Umum mengetahui bintang jelita, Emma Maembong adalah antara selebriti yang turut menunaikan ibadah Umrah di Tanah Suci Mekah sejak akhir Januari, baru-baru ini bersama suami tercintanya, Muhammad Shazli Azhar serta putera sulung mereka, Shariq Gabriel.
Menerusi sebuah hantaran terbaharu di Instagram, pelakon itu dilihat ada berkongsi beberapa keping foto yang memaparkan dirinya bersama suami di hadapan Kaabah dan menceritakan bahawa dia pernah berdoa di hadapan Kaabah agar dipercepatkan jodoh pada empat tahun yang lalu.
Menitipkan rasa kesyukuran, Emma sekali lagi diberikan kesempatan ke tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah bersama keluarga kecilnya dan ahli keluarganya yang lain.
Ads
“2019 Emma berdoa depan kaabah untuk percepatkan jodoh , doa Emma nak kawin tahun depan itu juga. Dan setahun kemudian, 2020 Alhamdulillah Allah makbulkan doa Emma.
“Emma kahwin dan telah dikurniakan anak dalam tahun yang sama seperti apa yang Emma doakan. Dan tahun ini emma diberikan rezeki utk dtg balik ke kabaah bersama suami dan anak.
Ads
“Ya tuhan sekalian alam, tuhan maha mendengar lagi berkuasa, terima kasih kerana memakbulkan doa ku, syukur Ya Rabb,” coretnya menerusi ruangan kapsyen.
Ads
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikutnya menitipkan doa yang baik-baik buat aktres tersebut selain turut mendoakan agar keluarganya sentiasa istiqamah dalam menutup aurat selepas pulang dari tanah suci.
Sekadar informasi, Emma dan suami telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 20 Februari 2020 dan menimang cahaya mata sulung mereka pada 8 November 2020.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Penyanyi terkenal, Jaclyn Victor mendedahkan dirinya pernah dipandang serong oleh seorang pemandu teksi yang menganggap pekerjaannya memalukan.
Jaclyn atau mesra disapa Jac, tampil berkongsi dia pernah bekerja sebagai penyanyi di sebuah kelab malam di ibu negara, sebelum menjuarai Malaysian Idol musim pertama pada 2004.
“Ketika itu saya masih muda, berusia dalam lingkungan 18 tahun tetapi sudah bekerja di sebuah pusat hiburan untuk menolong ibu mencari rezeki.
“Setiap hari saya berulang naik teksi dan tentu sahaja dalam perjalanan saya bertemu dengan ramai pemandu.
“Namun, saya berhenti berkongsi pekerjaan saya apabila suatu hari saya menaiki teksi seorang pemandu yang skeptikal dengan pekerjaan saya sehingga bertanya sama ada ibu saya tahu saya menyanyi di kelab malam,” katanya kepada Remaja.
Enggan mengenang kisah lampau serta mengingati pandangan negatif orang terhadap pekerjaan pertama dilakukan sebelum, juara Gegar Vaganza 9 itu mengakui ibunda tercintanya, Maggie Victor menjadi pendorong utama kerjaya seninya.
Sekadar info, Jaclyn Victor bakal menghadiahkan konsert pertama buat peminat setianya, setelah dua dasawarsa meranduk arus industri muzik tanah air.
Penyanyi lagu popular Bertamu Di Kalbu itu menjanjikan kelainan menerusi Jaclyn Victor First Solo Concert yang akan berlangsung pada 12 Oktober 2024 di Zepp Kuala Lumpur.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Surabaya mungkin bukanlah satu destinasi percutian yang popular kalau nak dibandingkan dengan Bandung atau pun Yogyakarta. Namun sebenarnya, masih ramai yang tidak tahu bahawa kota kedua terbesar di Indonesia ini mempunyai banyak tarikan tersembunyi untuk para pelancong.
Gunung Bromo antara yang sering mendapat tumpuan utama di daerah Jawa Timur ini. Memiliki ketinggian 2,329 meter di atas permukaan laut, keindahan gunung berapi ini memang tidak boleh disangkal.
Jika korang memang bermalam di perkampungan Bromo, perjalanan seawal jam 3 pagi diteruskan bagi memastikan korang tidak ketinggalan untuk menyaksikan kejadian matahari terbit.
Suasana di kaki bukit dipenuhi dengan beratus-ratus jeep yang membawa pelancong ke lokasi tersebut. Memang agak sesak, namun pengalaman ini pasti memberikan detik manis sekiranya korang pulang ke tanah air nanti. Jangan lupa pakai baju tebal tau, sebab dekat sana sejuk gila!
Selepas selesai menyaksikan keindahan matahari terbit, barulah kumpulan kami di bawa ke Gunung Bromo. Ha, time ni memang mencabar sikit. Di sana, korang mempunyai alternatif untuk menunggang kuda sehingga ke kaki Gunung Bromo.
