Drama penuh emosi Thariq Ridzuwan: His Treasure semakin menghimpit jiwa penonton apabila episod ke-13 dan 14 membawa kisah cinta, pengorbanan serta kehilangan yang benar-benar menyentuh hati.
Jika sebelum ini, penonton disajikan dengan aksi dan konflik penuh debaran, kali ini jalan ceritanya lebih berat apabila ia memberi fokus kepada dugaan buat Thariq dan Radwa.
Episod 13: Kebahagiaan Yang Singkat, Kehilangan Yang Meragut Jiwa
Permulaannya cukup indah apabila Thariq menerima berita bahawa isterinya, Radwa sedang mengandung. Namun kegembiraannya sedikit tercalar apabila dia mengetahui Radwa menyembunyikan perkara itu daripadanya. Walaupun begitu, kasih sayang Thariq terhadap Radwa jelas tidak tergugat.
Thariq dan pasukannya, Holy Dragons turut dipuji kerana berjaya menumpaskan sindiket Gajah Hitam. Dalam masa sama, Thariq memohon untuk terus bertugas di kem sehingga selesai tempoh kehamilan Radwa dan permohonan itu diluluskan.
Beberapa bulan kemudian, kebahagiaan itu sekali lagi diuji. Thariq diarahkan untuk mengetuai misi menyelamat dua anggota yang hilang iaitu Adrean dan Haider. Walaupun berat hati kerana Radwa bakal bersalin bila-bila masa, Radwa sendiri merelakan pemergian Thariq demi keselamatan rakan seperjuangan.
[SPOILER ALERT]
Ads
Misi menyelamat itu berjaya, namun Thariq cedera parah dan hampir kehilangan nyawa. Pada masa yang sama, Radwa selamat melahirkan seorang bayi perempuan comel yang diberi nama Thea Radea. Namun, saat bahagia itu tidak lama apabila Radwa mengalami komplikasi dan meninggal dunia selepas bersalin.
Berita itu benar-benar memusnahkan hati Thariq. Saat pulang ke Kuala Lumpur, dia hanya mampu menatap jasad kaku isterinya.
Tidak dapat menerima hakikat, Thariq berbisik pada Radwa bahawa jika dia pergi, Thariq juga akan menyusul. Episod berakhir dengan Thariq rebah lalu meninggalkan penonton sebak.
Ads
Episod 14: Thariq Dalam Koma, Perebutan Hak Penjagaan Bermula
Suasana menjadi lebih pilu pada episod 14 apabila Thariq masih koma dan Radwa telah selamat dikebumikan tanpa kehadirannya.
Keluarga serta rakan-rakan Holy Dragons terus berduka, manakala Dato’ Tizz dan Datin Tiana bimbang dengan keadaan Thariq yang masih belum sedar kerana kehilangan semangat untuk hidup.
Dalam pada itu, muncul pula isu baharu iaitu Rozita dan Raudhah merancang untuk mengambil Thea dengan niat jahat bagi mendapatkan wang daripada keluarga Thariq. Walaupun ditentang Husaini, rancangan mereka tetap diteruskan.
Ads
Mereka berdua juga berani mendakwa kononnya Radwa telah mewasiatkan anak itu kepada mereka sehingga menyebabkan Dato’ Tizz dan Datin Tiana hampir mempercayai helah tersebut.
Ketika perebutan semakin tegang antara Rozita, Raudhah, Thalia dan Haider di hospital, sesuatu yang mengejutkan berlaku. Suara Thariq kedengaran dan dia menegaskan bahawa Thea adalah anaknya. Semua terdiam dan… mendapati Thariq akhirnya sedar daripada koma!
Dua episod ini benar-benar menguji emosi penonton. Daripada kegembiraan menanti cahaya mata, kepada kehilangan tragis Radwa dan sehinggalah konflik baru tentang hak penjagaan Thea… memang ibarat menaiki emotional roller coaster ya!
Dengan Thariq yang akhirnya kembali sedar, persoalannya kini adalah, mampukah dia bangkit semula demi anak kecil yang ditinggalkan Radwa?
