Komposer tersohor negara, Othman Mohamed dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor baru-baru ini dipercayai akibat sesak nafas.
Allahyarham yang juga abang kepada penyanyi lagu Kau Pergi Jua, Allahyarham Adam Ahmad menghembuskan nafas terakhir pada usia 65 tahun.
Menerusi laman Facebook Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam kemas kini menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham Othman.
Kredit: UiTM
Ads
Allahyarham merupakan pencipta lagu ‘UiTM Di Hatiku’ dan merupakan alumni universiti berkenaan yang juga pengambilan pertama dalam jurusan Diploma Muzik pada 1984.
Menurut anak kedua Allahyarham, Izwana Othman (36) mengesahkan pemergian bapanya dan jelasnya, Allahyarham berada dalam keadaan sihat sebelum mengalami demam, dua hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Ads
Jenazah Othman disempurnakan di Masjid Al-Ehsan Seksyen 24, Shah Alam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam.
Ads
Semasa hayatnya, Othman menghasilkan beberapa lagu malar segar antaranya Kau Pergi Jua, Di Hari Persandinganmu, Episod Cinta, Hanya Di Radio dan banyak lagi.
Salam takziah kami ucapkan buat keluarga. Al-Fatihah…
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ya, kehadiran grup K-pop popular ini telahpun disahkan.
Pertunjukan fesyen Louis Vuitton oleh Kim Jones pada minggu lalu sedikit sebanyak telah mengecewakan peminat kumpulan Bangtan Boys (BTS).
Ini kerana sepanjang acara itu yang ditayangkan secara langsung di saluran YouTube Louis Vuitton, kelibat BTS tidak dapat disaksikan.
Kita seharusnya faham bahawa (a) ia ada pertunjukan fesyen musim bunga/panas 2022. Oleh itu, fokus seharusnya terarah kepada koleksi pakaian yang dipertontonkan. Dan (b) ia merupakan pertunjukan fesyen yang diadakan di Paris.
Negara Korea Selatan pula buat masa ini masih mengekalkan sekatan perjalanan ke luar negara. Oleh itu, BTS tidak dapat menyertai Travis Scott di barisan hadapan pentas peragaan.
Tapi jangan terus kecewa... kerana Louis Vuitton akan ‘terbang’ sendiri ke negara tersebut untuk bertemu duta globalnya itu!
Menerusi akaun Twitter rasmi BTS, mereka mengesahkan kehadiran ketujuh-tujuh ahlinya ke pertunjukan fesyen Louis Vuitton (Men) bagi koleksi musim luruh/sejuk 2021 di Seoul, Korea Selatan.
Koleksi yang dipimpin oleh Virgil Abloh itu bakal berlangsung pada 7 Julai ini bermula jam 7 petang waktu Korea Selatan. Ada juga ura-ura yang mengatakan bahawa BTS bukan sekadar akan menyertai barisan tetamu tetapi turut akan berjalan sebagai model acara tersebut!
Penglibatan BTS pada hari Rabu ini juga dipercayai merupakan sebahagian daripada rangka promosi BTS sebelum melancarkan single baru berjudul Permission To Dance yang ditulis bersama penyanyi Inggeris, Ed Sheeran.
Rata-rata para ARMY tidak sabar menantikannya, apatah lagi selepas klip acah pendek featuring kesemua ahli BTS dimuat naik sebentar tadi sempena acara ini. Malah, di sebahagian bangunan di sekitar Seoul, iklan Louis Vuittin bersama BTS itu sudah ditayangkan secara besar-besaran.
Sebuah lagi kejayaan yang dilakar oleh siri animasi popular Malaysia, Upin & Ipin khabarnya sudah ditayangkan di perkhidmatan televisyen penstriman Netflix di United Kingdom dan Australia sejak 7 April lalu.
Pengurus Pemasaran Antarabangsa syarikat produksi Les’ Copaque Production Sdn Bhd, Karya Budi Mohd Aris menzahirkan bahawa kejayaan ini dianggap sebagai suatu justifikasi bahawa Upin & Ipin adalah karya bermutu. Secara tidak langsung, ia telah membuktikan kualiti kandungan tersebut telah mencapai standard antarabangsa.
Walau bagaimanapun, Budi menjelaskan dia tidak pasti sama ada Upin & Ipin adalah karya animasi tempatan pertama yang dipilih oleh platform penstriman itu.
Tahniah Remaja ucapkan buat seluruh tenaga produksi yang terlibat dalam menjayakan siri Upin & Ipin. Selepas kejayaan memasuki pasaran Indonesia dan China, kini animasi ini boleh ditonton oleh masyarakat di UK dan Australia, sekali gus dapat menonjolkan karya anak tempatan di mata dunia.
