Rintikan hujan dan awan mendung lalu tidak menjadi alasan untuk ribuan pengunjung untuk memenuhi setiap ruang legar di luar IOI City Mall, Putrajaya pada minggu lalu sempena sambutan Tahun Baharu 2026 yang dibawakan oleh Astro.
Acara yang dinamakan sebagai Konsert Countdown KITA 2026 itu merupakan acara penutup kepada kegemilangan Astro dalam menawarkan program hiburan berkualiti dan up-to-date sepanjang tahun lalu menerusi platform strategik Astro Home of Live, yang menghimpunkan pelbagai konsert dan pengalaman hiburan secara langsung. Ia juga merupakan sebahagian daripada usaha Astro untuk menghargai sokongan yang diberikan rakyat Malaysia terhadap kandungan-kandungan yang disalurkan selama ini.
Tirai Konsert KITA 2026
Bermula jam 4 petang, orang ramai yang terdiri daripada pelbagai generasi penonton tidak kiralah kanak-kanak, pelajar universiti, orang dewasa sehinggalah ke kelompok senior mula membanjiri lokasi bagi slot Tirai Konsert KITA 2026.
Seluruh kawasan acara bergema dengan sorakan bagi menantikan kehadiran grup KLP48 yang julung-julung kali terlibat dalam acara Astro Home of Live seperti ini.
Turut menghiburkan orang ramai ialah penampilan Didi & Friends, Hoondoo (grup duo Big Stage 2024), finalis Gegar Vaganza musim ke-12 seperti Mell Sakura dan Iskandar Ismail; Zahid (Muzikal Lawak Superstar 2025) dan Marsya dan Liza Hanim (Talk To My Manager).
Turut serta dalam slot Tirai Konsert KITA 2026 ialah Danson ASQ, Min ASQ, Zuvy, Jun Jun, barisan finalis Raise The Star Malaysia seperti Didie Shazry, Zuana dan Rayme dan ALPHA.
Tidak ketinggalan juga ialah the one and only, Stacy serta Wani Kayrie yang memberikan persembahan yang cukup energetik.
Wani Kayrie yang teruja diberikan peluang untuk membuat persembahan pada hari tersebut berkata, bukan selalu dia dapat bergabung dengan artis-artis lain bagi menghiburkan orang ramai selama 10 minit.
“Pada waktu rehearsal (hari sebelumnya) pun, saya dan beberapa penyanyi lain seperti Rayme, Oddah dan Haqiem Rusli dah rasakan yang persembahan kami untuk Konsert Countdown KITA 2026 adalah amat istimewa.
“Ada macam-macam persembahan yang akan kami lakukan dan kami tak sabar nak perform. Bila dapat sepentas dengan artis antarabangsa lain kali ini, setidaknya konsert malam tersebut dapat menunjukkan kepada mereka betapa berwarna-warninya negara kita. Ia amat menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum,” ujarnya.
Konsert Countdown KITA 2026
Pada sebelah malamnya pula, acara utama Konsert Countdown KITA 2026 mengambil alih pentas utama dengan membariskan artis-artis daripada pelbagai generasi dan latar belakang. Jelaslah, muzik adalah satu instrumen untuk menyatupadukan masyarakat bermajmuk di Malaysia.
Antara yang menghiburkan segenap IOI City Mall Putrajaya bermula jam 9 malam itu termasuklah ratu rock Malaysia Ella, Faizal Tahir dan Alleycats, Nadeera, Hael Husaini, Darkkey, Aisha Retno dan Amir Masdi.
Salah satu persembahan yang masih menjadi topik perbualan tentunya adalah persembahan Amir Masdi yang berdiri pada ketinggian dua tingkat daripada aras tanah.
Bukan hanya ia merupakan satu pengalaman yang skar dilupakan, persembahan khas Amir yang membawakan lagu The Final Countdown itu bertepatan pada jam 12 tengah malam sambil orang ramai di bawah meraikan kehadiran tahun baharu 2026.
