Foto: Billboard

Bekas ahli kumpulan K-pop EXO, Kris Wu dilaporkan telah ditahan di Beijing, China semalam kerana disyaki melakukan pemerkosaan membabitkan beberapa mangsa wanita.

Mahkamah China secara rasmi telah bersetuju dengan penangkapan bintang pop popular itu atas tuduhan permerkosaan. Berita penangkapan Kris ini serta-merta menjadi topik paling diperkatakan di laman Weibo China sehingga menerima 1.6 bilion ‘status’ berkaitan dengannya oleh warganet China.

Kris Wu terlebih dahulu pernah ditahan pada 31 Julai 2021 akibat tuduhan sama. Selebriti berusia 30 tahun ini dituduh melakukan penderaan seksual kepada seorang remaja bernama Du Meizhu yang berusia 19 tahun. Ketika berusia 17 tahun, Meizhu yang merupakan seorang pelajar jurusan Komunikasi di University of China, Beijing dibiarkan mabuk dan kemudiannya diperkosa di rumah Kris walaupun niat asal gadis itu ke sana adalah untuk menghadiri uji bakat.

Pelajar itu turut menyatakan bahawa masih ramai lagi gadis telah menjadi mangsa Kris selain dirinya termasuk gadis bawah umur. Biarpun Kris menafikan tuduhan itu, beberapa jenama terkenal telah menamatkan kontrak bersamanya.

BACA: Padah Dituduh Pemangsa Seksual, Jenama Produk Tamat Kontrak Dengan Kris Wu

IKLAN
Bintang Pop Kris Wu Ditangkap Di China Atas Tuduhan Rogol
Foto: CNA

Semasa siasatan dijalankan, beberapa individu lain muncul dan mengaku pernah menjadi mangsa penderaan seksual melibatkan Kris.

Pada 11 Ogos 2021, The China Press melaporkan seorang wanita Cina yang tinggal di Los Angeles bertemu pihak peguam untuk meminta sokongan undang-undang dan mengaku pernah didera secara seksual oleh Kris beberapa tahun lalu.

Difahamkan, mangsa ketika itu masih belum berusia 18 tahun dan bertemu Kris ketika menghadiri perjumpaan peminatnya di Los Angeles. Gadis itu bertukar ID WeChat dengan Kris dan didakwa didera secara seksual pada pertemuan kali kedua mereka.

IKLAN
Bintang Pop Kris Wu Ditangkap Di China Atas Tuduhan Rogol
Foto: Global Times

Jika disabitkan bersalah, sudah tentu ia bakal ‘menggelapkan’ masa depan kerjaya Kris setelah sekian lama penat dibinanya. Dengan bakat dan rupa yang ada, selebriti ini nampaknya cuba untuk menghancurkan kariernya sendiri.

Untuk pengetahuan, Kris membuat penampilan sulung bersama EXO pada tahun 2012. Namun dia meninggalkan kumpulan itu pada 2014 kerana berhadapan masalah melibatkan kontraknya dengan syarikat label EXO, SM Entertainment. Setelah mendapat persetujuan mahkamah, SM Entertainment dan Kris Wu mencapai penyelesaian di mana kontraknya dengan SM Entertainment masih lagi sah sehingga tahun 2022.

IKLAN

Selepas meninggalkan EXO, Kris mencipta nama kemunculan sebagai penyanyi, pelakon, model dan penerbit di China. Pengaruh yang dimiliki bukanlah calang-calang sehinggakan banyak jenama terkenal ingin menjadikannya sebagai duta mereka.

Ini merupakan kes jenayah kedua melibatkan selebriti K-pop yang menjadi perhatian pada bulan ini selepas kes bekas ahli Big Bang, Seungri.

ARTIKEL BERKAITAN : Seungri Terima Hukuman Penjara Selama 3 Tahun – REMAJA

Sumber: (1)

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI