
Sekarang semua nak nampak natural bukan, natural beauty katanya.
Kalau korang antara yang dah mencuba macam-macam produk untuk hilangkan masalah jerawat dan parutnya tapi tak juga berkesan mungkin boleh cuba cara yang dikongsi gadis ini.

Dengan hanya menggunakan tomato beku, ia jadi penyelesaian untuk masalah jerawat dan parut degil yang dialami. Paling best amalan ini juga membuatkan kulit wajahnya makin berseri dan pinkish ala bintang k-pop tu.
Berikut adalah perkongsian Asha Zakaria yang boleh korang praktikkan. Mudah sangat caranya. Murah pulak tu.
Bahan hanya satu biji tomato!
Tip untuk hilangkan jerawat dan parut degil!
Boleh glowingkan kulit wajah.
Bahan yang diperlukan cuma satu biji buah tomato.

Cara-caranya
- Cuci dan simpan buah tomati ini dalam peti ais bahagian sejuk beku.
- Biarkan selama sehari. Kemudian potong dua.
- Ambil sebelah dan gosokkan pada kulit muka selama 15 minit.
- Biarkan selama satu jam sebelum mencucinya seperti biasa.
- Buat setiap hari, seeloknya pagi.
- Kalau malas boleh buat 2 kali seminggu .
SELAMAT MENCUBA !
Sumber: Asha Zakaria
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
5 Fakta Menarik Tentang Kemenangan Harnaaz Sandhu Di Miss Universe 2021

Penantian 21 tahun India di pertandingan ratu cantik Miss Universe akhirnya sampai ke garisan penamat setelah Harnaaz Sandhu, 21 dinobatkan sebagai Miss Universe 2021 pada hari ini.

Jelitawaan berdarah Punjabi ini mengidolakan Priyanka Chopra sebagai pelakon wanita kegemarannya. Tidak keterlaluan jika kami katakan prestasi Harnaaz di pentas akhir Miss Universe 2021 mirip Priyanka dahulu di Miss World 2000.
Sebagai pelakon baharu yang telah menemui penonton menerusi filem Punjabi seperti Bai Ji Kuttange dan Yaara Diyan Poo Baran, Haarnaaz cuba untuk mengikut jejak langkah Priyanka dalam bidang lakonan.
Jom kita lihat lima fakta menarik mengenai kemenangan Harnaaz Sandhu pada hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN : INDIA Dinobat MISS UNIVERSE 2021, Tamat Kemarau Kemenangan 21 Tahun – REMAJA
01
Harnaaz Sandhu dilahirkan pada 3 Mac 2000. Ia juga merupakan tahun sama di mana wanita kedua dari India iaitu Lara Dutta memenangi gelaran Miss Universe 2000. Lara memenanginya pada 12 May 2000. Ini bermakna Harnaaz belum dilahirkan lagi sewaktu kemenangan Lara itu!

02
Kali pertama India memenangi gelaran Miss Universe adalah menerusi Sushmita Sen pada tahun 1994.
Menariknya, Sushmita, Lara dan Harnaaz dinobatkan sebagai pemenang sewaktu pertandingan Miss Universe dilangsungkan di negara selain Amerika Syarikat. Sushmita memenanginya di Filipina, Lara di Cyprus manakala Harnaaz di Israel.


03
Bercakap mengenai Lara Dutta, jelitawan Bollywood itu pantas menyambut kemenangan Harnaaz menerusi Twitter.
Tahniah @HarnaazSandhu03!!!! Selamat datang ke kelab (pemenang Miss Universe dari India bersama-sama dengan pemenang sulung dari India, Sushmita Sen) !!! Kami telah menantikannya selama 21 tahun untuk impian ini!!! Anda telah membuatkan kami amat, amat bangga!!! Berbilion impian telah menjadi realiti!!! @MissDivaOrg @MissUniverse.

Selain Lara, Miss World 2000 dan pelakon antarabangsa India iaitu Priyanka Chopra turut mengucapkan tahniah di atas kemenangan bersejarah Harnaaz ini. Menerusi hantaran video di Instagram Story, Priyanka berkata, “Dan Miss Universe baharu ialah… Miss India. Tahniah Harnaaz Sandhu… dia membawa pulang gelaran tersebut setelah 21 tahun.”

04
Semasa Suhsmita Sen memenangi gelaran Miss Universe 1994, India telah menyambut kemenangan berganda menerusi Aiswarya Rai yang merupakan Miss World 1994.

Pada tahun 2000 pula, India sekali lagi meraikan kemenangan berganda menerusi Lara Dutta sebagai Miss Universe 2000 manakala gelaran Miss World 2000 pula jatuh kepada Priyanka Chopra.