“Semasa saya buat rehearsal, saya rasa benda itu biasa sahaja. Tapi selepas naik untuk perform, saya rasa ia sangat mengujakan kerana dapat melihat lautan manusia di bawah, dan ada pula bunga api di atas saya. Saya rasa ia sangat best,” kongsinya.
Acara Konsert Countdown KITA 2026 ibarat satu petunjuk kepada konten-konten menarik yang bakal disajikan oleh Astro kepada pelanggan setianya sepanjang tahun 2026.
Tentunya penonton tidak mengira generasi juga tidak sabar untuk melayan program-program baharu yang akan menemui kita semua tidak lama lagi.
Buat penonton yang terlepas menyaksikan detik-detik istimewa ini secara langsung, persembahan-persembahan hebat daripada Astro Home of Live boleh distrim semula menerusi pakej Astro One atau sooka!
Suka rancangan dan drama terbaharu? Nikmati hiburan terbaik seisi keluarga dengan Astro One — kini dengan akses ke Saluran Kanak-Kanak dan Disney+ dari RM69.99/bulan untuk momen bersama yang lebih bermakna.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Anugerah Skrin 2018 berlangsung semalam di PWTC dan selebriti drama serta filem Malaysia ‘brought it’ di karpet merah. Jom tengok siapa yang paling menonjol!
Izara Aishah
All hail the queen sis!
Izara Aishah adalah gambaran wanita Asia moden yang berkelas dan elegan semalam. Penulis boleh membayangkan dress dan penggayaan pada Izara ini dibawa ke festival filem besar di Hong Kong, Jepun, malah mungkin ke Cannes.
Rekaan dress daripada Rizman Ruzaini ini diilhamkan daripada drapping kain sari. Cantik betul bila ia digandingkan dengan solekan dan rambut daripada Nuex Rosli serta Juu Ko.
Ain Edruce
Hotness alert! Siapa kata ringkas tu tak menarik. Ain Edruce hadir ke karpet merah dengan menggayakan custom made dress serba putih rekaan Wei Hao Yong. Manakala aksesori pula dari (wait-a-minute) Charles & Keith! Boleh lah korang tiru balik look Ain ni.
Kami pun obses dengan solekan daripada Natassia Syamin ini. Warna-warna orange-golden bersama blush nipis pada pipi dah cukup untuk menaikkan seri Ain.
Raysha Rizrose
Okay, TBH foto ini bukanlah foto terbaik untuk melihat dress Raysha Rizrose. Tetapi kalau korang berada di karpet merah semalam, trust us she was so – cute and elegant!
Raysha adalah antara selebriti yang memilih untuk memakai dress pendek di bawah lutut. Dan memandangkan Anugerah Skrin ini lebih kasual berbanding acara besar lain, kami menyukai kelainan yang dibawakan oleh Dewi Remaja 2014/2015 ini.
Cuma kami harapkan rambutnya dan aksesori subang itu boleh ditukar menjadi lebih moden – high ponytail mungkin? Selain daripada itu, it is a yes!
Tahniah Syafiq Kyle atas kejayaan selaku Pelakon Lelaki Terbaik – Drama Rantaian menerusi Nur! Setelah lebih lima tahun di dalam industri, akhirnya perjuangan kariernya diangkat dengan anugerah tersebut.
Syafiq juga tak kalah di karpet merah. Sebagai selebriti lelaki, tentunya ada kekangan untuk mereka bergaya. Syafiq menggayakan sut daripada Hackett London (dia juga pernah berjalan sebagai model jenama itu pada KLFW 2018).
Kelainan yang dibawakan olehnya dengan menggantikan tie kepada square pocket ‘bertingkat’ menyerlahkan aura Syafiq sebagai pelakon dan selebriti yang mudah mesra.
