Pada Jumaat lalu, dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan satu perkongsian di Instagram pengarah sensasi, Syamsul Yusof yang mengumumkan telah bernikah dengan Ira Kazar yang juga anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi di Thailand.
Ia sekaligus telah menjadi bualan hangat dan mengundang kecaman masyarakat. Malah, ibu bapanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail turut terkesan dengan apa yang berlaku.
Terbaharu menerusi hantaran di entri tersebut, pelakon filem terkenal Munafik itu memohon agar kedua-dua isterinya iaitu Puteri Sarah Liyana dan Ira Kazar bertenang dan bersabar menghadapi dugaan dan ujian dalam perhubungan mereka.
Ads
“Morning! Moga kedua-dua isteriku tenang dan banyakkan bersabar. Doakan yang baik-baik” katanya.
Beserta coretan ringkas tersebut, Syamsul turut memuat naik foto pernikahannya dengan dengan Puteri Sarah dan Ira Kazar.
Ads
Menjengah ke ruangan komen pula sudah mula dibanjiri pelbagai coretan rata-rata warganet termasuk rakan artis.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Penyanyi Malaysia, Yuna kembali menyengat menerusi 2 lagu pertama daripada albumnya yang akan datang, Rouge. Selepas peminat menerima baik single Forevermore pada bulan lalu, Yuna ‘memanjakan’ semula peminat dengan single kedua berjudul Blank Marquee bersama..
wait-for-it
G-Eazy! Ya, rapper dari Amerika Syarikat itu adalah penyanyi kedua yang berkolaborasi bersama Yuna selepas Usher menerusi ‘Crush’.
Blank Marquee menceritakan tentang bagaimana seorang rakan atau kekasih mempergunakan kita untuk pergi lebih jauh dalam hidup, karier atau apa-apa motif yang dimilikinya. Kita ni kononnya hanyalah batu loncatan untuk si dia ke hadapan.
Menariknya, setelah mendengar dan menonton klip video Blank Marquee, penulis perasan ada hubung kait lagu tersebut dengan sebuah lagu popular yang dinyanyikan oleh bekas kekasih G-Eazy, Halsey.
Ouh, what is the scoop?
Menerusi lagu Without You yang selalu korang dengar di radio, Halsey menceritakan tentang bagaimana G-Eazy seorang rakan telah meninggalkannya setelah berjaya mencapai matlamat sebenar iaitu mencipta nama dalam karier.
Antara lirik yang disebut Halsey adalah:
Tell me how’s it feel sittin’ up there Feeling so high but too far away to hold me You know I’m the one who put you up there Name in the sky Does it ever get lonely? Thinking you could live without me
Okay..
Menerusi Blank Marquee pula, ia bermula dengan bahagian Yuna yang menceritakan tentang bagaimana lelaki tersebut seharusnya berterima kasih kepadanya atas segala bantuan yang diberikan. Sekarang, lelaki itu pula yang cuba untuk memijak kepala.
Senang cerita, nak sailang lah ni!
G-Eazy hadir dengan beberapa lirik yang – hhm – seperti ditujukan kepada seseorang. Halsey, take note.
Hold on, hold on. Let me tell my side.
Adakah G-Eazy merasa triggered dengan Without Out?
Who am I without you? I said I’m the same a** dude.
G-Eazy menempelak kononnya dia menggunakan Halsey sebagai boneka untuk lebih dikenali pada mata media dan peminat.
Nah, now don’t try to start me. Think I’m your John to your Paul McCartney.
G-Eazy memberi amaran agar Halsey tidak lagi menjaja cerita kononnya dipergunakan oleh G-Eazy.
Yeah you were right beside me. Next day try to criticize me.
To be fair, Halsey enggan membuka kisah lama dalam temu ramah bersama majalah Glamour pada Januari lalu. Katanya, dia berada dalam industri ini untuk berkarya dan bukannya menjadi tajuk cerita utama tabloid.
Namun pada bulan Februari lalu, Halsey menyanyikan lagu Without You semasa di rancangan Saturday Night Live (SNL). Pada pertengahan persembahan, beberapa ayat permohonan maaf dipancarkan pada latar belakang seolah-olah ia merupakan ayat yang datang daripada G-Eazy.
Used to love me now you despise me.
Well, obviously.
But at this point, nothing could surprise me. I know.
Mungkinkah ada perkaitan atau ia hanyalah kebetulan? Hanya Yuna dan G-Eazy saja yang tahu. Mungkin juga REMAJA mengambil Blank Marquee ke luar konteks lagu tersebut yang sememangnya bercakapkan mengenai isu mempergunakan orang lain.
Apa-apa pun, cuba korang dengan dan tonton klip video Blank Marquee ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rasanya tak sah kalau korang sebagai remaja kalau tidak memiliki hatta sepasang seluar jean. Diperbuat daripada bahan denim, seluar jean biasanya menjadi pilihan orang muda kerana sifatnya yang tahan lasak, senang digayakan dan berjiwa muda atau rebel.
Namun, kami pasti korang paling kurang pun dalam almari pakaian mesti memiliki beberapa helai seluar jean lama yang telah lusuh atau saiznya yang kini… ehem… mungkin tidak lagi padan dengan ukuran pinggang.
Jadi apa yang boleh korang buat dengan seluar jean tersebut? Takkan nak biarkan sampai reput dalam almari, bukan? Jom ikuti beberapa cara paling seronok bagaimana korang boleh kitar semula seluar jean menjadi barangan yang berguna!
