Kita sering bertemu pelbagai ragam manusia. Ada yang diam-diam ubi berisi namun ilmu penuh di dada. Ada seperti tong kosong. Hanya pandai bercakap tetapi isinya tiada. Ada jenis mengaku pandai dan merasa dirinya paling hebat yang mana apa saja dibuatnya akan mendatangkan duit tetapi dirinya lupa bahawa Allah sedang menguji dirinya untuk melihat sejauh mana kesombongan dirinya terus digunakan.
Pendek kata, siapa pun diri kita, ketahuilah Allah itu lebih hebat. Maha Perancang yang sukar ditandingi dan kekuasaannya melebihi dirinya melebihi kudrat manusia yang umpama setitis air di lautan.
Bacalah kisah mengenai sebuah pembinaan jambatan ini di Sungai Choluteca.
Kuasa Allah mengatasi segalanya.
Jambatan tanpa sungai.
Lihatlah betapa berkuasanya Allah swt. Sebuah jambatan telah dibina untuk menyeberangi Sungai Choluteca bermula tahun 1996. Mereka mahu bina jambatan yang kukuh, yang tahan apa saja perubahan cuaca. Tanggungjawab itu diserahkan kepada pakar dari Jepun.
Pada tahun 1998, jambatan ini mula digunakan. Ia jadi kebanggaan. Penduduk dapat menyeberangi sungai itu.
Qadarullah.
Ads
Pada October tahun yang sama, Kawasan itu dilanda Hurricane Mitch. Hujan turun mencurah-curah. Jumlah hujan dalam tempoh 4 hari sama dengan jumlah hujan yang mereka terima dalam tempoh 6 bulan.
Sungai melimpah. Bah besar melanda. Banjir.
7000 orang kehilangan nyawa. Kehancuran di mana-mana.
Semua jambatan musnah. Kecuali satu, Jambatan yang baru dibina itu.
Ads
Tapi, Jalan untuk masuk ke jambatan musnah. Jalan keluar dari jambatan turut musnah. Langsung tiada kesan pernah ada jalan raya di situ.
Lebih mengejutkan, banjir besar itu turut mengubah laluan sungai. Ia tidak lagi mengalir di bawah jambatan. Sebaiknya, mengalir di sebelah jambatan.
Jambatan yang mampu menghadapi kedahsyatan bencana alam itu tidak lagi menyeberangi apa-apa sungai.
Menjadi a bridge over nothing. A bridge of nowhere.
1) Secanggih mana pun ciptaan manusia, tetap tidak dapat melawan takdir Yang Maha Kuasa. Allah swt boleh "redesign" segalanya dalam sekelip mata.
2) Jika kalian punya masalah sebesar gunung sekali pun, jangan pernah sekali berputus asa dari rahmat Allah swt. Dia mendengar dan pasti menyusun sesuatu buat kita.
3) Jika hari ini kalian hebat dan berkuasa, boleh cipta itu ini, boleh cantas orang sana sini, boleh naik kan orang yang kalian mahu dan boleh jatuh kan sesiapa yang kalian benci. Tilik semula hatimu. Pasti ada sesuatu yang mengintai. Just remember, you are nobody.
4) Binalah jiwa yang kuat. Yang meletakkan sepenuh pergantungan pada Allah. Jiwa yang mampu menerima apa jua perubahan. Kita kini berada dalam dunia VUCA. Perubahan berlaku dengan cepat dan pantas. Jika kalian lambat dan mahu sentiasa berada dalam kedudukan selesa, kalian pasti merana.
5) Change from Build to Last Build to Adapt. Kredit : Pn Affiza Mohammad
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hanya dua hari sebelum sambutan Thaipusam esok (18 Januari 2022), pengumuman pihak berkuasa yang memutuskan untuk tidak membenarkan beberapa upacara keagamaan termasuklah memecahkan kelapa dan perarakan kavadi dianggap sebagai satu keputusan yang merugikan.
Ini jelas dirasakan oleh para pengusaha kavadi dan pembekal buah kelapa yang sekali lagi terpaksa membatalkan pesanan kelapa berikutan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Buat masa ini, cuma tempahan buah kelapa untuk jualan harian seperti santan dan kelapa parut yang akan diedarkan ke pasar awam.
Selama dua tahun mereka tidak dapat mengadakan upacara memecahkan kelapa secara besar-besaran akibat merebaknya wabak COVID-19, tiada sebarang pendapatan semasa Thaipusam dapat dijana oleh para pengusaha sedangkan selalunya, tempahan boleh mencecah sehingga 100,000 biji.
