Umum serba tahu mengenai keunikan industri tekstil Malaysia yang telahpun dibawa ke peringkat antarabangsa bertahun-tahun lamanya.
Terbaru, salah satu fabrik warisan negara iaitu tenun pahang diraja kini sedang dipamerkan secara eksklusif di United Kingdom!
Acara yang dikenali sebagai Pameran Tenun Pahang Diraja ini diadakan buat julung kalinya di bangunan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Belgrave Square sempena Minggu Kraf London. Menariknya, pameran sehingga Ahad ini adalah inisiatif Raja Permaisuri Agong Malayia sendiri, DYMM Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Di sana, pelbagai hasil tenunan lain daripada yang lain ada dipamerkan bagi tontonan pemerhati antarabangsa. Ada yang dihasilkan oleh penghuni Penjara Penor dan Bentong di Pahang. Terdapat juga busana yang diambil daripada koleksi persalinan tenun Raja Permaisuri Agong sendiri untuk dipamerkan.
Semalam, baginda berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta delegasinya yang tiba di United Kingdom; dalam perjalanan mereka ke Washington DC untuk menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Amerika Syarikat.
Ads
Lapor pemberita di sana, Perdana Menteri melahirkan rasa bangga terhadap sambutan yang diterima di Pameran Tenun Pahang diraja itu dan kini lebih bersemangat untuk terus memperkembangkan potensi industri tekstil warisan negara seperti tenunan dan batik secara besar-besaran.
Kata beliau lagi yang juga merupakan Ahli Parlimen Bera, kerajaan Pahang sedang mencadangkan penubuhan pusat tenunan di Pekan, Pahang di mana lebih banyak peluang latihan teknikal dan vokasional dalam industri tekstil akan diwujudkan selepas ini.
Ads
REMAJA pasti, ramai anak muda yang bercita-cita untuk mendalami jurusan pembuatan tekstil akan lebih berkobar-kobar untuk mengambilnya apabila peluang sedemikian semakin luas dibuka dengan sokongan kerajaan Malaysia.
Untuk pengetahuan korang, Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja (IKTPD) Tengku Ampuan Besar Meriam kini membuka peluang kemasukan sesi Julai 2022. Permohanan boleh dilakukan secara atas talian DI SINI dan tempat adalah terhad. Pastikan korang yang berminat menghantarkan permohonon sebelum 15 Jun 2022 okay.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Satu demi satu kejayaan yang diraih oleh pelajar di negara kita apabila seorang murid berusia 12 tahun memenangi Double Gold Award dan Chairman’s Special Recognition Award-Young Ambassador of Innovation di pertandingan ciptaan dan inovasi berprestij di United Kingdom.
Maryam Muzamir murid Sekolah Kebangsaan (SK) Perempuan Methodist, Kuantan Pahang memperoleh kejayaan hasil ciptaan inovasi makanan haiwan daripada kulit udang dan siput sedut yang dinamakan YAM 2.0.
Ini merupakan kejayaan kali kedua buat Maryam selepas meraih tiga pingat emas dalam Pertandingan Ciptaan, Inovasi Antarabangsa Keenam di Toronto, Kanada pada Ogos tahun lalu.
Jelasnya lagi, walaupun pertandingan ini diadakan secara dalam talian, kejayaan yang diterimanya itu amat bermakna untuknya memastikan YAM 2.0 diiktiraf. Kejayaan anak muda itu diketahui selepas menerima emel daripada penganjur pada 27 Jun lalu, manakala pingat dan sijil hanya diterima Rabu lalu.
Menurut bapa Maryam, Prof Madya Dr Muzamir Hasan berkata, Chairman’s Special Recognition Award yang diterima anak sulungnya itu disifatkan pencapaian terbaik kerana pertandingan ini tidak mempunyai had umur.
Wah, terbaik adik Maryam! Kecil-kecil lagi dah berbakat dan berkebolehan. Semoga terus menjadi pelajar cemerlang dan mengharumkan nama negara di peringkat dunia. Diharap dengan kejayaan yang diperoleh Maryam ini juga dapat menyuntik semangat anak-anak muda lain untuk terus berjaya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
‘Raja Pecut’ Sukan Malaysia (Sukma) 2024 menjadi milik pelari Johor, Danish Iftikhar Muhammad Roslee apabila meraih pingat emas acara 100 meter (m) di Kuching, Sarawak.
Atlet berusia 17 tahun itu merangkul pingat emas pertamanya selepas mencatat masa terpantas 10.53 saat (s) pada aksi final yang berlangsung di Stadium Sarawak.
Dia menewaskan atlet dari Selangor, Danish Irfan Tamrin menamatkan aksi di tempat kedua dengan catatan masa 10.60s untuk meraih pingat perak manakala pingat gangsa menjadi milik Muhammad Efrain Feerzan Qhan Mohd Yazid dari Pahang dengan catatan 10.66s.
Kredit: MSN Selangor
Menerusi saingan wanita pula, atlet muda Selangor, Nur Afrina Batrisyia Mohamad Rizal menepati ramalan apabila muncul juara 100m wanita selepas merekodkan catatan 11.64s.
Catatan itu turut memperbaharui rekod Sukma yang dipegang Azreen Nabila Alias dari Terengganu yang mencatat 11.81 ketika edisi 2016 di Perak.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Kosmo!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kebolehan pelajar di Malaysia sewajarnya mendapat pujian kerana anak muda kita juga mempunyai kepintaran dalam menghasilkan sesuatu yang luar biasa.
Ini dibuktikan oleh sekumpulan pelajar kolej matrikulasi yang berjaya menghasilkan satu alat khas membuka pintu tanpa menggunakan kunci.
Lebih kurang macam korang swipe card di bilik hotel laa. Gituuu!
Video yang berdurasi 25 saat dimuat naik di laman twitter DECI, terlihat seorang pelahar membuka pintuk bilik mereka hanya dengan menggunakan kad pengenalan.
Beberapa komponen seperti bateri, power bank, kabel dan pelbagai peralatan elektronik digunakan oleh mereka dan diletakkan pada bahagian hadapan serta belakang pintu tersebut.
Hebat kan?
Video ini mendapat lebih daripada 200,000 tontonan dan 12 ribu retweet.
Walaupun masih baru belajar, namun keupayaan daya fikiran mereka memang patut dipuji.
Cayalah dik!
Untuk keselamatan yang lebih terjamin, mungkin lebih ramai lagi pelajar yang boleh mempraktikkan style ini di bilik mereka pula. Hiks!