Untuk pengetahuan, pertandingan Miss World bakal dilangsungkan di Puerto Rico pada 16 Disember ini. Adakah India sekali lagi akan menang berganda untuk kali ketiga menerusi wakilnya, Manasa Varanasi?
05
Soalan pertama yang diterima Harnaaz daripada pelakon The Bold & The Beautiful, Rena Sofer adalah berkaitan dengan perubahan iklim dunia yang mendadak. Agak mengejutkan apabila Harnaaz mendapat topik tersebut kerana dia sendiri merupakan penyokong tegar pemantauan dan penjagaan iklim dunia serta alam semulajadi dari sudut penggunaan bahan dan proses penghasilan fesyen (sustaibale fashion). Kebetulan?
ARTIKEL BERKAITAN : Sebelum Harnaaz Sandhu, 10 Miss India Pernah Gemparkan Dunia Dengan Kejelitaan Mereka – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kenali 4 Simptom Jangkitan Kuman Ke Paru-Paru Yang Sebabkan Kematian! #1 Demam Yang Tinggi

Pemergian selebriti chef, Adamdidam atau nama sebenarnya Muhammad Adam Mahamed Ismail, 29 tahun akibat jangkitan kuman ke paru-paru tika umat Islam berpuasa di bulan Ramadan sememangnya amat mengejutkan orang ramai. Dalam usia agak muda, ditambah sikapnya yang menyenangkan dan pemergian di bulan Ramadan membuatkan ramai bersimpati.
Di sebalik punca kematiannya iaitu jangkitan kuman di paru-paru tentu ramai ingin tahu bagaimana penyakit ini berlaku, simptom dan sebagainya yang dikongsikan oleh Dr Latif Saad dari TheDiagnosa yang berkongsi artikel ini di page tersebut.

Baca penulisan Doktor Latif ini.
Sebelum itu saya nak ucapkan takziah kepada keluarga Chef Adamdidam yang baru sahaja telah pergi meninggalkan kita.
Post ini dibuat untuk menjelaskan beberapa perkara berkenaan dengan jangkitan kuman paru-paru sebab ada yang pelik dan bertanya kepada saya ketika kes Adamdidam ni berlaku. Soalannya “Jangkitan kuman paru-paru boleh menyebabkan kematian ke?”
Jawapannya Ya. Ia boleh menyebabkan kematian.
Ada dua cara dimana ia boleh meragut nyawa.
1. Jangkitan paru-paru yang teruk
Jangkitan paru-paru yang teruk boleh berlaku apabila tidak dirawat dengan cepat ataupun jangkitan kuman tersebut berpunca daripada kuman yang berbahaya seperti Streptococcus pneumoniae.
Jangkitan kuman seperti ini boleh berlaku sehingga menyebabkan paru-paru anda dipenuhi dengan air jika tidak dirawat dengan cepat.
Disebabkan itulah, terdapat vaksin pneumococcal untuk mengelakkan jangkitan paru-paru disebabkan bakteria Streptococcus pneumoniae. Boleh pergi ke klinik swasta untuk mendapatkan suntikan vaksin ini.
2. Septic shock
Septic shock ataupun ‘renjatan sepsis’ ini bermaksud satu keadaan dimana jangkitan kuman daripada paru-paru telah merebak ke dalam darah dan menyebabkan tekanan darah menjadi rendah.
Ketika mana tekanan darah menjadi rendah, bekalan darah kepada organ seperti buah pinggang dan hati akan berkurangan. Ini menyebabkan organ tersebut mengalami kegagalan dan badan tidak mampu lagi mengawal tekanan darah.


Ia akan berakhir dengan kurangnya darah yang boleh dipam pergi ke otak atau ke jantung. Akhirnya, jantung akan berhenti dengan sendirinya dan pesakit akan meninggal dunia.
Pesakit-pesakit yang menghadapi septic shock ini selalunya akan diberikan ubat untuk mengekalkan tekanan darah tersebut pada tahap yang normal. Ubat itu akan disuntik secara berterusan melalui satu mesin supaya tekanan darah sentiasa berada pada tahap yang normal.
Punca lain yang menyebabkan jangkitan kuman yang teruk
Ada juga lagi satu punca yang boleh menyebabkan jangkitan paru-paru yang teruk iaitu ia boleh disebabkan jangkitan measles (demam campak).
Apabila seseorang itu dijangkiti demam campak, sistem imun badannya akan menjadi lemah untuk beberapa bulan.
Pada masa inilah kuman daripada luar mudah untuk masuk ke dalam paru-paru menyebabkan jangkitan paru-paru yang sukar untuk diubati. Sebab itu banyak kematian daripada demam campak measles ini adalah disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru.
Oleh itu, dinasihati kepada ibu bapa diluar sana untuk mengikut jadual vaksin yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Apakah simptom jangkitan kuman paru-paru?
Selalunya pesakit akan mengadu beberapa simptom iaitu:
- Demamyang tinggi
- Batukyang teruk
- Sesak nafas
- Bernafas dengan laju.
Jika anda atau anak anda menghadapi perkara ini, maka cepat-cepat pergi ke klinik atau hospital yang berdekatan
Kesimpulan
Jangkitan kuman pada paru-paru memang mudah berlaku dalam masyarakat kita. Akan tetapi ia boleh menjadi teruk hingga boleh meragut nyawa. Oleh itu, jika anda mempunyai simptom yang teruk seperti di atas, sila terus berjumpa dengan doktor.
Mohon share supaya orang lain boleh membaca artikel ini dan jangan lupa like page TheDiagnosa untuk sebarang info kesihatan.
Sumber : TheDiagnosa
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dari Usia Muda, Emina Cosmetics Rutin Muka Yang Patut Korang Amalkan

