Betulkan penulis jika tersalah. Tetapi ada rakan korang, ahli keluarga korang ataupun korang sendiri yang menggemari bau tertentu.
Contohnya seperti bau lavendar, bau pinewood daripada gedung perabot IKEA, bau halaman muka surat buku baru atau dalam kes ini, bau minuman Starbucks panas.
Ads
Iya, aroma minuman kopi daripada stor tersebut memang mudah untuk menusuk ke hidung. Lalu membuatkan orang di sekeliling terliur ingin merasainya.
Kini, seluruh kereta boleh berbau minuman Starbucks pada setiap hari! Hanya sangkutkan saja pewangi kereta edisi terhad ini di dalam kereta.
Semalam, Starbucks Malaysia telah mengumumkan produk edisi terhad ini di akaun media sosial mereka. Ia hadir dalam dua jenis aroma berlainan iaitu teh hijau (matcha) dan coklat.
Ads
Bagi korang yang berminat, dapatkannya di cawangan Starbucks pandu lalu pada harga RM25.
Ads
Korang juga boleh membelinya pada harga RM15 jika membeli minuman bersaiz Venti.
Ya, semua orang merasa sedih apabila Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo terpaksa pulang awal selepas pasukan Argentina dan Portugal masing-masing tewas kepada lawan.
Namun, mata semua orang malam ini terarah kepada kelibat pemain remaja pasukan Perancis, Kylian Mbappe yang berjaya menjaringkan gol sensational keempat semasa menentang Croatia.
Jom lihat 5 fakta menarik tentang Kylian. Seriously, he is an upcoming star.
01
Kylian Mbappe dilahirkan di Bondi, Perancis. Ayahnya berasal dari Cameroon manakala ibu pula dari Algeria. Secara teknikal, Kylian boleh mewakili pasukan bola sepak Cameroon, Algeria ataupun Perancis secara sah.
Namun pada usia 17 tahun, dia melakukan debut sebagai pemain profesional pasukan Perancis.
02
Kylian menjadikan Cristiano Ronaldo sebagai idola dan pemain bola sepak kegemarannya selama ini. Lihat sajalah pada dinding bilik tidurnya yang penuh dengan foto dan poster CR7. Gambar ini diambil ketika Kylian berusia 13 tahun (2012).
03
Kylian adalah pemain bola sepak paling muda dalam sejarah yang pernah menjaringkan sekurang-kurangnya 2 gol di dalam satu perlawanan sejak Pele ketika Brazil menentang Sweden pada tahun 1958.
Dia juga kini adalah pemain remaja kedua untuk menjaringkan gol semasa perlawanan akhir selepas kali terakhir dilakukan oleh Pele untuk pasukan Brasil!
04
Semasa mengambil sepakan penalti ketika menentang Argentina, pasukan statistik merekodkan kelakuan larian Kylian iaitu 38 km/j.
Larian itu adalah lebih pantas berbanding larian purata pelari terpantas 100m dunia, Usain Bolt.
05
Dalam satu kenyataan kepada pihak media, Kylian telah dan akan mendermakan 100 peratus daripada bayaran perlawanan yang diterimanya daripada pasukan bola sepak Perancis kepada badan kebajikan.
Itu bermakna Kylian menderma EU 20,000 setiap perlawanan kepada mereka yang memerlukan.
Katanya, pemain bola sepak tidak perlu dibayar untuk mewakili negara sendiri.
Hebat!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Begitulah perumpamaan buat Danish Hakim yang kini sedang menyertai program realiti pencarian bakat lakonan, Fit For Action.
Anak kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi ini pernah mendapat tentangan ibunya, namun remaja berusia 19 tahun itu dapat meyakinkan ibunya selain menerima sokongan bapanya yang juga aktor Norman Hakim.
Ayah memang sokong keputusan saya, tapi mak saya pula sebaliknya. Pada awalnya, dia tak setuju untuk saya sertai program ini dan melangkah ke dalam industri seni.
“Antara apa yang dikongsikan adalah, mengenai sisi gelap industri ini. Tapi, Alhamdulillah, dia dah makin faham minat saya dalam bidang lakonan dan dia dah mula terima,” katanya.
