Pelumba berbasikal trek kebangsaan, Muhammad Shah Firdaus Sahrom semalamĀ memaklumkan rakan saingannya dari Jepun iaitu Shinji Nakano terkejut apabila menerima kecaman hebat di platform media sosial daripada warganet Malaysia.
Ini berikutan pelanggaran yang berlaku di antara Shinji, Shah Firdaus dan pelumba Great Britain, Jack Carlin dalam acara akhir keirin lelaki di Sukan Olimpik Paris 2024 sekaligus merobek peluang Malaysia mengggenggam pingat gangsa ketiga.
Akibat pelanggaran berkenaan, Shinji dipersalahkan oleh warganet Malaysia apabila ribuan komen menyinggah ke akaun Instagram miliknya dengan kata-kata kesat.

Memetik temubual Shah Firdaus dengan Berita Harian, beliau berkata Shinji keliru dengan sentimen rakyat Malaysia yang pada asalnya dianggap sebagai warganegara yang baik tutur kata dan budi perketinya.
“Yang buat saya terasa, dia ingat orang Malaysia baik-baik sebab saya baik dengan dia. Kalau saya ke Jepun, dia bawa saya jalan semua. Bila dia merasa begitu, saya rasa serba salah.
“Dia mesej saya, dia ingat rakyat Malaysia baik-baik. Saya macam, malunya,” luah Shah Firdaus.
Tambah pelumba berusia 27 tahun itu, sememangnya insiden pelanggaran dan jatuh dari basikal adalah perkara normal dalam acara keirin dan insiden yang terjadi di final Sukan Olimpik itu tidak disengajakan.

“Bila ada body contact, G-Force itu nampak seperti dia naik tetapi dalam keirin benda itu biasa. Tinggal jatuh atau tidak sahaja.
“Sebenarnya dia tidak berniat pun nak ‘hentam’ saya. Itu disebabkan G-Force,” katanya lagi.
Anda mungkin berminat dengan
Sebagai rekod, rakan seperjuangan Shah Firdaus iaitu Dato’ Azizulhasni Awang gagal melepasi pusingan awal selepas penyertaannya dibatalkan oleh pihak komisar.
Malaysia sekadar membawa pulang dua pingat gangsa menerusi beregu badminton lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan pemain perseorangan badminton lelaki, Lee Zii Jia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram,Ā InstagramĀ danĀ TikTokĀ rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
ā
Setiap bulan, ada saja perkara yang bertukar viral. Bulan ini, semua orang bercakap mengenai #LathiChallenge.
So guys, baru-baru hangat diperkatakan tentang Lathi Challenge yang memerlukan seseorang menunjukkan teknik tatarias wajah cantik sebelum berubah menjadi watak yang menakutkan.