Lets face it, kebanyakan daripada kita sedang dilanda stres sejak tahun lalu lagi akibat musim pandemik yang perlu dihadapi. Dan bila stress mula la kulit ‘breakout’ disebabkan hormon!
Memilih produk penjagaan kulit dan mekap yang benar-benar sesuai untuk kulit adalah amat penting tambahan lagi di usia remaja.
Kali ini, REMAJA ingin memperkenalkan sebuah lagi jenama produk kecantikan dari negara jiran, Emina yang kualiti, ketahanan dan kesesuaiannya untuk kulit para remaja dengan harga berbaloi.
Direka untuk menjadi sahabat kecantikan gadis, Emina direka dan dirumus khusus untuk memenuhi keperluan kulit remaja dan kehendak kehidupan remaja. Mungkin di Malaysia kita jarang dengar, tapi kalau korang nak tahu jenama Emina ini sangat popular di Indonesia terutamanya dikalangan remaja.

Bercakap mengenai kemusukan jenama itu ke Malaysia, Clarissa A. Gunawan, Ketua Kumpulan Emina Cosmetics berkata;
“Emina telah meletakkan dirinya sebagai salah satu jenama penjagaan kulit dan kismet terkemuka untuk gadis remaja. Ini kerana kami memahami mereka, kulit mereka dan matlamat kecantikan.
“Kami teruja untuk membawa kepakaran kami dalam kulit remaja ke pasaran Malaysia untuk menjadi sahabat kecantikan setiap gadis, melalui barisan produk terbaik kami. Kami berharap dapat menyemai semangat Emina di seluruh negara.
Jom kita lihat lima langkah yang patut anda amalkan dengan Emina Bright Stuff Series
Dirumus untuk menjaga kulit kusam dan mencerahkan kulit. Siri ini termasuk pembersih, toner, serum, pelembap, topeng muka, dan juga micellar.
Langkah Pertama: Cleanser : Ini merupakan langkah penting. Jangan gunakan sabun badan untuk mencuci muka! Ini menyebabkan kulit wajah anda lebih kering. Gunakan pembersih yang dikhaskan untuk wajah.
Langkah Kedua: Toner : Selepas selesai membersihkan wajah anda perlu meletakkan toner pada muka. Toner membuatkan kulit anda terasa lebih segar.
Langkah Ketiga :Serum adalah salah satu skin care yg perlu dipakai selepas mencuci muka, apply toner dan sebelum pakai moisturiser. Tak kisah korang ada masalah kulit apa. Serum memang hebat dalam menangani masalah kulit.
Langkah Keempat: Pelembap : Selepas selesai proses memakai toner, anda harus mengaplikasikan sapuan moisturizer/pelembap ke wajah untuk mengekalkan keanjalan wajah. Ini kerana kulit kita ibarat span yang menyerap air.
Langkah Kelima: Topeng Muka : Bukan si gadis je yang perlu pakai topeng muka ini, kaum lelaki pun ada juga yang memakai mask demi menjaga kulit wajah.
Untuk info, semua produk dalam siri ini diperkaya dengan ekstrak plum dan agen pencerah berganda yang telah diuji secara klinikal dan terbukti selamat dan lembut pada kulit.
Bukan sahaja menjaga kulit kusam, Emina Bright Stuff Series juga melembapkan kulit dan melindungi daripada pencemaran. Ia juga dibuat dengan bahan-bahan yang selamat dan sesuai untuk kulit remaja.

Tidak hanya untuk penjagaan muka, Emina juga membawakan koleksi mekap seperti mekap mata, bibir, muka dan alat kecantikan. Koleksi ini tertumpu pada formula ringan, mudah digunakan, berpatutan dan berkualiti untuk memastikan remaja kelihatan segar dan berasa yakin.
Mengekalkan kesihatan kulit wajah harus diamalkan sejak Remaja lagi, semoga menerusi tip yang diberikan ini korang akan tampil segar dan juga yakin. Emina juga, kini boleh didapati di Malaysia secara eksklusif di Shopee, dengan harga antara RM 6 hingga RM 35.20. Berbaloi kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