Bercerita tentang dunia lakonan, dia sudah menetapkan prinsip untuk menjaga batas dengan tidak bersentuhan dengan pelakon wanita.
Malah, Abby Abadi melalui laman instagramnya sempat menitipkan nasihat buat anak terunanya.
Apapun dimana jugak permulaan abang,jangan lupa pesan mama @mamayebbyyabadi ;Utamakan yang utama.Walaupun papa 24/7 dgn abg dalam mcm2 aktiviti,tapi papa tak pegang syurga abg.Syurga abg ada pada mama.
Walaupun abg paling muda kat situ & fizikal abg dah cecah usia 19,tapi mata abg pada pandangan mata papa tetap mata baby papa yg papa azan & iqamah 19 tahun lepas.Walau cecah usia 20 tahun dan seterusnya,papa tetap akan azan & iqamah kat telinga abg setiap kali birthday abang selagi papa hidup.
I live my life for u son.U will always have my back.Abg dah besar & dah bijak to lead yr own self in making a life decision.Walau apa bidang & nawaitu perjuangan abg,SOLAT jangan ditinggal,ZAKAT jangan diabai & AL-QURAN jangan dilupa.Sebatikan dalam ‘life style’.Itu fundamental kita sebagai umat Islam & bangsa Melayu.
Jangan cepat ‘koyak’.Sekali jatuh,bangkit 100 kali.Kita lelaki kena kuat dan kental.Kalau rasa down,bagi 30 saat je utk feel moment tu,lepas tu terus tarik nafas dan terjah lawan balik semua.Ingat,kita yang kawal keadaan,bukan keadaan yang kawal kita dengan izinNya.
Dimana bumi kita pijak,disitu langit kita junjung.Setinggi mana kita terbang,jangan sesekali lupa tanah asal usul kita.Ikut resam padi,makin tunduk bila makin padat isi.Kejar akhirat,in shaa Allah dunia akan kejar kita balik.
Goodluck Abang @danishhakimofficial .Kalah menang belakang kira.Yang penting keberanian untuk mencuba.Barakallah❤️
Suara Macam Papa Nya
Menyengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan semangat dan mendoakan segara urusan Danish dipermudahkan.
Program terbitan TV3 itu akan memaparkan 12 orang peserta menempuh cabaran fizikal dan lakonan yang akan menemui penonton pada 3 September depan, jam 10 malam.
Jika korang masih ingat, Abby Abadi pernah popular dengan watak ikonik Inspektor Aleeza dalam drama kepolisan Gerak Khas suatu ketika dahulu. Malah, Norman Hakim yang juga bekas peserta Hero Remaja 1993/94 dan terkenal dengan watak sebagai Inspektor Harris dalam Gerak Khas sejak 2003.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hari ini merupakan tarikh yang pasti membuatkan semua calon SPM 2023 berdebar menantikan keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).
Tahun ini seramai 11,713 calon dilaporkan memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran. Pencapaian ini juga adalah lebih baik iaitu dengan Gred Purata Nasional (GPN) 4.60 berbanding 4.74 pada tahun sebelumnya.
Dalam pada masa yang sama, pelakon dan model popular, Meerqeen juga turut berkongsi kejayaan adiknya Muhammad Shafeeq Shauqeen atau @feeqqeenmemperoleh keputusan 9A dalam SPM baru-baru ini.
Kejayaan tersebut dimuat naik melalui Instagram story, Meerqeen meluahkan rasa kagum dan mengucapkan tahniah di atas kecemerlangan adiknya Shafeeq yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru.
Kredit: Instagram Meerqeen
“9A… Mantap ar… Congratulations…” – Meerqeen
Adik kepada pelakon itu mengambil 10 mata pelajaran dan mencapai skor A untuk subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Lukisan Kejuruteraan, Pengajian Kejuruteraan Awam, Fizik dan skor B+ untuk subjek Kimia.
Apa pun kami di Remaja mengucapkan tahniah atas kejayaan Shafeeq. Semoga meraih kejayaan di masa akan datang juga!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!