Cabaran ini menggunakan lagu tema yang menggabungkan elemen muzik elektronik dan tradisional berjudul Lathi hasil nyanyian Weird Genius dan Sara Fajira.
Selepas ramai netizen memuat naik imej atau video mereka melakukan #LathiChallenge di media sosial, timbul pula persoalan bahawa solekan ini ada unsur-unsur pemujaan dan haram buat orang Islam?
Baru-baru ini PU Syed menerusi laman Instagramnya, menjelaskan cabaran yang kini menjadi ikutan masyarakat di Malaysia khususnya yang beragama Islam, adalah haram kerana menyalahi apa yang dibenarkan oleh syarak.
āKecoh apabila ambe (saya) nyatakan bahawa perbuatan yang sedang viral sekarang iaitu Lathi Challenge adalah haram kerana menyalahi apa yang dibenarkan oleh syarak.
ā’Barang siapa yang merintis satu sunnah (yang baik) dalam Islam, maka baginya pahala amalan yang dirintisnya itu serta (dia juga beroleh) pahala orang yang mengamalkannya selepasnya.
āDan barang siapa yang merintis suatu sunnah (yang buruk) dalam Islam, maka baginya dosa amalan yang dirintisnya itu serta (dia juga beroleh) dosa orang yang mengamalkannya selepasnya. ( HR Imam Muslim),ā tulisnya.
PU Syed juga menegaskan, cabaran itu jelas memaparkan solekan ala-ala syaitan yang tidak perlu diikuti. Jelasnya, hukum agama bukan berdasarkan akal semata-mata tetapi nas.
āDengan merakamkan video berlatarbelakangkan lagu, dengan solekan ala-ala syaitan, maka adakah ingin kita katakan perbuatan itu harus dilakukan?
“Hukum dalam agama bukan berdasarkan akal semata-mata tetapi mempunyai nas.
āSemalam saya membawa hadis tentang meniru gaya orang kafir walaupun golongan penyokong Lathi Challenge menyebut bahawa ia diasas oleh orang Indonesia dan walau sekalipun dia seorang Muslim tetap ada sumber awal yang menyebabkan mereka berani membuat sesuatu yang menyalahi syarak,ā tegasnya.
So korang nak lagi ke buat Lathi Challange ni, Iktibarnya, jangan suka sangat nak ikut semua challange yang ada okay.
Sumber : Instagram PU Syed
ā
Semalam baru sahaja diumumkan keseluruhan Malaysia kecuali Sarawak perlu menjalani Perintah Kawalan Pergerakan secara menyeluruh. Semakin hari kes semakin meningkat, kelmarin jumlah pesakit kes aktif positif Covid-19 di negara kita adalah seramai 39,464 orang.
Dalam kemelut pandemik ini, semalam seorang petugas barisan hadapan kesihatan telah meninggal dunia selepas jatuh sakit.
Menurut kenyataan dalam sebuah hantaran di laman Facebook Skuad Pengurusan Jenazah ā SPJ Malaysia, Dr Ali Noor Hassan meninggal dunia setelah jatuh sakit akibat terlalu penat dan letih selain kurang masa untuk berehat apabila bertugas sebagai petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menangani pandemik Covid-19. Dalam kenyataan itu lagi, Dr Ali tertidur setika bertugas sebelum jatuh pengsan.
AYUH BANTU FRONTLINERS
Sedih mendengar kisah kematian seorang doktor yang tidak kenal penat dalam berjuang. Kita boleh ambil iktibar dari kejadian ini. Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, sama-sama kita berganding bahu dalam menurunkan kes.
Jangan keluar rumah jika tiada urusan penting. Jika perlu keluar, pastikan anda memakai mask sentiasa tidak kiralah sewaktu bercakap sekalipun. Jangan ada sentuhan dan kekalkan penjarakan sosial. Ini mampu mengelakkan virus merebak. Tanggungjawab ini bukan sahaja untuk melindungi diri kita sebaliknya kita turut membantu para frontliners agar mereka tidak terlalu penat melayan kes yang semakin meningkat.
Sumber: Facebook Skuad Pengurusan Jenazah ā SPJ Malaysia
ā
Hari ini kalau buka laman media sosial dan di mana-mana sahaja sekali pun topik perbualan utama mesti berlegar sekitar Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang bakal dilangsungkan pada 9 Mei 2018. Pelbagai ragam dan aksi calon yang bertanding serta penyokong mereka dirakamkan lensa pada hari penamaan calon yang berlangsung hari ini.
Bersempena ‘demam’ pilihan raya, hari ini Remaja ingin kongsikan tentang kisah luar biasa yang berlaku di University of California, Berkeley pada baru-baru ini.

Seekor tupai dilaporkan telah memenangi kerusi di dalam senat pelajar di universiti tersebut pada pilihan raya kampus mereka. Seramai 37 orang calon telah bertanding bagi merebut 20 kerusi senat pelajar Assosiate Student of the University of California. Dan ia termasuklah ‘Furry Boi’, seekor tupai.
‘Tupai’ tersebut sebenarnya seorang pelajar yang memakai kostum bernama Stephen Boyle. Pencalonan Furry Boi dikatakan diumumkan pada bulan lalu menerusi Facebook. Menurut posting tersebut, Furry Boi dicalonkan untuk mewakili tupai-tupai kampus dan diharap mampu menjadi wakil kepada mereka di UC Berkeley.

Menerusi kempennya, Furry Boi menggunakan hashtag #ImWithFur dan #WhyNut. Kemunculan Furry Boi dikatakan telah menarik perhatian ramai pihak termasuklah di kalangan pelajar. Namun di sebalik kejadian ini ramai yang tidak berpuas hati dan menganggap ia sebagai satu penghinaan kepada sistem demokrasi yang diamalkan di universiti tersebut.
Surat khabar rasmi universiti, The Daily California mengecam tindakan ini dengan melabelkannya sebagai kejadian memalukan.
Namun apabila keputusan pilihan raya dikeluarkan, Furry Boi berjaya mendapat jumlah undian yang baik dan menjadi salah seorang daripada 20 wakil senat pelajar.
Way to go Furry Boi!
Sumber: Huffington Post
ā