Syurga buat ulat buku, Tsutaya Books, telah mengumumkan tarikh pembukaan kedai buku pertamanya di Malaysia di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 7 Julai jam 3 petang.
Digelar ‘gedung buku tercantik di dunia’, cawangan di Bukit Jalil juga akan menjadi kedai pertama bagi Tsutaya Books di seluruh Asia Tenggara. Menurut satu kenyataan media, kedai buku tersebut digambarkan sebagai kompleks kedai buku berskala besar yang berkonsepkan Cultivate Lifestyle & Culture.
Rangkaian Jepun yang terkenal itu akan memastikan cawangannya di Bukit Jalil menjadi topik hangat bualan ramai apabila pintunya dibuka pada bulan hadapan.
Ads
Reka bentuk yang dibawakan adalah sebagai sebuah destinasi yang layak untuk dikongsikan di platform-platform media sosial seperti Instagram. Tsutaya Books Bukit Jalil akan menawarkan ruang seluas 31,000 kaki persegi (2,880 meter persegi), dan dianggarkan terdiri daripada 264,000 buku, pelbagai jenis alat tulis, seni, pameran hadiah dan cenderhati, serta sebuah kafe.
Tsutaya Books di Daikan-Yama
Menurut sebuah hantaran Instagram Tsutaya Books Bukit Jalil, “Kafe Jepun moden akan menjadi antara elemen terpenting kepada kedai buku kami, pelanggan akan mempunyai ruang untuk menyelak buku sambil menghirup kopi yang baru dibancuh dan juga menikmati hidangan ringan.”
Menurut mereka juga, antara pilihan buku-buku yang terdapat di sana adalah buku-buku yang ditulis dalam bahasa Inggeris, Jepun, Mandarin dan Bahasa Malaysia.
Ads
Tsutaya Books di Lapangan Terbang Haneda
Sesuai dengan imej dan penjenamaan ‘TSUTAYA’ — Tsutaya Books membawa personaliti tersendiri dengan menawarkan konsep unik di kawasan elit di mana tiada dua gedung yang serupa, seperti di T-Site di Daikanyama, Shibuya dan Ginza Six di Tokyo.
Sejak itu, kedua-dua ‘TSUTAYA’ dan Tsutaya Books menjadi platform budaya pop Jepun yang menyeluruh, dan beroperasi di lebih 1,400 cawangan di seluruh dunia.
kafe gaya moden Jepun
Ternyata kedai buku yang akan dibuka pada 7 Julai ini bukan sahaja untuk ulat buku tetapi ia juga sesuai untuk banyak jenis pelawat. Jadi, janganlah leka dan tandakan kalendar anda supaya dapat mengunjungi dan kedai buku Tsutaya Books Bukit Jalil dan menikmati suasananya!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Belum habis pandemik Covid-19 di seluruh dunia, kini satu lagi malapetaka melanda bumi Pakistan. Jika di Malaysia, di awal tahun, kita berada dalam ‘musim panas’ sehinggakan pada waktu malam ketika tidur pun kita berasa tidak selesa dengan cuaca yang agak bahang.
Sumber Gambar : REUTERS/Akhtar Soomro – RTX1HPUL
Tapi cuba korang bayangkan jika suhu cuaca melampau sehingga 50 darjah celcius?
Hal ini yang sedang berlaku di Pakistan, apabila suhu udara saat ini dikatakan lebih dari suhu terpanas pada tahun 2015 iaitu ketika dua gelombang panas di India (30 darjah celcius) dan Pakistan.
Disebabkan itu, lebih 4,000 orang dilaporkan mati kerana panas yang ekstrem, lapor The Sun.
Manakala, menurut laporan Kompas.com, Bandar Jacobabad, Sindh di Pakistan merupakan kawasan yang terpanas di dunia.
Suhunya bukan sahaja terpanas di dunia namun berbahaya untuk kerana telah mencecah 52 darjah celcius.
“Ketika cuaca menjadi sangat panas, Anda berasa tak mampu lagi berdiri dengan kaki sendiri,” kata seorang penduduk.
“Ketika suhu mencecah 50 darjah celcius, penduduk tak berani nak keluar kerana terlalu panas,” kata seorang peniaga, Abdul Baqi.
Sebentar tadi, penulis cuba lihat cuaca terkini di Pakistan di Google masih tinggi iaitu 40 darjah celcius. Apapun, mari la kita berdoa agar saudara kita di Pakistan dilindungi dari cuaca panas ini.
Susah sebenarnya untuk kita nak puaskan hati semua pihak apatah lagi dalam perkara subjektif seperti rekaan logo.
Namun, logo rasmi Sukan Olimpik Paris 2024 yang ditayangkan malam ini di upacara penutup Sukan Olimpik Tokyo 2020 kembali mencetuskan perdebatan di kalangan penonton seluruh dunia.