Amyra Rosli
Double the fun! Seorang lagi pelakon drama Nur iaitu Amyra Rosli turut menaiki pentas untuk meraih anugerah Pelakon Wanita Terbaik – Drama Rantaian. TBH, kami tak sempat untuk melihat kelibat Amyra di karpet merah semalam.
Sejurus selepas menonton menerusi kaca tv, we were not sure of this dress. Iyalah, pandangan kamera televisyen kan terpotong. Kami hanya boleh melihat bahagian muka dan bahunya saja.
Tetapi selepas foto ini keluar di ruangan Instagram, Amyra membuktikan dia adalah pelakon yang sofistikated dengan menyarungkan dress daripada Rizman Ruzaini ini. Nampak, ramai yang setuju apabila netizen memuji kecantikan Amyra semalam.
Diana Danielle
Kami semua nak jadi seperti Diana Danielle!
Semalam merupakan hari ulang tahun keenam buat Diana dan suami, Farid Kamil. Tetapi Diana masih kelihatan elegan dan sofistikated seiring dengan usia. Dress cantik rekaan Bhawna Navneet ini dibalas dengan solekan dramatik dan rambut severe ke belakang sentuhan Bosco.
Nora Danish
Dekat lobi lif / bilik mandi pun boleh! Nora tetap nampak elegan dan lebih muda dari usia semalam apabila menyarungkan busana full skirt daripada koleksi KLFW Fiziwoo ini. Koleksi tersebut memiliki beberapa rekaan yang sememangnya sesuai dengan acara besar seperti Anugerah Skrin.
Nora bijak memilih rekaan yang fresh, sesuai dengan personalitinya sebagai fesyenista. Solekan Khir Khalid juga melengkapkan pakej Nora semalam.
Alif Muhaimin
Memakai sut penuh rekaan Razman Razmi, penulis sukakan detailing yang ada padanya. Daripada brooch, aksesori hitam pada butang neckline dan square pocket. Semuanya nampak kena dengan corak fabrik suit yang disarung Alif.
Cuma, pemilihan sneakers NIKE sebagai elemen kasual pada sut ini nampak seakan tak kena. Yes, Alif is young dan seharusnya digayakan lebih muda. Tetapi, kasut oxford ataupun loafers mungkin boleh membuatkan gaya ini lebih menyakinkan.
Others Yang Kami Juga Sukakan!
Zahirah Macwilson
Dress: Rizman Ruzaini
Solekan & Dandanan: Nuex Rosli & Juu Ko
Sharifah Sakinah
Dress: Afiq M & Off White
Solekan & Dandanan: Najeeb Azmi
So, siapa favourite korang semalam? Atau ada yang kami tak senaraikan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
SUBIC (Filipina), 3 Dis: Nasib malang menimpa pesilat elit negara, Muhammad Faizul M Nasir setelah mengalami kecederaan di bahagian muka ketika berdepan pesilat tuan rumah, Dines Dumaan pada pusingan kedua Kelas Putra B (50-55kg) acara pencak silat Sukan SEA ke-30 di Filipina, hari ini.
Pesilat kelahiran Petaling Jaya itu yang merupakan juara bertahan acara berkenaan, dilaporkan terkena tendangan Dines di muka sewaktu cuba menjatuhkan pesilat tuan rumah itu pada aksi di Pusat Konvensyen dan Pameran Subic.
Dumaan diisytiharkan sebagai pemenang dengan keputusan 5-0, sekali gus menyaksikan Muhammad Faizul gagal mempertahankan emas yang dimenangi pada edisi 2015 di Singapura, serta Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Tindakan lewat oleh sekretariat pertandingan untuk memberikan bantuan perubatan segera kepada Muhammad Faizul, jelas mengundang kemarahan jurulatih silat tanding negara, Mazlan Saari. Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Datuk Megat Zulkarnain Omardin yang dihubungi Bernama, memaklumkan Muhammad Faizul telah dikejarkan ke Hospital Memorial James L. Gordon, dekat sini bagi rawatan lanjut.
