannya, dia memakai kasut tumit dan beg yang sama warna. Simple kan!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khas buat peminat Cha Eun-Woo, pastinya korang akan teruja apabila pelakon drama bersiri Viu, A Good Day To Be A Dog ini telah memilih Stadium Malawati, Shah Alam sebagai salah satu destinasi untuk jelajah fan concert, pada 24 Februari 2024.
Kongsi pihak perkidmatan penstriman video OTT pan serantau, Viu, kemunculan Eun-Woo itu ada sebahagian daripada siri Viu Scream Date.
Bertemakan 2024 Just One 10 Minute (Mystery Elevator), ia dipilih sebagai konsep unik oleh penyanyi dan pelakon itu kerana ia membawa maksud, “Saya akan menunjukkan kepada anda segala-galanya tentang Cha Eun-Woo untuk membuatkan and jatuh cinta dalam masa 10 minit.”
Fan concert kali ini menawarkan tiga pilihan tiket terdiri daripada VVIP (RM858), VIP (RM558) dan CAT1 (RM358). Kesemua pemegang tiket tersebut akan menerima kad foto yang telah ditandatangani oleh si kacak itu sendiri.
Manakala, pemegang tiket VVIP pula layak mendapat pas eksklusif untuk sesi bertemu dengan beliau serta raptai.
Tambah menarik apabila hanya 30 peminat bertuah yang mendapatkan tiket VVIP itu akan menerima kad foto tulisan tangan oleh Cha Eun-woo sendiri! Wow, jangan korang resell balik sudahlah.
Banyak lagi tawaran menarik menanti pemegang tiket ke jelajah Fan Concert ini. Oleh itu, pastikan korang tidak lepaskan peluang tau. Mana tahu korang adalah di antara individu bertuah yang dicari.
Kalau korang masih ingat, Eun-woo pernah memberikan hint bakal mengadakan konsert ini sewaktu berkunjung ke Kuala Lumpur bagi sebuah acara perjumpaan bersama peminat sebelum ini.
Menerusi respon positif yang diterimanya pada waktu itu, maka terhasillah pertemuan terbaru ini.
Manakan tidak, Eun-woo bukan sahaja berjaya memikat hati peminatnya menerusi bakat nyanyian. Malah, beliau juga popular menerusi naskah lakonan seperti My ID is Gangnam Beauty dan True Beauty.
Terbaru, Eun-woo muncul dengan drama A Good Day To Be A Dog yang turut menambat hati lebih ramai peminat baharu.
Gandingan Cha Eun-woo dan Park Gyu-young dalam drama bersiri A Good Day To Be A Dog.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...