Nantikan episod-episod seterusnya setiap Rabu dan Khamis hanya di Astro One, Astro Ria (saluran 104) dan sooka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, penyanyi Marsha Milan telah mencipta nama apabila muncul sebagai juara Anugerah Juara Lagu Ke-39 (AJL39) selepas membawakan lagu ciptaan komposer terkenal, Ikhwan Fattana dan Wan Salleh berjudul ‘Hening Rindu’ sekaligus menewaskan sembilan (9) lagu karya lain yang bertanding pada malam penuh berprestij, semalam.
Menurut Marsha Milan atau nama sebenarnya Marsha Milan London (40), beliau meluahkan rasa syukur sambil menitiskan air mata di atas pentas selepas dinobatkan sebagai pemenang dan telah membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 berserta trofi.
Marsha Milan Muncul Sebagai Juara AJL39
Sementara itu, menerusi lagu ‘Bukan Lagi Kita’ Nadeera Zaini muncul sebagai naib juara AJL39 dan membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi dan kumpulan Akim & The Majistret dinobatkan sebagai pemenang ketiga dengan lagu ‘Saksama’ mendapat tempat ketiga membawa hadiah wang tunai berjumlah RM30,000 berserta trofi.
Dalam pada itu, antara yang paling dinanti dan menarik perhatian para penonton adalah persembahan daripada penyanyi Aina Abdul yang bertemakan ala-ala ‘Sains Biologi bagi lagu ‘Puas Sudah’.
Nadeera Zaini muncul sebagai naib juara AJL39Akim & The Majistret dinobatkan sebagai pemenang ketiga AJL39
Persembahan daripada penyanyi berusia 32 tahun itu berjaya memukau penonton secara langsung dari Axiata Arena dan juga televisyen sehingga beliau memenangi Anugerah Persembahan Terbaik AJL39 dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM12,000 berserta trofi AJL39.
Selain itu, dalam AJL39 kali ini juga kesemua penyanyi hebat telah menunjukkan persaingan sengit yang sihat. Namun, ia tidak menjadi halangan buat Ernie Zakri untuk dinobatkan sebagai pemenang Vokal Terbaik menerusi lagunya yang bertajuk ‘Aura’.
Kehebatan, keharmonian vokal dan kemerduan suara Ernie sememangnya tidak dapat disangkal lagi apabila nyanyiannya malam tadi mendapat pujian ramai serta membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM12,000 berserta trofi AJL39.
Ernie Zakri sebagai pemenang Vokal Terbaik AJL39Aina Abdul sebagai pemenang Persembahan Terbaik AJL39
Sebanyak 10 buah lagu telah bertanding pada malam Anugerah Juara Lagu Ke-39 bagi merebut gelaran lagu terbaik. Antara lagu yang dipersembahkan Sengaja (Amir Masdi), Saksama (Akim & The Majistret), Pujaanku (Masdo ft Aisyah Aziz), Terus Bersinar (Hafiz Suip), Hening Rindu (Marsha), Aura (Ernie Zakri), Diam (Hael Husaini), Risiko (Benzooloo, Ghidd Isobahtos, Meerfly, Tuju & Mk K-Clique) dan Bukan Lagi Kita (Nadeera Zaini).
Malam anugerah berprestij itu menampilkan gandingan Nazurdin Rahman dan Sissy Iman sebagai hos. AJL 39 membuka tirai dengan persembahan daripada gabungan artis popular tanah air iaitu Shiha Zikir, Wani Kayrie, Sissy Iman dan Noki K-Clique. Segmen Interlude pula dijayakan oleh kumpulan Ukays dan penampilan istimewa Sham Visa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Model of The Year 2016, Bella Hadid baru-baru ini mendedahkan seluruh ahli keluarganya sedang hidup dalam situasi tegang kerana menerima ratusan ugutan bunuh selepas kakaknya mengutuk serangan Israel terhadap Palestin.
Gigi beberapa minggu lalu dengan lantang mengutuk tindakan kejam rejim Zionis yang membedil dan membunuh ribuan nyawa rakyat Palestin yang tidak berdosa.