Sempena segmen memperkenalkan kota Paris, Perancis selaku tuan rumah Sukan Olimpik seterusnya tiga tahun dari sekarang, ramai tertanya apakah simbolik di sebalik siluet wajah seorang wanita ini. Ia sebenarnya lebih daripada sekadar gambaran kepala ‘seorang wanita’ saja tau.
Ia menggambarkan bulatan pingat emas, obor Olimpik di dalamnya dan sepasang bibir serta rambut ‘Marianne’ yang menjadi personifikasi republik Perancis sejak revolusi 1789; seperti yang pernah diumumkan sewaktu logo ini diperkenalkan dalam sidang media pada tahun 2019.
Malah, logo yang sama juga akan digunakan untuk edisi Sukan Paralimpik Paris 2024; sesuatu yang jarang sekali dilakukan. Selalunya, logo rasmi Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik akan tampil berbeza dengan elemen yang sama, kan? Tapi tidak di Paris 2024. Bagi pihak penganjur, mereka merasakan lebih ideal untuk menyama ratakan para atlet daripada kedua-dua edisi ini.
Sayangnya, ramai yang mempertikaikan logo tersebut walaupun penjelasan mengenai telah diberikan. Ia juga dianggap mirip logo aplikasi mencari jodoh! OMG.
Guys, penukaran logo dalam Sukan Olimpik sebenarnya adalah perkara biasa bagi mana-mana pihak penganjur. Dari edisi Athens 2004 hinggalah Paris 2024, kesemua edisi ini telah menukar logo asal kepada sesuatu yang berbeza. Cer tengok, logo rasmi mana satu korang rasakan lebih baik daripada logo asal?
Athens 2004
Beijing 2008
London 2012
Rio 2016
Paris 2024
Apapun, dalam banyak-banyak logo, penulis tetap rasakan logo rasmi Tokyo 2020 istimewa di hati kita semua.
Logo asalnya ditukar kepada logo kedua yang artistik dan minimal; bersesuaian dengan estatik Jepun. Namun ia terpaksa ditarik balik berikutan dakwaan plagiarisme oleh Theatre de Liege, Belgium. Logo terakhirnya menjadi simbolik perpaduan terutamanya semasa pandemik.
Isu logo Paris 2024 ini mengingatkan penulis kepada isu logo di negara kita sendiri sempena tahun melawat Malaysia pada tahun 2020.
Biasa kita dengar kisah orang terkaya, tapi bagaimana jika kisah haiwan peliharaan pula yang terkaya? Pasti susah nak percaya jika seekor haiwan peliharaan boleh bergelar jutawan.
Itulah hakikatnya, kekayaaan haiwan peliharaan ini melampaui kekayaan beberapa orang usahawan di Malaysia. Lebih mengejutkan kekayaan haiwan tersebut melebihi jutaan ringgit.
Nampak macam kucing biasa je kalau tak kenal. Tapi siapa sangka, jutawan kucing yang dikatakan ini ialah CHOUPETTE, kucing baka Burma ini mewarisi kekayaan yang ditinggalkan oleh tuannya iaitu pereka fesyen Karl Lagefeld bernilai RM815 juta.
Setelah kematian Lagefeld merupakan Pengarah Kreatif jenama mewah Chanel dan Fendi, Choupette dianggap kucing paling kaya. Kucing itu telah diangkat sebagai pewaris harta yang ditinggalkan Lagerfeld Berdasarkan rekod, kekayaan terkumpul sepanjang hidup Lagerfeld.
Sepanjang hayat Lagerfeld, beliau tidak pernah berumah tangga. Beliau lebih selesa hidup solo. Namun Lagerfeld dikatakan mempunyai hubungan songsang selama 18 tahun dengan model Perancis, Jacques de Bascher.
Sejak kehilangan ‘temannya’ itu, Lagerfeld lebih selesa menghabiskan masanya di apartmen Reu de L’Universite, Paris dan Manhattan.Lagerfeld kemudiannya memelihara seekor kucing betina, untuk menghilangkan kesunyian hidupnya itu.
Kucing ini diperoleh oleh Lagerfeld pada Jun 2013, model Perancis, Baptiste Giabiconi telah menghadiahkan seekor kucing kepada Lagerfeld. Figura ini pernah mengatakan, dirinya sanggup berkahwin dengan Choupette jika perkahwinan itu sah!.
.
“Saya lebih selesa membela seekor kucing daripada mengambil anak angkat,” guraunya sambil berkata, membesarkan seorang anak akan membuat seseorang itu kelihatan berusia 100 tahun.
Untuk info, pereka fesyen terkemuka, Karl Lagerfeld dilaporkan meninggal dunia di kota fesyen Paris pada usia 85 tahun dan merupakan pengarah kreatif Chanel dan pernah menghasilkan koleksi pakaian di bawah labelnya sendiri dan jenama Fendi.
Untungnya jadi seekor kucing comel kan….korang sanggup tak tinggalkan harta korang buat seekor kucing peliharaan.