Meninggalnya Ridzuan Hashim hari ini pada usia 62 tahun memberi indikasi bahawa negara kehilangan sebutir lagi bintang yang sekian lama menyinari dunia seni tempatan.
Allahyarham yang dilaporkan meninggal dunia ketika bersarapan disebabkan serangan jantung telah pun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Dusun Tua Hulu Langat, Selangor usai solat Maghrib sebentar tadi
Menerusi laporan Media Hiburan, salah seorang anak allahyarham, Dhanial berkongsi detik ketika bapanya meninggal dunia.
“Sebelum ini, dia memang akan minta bantuan saya kalau nak bangun atau buat apa-apa. Tapi, minggu terakhir ini, dia nak buat semuanya sendiri.
“Pagi tadi misalnya, dia macam susah nak bangun. Selalunya, dia yang bangun paling awal. Jadi, bila saya kejut dia sekitar jam 7 pagi dan dia belum bangun, saya siapkan sarapan. Lebih kurang jam 11 pagi, kami bersarapan bersama dan ketika itulah dia terjatuh dan tak sedarkan diri,” ujarnya.
Ads
BINTANG HEBAT
Namanya sebagai seorang pelakon tidak perlu diperkenalkan lagi dalam dunia hiburan tempatan. Telah membintangi ratusan karya baik filem dan drama, karismanya membuatkan sesiapa sahaja yang menonton merasai watak yang disampaikan
Memulakan kerjaya sejak muda lagi, Ridzuan antara wajah komersial yang menjadi kegemaran untuk menghiasi dada majalah dan juga iklan komersial sebagai model. Kekacakan yang dimlikinya menjadi tiket untuk lebih dikenali.
Menjadi pilihan kebanyakan jenama produk ketika itu, wajah kacak Ridzuan pernah tampil dalam hampir 40 iklan komersial di kaca TV, antaranya Amanah Saham Nasional, Benson & Hedges, Panasonic, Marlboro, Levi’s dan sebagainya.
Ads
Memulakan langkah dalam dunia seni, allahyarham membintangi filem pertamanya Antara Dua Hati pada tahun 1998. Sebelum itu dia terlebih dahulu membintangi drama pertamanya, Adam & Hawa yang disiarkan pada tahun 1986.
Bukan calang-calang, anak kelahiran Kuala Lumpur ini pernah membintangi filem antarabangsa iaitu Beyond Rangoon yang menampilkan Patricia Arqutte sebagai pelakon utama.
Ads
Bakatnya dalam dunia seni tidak dipandang enteng, sebagai bukti pada tahun 1991 dia telah dianugerahkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-9 menerusi lakonan dalam filem Hati Bukan Kristal.
Allayarham mendirikan rumahtangga bersama rakan pelakon, Didie Alias pada tahun 1991 namun mereka berpisah pada 2002. Hasil perkongsian hidup selama hampir 10 tahun itu dikurniakan lima cahaya mata.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mengikut perancangan awal, John ingin ke New Zealand untuk mengeksplorasi negara itu, menikmati keindahan alamnya dan hanya pulang apabila telah puas berada di sana. Lalu, dia hanya membeli tiket penerbangan satu hala.
Segalanya berubah pada 23 Mac apabila Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengumumkan bahawa negara itu telah memasuki kawalan tahap ketiga dalam menghadapi serangan wabak Covid-19 dan tahap keempat akan dilaksanakan serta-merta pada keesokan harinya.
Tahap keempat di sini mirip strategi Perintah Kawalan Pergerakan yang kita hadapi di Malaysia dan tiada sesiapa pun yang berada di dalam negara itu yang dibenarkan keluar daripada sempadan.
Gambar Hiasan: Bandaraya Auckland, New Zealand.
Sudah tentu, John panik dan cuba untuk mendapatkan tiket penerbangan terawal untuk pulang ke Kuala Lumpur. Penerbangan tersebut memerlukan John untuk melakukan transit di Sydney, Australia.
Bagaimanapun, ia bertukar mustahil apabila Australia telahpun menutup sempadan negaranya daripada kemasukan individu bukan warganegara!
Johh cuba menghubungi kedutaan Australia dengan harapan permohonannya untuk memperolehi visa istimewa untuk ke sana diterima. John tahu peluang tersebut amatlah tipis. Namun dia tetap mencuba memandangkan dirinya tidak boleh menetap di New Zealand untuk satu tempoh yang tidak pasti.
Iyalah, bajet pun tak cukup, rumah pun tiada di sana.
Bagaimana nak survive?!
Gambar Hiasan: Auckland dalam situasi kuarantin
Pemohonan tersebut gagal dan John tidak mempunyai pilihan selain terus berada di New Zealand.
“Saya cuba menghubungi MAS tetapi talian telefon mereka sibuk. Saya hubungi kedutaan Malaysia di Wellington (New Zealand) tetapi tiada siapa yang mengangkat.”
Warga Malaysia Memang Prihatin
John bertuah apabila dia mendapati seorang lagi rakyat Malaysia turut terkandas di Auckland.
Menerusi laman Facebook ‘Malaysians in Auckland’, John menerima bantuan daripada Dave Anath, presiden persatuan perniagaan Malaysia di New Zealand untuk menemukan John dengan seorang pegawai kewangan yang berasal dari Malaysia, Esther Wee.
Esther Wee & John Ho
Esther, 53 telah menetap di New Zealand selama hampir 17 tahun dan tidak teragak-agak untuk menawarkan kediamannya. Benarlah kata orang, warga Malaysia yang berkelana di luar negara akan sentiasa cuba untuk membantu rakyat Malaysia lain dalam kepayahan dengan segera.
John bersyukur apabila dia kini sudah mempunyai tempat untuk menetap. Esther, ataupun Aunty Esther seperti yang dipanggil oleh John, jelas menunjukkan semangat ke-Malaysia-an tetap ada walaupun sudah lama meninggalkan negara.
Esther Wee selalu menyediakan makanan Malaysia untuk John.
Selama kuaraktin peringkat 4 dijalankan di New Zealand, John dan Esther saling membantu sesama diri mereka. Tidak lagi keseorangan dalam berdepan situasi tersebut di kediaman Esther.
Untuk mengetahui kisah lanjut mengenai mereka berdua, jangan lupa untuk menonton filem dokumentari Malaysia vs Covid-19: #KitaJagaKita pada hari ini, jam 6 petang di saluran Astro Ria, AEC, Vinmeen HD, Hello dan Astro Awani.
Tak sampat nak balik ke Malaysia sebelum sempadan New Zealand ditutup kerana kuarantin Covid-19, John Ho ceritakan pengalamannya untuk survive di sana.
Tonton kisah Cikgu Nazmi pula yang berkorban masa dan tenaga bagi memberikan pendidikan terbaik kepada anak didiknya walaupun sistem persekolahan perlu dijalankan dari rumah.
Kumpulan rock alternatif, Coldplay khabarnya bakal terlibat dalam pembikinan lagu baru kumpulan k-pop lelaki popular Korea Selatan, BTS.
Wah tak sabarnya…
Menerusi laman Twitter, British rock band ini telah memuatnaik teaser image untuk single mereka akan datang, My Universe yang bakal menampilkan BTS. Difahamkan, ia bakal dirilis pada 24 September ini.
Perkara ini turut disahkan sendiri oleh vokalis Coldplay, Chris Martin yang menyatakan bahawa beliau sangat menyukai BTS dan tidak akan pernah mengatakan tidak untuk berkolaborasi dengan kumpulan K-Pop tersebut.
My Universe juga akan tersedia sebagai two track CD single edisi terhad, dan cover didalamnya akan memuatkan lirik hasil karya oleh Coldplay dan BTS. .Dua lagu tersebut adalah My Universe versi original dan versi instrumental.
Sebelum-sebelum ini juga BTS kerap melakukan kolaborasi dengan penyanyi barat untuk memperluas jangkauan pendengar mereka. Ini 6 selebriti yang pernah berkerjasama dengan BTS.