Dia antaranya juga mendesak agar barisan pemimpin dunia bergabung dan menentang kekejaman atas dasar kemanusiaan.
Namun, kata Bella, tidak ada seorang pun daripada mereka akan berganjak daripada menzahirkan sokongan terhadap Palestin hanya kerana menerima ugutan bunuh.
Bella, 27, berkongsi situasi keluarga sejak dua minggu lalu menerusi kenyataan yang disiarkan di akaun Instagramnya.
“Saya mencari perkataan yang sesuai untuk menggambarkan kehidupan kami sejak dua minggu lalu.
“Ia sangat menegangkan dan ini terjadi hanya kerana kami bersuara tentang nyawa manusia yang tidak berdosa,” tulisnya seperti dilaporkan Dailymail.uk.
Model tersebut kemudian menulis tidak akan berdiam diri dan tidak takut dengan ‘ketegangan’ yang dihadapi mereka.
“Saya menerima ratusan ugutan bunuh setiap hari. Nombor telefon saya didedahkan dan keluarga berada dalam keadaan bahaya.
“Dan saya tidak boleh lagi berdiam diri. Ketakutan bukan satu pilihan.
“Penduduk Palestin terutama di Gaza termasuk kanak-kanak tidak boleh melihat kita berdiam. Bukan kita yang berani tapi mereka,” tulisnya.
Menerusi kenyataan tersebut, Bella dengan tegas memberitahu dunia dia menentang kekerasan dan kekejaman yang berlaku dan menuntut keharmonian dan sifat manusiawi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO/ARTIKEL: Instagram Bella Hadid
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika di Korea Selatan, trend solekan di sana terarah kepada konsep ‘dewy complexion’. Wajah kelihatan basah-basah sedikit dan kelihatan innocent gitu.
Tetapi di Malaysia, cuaca seharian kita tak begitu sesuai dengan cara solekan sebegitu. Panas sepanjang hari dan kadangkala hujan pada sebelah petang, solekan yang lebih sesuai adalah ‘matte look’. Wajah kelihatan lebih kemas, sempurna dan ‘ready’ sebelum keluar dari rumah.
Cuma satu je penulis nak tanya. Bagaimana kita boleh kekalkan solekan matte agar ia bertahan seharian?
Fazreen Fazira & Ariesya Farha antara yang mencuba konsep matte look bersama PIXY & Watsons.
PIXY dan Watsons telah berkongsi beberapa produk dan cara mudah bagi mendapatkan efek matte. Jurusolek, Mya Syamira menunjukkan 3 langkah mudah berserta tip untuk korang cuba.
01
BEAUTY SKIN PRIMER
Rahsia jurusolek untuk solekan yang bertahan lama dan flawless adalah produk Primer.
Selain memberi perlindungan pada kulit wajah dengan SPF 35, PIXY Make It Glow Beauty Skin Primer ini juga tidak memerlukan penggunaan berus.
Hanya gunakan jari dan ratakan primer pada bahagian pipi, hidung, dahu dan dagu. Urut secara perlahan di 4 bahagian tersebut dan di bawah mata sehingga ia rata. Apa yang penulis gemar tentang Primer ini adalah ia sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif dan ia juga melembapkan kulit wajah.
02
DEWY CUSHION
Dengan menggunakan kusyen tersebut, gunakan teknik ‘dabbing’ pada kulit agar Primer korang bertahan lebih lama.
Penggunaan PIXY Make It Glow Dewy Cushion ini juga memberikan efek dewy yang tidak terlalu berkilat. Ia juga memastikan tona kulit yang matte dan sekata.
03
SILKY POWDERY CAKE
Bagi mengelakkan kulit berminyak atau berkilat, langkah terakhir yang korang tak boleh lupakan adalah powder. PIXY Make It Glow Silky Powdery Cake boleh menutupi garisan halus pada kulit bagi memberikan efek matte.
Caranya, gunakan berus dan layang saja pada wajah secara effortless. Tak perlu terlalu mencuba semasa menggerakkan berus okay.
*
Mudahkan, cer try dengan mendapatkan 3 produk terbaru PIXY Make It Glow ini di stor Watsons seluruh negara.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!