1. Selipar denim
Terdapat beberapa aspek mengapa bahan dari denim sentiasa jadi pilihan. Salah satu daripadanya ialah keselesaan. Jadi, apa kata korang guna kain denim pada seluar jean yang lama dan tukarkannya menjadi selipar bilik. Bukan sahaja selesa tapi cantik!
2. Sarung tangan dapur
Khas buat korang yang minat memasak dan sering masuk dapur. Jadikan denim yang tidak digunakan untuk dijadikan sebagai sarung tangan dapur yang menarik. Bahan denim yang lasak memang sesuai dijadikan sarung tangan begini. Korang yang suka masak kek tu, inilah jawapan yang dicari agar tangan tak melecur.
3. Beg tangan
Kalau dulu ia hanya muncul sebagai barangan D.I.Y tapi sekarang beg tangan denim sudah dihasilkan secara komersial. Bagi korang yang ada seluar jean lama tak perlu beli tetapi dengan sedikit ubah suai sahaja sudah boleh bergaya sakand dengan beg tangan denim!
4. Bekas alat tulis
Bagi golongan pelajar sekolah dan universiti, bekas alat tulis bukan sahaja berfungsi sebagai alat membawa alat tulis tetpai ia juga boleh jadi medium untuk mengekspresikan diri. Jadi, gunalah seluar jean lama untuk hasilkan bekas alat tulis dan tampalkan patches menarik untuk nampak lebih cool!
5. Tali leher
Ini khas untuk jejaka. Buat gadis-gadis sekalin, korang boleh hasilkan tali leher ini sebagai hadiah hari ulang tahun atau hadiah anniversary. Percayalah lelaki sangat hargai hadiah daripada pasangannya yang dihasilkan sendiri dengan usaha dan hati yang ikhlas. Cuma jangan pula nanti dia gunakan tali leher ini untuk ke sesi temuduga sudahlah. Hehe.
6. Hiasan bunga
Ini khas untuk korang yang suka dengans eni gubahan. Korang boleh cuba kelainan dengan menghasilkan hiasan bunga diperbuat daripada seluar jean lama atau lusuh. Ia akan kelihatan dengan lebih menarik bersama gabungan pin rambut pelbagai bentuk. Ia boleh nampak kompleks tetapi sangat cantik!
7. Alas kerusi
Ini merupakan satu lagi idea menarik bagaimana seluar jean lama boleh diguna pakai semula dengan bijak. Set kerusi makan sudah lama digunakan dan ia semakin kotor dan hilah warna. Jangan risau, korang boleh menggantikan alas dengan seluar jean yang dipotong mengikut saiz sesuai. Lukisan tambahan pada alas kerusi juga menjadikan ia lebih ‘hidup’.
8. Cekak rambut
Ramai wanita berambut panjang menggunakan cekak setiap hari dan boleh dikatakan setiap masa untuk tampil lebih kemas dan cantik. Dan dengan itu terdapat ribuan jenis corak dan bentuk cekak rambut ditawarkan di pasaran. Namun ada satu corak cekak rambut yang diperbuat daripada kain denim boleh menarik perhatian ramai pihak. Balutkan cekak rambut yang basic dan jadikannya sebagai cekak rambut hebat.
9. Sarung Bakul Sampah
Bakul sampah pasti akan wujud di dalam kelas, pejabat dan mungkin terletak di sebelah kamu saja. Kadangkala bakul sampah begini bukan sahaja digunakan untuk menampung sampai tetapi diubah suai menjadi produk lain lebih berguna.
10. Apron
Satu lagi karya kitar semula yang mesra dapur dan khas buat golongan wanita dan lelaki yang gemar memasak. Apron merupakan satu bentuk pakaian yang sangat sesuai digunakan di dapur. Hasil kerja tangan sendiri yang digunakan untuk dapur sendiri, ia merupakan satu kebanggaan buat kora
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bila sebut tentang ‘sale’, mesti ramai yang excited terutamanya kaum perempuan. Betul tak? Pantang dengar perkataan diskaun, promosi dan jualan murah, kalau tak beli pun at least mesti nak cuci mata melihat barangan apa yang dijual dengan harga murah.
Bagi korang yang tak suka shopping, rugilah!
Watsons iaitu peruncit kecantikan dan kesihatan antarabangsa terbesar dunia, sekali lagi melancarkan diskaun produk kecantikan! Produk kosmetik!
Jualan hebat untuk pelbagai produk kecantikan! Diskaun sehingga 50% gaiss!
Sama ada foundation, maskara, lipstik, bahkan eyeliner, dan lain-lain, semua ada diskaun!
Tak percaya?
Jom kita lihat antara jenama yang membuat tawaran istimewa ni.
.
.
.
.
.
Maybelline Fit Me Concealer diskaun 50%! Hanya RM13.95!
Revlon Colorstay Full Cover Foundation diskaun 30%! Hanya RM48.93!
Diskaun 30% untuk Pensil Gel Kate Fit Rare! Hanya RM32.06!
Tapi, sebenarnya banyak je lagi barangan dan jenama yang tengah sale ni.
Tarikh Promosi: Mulai sekarang hingga 8 Jun
Lokasi promosi: Watsons Malaysia
Selain itu, kalau korang belanjakan lebih dari RM100 untuk produk kecantikan, boleh dapat rebat tunai RM10! Wah…bestnya!
Tapi perlu diingat,seronok-seronok shopping ni SOP tetap perlu diutamakan dan dipatuhi tau! Buat semua saranan dari Pihak KKM!