
Kiosk Sentuhan MADANI yang pertama di Malaysia beroperasi hari ini di pusah beli-belah Alamanda, Putrajaya.
Bermula sebagai satu inisiatif di bawah Belanjawan 2025 yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, pengenalan kiosk ini adalah untuk memudahkan akses rakyat kepada perkhidmatan kerajaan.

Terdapat 90 perkhidmatan kerajaan yang telah dikenal pasti untuk Kiosk Sentuhan Madani menerusi enam kiosk agensi dan syarikat berlainan; semuanya di satu tempat yang sama..
Ini termasuklah kiosk Jabatan Pengangkutan Jalan, Pos Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Tenaga Nasional Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan MyDigital ID.


Selepas Alamanda Putrajaya, Kiosk Sentuhan MADANI juga akan ditempatkan di 38 kawasan tumpuan terutamanya pusat beli-belah agar sebarang urusan rakyat dengan agensi kerajaan boleh dilakukan di luar waktu pejabat.
TANGKAP LAYAR: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sering Hulur Bantuan, Ini 7 Perniagaan Ustaz Ebit Lew Yang Mungkin Orang Tak Tahu

Tindakan pantas Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan sering mendapat perhatian dan pujian masyarakat. Mana tidaknya, jika hari ini viral kisah tentang kesusahan yang menimpa seseorang individu itu, keesokkan harinya pasti Ustaz Ebit hadir menyalurkan sumbangan. Tidak kira di ceruk mana sekali pun golongan susah itu berada, Ustaz Ebit tetap akan datang menjenguk.
Terbaru, Ustaz Ebit telah memberikan bantuan kepada pasangan adik-beradik yang kehilangan rumah mereka akibat kebakaran. Ustaz terus menziarahi mereka dan membayar kontraktor untuk mendirikan kediaman baru bagi pasangan adik-beradik itu.

Ustaz Ebit juga turut menaja sebanyak RM40,000 kepada seorang pelajar cemerlang yang tidak mampu menyambung pelajarannya ke peringkat Association of chartered certified accountants ( ACCA).

Jika mahu menyebut segala bantuan yang telah diberikan oleh Ustaz Ebit, memang terlalu banyak untuk disenaraikan. Mungkin ada yang tertanya-tanya banyak betul duit ustaz sehingga mampu memberikan bantuan kepada orang ramai.
Ha, bagi korang yang tidak tahu, berikut kami senaraikan antara perniagaan yang diusahakan oleh Ustaz Ebit menurut Majalah Labur.
1. Motivator dan seminar
Ustaz pernah bekerja bersama dengan Dato Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah dan Profesor Hamim sebagai motivator dan juga trainer. Antara yang dikendalikannya adalah program koprat teambuilding selama 4 tahun.
Selepas itu, barulah ustaz memulakan program motivasinya sendiri di bawah syarikat Transform Education & Training Sdn Bhd dengan produk yang terkenal iaitu seminar motivasi kekeluargaan Keluarga Sunnah.
2. Kafe Paramount Coffee House

Ustaz Ebit mempunyai tiga cawangan kafe Paramount Coffee House yang merupakan perniagaan keluarga. Perniagaan ini sudah bermula sejak tahun 2015 atas nama Azmy bin Ibrahim Lew.
3. Butik pakaian busana Muslim

Hari pertama ustaz membuka butiknya, jualan jubah habis semuanya. Butik ini terletak di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor dan diberi nama Elew’s Design.
4. Penulis buku

Pernah menulis 9 buah buku dan kesemua bukunya itu masih laris walaupun sudah 8 tahun di pasaran. Antara buku yang dihasilkannya adalah Isteriku Bidadari, Tangisan Umat, Menulusuri Cinta, Perjalanan Hidayah Umat dan 11 Amalan Memiliki Kekayaan.
5. Rancangan Talk Show
Pernah mempunyai dua program televisyen, iaitu Door to Door Ebit Lew di Astro Oasis dan A bit With Ebit ditayangkan di TV Al Hijrah. TV program ini ditayangkan semalam dua musim dan ustaz mendapat bayaran syarikat media untuk pengiklanan.
6. Pendakwah media sosial
Facebook dan YouTube antara yang banyak memberi bayaran kepada Ustaz Ebit melalui video yang telah dimuat naik di media sosialnya. Khabarnya, melalui saluran YouTube sahaja pendapatan ustaz boleh mencecah sehingga ribuan ringgit sebulan.
7. Pasar raya ElewSmart

Pasar raya ElewSmart menawarkan harga barangan yang murah dan menyediakan Food Bank bagi membantu golongan yang memerlukan. Sehingga kini, terdapat 21 cawangan ElewSmart termasuklah Kajang, Cyberjaya, Shah Alam, Cheras, Prima Gombak dan banyak lagi.
Maka dengan itu, tidak hairanlah jika Ustaz Ebit sering memberi bantuan kepada golongan susah. Kami percaya, sikap mulia yang ditunjukkan oleh pendakwah ini juga menjadi asbab rezeki beliau dimurahkan. Semoga kisah-kisah yang dipaparkan oleh Ustaz Ebit membuka mata individu lain untuk turut sama memberikan bantuan jika berkemampuan.
Sumber: Majalah Labur
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Meraikan Semangat Wanita Di Malaysia, Libresse Tampil Dengan Koleksi Kebaya Edisi Terhad

Sempena meraikan Hari Malaysia pada 16 September yang akan datang, Libresse telah melancarkan produk tuala wanita bercorak kebaya dan juga koleksi beg mini kebaya edisi terhad.
Berinspirasikan budaya peranakan dan Baba Nyonya di Malaysia yang menggabungkan kedua-dua budaya Melayu dan Cina ini, maka terhasillah corak Kebaya Nyonya. Untuk rekod, Kebaya Nyonya telah muncul pada era 1920-an, dan ianya telah kekal menjadi ikon pakaian tradisi yang disukai oleh ramai wanita di Malaysia.