Nak jalan kaki mengah sikit la sebab bila dah sampai ke kaki bukit tu korang perlu menaiki anak tangga pula untuk sampai ke puncak gunung berapi. Jadi, naik saja la perkhidmatan kuda yang disediakan dengan membayar upah sekitar 150 ribu rupiah.
Apa yang menariknya, sepanjang perjalanan ke Gunung Bromo tu ada juga tempat-tempat menarik yang boleh korang singgah untuk mengambil gambar kenangan. Antaranya adalah Bukit Teletubbies, padang rumput (savanah) dan Pasir Berbisik.
Semua lokasi-lokasi ni pemandangannya sumpah cantik. Dengan keadaan sekeliling yang sejuk, pendek kata percutian korang memang sangat menenangkan la. Hiks!
Selain itu, terdapat banyak lagi tempat pelancongan yang korang boleh lawati sepanjang kunjungan ke Surabaya. Antaranya adalah seperti:
Air terjun Madakaripura
Air terjun setinggi 200 meter ini merupakan yang tertinggi di Pulau Jawa dan kedua tertinggi di Indonesia. Lokasi air terjun ini agak sedikit ceruk dan oleh sebab itu korang perlu berjalan kaki sekitar 20 minit sebelum sampai ke kawasan air terjun.
Kepenatan berjalan tu hilang sebaik saja korang mendengar bunyi deruan air terjun dan melihat keindahan tempat tersebut.
Kalau nak ke sini, pastikan bawa baju hujan sebab korang akan melalui kawasan berair sepanjang air terjun Madakaripura. Bawa juga selipar siap-siap..
Taman Langit, Bukit Paragliding, Umah Kayu
Terletak pada lokasi yang sama, ketiga-tiga tempat ini mempunyai tarikan yang tersendiri. Taman Langit dan Umah Kayu adalah lokasi untuk merakamkan gambar kenangan kerana terdapat pelbagai konsep yang direka khas untuk pengunjung mengambil gambar.
Manakala, Bukit Paragliding pula sesuai untuk mereka yang suka kan aktiviti lasak. Harga untuk membuat terjunan paralayang ini jauh lebih murah jika mahu dibandingkan di negara kita. Harganya hanya sekitar 450 ribu rupiah iaitu lebih kurang RM127.
Petik Apel
Tidak perlu ke Australia jika mahu pengalaman memetik buah epal. Tapi, epal di Surabaya ini tidaklah gebu dan besar seperti epal Aussie. Bentuknya jauh kecil tapi rasanya boleh tahan juga. Manis-manis belaka.
Disini, korang boleh makan epal seberapa banyak yang mampu tanpa perlu dicaj sebab mereka hanya mengenakan caj pada harga tiket masuk. Tapi sekiranya korang ingin membawa pulang epal yang dipetik, ia akan dikira mengikut kilogram yang diambil.
Kampung Jodipan
Salah satu tarikan lain di Surabaya ialah Kampung Jodipan yang terletak di Malang. Penduduk disini mencari wang pendapatan dengan mengecat perkampungan mereka dan menjual makanan/jajan kepada pelancong yang datang. Perkampungan warna warni ini sangat cantik untuk dijadikan sebagai port ambil gambar.
Bukit Jaddih, Madura
Perjalanan ke Madura dari pekan Surabaya hanya mengambil masa kira-kira 30 minit. Alang-alang dah ada di Surabaya kan, singgah sekejap la ke bukit batu kapur. Sewaktu kami ke sana, nampaknya seperti mereka masih menambahbaik tempat ini. Jika tidak, mungkin kami berpeluang untuk melihat danau biru di Bukit Jaddih ini.
Nah, rugi kalau korang dah sampai Surabaya tapi hanya ke Gunung Bromo saja. Banyak lagi tempat yang tak sempat kami explore. Antaranya Kawah Ijen. InsyaAllah jika diberi kesempatan lagi, sudah pasti Surabaya menjadi tempat untuk dikunjungi lagi. Dan percaya atau tidak, kos selama 5 hari 4 malam ini hanyalah sekitar RM640, termasuk penginapan dan kos jeep ke Gunung Bromo.
Serious gaiss, Surabaya wajib masuk dalam travel checklist korang!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Seth didiagnosis mengalami autisme tahap satu. Doakan untuk Seth dan keluarga kami.” katanya.
Reda dengan ketentuan Ilahi, Shila bersyukur dan lega apabila dapat merawat anaknya yang mengalami sindrom itu pada usianya yang sekarang.
“Doktor sarankan untuk Seth menjalani terapi dan dihantar ke sekolah kanak-kanak autism.
“Jadi bila dah sah, senang kita nak tahu apa yang boleh buat dan tidak. Doakan supaya Seth boleh membesar dan belajar dengan baik,” ujarnya lagi.
Sekadar info, Seth adalah anak hasil daripada perkahwinan Shila dengan Haris Edraki pada 2018, namun perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian pada 2022.
Shila kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan pempengaruh media sosial, Ubai pada 5 Ogos tahun lalu. Mereka baru saja dikurniakan seorang anak perempuan, Rhea Akira pada 9 Mei lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.