Sukan

“Kurus 32KG Tanpa Tinggalkan Piza & Aiskrim” – Kols Dedah Rahsia Diet Realistik

Share

“Kurus 32KG Tanpa Tinggalkan Piza & Aiskrim” – Kols Dedah Rahsia Diet Realistik dan kisahnya kini jadi inspirasi kepada ramai remaja yang berjuang menurunkan berat badan. Ramai menyangka untuk kurus, seseorang perlu sanggup berlapar dan mengorbankan makanan kegemaran, namun Kols membuktikan sebaliknya.

Pempengaruh kecergasan ini berjaya menurunkan hampir 32 kilogram dengan cara realistik, seimbang dan konsisten tanpa meninggalkan piza, ais krim atau gula-gula kegemarannya. Menurutnya, kejayaan menurunkan berat badan bukanlah terletak pada sekatan keterlaluan, tetapi bagaimana seseorang mampu mengekalkan gaya hidup sihat untuk jangka masa panjang.

Mulakan Dengan Langkah Kecil

Dalam perkongsiannya, Kols menekankan bahawa ramai gagal kerana terlalu drastik di awal perjalanan.

“Kalau anda kurang bergerak, jangan terus target 10,000 langkah sehari atau ke gim enam kali seminggu. Mulakan dengan langkah kecil yang sesuai dengan rutin, baru boleh kekal konsisten,” jelasnya.

Kols sendiri memulakan dengan 6,000 langkah sehari, sebelum menambah jumlah itu sedikit demi sedikit. Bagi dirinya, pendekatan ini lebih mudah untuk mengekalkan disiplin tanpa cepat penat atau bosan.

Diet Bukan Bererti Pantang

Bercakap soal pemakanan, Kols menolak amalan meninggalkan makanan kegemaran sepenuhnya. Katanya, ia bukan sahaja menyeksa diri, malah membuatkan seseorang mudah gagal.

“Tak ada masalah nak makan piza, kek atau aiskrim semasa diet. Yang penting kawal kuantiti dan pastikan jumlah kalori seimbang. Diet ekstrem yang sekat semua makanan kegemaran hanya akan buat anda give up,” tambahnya.

Terima Naik Turun Berat

Kols juga mengingatkan remaja bahawa skala berat badan tidak akan menurun secara konsisten setiap hari. Kadang-kadang ia naik kerana faktor air atau hormon. Apa yang penting adalah tidak berputus asa.

“Walaupun ada hari berat naik, saya teruskan juga. Turun naik itu normal, yang penting konsisten,” katanya lagi.

Inspirasi Buat Remaja

Kejayaan Kols membuktikan bahawa untuk kurus tidak semestinya derita. Dengan diet realistik, senaman konsisten, dan mindset yang betul, sesiapa sahaja boleh capai berat badan idaman.

Bagi remaja, mesej ini cukup penting: jangan terpedaya dengan trend diet pelik yang menjanjikan hasil cepat. Lebih baik bina tabiat sihat yang boleh bertahan lama sambil tetap menikmati makanan kegemaran.

BACA LAGI : “Terasa Orang Cakap Gemuk” – Alya Iman Nekad Kurus, Turun 7KG Dalam 3 Minggu!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana