Memanglah bagus apabila seseorang pelajar itu kreatif tapi apabila daya bijak seseorang itu itu digunakan tidak kena pada tempatnya demi menipu, memang nak kenalah jawabnya!
Sebagaimana kita tahu, perbuatan merentas negeri masih tidak dibenarkan buat masa ini bagi mengelakkan penularan pandemik Covid-19 di negara kita.
Ads
Baru-baru ini, satu laporan akhbar tempatan membongkarkan bagaimana dua orang penuntut wanita kolej swasta berusia 22 tahun ditahan setelah disyaki memalsukan borang rentas negeri untuk ke Pahang.
Ads
Pelajar tersebut ditahan anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya selepas Plaza Tol Bentong dan mereka meragui kesahihan borang rentas negeri yang dikemukakan.
Ads
“Siasatan awal mempercayai cap rasmi dan tandatangan Ketua Balai yang meluluskan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan atas alasan menghadiri kelas adalah palsu. Borang itu hanya dihasilkan menggunakan mesin pengimbas.”
Polis turut menemui salinan borang kosong dengan tandatangan palsu yang dikatakan milik ketua balai polis di telefon pintar seorang daripada suspek. Ia dipercayai digunakan bagi menghasilkan borang rentas negeri itu. Tambah mencurigakan apabbila ujian saringan air kencing ke atas salah seorang suspek juga didapati positif ganja.
Haihlah.. kami faham semua orang hendak balik kampung pada waktu sekarang. Tapi, semua orang kenalah patuhi undang-undang yang dikeluarkan oleh kerajaan. Kan tak pasal-pasal kena saman dah, seperti yang berlaku kepada beberapa insan yang merentas negeri baru-baru ini demi – err – menghadiri majlis perkahwinan!
ARTIKEL BERKAITAN :
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Akibat gangguan sistem check-in yang tergendala di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 1 & KLIA 2) sejak Rabu lalu, hari ini keadaan dilaporkan semakin stabil disebabkan tindakan pantas pihak Malaysia Airports.
Gangguan yang dianggap sebagai ‘bencana’ oleh mana-mana pihak pengurusan lapangan terbang itu telah mengganggu sistem operasi KLIA.
Semuanya perlu dilakukan secara manual dalam tempoh 2 hari lepas lalu menyebabkan lapangan terbang sesak dengan orang ramai yang beratur di kaunter check in.
Bukan itu saja, antara yang terjejas adalah sambungan WiFi, sistem paparan maklumat penerbangan dan sistem kendali bagi bagasi.
So just imagine, betapa ramai yang terkandas. Malah, orang ramai juga terpaksa ke KLIA 4 jam sebelum penerbangan untuk menguruskan diri.
Namun menurut Ketua Eksekutif Kumpulan Penerbangan Malaysia, semua sistem penting kini berjalan lancar. Pihak Malaysia Airports juga masih memantau kestabilan sistem.
Antara yang banyak membantu adalah Duta Airport CARE yang bekerja keras bagi memastikan keselesaan bakal penumpang. Mereka didapati mengedarkan roti, minuman teh dan kopi dari jam 6.40 pagi hingga 9.00 pagi tadi.
Terima kasih!
Sumber: BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Syurga buat ulat buku, Tsutaya Books, telah mengumumkan tarikh pembukaan kedai buku pertamanya di Malaysia di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 7 Julai jam 3 petang.
Digelar ‘gedung buku tercantik di dunia’, cawangan di Bukit Jalil juga akan menjadi kedai pertama bagi Tsutaya Books di seluruh Asia Tenggara. Menurut satu kenyataan media, kedai buku tersebut digambarkan sebagai kompleks kedai buku berskala besar yang berkonsepkan Cultivate Lifestyle & Culture.
Rangkaian Jepun yang terkenal itu akan memastikan cawangannya di Bukit Jalil menjadi topik hangat bualan ramai apabila pintunya dibuka pada bulan hadapan.
Reka bentuk yang dibawakan adalah sebagai sebuah destinasi yang layak untuk dikongsikan di platform-platform media sosial seperti Instagram. Tsutaya Books Bukit Jalil akan menawarkan ruang seluas 31,000 kaki persegi (2,880 meter persegi), dan dianggarkan terdiri daripada 264,000 buku, pelbagai jenis alat tulis, seni, pameran hadiah dan cenderhati, serta sebuah kafe.
Tsutaya Books di Daikan-Yama
Menurut sebuah hantaran Instagram Tsutaya Books Bukit Jalil, “Kafe Jepun moden akan menjadi antara elemen terpenting kepada kedai buku kami, pelanggan akan mempunyai ruang untuk menyelak buku sambil menghirup kopi yang baru dibancuh dan juga menikmati hidangan ringan.”
Menurut mereka juga, antara pilihan buku-buku yang terdapat di sana adalah buku-buku yang ditulis dalam bahasa Inggeris, Jepun, Mandarin dan Bahasa Malaysia.
Tsutaya Books di Lapangan Terbang Haneda
Sesuai dengan imej dan penjenamaan ‘TSUTAYA’ — Tsutaya Books membawa personaliti tersendiri dengan menawarkan konsep unik di kawasan elit di mana tiada dua gedung yang serupa, seperti di T-Site di Daikanyama, Shibuya dan Ginza Six di Tokyo.
Sejak itu, kedua-dua ‘TSUTAYA’ dan Tsutaya Books menjadi platform budaya pop Jepun yang menyeluruh, dan beroperasi di lebih 1,400 cawangan di seluruh dunia.
kafe gaya moden Jepun
Ternyata kedai buku yang akan dibuka pada 7 Julai ini bukan sahaja untuk ulat buku tetapi ia juga sesuai untuk banyak jenis pelawat. Jadi, janganlah leka dan tandakan kalendar anda supaya dapat mengunjungi dan kedai buku Tsutaya Books Bukit Jalil dan menikmati suasananya!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Biarpun bergelar atlet antarabangsa dan pemenang pingat emas dalam acara sukan terjun, Pandelela Rinong turut tidak terkecuali daripada berdepan tentangan ketika dia menyuarakan mengenai keperluan menjadikan arena sukan tempatan medan yang lebih selamat untuk para atlet terutamanya atlet wanita.
Penerjun kelahiran Sarawak itu pernah berdepan tuduhan kononnya berkelakuan ‘diva’ hanya kerana dia menyuarakan kerunsingan mengenai tahap keselamatan di pusat sukan.
Justeru, Pandelela menerusi akaun Twitter-nya semalam telah menghantarkan ciapan berbunyi sebagai tanda sokongan terhadap pelajar remaja bernama Ain Husniza Saiful Nizam yang dipalit isu ‘gurauan rogol’ oleh seorang guru lelaki, beberapa minggu lalu.
“(Situasi yang dihadapi oleh Ain) ini adalah sama seperti semasa saya cadangkan #MakeSportASafePlace. Saya dipanggil sebagai DIVA, dengan ‘double meaning‘.
“Kepada Ain, saya cadangkan agar kamu kekal cakna kerana kamu mungkin akan disabotaj jika tidak berhati-hati. Bagaimanapun, teruskan berjuang untuk masa hadapan kita,” catatnya berserta tanda pagar #MakeSchoolASaferPlace.
Mesej daripada Pandelela ini hadir setelah Ain menerima komen biadap daripada seorang pengguna Facebook yang dipercayai merupakan seorang pengetua sekolah.
Dalam satu muat naik di Facebook Ain, individu tersebut telah melabel Ain sebagai hipokrit kerana berpenampilan menutup aurat demi menghormati sesi perbualan ‘Speak Up’ yang dianjurkan oleh Khadihah Learning Centre, semalam.
Pada sesi itu, Ain telah dijemput untuk bercakap tentang topik keyakinan diri ketika tampil di khalayak ramai. Bagaimanapun, penampilan Ain telah menjadi pencetus perdebatan.
Komen ini telah ditangkap layar oleh ayah AIn, Saiful Nizam.
Tanpa angin tanpa ribut, individu itu telah menggelar Ain sebagai ‘anak setan pakai tudung’ dan berharap agar ibu bapa Ain ‘ajar anak kurang ajar’. Lalu, warganet menjadi berang ke atas serangan yang datang daripada individu tersebut.
Ramai tampil memuat naik foto masing-masing dengan memegang kertas berbunyi #StandWithAin.