Baru-baru ini, bintang K-Pop popular, Woozi SEVENTEEN mencuri perhatian peminat apabila dilaporkan terlibat dalam satu isu yang mencetuskan perbincangan awam selepas namanya dikaitkan dengan satu permintaan peribadi atau lebih dikenali sebagai ‘gapjil’ ketika sedang menjalani latihan ketenteraan.
Memetik laporan Seoul Newspaper, seorang anggota Pusat Latihan Angkatan Tentera Darat yang dikenali sebagai “Sarjan A”, telah meminta Woozi atau pemilik nama sebenar Lee Jihoon (29) yang baru sahaja mendaftar sebagai rekrut latihan pada September lalu untuk mencadangkan seorang penyanyi bagi membuat persembahan di majlis perkahwinannya yang berlangsung pada Oktober.
Difahamkan, Woozi dan Sarjan A tidak mempunyai sebarang hubungan peribadi sebelum beliau menyertai latihan ketenteraan. Namun begitu, atas permintaan tersebut, Woozi telah menghubungi B, seorang penyanyi balada terkenal yang dikenalinya, untuk membuat persembahan di majlis perkahwinan berkenaan.
Ads
Penyanyi tersebut kemudiannya benar-benar hadir dan menyanyi di majlis perkahwinan Sarjan A pada Oktober lalu. Bagaimanapun, laporan sama turut menyatakan bahawa Sarjan A tidak memberikan sebarang bayaran atau pampasan kepada penyanyi terbabit atas persembahan tersebut.
Dalam pada itu, menurut pihak Angkatan Tentera Darat, Woozi kini telah dipilih sebagai pembantu jurulatih dan sedang bertugas di unit latihan yang sama dengan Sarjan A. Seorang pegawai tampil menjelaskan bahawa ketika permintaan itu dibuat, lokasi penugasan Woozi masih belum ditentukan secara rasmi.
Pada masa yang sama, Pusat Latihan Angkatan Tentera Darat turut memaklumkan bahawa tiada unsur paksaan dalam situasi berkenaan dan Woozi memenuhi permintaan tersebut atas dasar niat baik peribadinya.
Ads
“Selepas meneliti situasi ini, kami mendapati bahawa ia bukanlah satu arahan yang tidak munasabah, sebaliknya dilakukan atas niat baik peribadi Woozi. Tiada sebarang tindakan menyalahi undang-undang atau pelanggaran peraturan dikenal pasti,” kata seorang pegawai pusat latihan.
Ads
Walaupun begitu, isu ini tetap mencetuskan perdebatan dalam kalangan orang ramai di media sosial. Beberapa pihak berpandangan bahawa adalah tidak wajar bagi seorang pegawai pusat latihan untuk membuat permintaan peribadi kepada rekrut baru, terutamanya dalam persekitaran latihan ketenteraan yang berhierarki.
Malah, ada juga yang berpendapat bahawa tindakan sedemikian berpotensi melanggar peraturan berkaitan kewajiban serta etika menjaga maruah di bawah Akta Perkhidmatan Ketenteraan, sekaligus menimbulkan persoalan mengenai batas profesionalisme dalam institusi ketenteraan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Fangirl memang boleh related dengan drama yang satu ini.
Penulis sendiri tengah ‘gilakan’ drama Korea “True Beauty” ni. Berkesempatan menonton sehingga ke episod 12, tinggal satu lagi episod untuk menamatkan drama webtoon ini. Ternyata drama ini cukup menghiburkan malah membuatkan kita yang menonton terasa gembira dan asyik tersengih bak kerang busuk.
Drama romantik komedi remaja ini mengisahkan Lim Ju Gyeong (Moon Ga Young), seorang pelajar sekolah menengah yang ceria dan optimistik yang sentiasa bersolek kerana tak yakin dengan wajah aslinya.
Terbaru, penulis webtoon True Beauty atau juga dikenali sebagai The Secret of Angel muncul di YouTube Line Webtoon . Wanita cantik ini yang dikenali sebagai Yaongyi menerangkan petua, produk, dan juga jenama solek Jukyung dan Seojun’s True Beauty. Dia sendiri mengakui bahawa penampilan Jukyung mencerminkan jenis solek yang dia suka.
Dalam video tersebut, Yaongyi bongkar pelbagai produk yang selalu digunakannya, seperti bedak kompak, concealer, pensil alis, eyeliner, kusyen, dan gincu dari jenama terkenal. Tetapi untuk solek Jukyung, dia ‘menambah’ pemerah pipi merah jambu dan beberapa pembayang mata. “Bayangan mata penting untuk solek mata Jukyung,” katanya.
Menurut beliau, dia menggunakan pemerah pipi merah jambu yang lembut dan bersinar tetapi jangan terlalu banyak memerah pada bahagian lain dan tambahkan sedikit kontur pada wajah. Bagi bahagian bawah mata pula, gunakan eyeshow berwarna merah jambu beige yang menyerupai warna wajah yang asli.
