Tular di platform Twitter ketika ini lagu terbaharu dari penyanyi rap terkenal tanah air, Malique berjudul Sedih Hati yang turut mengabungkan sebuah lagu nyanyian Allahyarhamah Mona Fandey.
Perkara tersebut didedahkan seorang pengguna Twitter, @arfdy12 yang memaklumkan Malique baru sahaja melancarkan single itu.
Lebih menarik lagi, tajuk lagu berkenaan juga diambil dari bait lirik di dalam lagu nyanyian Mona Fandey itu.
Difahamkan juga lagu Mona Fandey itu dijadikan sebagai ‘intro’ dan ‘background’ pada lagu baharu penyanyi rap tersebut.
“Baru tahu Malique ada keluar new single – Sedih Hati. Lain macam ya bila dengar vibe lagu ini.
“Bila baca komen ada yang cakap intro itu lagu Ratapan Anak – Mona Fandey. Fuhhh, bukan biasa-biasa,” ciapnya ringkas.
Ads
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut merasakan lagu tersebut mempunyai unsur seram kerana dikaitkan dengan misteri Mona Fandey berikutan kes pembunuhan kontroversi suatu ketika dahulu.
Ads
Selain, ada juga segelintir yang teruja dengan hasil karya tersebut dan menyifatkan Malique itu tidak pernah gagal dalam menghasilkan lagu.
Sekadar informasi, Allahyarhamah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati pada tanggal 2 November 2001 di Penjara Kajang, Selangor selepas dia didapati bersalah kerana membunuh bekas ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Pahang, Datuk Mazlan Idris pada 1993.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Macam-macam kes berkenaan dengan pelajar yang selalu kita dengar. Lebih membimbangkan, ada juga yang melibatkan kes bunuh diri di kalangan pelajar.
Perkara ini perlu diambil serius dan ibu bapa memainkan peranan penting dalam menangani masalah seumpama ini berlaku lagi. Banyak faktor yang boleh dikaitkan dengan permasalahan ini, dan antaranya adalah kerana stres yang melampau di tempat belajar/sekolah.
Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan seseorang pelajar mengalami stres dan antaranya adalah seperti:
1. Persekitaran
Kebanyakan mereka yang berasa stres mungkin disebabkan oleh tempat belajar yang tidak selesa, suasana bising semasa kuliah, serta keadaan bilik kuliah yang agak sempit dan kurang selasa.
Kalau terlalu ramai pelajar dan ruangannya pula kecil, macam mana nak fokus belajar kan?
2. Rakan sebaya
Rakan sebaya didapati lebih banyak menyumbang stres di kalangan pelajar kerana mungkin disebabkan oleh kehidupan seharian pelajar yang lebih banyak meluangkan masa bersama. Bahkan, mereka juga mengalami stres apabila mempunyai konflik dengan rakan sebaya.
3. Prestasi akademik
Kebanyakan pelajar turut menjadi tertekan kerana terlalu memikirkan untuk mendapatkan keputusan cemerlang dalam akademik. Jadi, sekiranya mereka tidak berjaya mendapat keputusan yang baik, ini membuatkan mereka jadi lebih stres.
4. Keluarga
Sikap ibu bapa sendiri kadang kala membuatkan anak mereka menjadi stres. Tekanan yang diberikan seperti menyuruh anak-anak belajar lebih masa dan sentiasa mendapat keputusan cemerlang dalam pelajaran.
5. Cinta
Ha, jangan ingat cinta tak main peranan dalam emosi pelajar ya. Hiks! Emosi pelajar boleh terganggu jika mereka mempunyai masalah bersama pasangan.
Nah, korang boleh relate tak dengan semua perkara diatas?
Korang juga boleh menonton siri terbaru daripada HBO, The Teenage Psychic untuk lebih menyelami kehidupan pelajar remaja yang tertekan dengan keadaan sekeliling.
Musim kedua The Teenage Psychic mengisahkan tentang Xiao Zhen cuba untuk mengambil bahagian di sekolah barunya selepas tragedi yang dihadapinya tahun lepas.
Sebagai presiden baru kelab drama, Xiao Zhen memberi tumpuan untuk merekrut ahli-ahli baru dan perkara menjadi lebih rumit apabila rahsia Guru Kim kembali menghantuinya.
Bagi yang mengikuti siri ini, pastinya korang tak sabar nak tahu apa yang terjadi seterusnya kan?
