‘Drama’ yang menyebulungi rumah tangga pelakon dan finalis Hero Remaja 2011/2012, Hafidz Roshdi dan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri semalam mencecah klimaks setelah Hafidz, 29 didakwa sudah menceraikan isterinya.
Sumber Harian Metro berkata, sambil bersaksikan keluarga, Hafidz telah menceraikan Shuhada dengan talak satu.
“Jodoh kami sampai di sini.”
Begitulah ulasan ringkas Shuhada mengenai dakwaan tersebut apabila dihubungi oleh Harian Metro.
Enggan berkongsi perkembangan selanjutnya, Shuhada hanya meminta orang ramai mendoakan agar hatinya dan anak-anaknya (Humairah, 6 dan Umar, 2) redha dengan ketentuan ini. Difahamkan proses selanjutnya melibatkan pemfailan pengesahan lafaz cerai pada 1 Mac nanti.
Sebaik sahaja berita penceraian ini hadir ke pengetahuan umum, rata-rata merasakan bengang terhadap Hafidz yang membiarkan isteri dan anak-anaknya menjadi mangsa dalam perhubungan tersebut.
Apatah lagi setelah adik ipar Hafidz mengesahkan kepada Mstar bahawa kakaknya itu diceraikan menerusi panggilan telefon di hadapan ahli keluarganya pada Khamis.
Biarpun perpisahan itu dicapai oleh kedua-dua belah pihak keluarga, keputusan menceraikan menerusi panggilan telefon tanpa bersemuka masih tidak dapat diterima warganet.
Ads
Salah seorang yang terkesan dengan keputusan tersebut termasuklah pelakon yang popular dengan drama bersiri Budak Tebing, Aedy Ashraf.
Aedy, 23 memuat naik satu klip berdurasi 19 saat di akaun Twitter rasminya semalam. Menerusi klip tersebut, dapat disaksikan Aedy menumbuk bahagian muka Hafidz secara bertalu-talu sehingga terduduk di hujung gelanggang tinju.
Pada ruangan kapsyen pula, Aedy menciap, “Mana yang geram tu tengok puas-puas.”
Difahamkan, perlawanan tinju yang disertai oleh Aedy, Hafidz dan beberapa lagi selebriti lelaki Malaysia itu adalah sebahagian daripada acara ‘Spectre’ yang berlangsung sekitar Jun tahun lalu.
Sehingga kini, klip kiriman Aedy itu telahpun ditonton sekerap 503,000 kali dan menerima 4,094 likes serta 2,001 reposts.
Ads
Terdahulu, kemelut rumah tangga Hafidz Roshdi mula dihidu setelah isterinya mendedahkan hubungan pelakon itu dengan seorang wanita. Tidak lama selepas itu, muncul wanita bernama Athira Yuhada yang mengakui Hafidz cuba mendekatinya sejak sembilan tahun lalu.
Namun, Athira tampil memohon maaf terhadap Shuhada selaku isteri Hafidz dan menjelaskan dia enggan lagi terlibat dengan kesilapan tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selalu bulan Ramadan sinonim dengan cuaca panas terik. Namun seperti yang dihadapi oleh warga Lembah Klang petang semalam, cuaca hujan lebat telahpun melanda di sebahagian besar kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan di negeri Selangor.
Di sepanjang Lebuhraya Persekutuan, air banjir jelas naik di beberapa kawasan seperti bersebelahan dengan Bangsar South dan di tengah bandar raya.
KL dan banjir kilat mmg tak boleh dipisahkan. Sistem perparitan yg brmslh rakyat yg tanggung. menteri yg hritu ckp byk psl climate change tu takkan diam je. DBKL pun sama naik gak https://t.co/7iRdhtWQ6o
Itu baru air banjir gaiss, belum lagi kejadian cemin pecah yang dilaporkan berlaku di bangunan Akademi Etiqa dekat Jalan Melaka, Kuala Lumpur! Untuk pengetahuan, bangunan tersebut terletak berdekatan dengan stesen kereta api Masjid Jamek.
Apa Yang Terjadi Sebenarnya?
Satu video insiden yang kin tular di media sosial menunjukkan sekurang-kurangnya empat orang wanita menjerit dan berlari jauh daripada kawasan dinding cermin berdekatan dengan sebuah mesin ATM Maybank.
Tanpa sebarang ‘warning’, cermin tersebut pecah hingga mengakibatkan lantai bangunan bertaburan dengan kaca berderai.
Dipercayai tiada sebarang kecedaraan yang berlaku ke atas semua individu yang berada di situ walaupun ada yang mendakwa menemui kepingan kaca pada badan mereka.
Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia pernah meramalkan ribut hujan dengan petir di sekitar Lembah Klang.
Tidak dinafikan, salah satu pencapaian dalam dunia mana-mana pelajar sekolah ialah melalui peperiksaan atau ujian yang dilakukan oleh pihak sekolah. Namun, banyak perubahan ketara yang berlaku kepada sektor pendidikan akibat dari virus pandemik COVID-19.
Tahun ini juga telah menyaksikan beberapa kali peperiksaan besar di Malaysia ditunda disebabkan pandemik wabak Covid-19, dan Kementerian Pendidikan (KPM) terkini telah membuat keputusan yang mengejutkan semua pihak.
Terbaru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memuktamadkan untuk membatalkan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun 2021.
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Mohd Jidin dalam Sidang Media Khas yang berlangsung di Auditorium Tan Sri Abdul Rafie, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Jelas beliau, keputusan tersebut dibuat dengan mengambil kira kekangan masa bagi para pelajar untuk membuat persiapan khususnya pembelajaran bersemuka bersama guru di sekolah.
Sebenarnya, ada pro dan con juga hal ni. Warganet juga memberikan pandangan yang berbagai, ada yang setuju dengan keputusan KPM ini dan ada juga yang membantah.
Hmm….Pada pendapat korang macam mana?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak dinafikan lagu “Pasar Ikhwan Di Putrajaya” sentiasa menjadi perbualan masyarakat dan ramai di antara kita ada yang terikut-ikut menyanyikan lagu berkenaan dan terbawa hingga berhari-hari.
Terbaru, Timbalan Mufti Kelantan, Datuk Nik Abdul Kadir Nik Mohamad tampil menasihatkan orang ramai supaya tidak terikut-ikut dengan lirik lagi lagu GISB Holdings (GISBH) yang didakwa membawa fahaman sesat.
Menurutnya, tundakan menyanyi walaupun sekadar parodi, ianya bercanggah dengan agama Islam dan meminta supaya perbuatan itu segera dihentikan.
Kredit: Berita Harian
“Lirik lagu ini umpama zikir kerana ia sudah ada ketika pengasas pertubuhan Al-Arqam, Asaari Muhammad masih hidup dan kini parodi lagu berkenaan kembali tular di media sosial”
“Justeru itu, saya menasihatkan supaya hentikannya segera kerana boleh memesongkan akidah,” katanya.
Kebelakangan ini, media sosial dibanjiri dengan parodi ke arah lagu yang menyanjung Abuya (Asaari selaku pengasas Al-Arqam).
Kredit: The Star
Sebelumnya, pihak polis telah melancarkan tindakan besar-besaran ke atas rumah kebajikan yang dikendalikan GISBH di Selangor dan Negeri Sembilan.
Serbuan menyaksikan 402 kanak-kanak, berusia antara satu hingga 17 tahun diselamatkan daripada dakwaan eksploitasi dan penderitaan termasuk diliwat.
Harap selepas ini, ramai yang berhenti dari menyanyikan lagu itu ya…
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!