2021 bakal melabuhkan tirai tidak sampai dua bulan lagi. Biarpun kebanyakan perancangan kita pada tahun ini banyak tersasar dek pandemik COVID-19 yang tidak berkesudahan, dalam diam ramai je sebenarnya yang meneruskan perancangan mereka biarpun perlu diadakan dalam skala yang lebih kecil.
Bukan seorang dua selebriti yang telah menamatkan zaman bujang mereka pada tahun ini. Sama ada selebriti dalam negara mahupun antarabangsa, masing-masing giat melangsungkan majlis perkahwinan biarpun hanya dihadiri oleh sebilangan kecil tetamu saja.
Contohnya semalam apabila dunia hiburan ‘kecoh’ dengan foto daripada acara akad nikah rapper terkenal, Caprice bersama pilihan hati bernama Farra Inalis yang merupakan seorang gadis kelahiran Kelantan berusia 26 tahun.
Selepas Caprice, nampaknya seorang lagi selebriti lelaki tanah air dikhabarkan telah memilih seorang gadis kelahiran Kelantan sebagai bakal isterinya.
Umum mengetahui penyanyi berbakat, Haqiem Rusli bakal berkahwin pada hari Jumaat ini setelah empunya badan sendiri mengumumkan berita gembira itu di pentas Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34, Sabtu lalu sewaktu menerima trofi bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular.
Selama Haqiem bergelar seorang anak seni, penyanyi berusia 23 tahun ini sentiasa kekal dengan pendiriannya untuk tidak sesekali berkongsi perihal peribadi terutamanya kisah cinta. Hanya soalan mengenai soal kerjaya dan produk seninya saja yang akan dilayan.
Lantas, apabila Haqiem sendiri yang mengeluarkan kenyataan bakal berkahwin pada 19 November ini sekerap DUA KALI iaitu semasa di atas pentas menerima trofi dan semasa di belakang pentas bersama pengacara segmen khas Sissy Iman; maka jelaslah Haqiem sedikit-sebanyak ingin berkongsi mengenai tarikh istimewa itu bersama seluruh rakyat Malaysia.
Ads
Ramai pantas tertanya-tanya siapakah gerangan gadis bertuah yang bakal dijadikan suri hatinya itu.
Gadis yang dikenali sebagai Wan Anis Sofea Wan Zamzuri ini mesra dikenali sebagai Anis Sofea dan baru berusia 19 tahun. Menariknya, Anis juga berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang.
Menjengah ke akaun rasmi Instagram Anis Sofea, kini hanya tinggal satu foto saja yang dibiarkan di sana biarpun jumlah pengikut Anis tidak kurang hebatnya iaitu seramai 58,000 orang ketika artikel ini dikarang.
Ads
Gadis berimej manis ini merupakan pengasas dan rakan kongsi perniagaan restoran Santhai Village bersama penyanyi lagu Tergantung Sepi itu. Difahamkan, mereka mengenali di antara satu sama lain sejak hampir dua tahun lalu dan mula tampil berhijab baru-baru ini sekali gus bertindak memadamkan foto dan video berimej lama dahulu.
Sempena menyambut hari bahagia nanti, Haqiem atau nama penuhnya Ridzuan Haqiem Rusli bakal menghadiahkan sebuah lagu istimewa untuk isterinya itu dan ia berjudul Hitam Saksi Putih.
Wah, sweet betul Haqiem dan Anis! Tak sabar kami nak lihat foto-foto daripada majlis akad nikah Haqiem nanti.
Pada usia 24 tahun, pemenang dua kali pingat emas Sukan Paralimpik dalam acara lompat jauh T20, Abdul Latif Romly telahpun menemui jodoh. Maaf girls! Hati atlet pujaan ramai ini telahpun ‘dicuri’ oleh pilihan hatinya yang dikenali sebagai Nabila Farhana.
Mereka berdua telahpun selamat bertunang semalam dalam sebuah majlis serba ringkas namun lengkap di Kangar, Perlis.
Menerusi risikan penggiat media tempatan, wanita yang menjadi pilihan Latif ini merupakan seorang guru yang telah dikenali oleh Latif sejak mereka berada di bangku sekolah lagi; iaitu semasa sama-sama bergelar pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Alwi di Kangar.