“Saya difahamkan pasukan perubatan hospital berkenaan sedang berusaha untuk menstabilkan keadaan Muhammad Faizul,” kata Megat Zulkarnain yang merupakan Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA 2019.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong yang ditemui pemberita ketika melawat venue pertandingan, mendedahkan tiada sebarang pelawat dibenarkan menemui atlet itu ketika ini bagi membolehkan pasukan perubatan untuk menstabilkan keadaan pesilat berkenaan.
Terdahulu, pesilat wanita negara, Nursyafiqah Hamzah sekadar menduduki tangga ketujuh daripada lapan pesilat dalam kategori silat seni tunggal puteri setelah mengutip 441 mata.
Pesilat Indonesia, Sari Puspa Arum, meraih pingat emas dalam acara berkenaan setelah mengutip 467 mata, disusuli pesilat tuan rumah, Mary Francine Padios (454 mata), manakala wakil Brunei, Anisah Najihah Abdullah terpaksa berpuas hati dengan kutipan gangsa setelah mencatat 451 mata.
Kita doakan tiada apa menimpa pesilat kita ini.
Sumber : BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahun 2022 membuka tirai dengan lima lagi drama Korea terbaharu yang bakal ditayangkan sepanjang Januari ini. Tidak banyak seperti selalunya, namun kami pasti ramai peminat k-drama yang sudah tidak sabar menantikan senarai drama terbaharu yang bakal ditayangkan.
Berikut kami senaraikan antara lima k-drama yang bakal ditayangkan pada bulan ini.
1. Ghost Doctor
Drama fantasi yang menceritakan tentang dua orang doktor yang mempunyai karakter berbeza daripada segi keperibadian, keterampilan dan latar belakang mereka. Drama ini menggandingkan Rain sebagai Cha Young Min dan Kim Bum sebagai Go Seung Tak.
Pada satu hari, Cha Young Min terlibat dalam sat kes yang tidak disangka, rohnya tertukar dengan roh doktor Go Seung Tak. Konflik bermula apabila kedua-dua mereka bertukar personaliti yang menggelirukan.
2. Tracer
Drama ini berkisarkan tentang Hwang Dong Ju, ketua jabatan cukai yang bekerja keras mengesan wang yang tersembunyi daripada perkhidmatan cukai.
3. Internal Medicine Director Park
Mengisahkan tentang seorang doktor (Park Won Jang) yang baru membuka sebuah klinik, matlamatnya supaya kepakarannya sebagai doktor diiktiraf dengan tujuan untuk mengumpul duit yang banyak. Namun, impiannya itu tidak tercapai kerana tidak mempunyai ramai pesakit dan menjadikannya mengalami krisis kewangan. Dia juga mengalami keguguran rambut kerana terlalu rungsing.
4. Those Who Read Hearts of Evil
Merupakan drama berlatar belakang sekitar akhir 90-an berdasarkan profiler jenayah pertama di Korea Selatan dilakonkan oleh Kim Nam Gil dan Jin Seon Kyu. Profiler Kwon Il Yong, menjadi pegawai polis pada tahun 1989 dan menjadi profiler pertama di Korea pada tahun 2000. Kwon Il Yong menjadi terkenal ketika dia menganalisa kes tentang pembunuh bersiri seperti Yoo Young Chul dan Jung Nam Kyu.
5. All of Us Are Dead
Drama adaptasi daripada webtoon terkenal Now at Our School menceritakan tentang sekumpulan pelajar sekolah menengah yang harus berhadapan dengan situasi ekstrem akibat penyebaran virus zombie.
Walaupun tidak terlalu banyak drama Korea baharu yang akan ditayangkan bulan ini, namun ramai yang masih membuatkan peminat excited ingin menonton siri-siri terbaharu k-drama ini.
Selamat menonton!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Seleps hampir setahun berkecimpung dalam dunia perniagaan, Scha Alyahya berkongsi cabaran sebenar bagi membangunkan jenama fesyen, ayaaya dari bawah menggunakan dana peribadinya.