
Semua orang pasti impikan kesihatan mentaliti yang baik. Namun kadangkala, corak pemikiran kita boleh bertukar sama ada ke arah positif ataupun negatif. Jom cuba kuiz ini bagi memastikan adakah mentaliti kamu benar-benar sihat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pernah Berlakon Filem Hollywood, Menang Anugerah Pelakon Terbaik. Legasi Ridzuan Hashim Terpahat Dalam Dunia Seni

Meninggalnya Ridzuan Hashim hari ini pada usia 62 tahun memberi indikasi bahawa negara kehilangan sebutir lagi bintang yang sekian lama menyinari dunia seni tempatan.
Allahyarham yang dilaporkan meninggal dunia ketika bersarapan disebabkan serangan jantung telah pun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Dusun Tua Hulu Langat, Selangor usai solat Maghrib sebentar tadi
Menerusi laporan Media Hiburan, salah seorang anak allahyarham, Dhanial berkongsi detik ketika bapanya meninggal dunia.
“Sebelum ini, dia memang akan minta bantuan saya kalau nak bangun atau buat apa-apa. Tapi, minggu terakhir ini, dia nak buat semuanya sendiri.
“Pagi tadi misalnya, dia macam susah nak bangun. Selalunya, dia yang bangun paling awal. Jadi, bila saya kejut dia sekitar jam 7 pagi dan dia belum bangun, saya siapkan sarapan. Lebih kurang jam 11 pagi, kami bersarapan bersama dan ketika itulah dia terjatuh dan tak sedarkan diri,” ujarnya.

BINTANG HEBAT
Namanya sebagai seorang pelakon tidak perlu diperkenalkan lagi dalam dunia hiburan tempatan. Telah membintangi ratusan karya baik filem dan drama, karismanya membuatkan sesiapa sahaja yang menonton merasai watak yang disampaikan
Memulakan kerjaya sejak muda lagi, Ridzuan antara wajah komersial yang menjadi kegemaran untuk menghiasi dada majalah dan juga iklan komersial sebagai model. Kekacakan yang dimlikinya menjadi tiket untuk lebih dikenali.
Menjadi pilihan kebanyakan jenama produk ketika itu, wajah kacak Ridzuan pernah tampil dalam hampir 40 iklan komersial di kaca TV, antaranya Amanah Saham Nasional, Benson & Hedges, Panasonic, Marlboro, Levi’s dan sebagainya.
Memulakan langkah dalam dunia seni, allahyarham membintangi filem pertamanya Antara Dua Hati pada tahun 1998. Sebelum itu dia terlebih dahulu membintangi drama pertamanya, Adam & Hawa yang disiarkan pada tahun 1986.

Bukan calang-calang, anak kelahiran Kuala Lumpur ini pernah membintangi filem antarabangsa iaitu Beyond Rangoon yang menampilkan Patricia Arqutte sebagai pelakon utama.
Bakatnya dalam dunia seni tidak dipandang enteng, sebagai bukti pada tahun 1991 dia telah dianugerahkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-9 menerusi lakonan dalam filem Hati Bukan Kristal.
Allayarham mendirikan rumahtangga bersama rakan pelakon, Didie Alias pada tahun 1991 namun mereka berpisah pada 2002. Hasil perkongsian hidup selama hampir 10 tahun itu dikurniakan lima cahaya mata.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Serius Cantik! Taman Tasik Titiwangsa Berubah Imej Dengan Maze & Taman Air

Dalam banyak-banyak port untuk meluangkan masa terluang di sekitar Kuala Lumpur, salah satu lokasi paling popular dan lama ditubuhkan ialah Taman Tasik Titiwangsa.
Namun dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ia tidak begitu digemari ramai terutamanya di kalangan remaja dek kerana keadaan yang tidak memuaskan.
Tapi itu dulu…
Bermula hujung minggu lalu, Taman Tasik Titiwangsa telah dibuka semula dengan imej baru untuk orang awam.

Antara yang membuatkan penulis teruja adalah struktur ‘Canopy Bridge’ siap dengan asap kabus buatan lagi yang membuatkan pengalaman rekreasi di sana lebih menarik.

Ia mempunyai pokok Kemuning yang membentuk maze garden seperti yang selalu kita lihat di luar negara.

Bagi korang yang teringin untuk ke sana adik kecil sepanjang musim cuti sekolah ini, jangan risau kerana mereka telah menyediakan taman permainan air serba baru.

Dan kepada peminat aktiviti berbasikal serta jogging, Taman Tasik Titiwangsa juga menyediakan kemudahan selesa.
Perubahan imej ini adalah di bawah kelolaan Jabatan Pembangunan Landskap dan Rekreasi DBKL.