Turut memberi tip buat kulit jerawat seperti Jukyung biasanya menghadapi masalah pengeluaran minyak yang berlebihan. Oleh itu, Yaongyi mencadangkan penggunaan bedak padat selepas kusyen. “Sekiranya wajah berminyak, solek dapat pudar dengan cepat, jadi akhirnya gunakan bedak sehingga hasilnya lebih lembut dan kelihatan semula jadi,” katanya.
Semua wanita suka wajah mereka kelihatan cantik dan sedaya upaya memastikan setiap kali berhadapan dengan orang lain, penampilan mereka sentiasa nampak kemas dan menarik. So selamat mencuba tip dari Yaongyi ini.
Sumber : Youtube WEEBTOON
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon cantik manis Bollywood berlesung pipit, Alia Bhatt telah selamat mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hatinya, Ranbir Kapoor yang juga merupakan seorang pelakon popular dalam satu majlis perkahwinan tertutup.
Perkahwinan penuh privasi tersebut dilaporkan diadakan di pangsapuri milik Ranbir dan Alia yang terletak di Vastu, Mumbai; di mana hanya ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja yang dijemput.
Meneuris beberapa perkongsian foto oleh Alia Bhatt di laman Instagram, terserlah seri pengantinnya walaupun dalam solekan natural dengan rambutnya dibiarkan panjang beralun tanpa dandanan ‘up do’.
Pasangan ini selesa mengenakan busana pengantin rona putih krim yang kelihatanberseri dan suci. Veil yang dikenakan Alia pula penuh dengan perincian dan sulaman rekaan Sabyasachi. Digabungkan pula bersama aksesori perhiasan kemas sarat dan inai di jari, Alia memang kelihatan seperti bidadari pada hari perkahwinannya.
Untuk pengetahuan, Alia Bhatt dan Ranbir Kapoor bertemu di set filem pertama yang menggandikan mereka berdua, Brahmastra arahan Ayan Mukerji dan jatuh cinta.
Ranbir Kapoor merupakan cucu kepada lagenda Bollywood Raj Kapoor. Ini bermakna, sepupu kepada Ranbir termasuklah pelakon adik-beradik popular; Karisma Kapoor dan Kareena Kapoor. Manakala, Alia Bhatt pula ialah anak perempuan kepada pengarah Bollywood, Mahesh Bhatt dan pelakon, Soni Radzan.
Kareena Kapoor memuat naik foto ayahnya, Randhir Kapoor bersama Ranbir.
Menerusi perkongsian foto-foto perkahwinan Alia dan Ranbir, ia mendapat reaksi gembira dan pujian dari rakan-rakan selebriti termasuklah Anil Kapoor, Dia Mirza dan Madhuri Dixit yang mendoakan pasangan ini.
Tahniah kami ucapkan buat pasangan dua sejoli ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Walaupun memasuki hari kesembilan pada bulan Ramadan, suasana grup WhatsApp, status di Facebook dan perkongsian pendapat di Twitter bertambah hangat sejak awal pagi tadi.
Semuanya gara-gara khabar kontroversi yang melibatkan pelakon Aliff Aziz dan mangsa keadaan iaitu isterinya, Bella Astillah.
Viral sekeping foto selfie membabitkan seorang lelaki yang mirip dengan wajah Aliff Aziz bersama seorang gadis yang dilaporkan bernama Nismel.
Tak pelik pun jika ingin mengambil gambar bersama, tetapi apabila aksi mesra itu melihatkan mereka berdua berpakaian kurang menyenangkan, netizen terus tidak teragak-agak untuk melontarkan cercaan kepada pelakon lelaki tersebut
Yang menjadi mangsa seperti yang dipetik tadi ialah isterinya, Bella Astillah.
Secara kebetulan, seorang lagi selebriti bernama Alif iaitu Alif Satar juga menjadi mangsa ‘salah target’ oleh netizen. Lantas dia memuat naik foto di akaun Instagram-nya dengan emoji menepuk dahi sendiri, seolah-olah ingin berkatakan masih wujud isu ‘kerana susu seorang, rosak susu sebelanga’, ‘kerana Aliff yang seorang, rosak semua lelaki yang bernama Alif (f)’.
Ini bukanlah kali pertama Alif Satar ‘dicerca’ oleh netizen yang tersalah orang. Ketika kes yang melibatkan Aliff Aziz sebelum ini, Alif Satar juga terpaksa redhadengan cercaan netizen yang clueless.
Sabar je lah Alif (Satar – just to make this clear).
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon Amyza Aznan meluahkan rasa syukur dan terharu atas keprihatinan usahawan terkenal, Datuk Alha Alfa, yang sekali lagi tampil membantu mengumpul dana bagi menampung...