Pelakon dan usahawan terkenal Korea Selatan, Koo Hye Sun (42), sekali lagi mencuri perhatian ramai terutama peminat apabila berjaya menamatkan pengajian di peringkat Sarjana atau Master di Korea Advanced Institute of Science and Technology (KAIST) lebih awal daripada tempoh sepatutnya.
Menerusi sebuah perkongsian gambar di Instagram pada Khamis, Hye Sun meluahkan rasa teruja dan bangga serta memaklumkan perancangan beliau untuk menyambung lagi pengajian di peringkat yang lebih tinggi.
“Saya telah lulus tesis Sarjana dan akan bergraduasi lebih awal. Naskhah yang sudah dijilid baru sahaja diterima. Seterusnya, ijazah Doktor? Victory!” tulisnya.
Dalam gambar yang dikongsikan, pelakon yang popular menerusi K-Drama Boys Over Flower itu dilihat mengenakan topi graduasi sambil memegang tesis sarjananya, sekaligus menampilkan sisi intelektual yang jarang dipamerkan oleh selebriti arus perdana.
Ads
Pada masa yang sama, disebabkan aura akademik Hye Sun, ramai pengikut dan peminat meninggalkan pelbagai reaksi positif dan meluahkan rasa kagum terhadap pencapaian akademik yang berjaya diraih oleh beliau.
Di samping itu, tesis sarjana beliau yang bertajuk ‘The Fifth Wall: Reprojection in the Era of One-Person Media’ turut menarik perhatian, memandangkan topik tersebut menyentuh isu media moden dan landskap penciptaan kandungan individu yang semakin berkembang pada masa kini.
Terdahulu, pada 13 Disember tahun lalu, Hye Sun pernah memaklumkan bahawa beliau sedang menjalani proses viva bagi tesis sarjananya. Namun, hanya dalam tempoh kira-kira dua minggu selepas itu, beliau berjaya menghantar tesis dan seterusnya diumumkan lulus, sekaligus membuktikan keupayaan intelektual dan komitmennya dalam bidang akademik.
Ads
Untuk rekod, Koo Hye Sun merupakan graduan Universiti Sungkyunkwan dalam pengajian Produksi Video pada tahun 2020. Selepas tamat pengajian, beliau meneruskan pengajian peringkat Sarjana dalam bidang Kewartawanan Sains di KAIST, sebuah institusi pendidikan berprestij di Korea Selatan.
Selain menumpukan perhatian kepada pengajian, Koo Hye Sun turut aktif dalam dunia keusahawanan. Pada awal tahun ini, beliau melancarkan jenama rol rambut jenis rata yang diberi nama KOOROLL (KuRoll), hasil inovasi yang dibangunkan bersama seorang profesor kimia di KAIST.
Walaupun jadualnya padat dengan komitmen akademik dan perniagaan, beliau kekal aktif berkarya dalam pelbagai bidang seni. Koo Hye Sun terus dikenali sebagai seorang pelakon, pengarah, penyanyi serta pencipta, menjadikannya antara selebriti serba boleh yang berjaya mengimbangi dunia hiburan dan akademik dengan cemerlang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon popular Bollywood, Aamir Khan kini bergelar suami kepada kekasihnya, Gauri Spratt selepas pasangan itu selamat melangsungkan perkahwinan dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung pada 5 Julai lalu.
Menerusi laporan Asian News International (ANI), Aamir atau nama sebenarnya Aamir Hussain Khan (61) memilih untuk meraikan hari bahagianya secara sederhana di kediaman beliau yang terletak di Bandra, Mumbai bersama ahli keluarga serta rakan terdekat.
Majlis perkahwinan tersebut difahamkan hanya dihadiri kira-kira 150 tetamu, termasuk anak-anak Aamir daripada perkahwinan terdahulunya iaitu Ira Khan dan Junaid Khan, selain anak lelakinya bersama bekas isteri kedua, Kiran Rao iaitu Azad Rao Khan.
Sebelum ini, Aamir memaklumkan bahawa tarikh 5 Julai merupakan hari yang cukup bermakna buat dirinya dan Gauri, selain berharap peminat dapat memberikan doa serta restu terhadap kehidupan baharu mereka sebagai pasangan suami isteri.
“Tolong restu perkahwinan kami dan doakan kami hidup bahagia bersama. Ini akan menjadi majlis yang sangat sederhana untuk keluarga dan teman dekat,” ujarnya sebelum majlis berlangsung.