Latif tidak lokek untuk berkongsi berita gembira itu bersama para pengikutnya di Instagram semalam apabila memuat naik foto bersatu tunangnya itu kira-kira pada jam 8.00 malam tadi. Catat Latif, dia menyatakan rasa syukur apabila dirinya dan Nabila kita selangkah menghampiri hari bahagian mereka.
“Alhamdulillah, one step closer. I love you @nabersss.”
Muat naik tersebut turut menerima ucapan tahniah dan kegembiraan daripada rakan-rakan atlet lain seperti Pandelela Rinong dan juga bekas Menteri Belia & Sukan, Syed Saddiq.
“Tahniah Champ.” – Pandelela Rinong
“Alhamdulillah, tahniah champ.” -Syed Saddiq
Biarpun usia Latif masih muda dan perjalanannya dalam arena sukan lompat jauh ini masih jauh, anak bongsu daripada tujuh adik beradik ini bersedia untuk mengikat tali pertunangan setelah sekian lama mengenali hati budi Nabila. Begitupun, mereka dikatakan tidak mempunyai perancangan lanjut untuk menamatkan zaman bujang secara tergesa-gesa. Masing-masing ingin fokus terlebih dahulu dengan kerjaya masing-masing.
Tambahan pula, Latif kini sedang menyasarkan penyertaan dalam Sukan Paralimpik di Paris pada tahun 2024. Tentunya, dia ingin mempertahankan pingat emasnya itu buat kali ketiga untuk negara. Besar kemungkinan, mereka akan memilih tahun 2025 untuk mengikat tali perkahwinan.
Apapun, tahniah REMAJA ucapkan kepada Latif dan Nabila!
Pelakon dan model tempatan, Alicia Amin memberi bayangan bahawa hubungan rumah tangganya bersama Dr. Farzan Iqbal, 27 telahpun berakhir pada hari ini.
Menerusi hantaran video pendek di Instagram, Alicia atau nama penuhnya, Raja Alicia binti Raja Amin dilihat sedang berjalan di kawasan parkir kenderaan di luar sebuah bangunan yang dipercayai adalah mahkamah. Alicia tampil berhijab dan berjubah sambil diiringi oleh seorang jejaka yang memegang payung.
Tiada kapsyen yang disertakan untuk hantaran tersebut kecuali emoji berbentuk hati serta lagu latar ‘Baek’ nyanyian rapper, Joe Flizzow.
Alicia mengambil lirik daripada bahagian verse lagu tersebut yang berbunyi, “Jumpa janda baik bawak balik janda baik” yang dipercayai merujuk kepada status dirinya selepas proses penceraian.
Menerusi hantaran itu juga, rakan selebriti kepada Alicia tampil memberikan kata-kata semangat buatnya.
“None of our business, but kakak wishing the best for you always. Love you.” – Fazura
“Babe!! Big fat hugs tau.” – Sazzy Falak
Terdahulu, Alicia dan Farzan memilih untuk bernikah mengikut prosedur operasi standard (SOP) di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara pada 14 Februari 2021 sewaktu negara masih dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketika dihubungi pemberita, Alicia menyifatkan karakter yang dimiliki olehnya dan Farzan adalah hampir sama dan menjadi titik temu jodoh mereka berdua.
Manakala, Farzan pula pernah berkata bahawa Alicia merupakan wanita yang menepati ciri-ciri isteri idamannya terutamanya dari segi personalitinya yang berani dan lantang dari luaran; namun tetap bersifat penyayang dari dalaman.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pergolakan rumah tangga di antara pelakon, Puteri Sarah dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof memasuki fasa baharu setelah suaminya mengaku telahpun menikahi isteri kedua, Ira Kazar pada 6 Januari 2023.
Hanya sebentar tadi, pelakon teater pementasan Maduku Terpaling Kalut itu telah mengisytiharkan kepada khalayak umum agar Syamsul melepaskannya menerusi hantaran di Instagram setelah nekad tidak rela dimadukan.
“Kepada Mohd Shamsul, oleh kerana awak block saya sehingga sekarang dan tidak ajak berbincang, saya minta lepaskan saya kerana saya tidak rela dimadu,” catat Sarah.
Pada Jumaat minggu lalu, Syamsul telahpun meminta agar Puteri Sarah pulang ke kediaman mereka untuk berbincang mengenai hala tuju rumah tangga mereka.
Beberapa jam selepas itu, Puteri Sarah bertindak memuat naik respon balas dalam bentuk video dengan mempersoalkan tindakan suaminya menghalang (block) nombor telefonnya sejak setahun yang lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!