Miss International 2019, Sireethorn Leearamwat menjadi salah seorang wanita yang memberi inspirasi selepas kemenangannya dalam pertandingan ratu cantik tiga tahun lalu.
Tapi mungkin masyarakat menyangka apabila dinobatkan sebagai Miss International semua akan memberikan pujian dan kata-kata yang murni. Tapi tidak sebenarnya!
Sireethorn Leearamwat mendedahkan, selepas memenangi gelaran Miss Thailand, ramai mempertikaikan kemenangannya. Orang ramai berkata wanita berusia 28 tahun itu tidak memenuhi piawaian kecantikan untuk bersaing dengan peserta lain dari pelbagai pelusuk dunia dan antarabangsa.
“Saya banyak dikritik mengenai penampilan saya, rata-rata mempertikaikan apabila saya dipilih sebagai Miss Thailand. ‘Anda tidak cantik’. ‘Anda tidak boleh pergi ke pertandingan ratu cantik antarabangsa’. ‘Anda akan kalah di atas pentas’. Ia amat menyedihkan bagi saya,” kata wanita yang biasa dipanggil Bint Sireethorn itu ketika ditemu bual Wolipop di kawasan Tendean, Jakarta Selatan.
Ads
Foto Via AnglopediaMiss International 2019 Sireethorn Leearamwat.
Namun cacian demi cacian tidak menghalang tekadnya untuk terus maju. Bint tidak mengendahkan semua kritikan pedas yang datang kepadanya dan meyakinkan dirinya bahawa dia boleh mencapai puncak.
“Pada waktu pagi saya bercakap dengan diri sendiri di cermin, ‘anda cantik’, ‘anda berharga’. Jangan biarkan orang lain menilai kecantikan anda,” kata wanita yang bekerja sebagai ahli farmasi itu.
Ads
Kata beliau lagi, “Kita mempunyai kecantikan dari dalam, bukan hanya dari penampilan. Seperti bagaimana kita boleh berempati. Bukan dengan membandingkan diri sendiri dengan orang lain. Tetapi membandingkan diri sendiri dengan diri sendiri, adakah sikap anda lebih baik daripada semalam. Apabila anda berasa yakin, saya rasa itu sudah cukup .”
Mengenai perihal buli yang sering diterima dan dilaluinya ketika pertama kali menyandang gelaran Miss Thailand, Sireethorn Leearamwat memilih untuk tidak mengendahkannya. Dia memutuskan untuk memberi lebih tumpuan kepada perkara positif dengan menguruskan perkara yang ingin dilihatnya di media sosial dan internet.
Bagus semangat dan keyakinan yang dimiliki oleh Bint ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khabib Nurmagomedov mengejutkan peminatnya baru-baru ini, apabila mengumumkan persaraannya selepas kemenangannya ke atas Justin Gaethje pada aksi UFC 254.
Keputusan bintang MMA memutuskan untuk meninggalkan arena UFC, ketika dia sedang berada di kemuncak kariernya, mendapat reaksi banyak pihak.
Selepas Khabib bersara, lima atlet Muslim MMA ini menjadi perhatian dan dijangka bakal menjadi penerus legasi kejuaraan Khabib.
1. Usman Nurmagomedov
Sumber: The Sun UK
Sepupu kepada Khabib ini mencuri perhatian apabila berjaya menewaskan Jerry Kvarnstrom dalam tempoh masa 40 saat. Sudah pun melakar 11 kemenangan sempurna (11-0), Usman, 23 tahun turut menerima tunjuk ajar daripada Abdulmanap dan Khabib.
2. Umar Nurmagomedov
Sumber: Essentially Sports
Umar, 25 tahun juga merupakan sepupu Khabib telah mencatatkan kemenangan sempurna (12-0). Dalam tempoh masa dua tahun sahaja, Umar berjaya membina nama yang besar dalam dunia MMA.
3. Islam Makhachev
Sumber: Forbes
Berusia 29 tahun, Islam Makhachev yang merupakan rakan Khabib berjaya menang 18 daripada 19 perlawanannya (18-1), yang mana satu kekalahan adalah ketika beraksi dengan Adriano Martins pada 3 Oktober 2015. Khabib pernah menyatakan hasrat untuk Islam menjadi penerus legasi kejuaraan beliau selepas beliau bersara dari dunia UFC.
4. Zabit Magomedsharipov
Berusia 29 tahun, Zabit memegang rekod 18-1. Di awal kariernya, Zabit bertarung dan berjaya mengumpul rekod profesional 6-1 sebelum menandatangani kontrak dengan ACB.