Jika sebelum ini, pengikut tempatan hanya boleh menonton episod musim ke-14 di saluran YouTube selepas ia disiarkan di stesen televisyen Indonesia, MNC TV, kini korang sudah boleh menontonnya di saluran Astro Prima sebanyak 42 episod pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 7.30 malam.
Siri Upin & Ipin yang disiarkan Netflix UK dan Australia adalah musim kelima sehingga kelapan selain musim 11 dan 12.
Video seekor anak beruang kecil yang terjatuh beberapa kali dalam usaha memanjat timbunan salji tebal untuk bersama ibunya seperti dipaparkan dalam fb We Don’t Deserve Animals termasuk hampir jatuh ke jurang yang dalam ternyata mampu memberi sejuta kesedaran dalam kehidupan manusia.
Anak beruang itu hanya seekor haiwan kecil namun dia tidak pernah berputus asa dengan kehidupannya. Beberapa kali terjatuh namun dia berusaha untuk mendaki semula. Pernah beruang kecil ini hampir jatuh ke jurang paling dalam dan Allah menyelamatkannya di mana dia sempat berpaut di tebing namun dia tetap berusaha mendaki semula sebelum berjaya bersama ibunya.
Jika dipandang dari sudut “kelakarnya” akibat kecomelannya mencuba beberapa kali, kita akan merasakan video ini tiada nilai sentimentalnya di hati kita. Tapi jika kita memandang dari sudut lebih dalam, ia ada perkaitan dengan kehidupan seharian kita. Kenapa?
Tanyalah hati. Apa perkaitan beruang comel ini dengan kehidupan manusia? Umumnya, tiada manusia tidak lepas dengan pelbagai ujian kehidupan.
Kita selalu merasakan kita gagal. Sebagai pelajar, bila gagal exam pun kita nak menangis. Itu belum lagi kita berputus asa sebab tak pandai-pandai sampaikan kita rasa, alang-alang duduk kelas hujung baik jadi budak nakal terus.
Itu belum lagi putus cinta dengan kekasih di mana kita merasakan kitalah manusia gagal sedangkan kekasih itu belum tentu lagi jodoh kita di dunia seperti tertulis di loh mahfuz.
Banyak kali berusaha tapi jatuh tapi tak pernah putus asa pun sehingga berjaya bersama ibunya
Itu belum lagi cabaran dalam kerja. Bila kita diberi tugasan-tugasan luar dari kebiasaan, kita terlalu cepat berputus asa dan meminta pertolongan orang lain yang kita anggap lebih hebat.
Itu belum lagi kita cuba menyalahkan orang lain, menyalahkan pentadbiran kerana gagal mengekang dan berbuat sesuatu yang lebih baik untuk kita.
Jika dilihat pada kehidupan anak beruang itu, binatang kecil ini terpaksa berjuang dalam kehidupannya. Penemannya hanyalah ibunya yang juga terdedah kepada bahaya lain yang belum tentu selamat tapi beruang kecil ini tidak putus asa, tetap naik dan terus naik sehingga berjaya.
Ibunya tak cuba pun untuk menariknya tetapi dalam kehidupan manusia, masih ada lagi orang yang menyayangi kita dengan menghulurkan tangan memberikan bantuan di saat kita mulai rebah.
Penulis dan ulama terkenal Indonesia yang menghasilkan buku-buku novel dan ilmiah bercorak keagamaan, Hamka atau nama sebenarnya Haji Abdul Malik Karim Amrullah pernah menulis, Jangan Takut Jatuh, Kerana Yang Tidak Pernah Memanjatlah Tak Pernah Jatuh iaitu penggambaran bagi sikap jangan pernah takut untuk jatuh.
Begitu juga beliau menulis mengenai sikap jangan takut gagal di mana kata Hamka, Yang Takut Gagal, Kerana Yang Tak Pernah Gagal Hanyalah Orang-Orang Yang Tak Pernah Melangkah.
Dalam kehidupan memang begini. Akan ada selalu ujiannya sebelum berjaya tetapi jangan sesekali kita berputus asa. Jika kita merasakan kita gagal, tak akan berjaya selama itulah kata-kata itu akan terpahat di hati dan minda kita.
Jika ditanya apa kaitan beruang kecil ini dengan kehidupan manusia, ironinya jangan pernah rasa gagal kerana kegagalan hanya untuk orang yang penakut. Berusahalah dan terus berusaha kerana kejayaan ada di depan, sama ada lambat atu cepat kita mencapainya.
Untuk korang yang nak “hadap” SPM mulai Isnin 13 November, anggaplah ujian itu adalah permulaan pada kehidupan, masih panjang lagi. Yang penting, jawap elok-elok dan apa juga result yang keluar, itulah usaha yang telah kita buat selama 11 tahun bersekolah mulai dari darjah satu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nama Maha Klinik bukan sekadar sebuah pusat rawatan, sebaliknya menyimpan kisah cinta dan perjalanan hidup bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Allahyarham...