Hiburan

KQ Entertainment Nafi Dakwaan Kaitkan ATEEZ Dengan Entiti Zionis, Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

Share

Baru-baru ini, agensi pengurusan bintang K-Pop terkenal, ATEEZ iaitu KQ Entertainment tampil menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berdiam diri terhadap mana-mana individu atau pihak yang menyebarkan fitnah serta laporan palsu mengenai kumpulan berkenaan.

Tindakan Undang-Undang Lindungi ATEEZ

Menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan, KQ Entertainment memaklumkan langkah undang-undang akan diambil berikutan peningkatan mendadak penyebaran khabar angin tidak berasas di platform media sosial dan laman maya.

“Pihak kami telah mengenal pasti penyebaran laporan palsu, cerita tidak benar dan kenyataan yang bertujuan memburukkan artis kami dalam platform maya dan media sosial,” jelas wakil KQ Entertainment.

“Tindakan ini tidak hanya menjejaskan reputasi artis dan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan peminat, tetapi juga menyalahi undang-undang,” katanya lagi.

BACA: RM BTS Bakal Sampaikan Ucaptama Di APEC CEO Summit 2025, Bukti Pengaruh Hebat K-Pop Di Dunia

BACA: BTS Bakal Kembali Mac 2026! RM Umum Album Baru & Konsert Jelajah Dunia!

BACA: ‘Sold Out King’ Kembali! Keychain Hirono ‘Fight for Joy’ Laris Selepas Digayakan Taehyung BTS Di Lapangan Terbang

KQ Entertainment Tidak Akan Berkompromi

“Justeru, KQ Entertainment tidak akan berkompromi, dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pelaku,” jelas kenyataan itu lagi.

Kenyataan berkenaan dikeluarkan selepas timbul kempen boikot daripada sebahagian peminat susulan dakwaan kononnya kumpulan ATEEZ terlibat dengan sebuah label antarabangsa yang dikaitkan dengan entiti zionis.

Tuduhan Tidak Berasas

Bagaimanapun, pihak agensi menegaskan bahawa tuduhan tersebut tidak mempunyai asas dan meminta agar orang ramai tidak mudah mempercayai khabar angin yang belum disahkan. KQ Entertainment turut menggesa agar fakta disemak sebelum disebarkan bagi menjaga reputasi artis di bawah naungan mereka.

Pada masa yang sama, KQ Entertainment turut menyeru agar peminat ATEEZ (ATINY) tampil membantu dengan melaporkan sebarang penyebaran maklumat palsu atau tuduhan fitnah yang boleh menjejaskan imej kumpulan tersebut.

Langkah proaktif ini diambil bagi melindungi kepentingan artis di bawah naungan mereka serta memastikan persekitaran digital yang lebih sihat untuk peminat dan komuniti hiburan.

BACA: RM BTS Sumbang 200 Juta Won Kepada 2 Hospital Sempena Ulang Tahun Kelahiran Ke-31

BACA: Enam Tahun Konsisten & Kekal Prihatin, Jimin BTS Teruskan Biasiswa 100 Juta Korea Won Untuk Pelajar Yang Memerlukan

ATEEZ Kekal Kukuh Di Persada Antarabangsa

Sejak debut pada tahun 2018, ATEEZ telah membina reputasi kukuh sebagai antara kumpulan K-Pop yang paling berpengaruh di peringkat antarabangsa. Kumpulan itu dianggotai oleh lapan orang ahli iaitu Hongjoong, Seonghwa, Yunho, Yeosang, San, Mingi, Wooyoung dan Jongho yang popular menerusi lagu berjudul ‘Work’, ‘Bouncy’, ‘HALAZIA’, dan ‘Say My Name’.

Tindakan tegas KQ Entertainment terhadap penyebar fitnah membuktikan komitmen mereka dalam menjaga nama baik ATEEZ dan memastikan industri hiburan K-Pop terus berkembang dalam suasana positif dan profesional.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE