Dalam dunia kini yang dimonopoli oleh pengaruh media sosial, sebarang fashion decision atau pemilihan stail serta gaya seseorang pasti akan memancing tumpuan dan pandangan wargamaya; baik dalam kalangan mereka yang mengenali rapat mahupun ‘warga rawak’ yang menanti masa untuk melemparkan pandangan negatif terhadap gaya seseorang.
Sekembalinya acara fesyen tahunan, KL Fashion Week (KLFW) 2024 bermula semalam di Esplanade Suria KLCC, REMAJA pasti banyak mata yang sedang mengekori kelibat jemputan yang hadir dan gaya-gaya koleksi yang dipertontonkan oleh lebih 50 pereka fesyen tempatan pada kali ini.
Memasuki edisi ke-12 penganjurannya, timbul persoalan bagaimana KLFW tidak mudah melatah dengan apa-apa kritikan yang hadir tanpa disangka? Tambahan pula dalam kaleidoskop media sosial yang berputar mengikut apa yang sedang tular (selalunya tanpa mengetahui konteks lengkap sesuatu situasi), kuasa viraliti sama ada positif atau negatif tidak boleh disangkal.
Ads
REMAJA mendapatkan pandangan pengasas KLFW, Andrew Tan sekiranya beliau gusar terhadap pandangan orang ramai mengenai penerimaan fesyen baharu yang cuba dipersembahkan oleh para pereka pada edisi kali ini.
Pengasas KL Fashion Week, Andrew Tan.
“Kita hidup dalam dunia media sosial kini dan semua orang berhak untuk memberikan pandangan. Jika kita tidak boleh menerima pandangan pihak lain, maka gunakanlah butang ‘switch off’ pada kotak komen.
“Bagi saya, penggunaan media sosial terpulang kepada setiap individu. Asalkan kamu tahu bagaimana untuk mengendalikan apa-apa tekanan yang tercetus di media sosial; kamu sudah bersedia untuk menerima komen-komen negatif and yet, you know how to energy it the right way; teruskan sahaja.”
Ads
“Berbalik kepada kemungkinan ada pereka fesyen atau jenama yang ingin menggunakan kuasa viraliti di KL Fashion Week, kami sebagai penganjur tidak mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap agenda atau niat sebegitu.”
“Viraliti kadangkala mempunyai kelebihan dan kadangkala juga memberikan isu-isu yang tidak diundang. Tetapi saya percaya, pereka-pereka fesyen tempatan sudah masak dengan kelebihan viraliti atau kontroversi yang berkemungkinan tercetus di media sosial,” ulas Andrew Tan.
Tambahnya lagi, sebagai penganjur, mereka sudah bersedia untuk berhadapan with the good and bad of it.
Ads
Sememangnya, tiada siapa yang boleh lari daripada pandangan wargamaya. Sekecil-kecil komen yang kita berikan di ruangan yang tersedia juga boleh diinterpretasikan dalam pelbagai cara. Inikan lagi fesyen yang sifatnya subjektif pada mata sang pemerhati.
KL Fashion Week 2024 sedang dilangsungkan di Esplanade Suria KLCC dari 29 Julai hingga 4 Ogos 2024.
Biarpun terletak di dalam khemah tertutup, para pengunjung Suria KLCC dan peminat fesyen tempatan yang ingin merasai kehangatan senario fesyen masih boleh menyaksikan siaran langsung setiap pertunjukan fesyen di layar gergasi di luar khemah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah kira-kira dua tahun pentas Puteri Indonesia sepi dek pengunduran negara seberang itu daripada menyertai pertandingan ratu cantik Miss Universe 2021 yang dlangsungkan di Eilat, Israel; akhirnya kelmarin seorang juara baharu telahpun dimahkotakan sebagai Puteri Indonesia 2022.
Wakil dari Bali itu dikenali sebagai Laksmi Shari De Neefe Suardana yang juga merupakan anak kepada penganjur acara Ubud Writers Festival di Bali, Janet De Neefe.
Jelas terpancar keceriaan pada wajah Laksmi sesudah dirinya mengenepikan saingan 43 orang gadis lain yang mewakili 34 provinsi dari seluruh Indonesia.
Memasuki segmen utama pertandingan tersebut iaitu segmen soal jawab bagi tiga peserta terbaiknya, Laksmi telah menerima soalan daripada Penasihat Utama Yayasan Puteri Indonesia; Putri Kuswisnu Wardani yang berbunyi;
“Apakah pernah ada pengalaman dalam kehidupan kamu yang ingin kamu ubah. Sama ada ya ataupun tidak, jelaskan jawapan kamu,” katanya.
Ini merupakan jawapan Laksmi dalam bahasa Inggeris yang memahat nasibnya sebagai juara Puteri Indonesia 2022:
“Saya tidak pernah memiliki pengalaman lampau yang buruk dan saya sesali sebelum ini. Saya percaya dunia ini sudah direncanakan untuk saya dan ia membantu saya berkembang menjadi seorang insan yang lebih kuat, bijak.
“Itulah sebab mengapa saya mampu berdiri di sini pada malam ini, berkat pengalaman telah mengajar saya menjadi insan yang lebih baik, lebih berani. Dan saya tahu saya mampu mencapai apa-apa perkara sekalipun,” katanya.
Sebaik sahaja menyampaikan jawapan tersebut, juri sebulat suara memilih Laksmi sebagai Puteri Indonesia 2022 sekaligus akan mewakili Indonesia ke pentas Miss Universe 2022 kelak. Naib Juaranya pula ialah Cindy May McGuire yang sekaligus menggalas gelaran Puteri Indonesia Lingkungan 2022 manakala peserta kegemaran, Adinda Chresheilla dari Jawa Timur pula di tempat ketiga lalu menggalas gelaran Puteri Indonesia Pariwisata 2022.
Turut memeriahkan malam kemuncak kelmarin ialah Miss Universe 2021, Harnaaz Sandhu dari India, Naib Juara Miss Supranational 2022, Karla Guilfu Acevedo dari Puerto Rico dan Miss International 2019, Sireethorn Leearamwat dari Thailand.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak semalam Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan wabak corona virus atau disebut Covid-19 berubah ke status pandemik. Bermaksud berlaku peningkatan berganda kes dalam tempoh terdekat.
Malah Pandemik membawa erti kejadian wabak besar-besaran ke seluruh dunia. Ia merentasi wilayah dan melibatkan populasi yang besar. Kebiasaannya melibatkan jangkitan penyakit baru (Novel). Ciri Pandemik adalah melibatkan kadar serangan yang tinggi dalam masa yang singkat. Ia melibatkan sebaran yang pantas dan menyebabkan kadar kematian yang tinggi.
Malah sebelah petang hari yang sama, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang akhbar menjelaskan berlaku kes Sporadic pertama di Malaysia melibatkan seorang pesakit.
Menurut Datuk Dr Noor Hisham, kes itu dikesan selepas kementerian menjalankan pengawasan terhadap 600 sampel diambil daripada individu mempunyai gejala influenza (ILI) dan jangkitan pernafasan akut teruk (SARI).
“Siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti punca jangkitan ‘sporadic’,” katanya dalam kenyataan media.
Apa maksud Sporadic?
‘Sporadic’ bermaksud pesakit positif wabak tidak mempunyai sejarah perjalanan ke negara yang mengalami wabak dan tiada kontak dengan pesakit Covid-19.
Ia membawa erti pesakit dijangkiti Covid-19 biarpun tidak pernah melakukan perjalanan ke luar negara atau berada dekat dengan pesakit yang pernah dijangkiti Covid-19.
Dalam erti kata mudah, pesakit dijangkiti tanpa sedar dan kerana itulah kes ini disebut sebagai agak terpencil.
Jelas, ia sesuatu yang membimbangkan kerana kita tidak sedar siapa berada di sekeliling kita dan kerana itu tidak digalakkan kita berada di luar rumah khususnya mengikuti perhimpunan beramai-ramai kerana kita tidak tahu siapa sudah dijangkiti. So please be careful dan kalau tiada yang mustahak, duduk saja di rumah dan tidak terlalu terdedah kepada masyarakat.
Malaysia mencatatkan 158 kes untuk hari ini selepas 9 orang lagi dijangkiti Covid-19. Italy mencatat jumlah kematian agak tinggi melibatkan 827 mangsa. Malaysia juga sudah menyekat kemasukan warga Denmark
Malaysia sudah ada 158 kes
Statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan sejak semalam, sembilan kes baru dikesan menjadikan jumlah kumulatif kes positif di Malaysia sebanyak 158 kes melibatkan lebih 131 rakyat tempatan, 15 dari China dan tiga dari lain-lain negara.
Dalam satu kenyataan akhbar sehari sebelumnya, statistik yang dikeluarkan menunjukkan sebanyak 22 kes adalah dalam kalangan pesakit di bawah siasatan atau Patient-Under-Investigation (PUI) jangkitan Covid-19, kontak rapat (124 kes), misi bantuan kemanusiaan (dua kes) dan satu kes Sindrom Penafasan Akut Teruk (SARS).
Manakala enam (6) kes telah pulih dan dibenarkan pulang. Dengan ini, 32 kes telah pulih dan discaj dari wad.
Terdapat tiga (3) kes yang dirawat di Unit Rawatan Rapi yang memerlukan bantuan alat pernafasan dan keadaan mereka stabil.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pereka fesyen terkenal Rizman Nordin, baru-baru ini berkongsi tentang rutin dan ibadah yang dilakukannya setiap hari.
Menerusi temubual bersama podcast Apa Cerita?, Rizman berkata dia memulakan paginya dengan solat taubat dan solat tahajud kerana ia memberi manfaat yang baik kepada setiap muslim.
“Ini adalah rutin saya setiap hari, saya kongsikan dengan niat orang boleh ikut inshaAllah”
“Saya selalu bangun pukul 5.30 pagi dan mulakan dengan solat taubat dulu dan selepas itu solat tahajud” – Rizman
“Solat tahajud ini Allah dah cakap ia umpama panah yang tepat pada sasaran. Malaikat turun dan mengaminkan doa. Apa lagi nikmat yang nak didustakan kepada Allah?” – Rizman
Pereka fesyen yang kini berusia 39 tahun itu kemudian meneruskan rutinnya dengan membaca Al-Quran sekurangnya satu muka surat setiap hari.
Dalam pada itu Rizman turut mendedahkan bahawa dia mula belajar mendalami Al-Quran ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan pandemik Covid-19.
Kredit: Tiktok Tun Asyraf Khalid
“Saya nak kongsikan, saya dulu tak pandai mengaji sebab keluarga saya tidaklah terlalu alim. Even, mak dan ayah saya, solat pun saya yang ajar sebenarnya”
“Saya mula belajar mengaji semasa PKP. Saya belajar dengan ustaz melalui Zoom. Sehari sejam saya akan baca satu muka surat tapi hujung-hujung tu dah jadi 15 minit sebab sudah boleh membaca dengan laju”
Kredit: Instagram Rizman.N
Menurutnya lagi, jika kata ada usaha untuk buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Lama kelamaan hal yang ingin dilakukan itu akan jadi lebih mudah.
Sementara itu, tambah Rizman sebagai seorang muslim kepercayaan terhadap Allah adalah tunjang utama untuk memperoleh kejayaan selain daripada usaha. Berharap sepenuh hati terhadap Allah juga membuatkan pereka fesyen ini dapat mencapai semua impiannya.
“Apa sahaja yang kita nak capai, ia tak ada kepastian sama ada kita akan dapat atau tidak tetapi ada benda yang sangat berharga iaitu harapan dan iman” – rizman
“Bila kita berdoa kepada Dia, jadi kita akan ada iman dan percaya bahawa kita akan dapat. Itu yang membuatkan saya percaya bahawa saya akan sampai ke destinasi, saya akan dapatkan Naomi Campbell, saya akan ke Dubai dan akan dapat itu dan ini”
Sebagai manusia, Rizman berkata sudah semestinya akan ada pelbagai cabaran tetapi kita pasti boleh lakukan dan laluinya jika kembali kepada asas.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!