Ia juga berstatuskan mesra OKU dengan permainan yang direka khas untuk kanak-kanak autistik dan cerebral palsy (ketidakupayaan perkembangan di bahagian otak tertentu untuk mengawal pergerakan otot.
Foto Utama: Instagram Hamztravels
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Acara TUDUM Netflix : Puluhan Siri Drama & Filem Diumumkan

Korang rasakan 2021 setakat ini telah mempertontonkan terlalu banyak siri dan filem original terbitan Netflix sehinggakan korang sendiri belum sempat untuk menonton kesemuanya? Well, there is MORE to come.
Lebih daripada 70 judul drama bersiri dan 28 judul filem berbeza telah dikongsikan dalam acara Tudum Netflix tengah malam tadi. Sepanjang tiga jam ia disiarkan secara langsung untuk tontonan peminat setia saluran penstriman atas talian itu, satu-persatu pengumuman istimewa dilakukan lalu membuatkan semua yang menonton merasa teruja menantikan tarikh tayangannya tidak lama lagi.
*Tu-dum!*
Sukar untuk kami rangkumkan kesemua drama bersiri dan filem baharu yang diumumkan. Oleh itu, kami senaraikan enam naskah baharu yang dijangka menjadi tular dan digemari oleh korang semua.
STRANGER THINGS 4
Dari semasa ke semasa, Netflix telah kongsikan beberapa teaser menarik daripada drama bersiri popular ini sebelum musim keempatnya menemui kita pada – hhm – tahun 2022. Okay, okay, walaupun kedengaran seperti lama lagi sebelum ia ditayangkan, dengan teaser baharu yang dimainkan semalam ini, korang pasti akan sabar saja menantikan Stranger Things 4.
JEEN-YUHS
Sebut betul-betul : Ge-Ni-Us.
Kita sememangnya bertuah kerana Netflix telah mempersembahkan pelbagai jenis filem dokumentari muzikal menarik selama ini seperti dokumentari Beyonce: Homecoming, Ariana Grande: Excuse Me, I Love You, Taylor Swift: Miss Americana, Lady Gaga: Five Foot Two, Blackpink: Light Up The Sky dan banyak lagi.
Dokumentari istimewa terbaru ini dijangka turut menjadi hit kerana ia berkenaan figura popular dalam bidang nyanyian dan fesyen masa kini, Kanye West. Sepanjang 20 tahun dia bergelumang dalam dunia kreatif, nama Kanye tidak pernah suram dengan kontroversi dan pelbagai ciptaan baharunya yang diakui ramai mempunyai kelas tersendiri. Jenn-Yuhs membawa penonton mengenali Kanye sejak zaman debut hinggalah sekarang. Ia juga dijangka ditayangkan pada tahun hadapan.
SEX EDUCATION 4
Seperti yang diumumkan menerusi akaun Instagram rasmi Sex Education, siri popular ini telah mendapat musim keempatnya walaupun musim ketiga siri ini baru saja ditayangkan di Netflix beberapa hari lalu.
BRIDGERTON 2
Jika kami perlu menamakan sebuah drama siri yang menjadi tular pada tahun ini, tentunya kami akan ‘menghadiahkan’ gelaran tersebut kepada Bridgerton (Ya peminat Squid Game, drama tersebut pun tular. Kami tahu.) Disebabkan populariti musim pertamanya, jualan nover bersiri Bridgerton terus mencanak naik. Penangan Bridgerton ini membolehkan ia menyambung siri tersebut ke musim kedua di mana kelibat Simone Ashley (pelakon Sex Education) dapat dilihat dalam teaser terbarunya semalam.
HELLBOUND
Siapa saja yang tidak akan menggemari sebuah naskah mengenai raksasa mega yang memusnahkan bandaraya metropolitan? Semalam di Tudum, kita disajikan dengan trailer bagi drama bersiri bergenre horror dari Korea Selatan; Hellbound. Bakal ditayangkan pada 19 November ini, ia menampilkan raksasa mirip King Kong versi mini! Okay, kami tidak pasti apakah ini sejenis kumpulan mutant ataupun raksasa asing, but they sure are entertaining to watch. Tambahan pula apabila kami mengetahui siri ini diarahkan oleh pengarah filem Train To Busan, Yeon Sang-ho.
Don’t Look Up
Akhirnya, ada juga filem bergenre lain yang akan ditayankan sempena sambutan Hari Natal. Apa jadi jika pelakon berkelas A seperti Meryl Streep, Jennifer Lawrence, Leonardo DiCaprio dan Jonah Hill disatukan dalam sebuah filem? Well, Don’t Look Up happens. Tanpa mengetahui mengenai jalan cerita penuhnya pun, kita sudah dapat menjangkakan ia akan menjadi hit semasa ia menemui penonton pada 24 Disember ini hanya kerana lakonan hebat barisan pelakonnya.
*
Seperti kami katakan tadi, terlalu banyak drama siri dan filem yang diumumkan semalam. Antara judul lain yang menjadi tumpuan termasuklah The Witcher musim 2 (hi Henry Cavill!), Army of Thieves, The Crown musim 5, Emily in Paris musim 2, Arcane, The Sandman, Red Notice (yang diterbitkan oleh Dwayne Johnson), Money Heist, The Umbrella Academy, dokumentari Britney vs Spears dan banyak lagi.
ARTIKEL BERKAITAN : Squid Game VS Alice In Borderland : Mana Lebih ‘Thrill’? – REMAJA
BACA LAGI : Netflix Lancar Trailer Dokumentari ‘Britney vs Spears’, Tak Sabar 28 September Ini – REMAJA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