5. Khamzat Chimaev
Khamzat, 26 tahun merupakan nama yang sering dibandingkan dengan Khabib mendapat perhatian dengan catatan rekod 9-0, terutamanya selepas mencatatkan aksi hebat di Abu Dhabi pada Julai lalu.
Ini menunjukkan tanggapan individu yang beragama Islam sukar menempa kejayaan di luar negara, terutamanya di negara yang didominasi oleh masyarakat bukan Islam adalah salah kerana ramai je individu Muslim yang berjaya di peringkat dunia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak kebelakangan ini, suhu sejuk yang dialami negara pada ketika ini disifatkan sebagai suatu keadaan biasa dan bukan luar biasa.
Jangan pelik kalau mana-mana tempat di Malaysia dihujani salji pula selepas ini.
Seramai 154 pendaki berserta malim gunung menjadi antara yang bertuah apabila dapat menyaksikan fenomena salji turun di Gunung Kinabalu, pagi semalam. Mereka yang berada di sekitar Sayat-Sayat check point sedang dalam pendakian ke puncak terpegun melihat kejadian yang jarang sekali berlaku itu secara langsung.
Keterujaan itu mendorong mereka untuk merakam kejadian itu sebelum memuat naik ke media sosial, yang kemudiannya tular di media sosial.
Snow fell over Mount Kinabalu this morning for the first time in nearly 30 years.
The incident reportedly happened at around 7.18am and lasted for about three minutes.
Snow was only reported on the mountain twice recently – in 1975 and 1993.
Menurut Pengurus Taman Kinabalu, Justinus Guntabid, fenomena berkenaan pernah direkodkan berlaku di Gunung Kinabalu pada tahun 1975 dan kali terakhir pada 1993.
Pengurus Taman Kinabalu, Justinus Guntabid. Sumber: Utusan Malaysia.
Kata beliau, beberapa tahun kebelakangan ini ada dikatakan fenomena salji namun, itu sebenarnya hanya proses pembekuan.
“Namun pagi ini memang salji yang turun. Ia berlaku kira-kira 2 minit sahaja. Salji boleh dilihat dari Sayat-Sayat sehingga puncak Kinabalu di Kilometer 8.72.
“Suhu yang direkodkan di Panalaban antara pukul 2 hingga 10 pagi tadi lebih kurang 6.9 hingga 12 darjah celcius, lebih sejuk daripada biasa dan saya percaya di puncak suhunya jauh lebih sejuk berbanding di Panalaban,” katanya.
Fenomena itu sempat dirakamkan oleh pelatih laluan Via Ferrata, Hajiri Sulumin, ketika sedang menunggu pendaki turun dari puncak Gunung Kinabalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kecoh baru-baru ini di media sosial apabila seorang lelaki kurang siuman dikatakan menyerang Imam tetamu ketika solat subuh awal pagi Ahad lepas di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1. Lelaki tersebut dikatakan telah diberkas oleh pihak polis bagi tujuan siasatan lanjut.
Tangkap layar insiden serangan lelaki tidak siuman tersebut yang tular di aplikasi WhatsApp.
Kejadian tersebut dikatakan berlaku kira-kira jam 6.18 pagi, apabila suspek yang berpakaian baju Melayu ungu dan seluar hitam menyerang mangsa dari belakang secara tiba-tiba.
Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu mengesahkan kejadian itu dengan menyatakan ia berlaku di surau lelaki masjid berkenaan.
Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan.
Beliau berkata imam itu adalah pelajar Maahad Tahfiz Thurath, Ilhan Muhammad Irham yang dijemput bagi mengimamkan solat subuh sempena Program Khatam Subuh 2.0 Masjid Negeri Sultan Ahmad 1.
“Menurut kronologi kejadian, terdengar suara lelaki menjerit dari arah pintu roller shutter masjid di laluan hadapan bank CIMB ketika rakaat kedua solat Subuh dengan anggaran 80 jemaah.
“Lebih kurang seminit selepas itu, ketika imam masih membaca surah dalam solat, datang seorang lelaki berpakaian baju melayu yang menolak jemaah di belakang dan terus menuju ke arah imam.
“Dia dengan segera memukul imam dengan selipar yang berada di tangannya. Mujur, Imam tersebut sempat mengelak serangan tersebut yang kemudiannya menyebabkan sesi solat Subuh tersebut tergendala,” katanya dalam satu kenyataan pada pihak media.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Oh Bulan, Wikipedia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!