1. The Chainsmokers
Foto Via Soompi
The Chainsmokers adalah duo EDM yang telah bekerjasama dengan BTS. Andrew Taggart dan Alex Pall berkolaborasi dengan BTS dalam lagu berjudul Best Of Me. Lagu ini dikeluarkan pada tahun 2018.
2. Halsey
Foto Via Pride
BTS dan Halsey bekerjasama untuk menyanyikan lagu utama di album Map of The Soul, berjudul Boy With Luv. Lagu kolaborasi BTS dengan Halsey pertama kali dirilis pada tahun 2019. Mereka dilaporkan saling mengenali sejak 2017 di Billboard Music Awards.
3. Steve Aoki
Foto Via Koreaboo
BTS bertemu Steve Aoki, seorang DJ dan producer dari Amerika Syarikat. Pertemuan BTS dengan Steve Aoki juga menghasilkan kolaborasi untuk menghasilkan karya baru.
Steve Aoki menghasilkan dua judul lagu dengan kerjasama BTS. Lagu dari kolaborasi Steve Aoki dan BTS berjudul Waste It On Me dan Mic Drop.
4. Troye Sivan
Foto Via Koreaboo
Troye Sivan juga termasuk dalam senarai penyanyi yang pernah bekerjasama dengan BTS. Troye Sivan adalah komposer dan penulis lirik untuk lagu BTS, Louder Than Bombs. Lagu Louder Than Bombs adalah lagu ke-10 dari album BTS: Map of the Soul 7.
5. Sia
Foto Via Capital FM
Bukan hanya Troye Sivan yang berkolaborasi dengan BTS di album BTS: Map Of The Soul 7. Penyanyi Chandelier juga berkolaborasi pada salah satu lagu di album tersebut, berjudul ON. Kerjasama Sia dengan BTS dianggap sebagai kolaborasi yang tidak dijangka dari peminat BTS. Sebabnya, tidak pernah ada interaksi antara Sia dan BTS sebelum ini. Walaupun begitu, peminat BTS masih teruja dengan lagu kolaborasi mereka.
6. Ed Sheeran
Foto Via DNA India
Ed Sheeran dan BTS pernah berkolaborasi dengan menuliskan lagu ‘Make It Right’ daripada album ‘Map of the Soul: Persona’ pada tahun 2019.
Pasti peminat sudah tidak sabar menantikan single terbaru kolaborasi BTS bersama Coldplay ini. Sama-sama kita nantikan 24 Setember nanti.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dah jadi kebiasaan masyarakat kita memang suka makan makanan yang pedas-pedas. Kalau tak, tak ada la sampai nak buat video viral makan Samyang challenge la, mi segera berapi challenge la dan macam-macam lagi la.
Tak dinafikan tekak kita dah terbiasa dengan rempah dan cili, so kalau tak pedas memang tak sah la. Tapi korang tahu tak banyak makan pedas pun sebenarnya tak bagus?
Seperti apa yang berlaku pada Jia Shamsuri, akibat makan pedas dan selalu makan lambat, sakit perut yang disangka hanya gastrik rupa-rupanya boleh mengundang padah.
Jom kita baca thread yang dikongsi oleh gadis ini.
Suka sangat lambatkan mealtime
Memang suka makan pedas
Lepas 10 tahun baru rasa..
Standby ubat ni je mulanya
Rupanya bila sampai hospital kena buat endoscopy..
Ini resultnya
Gastroesophageal Reflux Disease
Lower Esophageal Sphincter
Barret’s Esophagus
Polyps ni pula boleh jadi kanser
Tak boleh makan pedas, berminyak, berempah
Dan tak boleh skip ubat
So guys, jagalah pemakanan korang. Pada siapa yang mempunyai gastrik kronik rasanya baik korang pergi buat check up. Iye la kita tak tahu apa sebenarnya yang terjadi pada tubuh kita kan. Jadi, jalan terbaik adalah berjumpa dan dapatkan nasihat daripada pakar daripada tunggu sehingga dah jadi teruk baru nak jumpa doktor.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!