Ini secara tidak langsung membawakan kerugian yang boleh mencecah RM100,000. Disebabkan kes kerugian yang berlangsung tahun lalu, mereka bertindak lebih berhati-hati pada tahun ini dan tidak membuat tempahan kelapa secara awal bagi mengelakkan ia berulang kembali.
Bagi penganut Hindu yang ingin membayar nazar dengan mengangkat kavadi, sekali lagi mereka kempunan untuk menyertai upacara perarakan kavadi demi menjaga kesihatan dan keselamatan orang ramai.
Selain itu, kerajaan juga tidak membenarkan upacara membayar nazar dengan mencukur rambut di pekarangan kuil, gerai jualan dan pengedaran makanan percuma.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika sebelum ini insiden apabila atlet silat wanita negara, Siti Shazwana Ajak menutup rambut lawannya Selly Andiriani, atlet Indonesia yang tertanggal hijabnya sewaktu perlawanan telah mencuri perhatian ramai.
Baru-baru ini, pesilat wanita negara, Merrywati Manuil pula menjadi perhatian kerana dilihat memakai tudung ketika pertandingan tersebut walaupun dia bukan beragama Islam.
Sedar ramai yang tertanya-tanya mengenai perkara tersebut, Merrywati tampil menjelaskan tindakannya memakai tudung menerusi perkongsian di Facebook semalam.
Menurutnya, dia memakai tudung kerana menghormati dan mengagumi silat walaupun tidak diwajibkan untuk memakai tudung.
Dia juga turut menjelaskan bahawa tiada mana-mana pihak yang memaksanya untuk berbuat sedemikian.
“Tudung bukan sahaja wajib untuk menutup aurat bagi wanita Melayu tetapi bagi saya untuk nampak lebih sopan, kemas dan beradab semasa pertandingan.
“Semestinya tiada paksaan dari mana-mana pihak, saya belajar ilmu orang Melayu, sudah tentu saya mengikuti dan melakukan apa yang saya pelajari,” ujarnya.
Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022 telah berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dan menyaksikan wakil negara beraksi dengan sangat cemerlang. Kejuaraan silat itu berlangsung selama enam hari dan disertai lebih 500 peserta dari 40 negara termasuk Indonesia, Thailand, Filipina, Kanada, Vietnam dan Malaysia.
Merrywati Manuil turut meraih pingat emas dalam Kategori Solo Kreatif Wanita selepas menumpaskan pesilat dari Indonesia, Puspa Arumsari.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagai melukut di tepi gantang di negara sendiri itulah perumpamaan yang boleh digunakan untuk nasib oelarian Syria ini.
Dalam keadaan dunia yang diselubungi dengan kehadiran virus Koronavirus, pernahkah anda terlintas difikiran tentang keadaan di Kem Pelarian Syria?
Tapi baru-baru ini kisah seorang ayah yang merupakan pelarian Syria nekad menjual buah pingangnya semata-mata bagi membeli sebuah khemah untuk lapan orang anaknya berteduh memang menyayat hati.
Kisah beliau yang diceritakan wartawan foto, Aref Wedd di laman Facebook miliknya menunjukkan lelaki berkenaan, Jamal Baroud memegang plakad menawarkan pembelian organnya.
Jamal sebelum ini bekerja sebagai tukang jahit ditahan atas alasan kegiatan revolusinya dan diseksa sehingga patah leher yang menyebabkan beliau tidak dapat bekerja.
Selepas berpindah, Jamal memberitahu keluarganya tidak mempunyai tempat tinggal. Walaupun sudah merayu kepada setiap organisasi bantuan kemanusiaan adalah gagal.
Lapan orang anaknya yang sudah dua tahun tidak bersekolah masing-masing turut mempunyai masalah kesihatan antaranya masalah buah pinggang, tumbesaran, sawan dan sebagainya.
Hantaran Aref kemudiannya menjadi tular dan Jamal ditawarkan pelbagai bantuan oleh orang ramai. Enggan menerima bantuan kewangan, Jamal hanya mahukan rawatan untuk anak-anaknya.
Pernah terfikir untuk membunuh diri supaya anak-anaknya mampu berehat, Jamal akui tidak sanggup melihat anak-anaknya mati akibat kelaparan dan kesejukan.
Memasuki tahun kesembilan, kegagalan mencapai kata diplomasi menyebabkan berlakunya perang saudara antara Turki dan Rusia sehingga menyebabkan kawasan barat laut Syria, Idlib dihujani bom.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Mari la kita doakan agar nasib pelarian Syria ini terbela.