Kebaya juga amat sinonim dan dekat di hati rakyat Malaysia, lantas disebabkan itulah Libresse telah memilih corak Kebaya ini untuk sekaligus meraikan perkembangan budaya wanita di Malaysia.
Apa yang menarik pada keluaran Libresse-V Kebaya ini?
Libresse-V Kebaya masih mengekalkan ciri-ciri dan kelebihan produk Libresse seperti yang lainnya untuk memastikan pengguna mendapat kualiti yang sama ketika menggunakan keluaran terbaru ini.

Rekaan Secure-Fit dengan bahagian lebih lebar, tirus di tengah dan berbelah di belakang supaya dapat memberi padanan sempurna pada kontur badan wanita.

Deep Flow Channels (DFC) untuk penyerapan pantas. Kedua-dua ciri daripada Libresse ini memberi padanan lebih sempurna dan penyerapan unggul untuk perlindungan terbaik serta keyakinan menyeluruh.

Pad edisi terhad ini berharga daripada RM6.60 hingga RM18.20 dan ianya boleh didapati di mana-mana kedai runcit berdekatan, serta farmasi dan juga pasar raya di seluruh negara. Buat tempoh terhad, kamu juga boleh memiliki beg-V Kebaya rekaan ekslusif bagi setiap pembelian pek Big Value Libresse V-Kebaya Tanpa Haruman ini, selagi stok masih ada.

cute ye rekaan beg mini kebaya ini..
Jangan lupa untuk ikuti Shopee Vinda pada 8 September (Rabu), pukul 3 petang atau Facebook Watsons Malaysia pada 15 September (Rabu) pada pukul 12 tengah hari untuk menyertai Sesi Siaran Langsung Libresse V-Kebaya bersama personaliti Malaysia Ili Ruzanna dan Amanda Andrea, yang akan berkongsi lebih lanjut mengenai Libresse® V-Kebaya Edisi Terhad serta tawaran dan hadiah eksklusif yang akan diberikan.

Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Public Health Malaysia Puji Cara Maya Karin Tangani Serangan Panik

Kalau korang tiba-tiba rasa dada jadi sesak, seram sejuk dan badan menggeletar, hati-hati guys kerana mungkin korang sedang berhadapan dengan masalah panic/anxiety attack.
ARTIKEL BERKAITAN : Rasa Takut & Berdebar Secara Tiba-Tiba, Doktor Ini Jelas Korang Mungkin Mengalami Panic Attack
Malah, nama pelakon, Maya Karin menjadi perhatian ramai selepas mengalami serangan panik di atas pentas Festival Filem Malaysia Ke-32 (FFM32) 2022 di Encore, Melaka, baru-baru ini.

Menjelaskan situasi itu, Maya mendedahkan pengalaman dilanda panic attack ketika menyampaikan trofi Pelakon Lelaki Terbaik bersama rakan pelakon, Faizal Hussein.
Melalui akaun rasmi Facebook Public Health Malaysia, memuat naik sebuah posting susulan tindakan yang dilakukan oleh Maya ketika berdepan detik cemas ketika diserang panic attack.
Laman tersebut telah memuji tindakan Maya yang dilihat berjaya tangani masalah tersebut dengan baik.
Maya Karin yang menjadi penyampai Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik tersebut dapat di lihat mengalami serangan panik apabila berada di atas pentas. Mujur, Maya ditemani oleh Faizal Hussein yang juga menjadi penyelamat keadaan yang membantu Maya melakukan teknik grounding bagi meredakan situasi.
Menggunakan teknik grounding
Menurut Public Health Malaysia, kasut yang dilepaskan merupakan salah satu cara untuk grounding selain mengambil nafas (deep breathing) kerana ini adalah cara yang berkesan untuk menenangkan kebimbangan semasa serangan panik.
Penjelasan di sebalik ini adalah, proses ini membolehkan anda mengenal pasti objek di sekeliling anda serta membantu otak anda mengenal pasti di mana anda berada.

Ini mewujudkan rasa selesa kerana anda tahu di mana keberadaan diri anda dan berasa lebih dalam kawalan keadaan.
Hanya mereka yang mengalami masalah ini sahaja yang benar-benar memahami situasi yang dialami kelmarin kerana, jika tidak ditangan dengan baik, serangan panik boleh menjadi lebih teruk dan kemungkinan boleh menyebabkan pesakit pitam.
“You did very well Maya! dan telah melakukan tugasan di pentas besar dengan baik.”
Mungkin ramai yang menganggap situasi ini adalah hal biasa saja, namun sebenarnya jika tidak mendapat rawatan yang sewajarnya, ia mungkin mengancam diri sendiri.
BACA : K-Drama ‘It’s Okay Not To Be Okay’ Ajar Butterfly Hug Untuk Kesihatan Mental
Sumber : Facebook Public Health Malaysia
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!