Jangan lupa saksikan The Teenage Psychic, back-to-back episode bermula 6 Oktober 2019 (Ahad), eksklusif di HBO GO dan HBO (Astro Ch 411 dan 431 HD).
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekarang ni ada macam-macam movie best yang sedang ditayangkan di pawangam. Antaranya Charlie's Angel, Pusaka, Frozen 2 dan filem animasi Malaysia Ejen Ali pula dijadualkan pada minggu hadapan.
Biasanya harga averange tiket wayang dalam RM17 untuk dewasa dan RM9 bagi kanak-kanak. Kalau dah setiap movie korang nak tonton, rabak juga la poket kan.
Nah, baru kami tahu TGV ada promosi bagi mereka yang menggunakan Maybank Credit/Debit Card holder. Menurut perkongsian daripada Mastura Abu Bakar, korang boleh mendapatkan harga tiket wayang dewasa dengan hanya RM8.50 dan kanak-kanak RM4.50 saja.
Tapi, korang perlu membuat pembayaran melalui Maybank Credit/Debit Card dan diskaun ini hanya sah untuk tayangan hari Sabtu sahaja.
Okay la tu kan, hari cuti. Jadi ramai yang boleh ke panggung untuk menonton.
Berikut merupakan step by step yang dikongsi oleh Masturah tenang macam mana nak dapatkan harga diskaun tiket tersebut.
1. Buka website/aplikasi TGV, cari movie yang korang nak tonton dan pilih book now
2. Kemudian, pilih tarikh (Sabtu), lokasi dan masa tayangan
3. Kalau korang malas nak sign in, just continue as guest
4. Masukkan details korang
5. Pilih seat
6. Diruangan partner offers tu, korang klik pada anak panah ke bawah
7. Kemudian, korang tolak order classic tadi dan tambah pada partner offers tu nak berapa banyak tiket dewasa dan kanak-kanak
8. Siap!
9. Selepas itu, akan keluar pilihan F&B tapi kalau korang tak nak just tekan pay
10. Okay masukkan details kad korang disini. Jangan tekan online banking dekat bawah tu sebab nanti tak dapat diskaun. CVV tu 3 digit nombor di belakang bank. Jangan risau sebab sebelum pembayaran dibuat, mereka akan request TAC number
11. Selesai. Korang akan dapat QR code, screenshot dan simpan. Nanti masa nak masuk korang tunjuk je dekat kaunter
Mudah je kan? Berbaloi pula tu. Weekend ni bolehlah ajak kawan-kawan pergi tengok wayang. Bestnyaaa..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Impian memiliki segulung ijazah pastinya ada dalam hati semua orang.
Walaupun bergelar selebriti, pelakon dan penyanyi pada usia yang muda, 7 orang selebriti muda pilihan REMAJA ini membuktikan mereka mampu membahagikan masa antara masa peribadi, karier dan pendidikan.
* * * * *
Mawar Rashid
Hari ini, bekas finalis Dewi Remaja 2014/2015 ini telah membuktikan bahawa usaha adalah segala-galanya. Tak kisahlah dengan status Mawar sekarang yang sudah bergelar isteri serta ibu yang bakal menimang cahaya mata bersama suami Raf Yaakob, Mawar tidak menjadikan itu alasan untuk tidak memiliki segulung ijazah.
Dalam perkongsian instastory Dato’ Fazley Yaakob, beliau berkata, “Bang Long bangga sangat dengan Mawar. You deserve it all!”
Tahniah sekali lagi Mawar yang kini menjadi graduan Management & Science University (MSU).
* * * * *
Wany Hasrita
Bukan calang-calang jurusan yang diambil oleh penyanyi ini. Pada Ogos tahun lalu, Wany telah berjaya menghabiskan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan daripada Management & Science University (MSU), Shah Alam.
“Alhamdulillah saya sangat gembira kerana penat lelah selama 3 tahun terhasil juga. Cuma sedih sedikit kerana ayah tidak boleh berada di sini atas urusan kerja,” katanya.
“Sepanjang bergelar penyanyi, saya tak mempunyai masalah untuk pelajaran kerana segala bentuk persembahan dan promosi berlaku selepas tamat praktikal dan ujian.”