Perkahwinan bersama Gauri (47), itu menjadi perkahwinan ketiga buat bintang filem ‘Lagaan’ dan ‘3 Idiots’ berkenaan selepas sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Reena Dutta pada 1986 sebelum berpisah pada 2002. Aamir kemudiannya berkahwin dengan Kiran Rao pada 2005 sebelum mengumumkan perceraian mereka pada 2021.
Untuk rekod, hubungan Aamir dan Gauri mula mendapat perhatian umum selepas pelakon tersebut mengesahkan mengenai kehadiran wanita itu dalam hidupnya ketika sambutan ulang tahun ke-60 pada 2025. Gauri yang berasal dari Bengaluru itu disifatkan sebagai individu yang membawa ketenangan dalam kehidupan Aamir.
Selepas bergelar suami kepada Gauri Spratt, Aamir kini membuka lembaran baharu dalam kehidupannya dan berharap perjalanan rumah tangga mereka akan terus disinari kebahagiaan bersama keluarga serta mendapat sokongan daripada para peminat.
Sumber: Asian News International
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menurut Sakinah, dia berharap isu mendukung anak anjing tidak dipanjangkan atau disensasikan oleh pihak lain.
“Anak anjing itu terlalu comel. Namun saya tetap menjaga batas dan tidak menciumnya. Jadi di sini saya ingin memohon maaf atas tindakan yang dilakukan. Saya akan lebih berhati-hati.
“Saya menerima segala teguran dan kritikan dengan hati terbuka. Saya tak nak ulas lebih panjang kerana enggan mengeruhkan lagi keadaan,” katanya.
Terdahulu tindakan Sakinah berkongsi video mendukung seekor anak anjing dalam InstaStory miliknya mengundang pelbagai kecaman daripada netizen yang menganggap perbuatannya itu tidak sensitif sebagai wanita beragama Islam.
Lebih mengejutkan, adik kepada pelakon dan juga penyampai radio, Sharifah Shahirah itu kelihatan begitu selesa dan seronok mendukung haiwan yang diharamkan sentuhan bagi orang Islam tanpa keperluan dalam urusan kehidupan itu.
SUMBER FOTO: Instagram Sharifah Sakinah
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi muda, Syada Amzah antara anak seni berbakat dan berjiwa besar dalam industri muzik tanah air.
Selain hasrat tinggi yang ditaruhkan dalam apa yang dilakukan, setiap yang bergelar insan juga pasti memiliki impian lain yang belum mahupun sudah tercapai.
Ya, sama juga seperti Syada, adik perempuan kepada penyanyi terkenal, Shila Amzah ini turut mempunyi impian tersendiri dalam hidup yang masih belum lagi dicapainya.
Menerusi sebuah hantaran di Instastory miliknya, dia tampil mendedahkan mimpinya yang masih belum tercapai selepas ada seorang peminatnya bertanyakan perkara tersebut di ruangan Ask Me.
“Apa mimpi kamu yang belum tercapai?” tanya ringkas peminatnya itu.
Jawab penyanyi lagu Hasrat itu, dia meluahkan hasrat untuk mengadakan sebuah showcase mahupun konsert pada masa akan datang.
Bagi kisah cinta pula, walaupun dirinya masih belum memiliki cinta hati, namun Syada menyifatkan dia tidak sabar untuk berumah tangga.
“Untuk kerjaya: my own EP dan Showcase ataupun konsert, InsyaAllah.
“Love life: Tidak sabar nak kahwin dan status tidak available, masih gembira walau dah lebih seribu hari,” tulisnya.
Bukan itu sahaja, ‘mimpi’ yang ingin dilunaskan gadis berusia 25 tahun itu kelak adalah semestinya ingin memberi cucu buat orang tuanya untuk ditimang selain bagi diri sendiri adalah lebih kepada menyayangi diri sendiri.
“Keluarga: nak beri ibu bapa cucu untuk ditimang, untuk ukirkan senyuman menjadi penawar duka, begitu!
“Untuk diri sendliri: ingin lebih mengenali, menjaga, dan menyayangi diri,” coretnya lagi.
Sekadar informasi, Syada Amzah yang bergiat aktif mendendangkan cover lagu di media sosialnya adalah seorang bekas peserta program Big Stage musim kedua (BS2).
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Formula 1 Sepang terus menjadi harapan peminat selepas Grand Prix Malaysia dihentikan pada 2017. Ketahui senarai bintang Formula 1 masa kini yang masih belum pernah berlumba di Litar Antarabangsa Sepang.