* * * * *
Juliana Evans
Mungkin kerana tempoh 4 tahun telah berlalu, ramai yang terlupa bahawa pelakon cantik, Juliana Evans pernah mencatatkan keputusan cemerlang untuk pelajarannya.
Mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi, Jue kembali memuat naik foto di bawah pada hari ini untuk mengingatkan kepada semua orang bahawa semua orang boleh berjaya jika mereka fokus terhadap apa yang mereka lakukan.
“(Foto) ini akan selalu mengingatkan saya tentang susah payah, motivasi dan impian saya. Dan dengan pengorbanan, saya berjaya memperoleh impian. Fokus pada apa yang kamu impikan dan usaha sendiri (jangan harapkan usaha orang lain.”
“How I wish I can go back in time,” kata penuntut Western Michigan University ini.
* * * * *
Asyraf Aley
Seorang lagi pelakon yang mementingkan pelajaran walaupun kariernya sudah bermula. Memilih Taylor’s University sebagai alma mater untuk pengajiannya, Asyraf meluahkan ucapan terima kasih kepada semua yang sama-sama menyokong keputusannya untuk belajar dan bekerja pada masa yang sama.
Kata si tinggi lampai ini, “Terima kasih kepada semua rakan dan pensyarah yang telah membuatkan hidup saya di universiti lebih bermakna. Dan juga kepada kamu yang sentiasa memberikan sokongan, I am so grateful!
* * * * *
Mira Filzah
Tengok wajah Mira Filzah, mesti dah boleh agak Mira ni golongan terpelajar kan..? Hehe
2 tahun lalu, Mira telah membanggakan ramai pihak termasuklah ibu bapa, keluarga dan peminat semua dengan kejayaannya menamatkan pengajian dalam jurusan Perniagaan Antarabangsa daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM). Comel je tengok Mira pakai robe tu.
Mira yang pernah berjinak-jinak dalam bidang perniagaan sejak usia 17 tahun lagi mengambil jurusan tersebut kerana minatnya untuk menjadi usahawan.
* * * * *
Nadzmi Adhwa
Juga grad pada tahun 2016 adalah pelakon, Nadzmi Adhwa. Mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Rekaan Grafik Dan Multimedia (fuh panjangnya!) dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Nadzmi juga bersyukur kerana penat membahagikan masa antara pelajaran dan kerjaya terbalas juga akhirnya.
“Tentunya, ibu bapa saya ingin saya berjaya dalam bidang akademik terlebih dahulu. Namun saya pula berlakon sambiil belajar kerana rezeki ada di situ.
“Memang kena gigih dan berusaha jika nak lakukan dua perkara dalam satu masa. Pelajaranlah jaminan untuk masa depan.”
* * * * *
Najwa Latif
Selalu kan kita nampak iklan Najwa Latif menyanyi secara busking di televisyen? Hehe. Itu adalah sebahagian daripada projek Najwa semasa menuntut di UniTAR dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris.
Najwa nampak tidak hentikan pelajaran di situ saja. Bermula September tahun lalu, Najwa memilih untuk meneruskan pengajian pada peringkat Sarjana pula di Universiti Malaya (UM) walaupun dia pada mulanya ingin memilih United Kingdom.
“Saya batalkan hasrat untuk ke UK kerana memikirkan keluarga. Ibu seperti tidak sedap hati untuk melepaskan saya ke sana tambahan pula ia adalah kali pertama saya bakal ke tempat jauh dari keluarga.
“Saya tidak kisah di mana-mana saja, asalkan boleh belajar. Di UM, saya mengambil Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TEaSL) pula.”
* * * * *
Sebenarnya, masih ramai lagi golongan selebriti yang berpendidikan. Antaranya termasuklah Hanis Zalikha, Lisa Surihani, Vanidah Imran, Fattah Amin, Saharul Ridzwan, Safwan Nazri, Daiyan Trisha dan ramai lagi. Malah, ada juga yang sedang belajar seperti Atisha Khan (adik kepada Neelofa & vlogger di YouTube), Cupcake Aishah dan Johanis Sani (Vlogger & influencer).
Ternyata, pendidikan mengajar mereka untuk lebih matang berfikir dan menentukan hala tuju karier. Kalau mereka boleh buat, korang pun boleh!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sambal Nyet Bilis Khairul Aming tampil dengan rasa baharu menggunakan bahan tempatan berkualiti, ikan bilis segar dan formulasi khas yang menarik perhatian peminat.