Jika korang menaip ‘Marilyn Monroe at Democratic Convention’ di ruangan Google, pastinya korang boleh melihat beberapa video yang menunjukkan pelakon ikonik itu menyanyikan lagu ucapan hari jadi buat Presiden Amerika Syarikat pada tahun 1962, John. F Kennedy.
Pada waktu itu, bukan hanya imej Marilyn yang merupakan simbol glamor popular yang menarik perhatian. Apa yang diperkatakan sehingga saat ini adalah gaun rekaan Jean Louis yang dipakainya pada malam tersebut.
Gaun yang dijahit dengan 6000 butiran kristal ini masih dianggap sebagai antara gaun paling penting dalam simpanan koleksi sejarah fesyen moden dan pernah dipertontonkan dalam pameran antarabangsa.
Marilyn Monroe di sini dapat dilihat berdiri di antara Robert Kennedy dan John F. Kennedy selepas acara ‘democratic convention’ di Madison Square Garden.
Malah, ia pernah dilelong untuk nilai USD5 juta oleh muzium Ripley’s Believe It or Not! di Florida dan kini dianggar bernilai USD10 juta.
It IS a big deal!
Muzium Ripley’s Believe It or Not! di Florida telah membeli gaun ini sewaktu acara lelong di Julien pada tahun 2016 untuk nilai $4.8 juta.
Oleh itu, apabila timbul ura-ura yang mengatakan sosialit dan usahawan terkenal, Kim Kardashian bakal menyarungkan gaun itu di acara fesyen Met Gala semalam, ramai beranggapan ia adalah sesuatu yang ‘gila’.
Bercakap dengan koresponden Vogue, La La Anthony di karpet merah, Kim menyifatkan ia adalah satu penghargaan untuknya memakai gaun Marilyn itu biarpun ia hadir dengan sedikit cabaran.
“Ini merupakan gaun Marilyn Monroe berusia 60 tahun.”
“Idea saya kali adalah untuk cuba memakainya. Semasa proses itu, gaun ini didatangkan dengan ahli sekuritinya sendiri dan sarung tangan (untuk tidak merosakkan gaun sewaktu ia disentuh). Saya mencubanya dan ia tidak muat.”
Kim Kardashian menghadiri acara Met Gala 2022 di The Metropolitan Museum of Art semalam di New York.Marilyn Monroe menyanyikan “Happy Birthday” kepada Presiden John F. Kennedy di Madison Square Garden, New York sempena hari jadinya yang ke-45.
“Saya meminta mereka untuk berikan saya tiga minggu (untuk turunkan berat badan). Jadi saya berjaya turunkan 16 paun (atau kira-kira 7.2 kilogram) untuk muat memakainya pada hari ini,” jelas Kim yang ditemani teman lelakinya, Pete Davidson.
Ads
Jujurnya, Kim tidak boleh berjalan dengan selesa semalam di karpet merah Met Gala 2022 disebabkan gaun ‘Marilyn’ yang ketat ini.
Tidak menyangka pasukan yang menjaga gaun Marilyn itu mempercayai hasratnya itu untuk menurunkan berat badan, Kim berkata demi fesyen dia sanggup melakukannya. Khabarnya, antara cara Kim melakukannya adalah dengan mengambil tomato sahaja untuk menu setiap hari, menjauhi menu karbohidrat dan memakai sut sauna sekerap dua kali sehari.
Disebabkan cara menurunkan berat badan secara drastik ini, Kim telah dikecam teruk di Twitter kerana ia dianggap tidak sihat. Komen Kim bahawa dia dan Pete merancang untuk meraikan malam tadi dengan makanan seperti donut dan piza juga tidak begitu disenangi ramai kerana ia memberikan mesej tidak bagus kepada pengikutnya yang sering menjadikan tubuhnya sebagai ‘body goals’ mereka.
Anyway, sedikit info yang REMAJA ingin konsikan mengenai gaun Marilyn Monroe itu. Marilyn telah meminta Jean Louis untuk menyediakan gaun ini agar ia menjadi gaun paling bersejarah yang pernah dipakai olehnya dan hanya boleh dipakai olehnya disebabkan potongan bentuk badan Marilyn yang cukup cantik serta tidak masuk akal.
Disebabkan cara gaun ini dihasilkan tanpa lapisan lining pada bahagian dalam, Marilyn tidak boleh memakai pakaian dalam bersamanya. Oleh itu, Jean Louis memilih tona ‘nude’ agar ia sekata dengan warna kulit Marilyn manakala butiran kristalnya disusun untuk menutupi tubuh pelakon itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penjagaan organ intim bagi wanita bukan sesuatu perkara yang boleh dipandang remeh. Kawasan ini harus dijaga rapi kerana ia merupakan organ terpenting. Biasakan diri menjaganya dengan baik.
1. Pilih tuala wanita yang mempunyai daya serapan yang tinggi agar anda selesa ketika melakukan aktiviti lasak.
2. Elakkan daripada menggunakan sabun wangi untuk mencuci vagina anda. Sabun wangi hanya akan membunuh bakteria baik dalam vagina dan akan meninggalkan bakteria buruk yang akhirnya akan membawa bau yang kurang menyenangkan.
3. Pakai tuala wanita mengikut aliran dan tempoh haid dan jenis aktiviti yang akan dilakukan. Sebaiknya semasa hari aliran banyak ataupun ingin melakukan aktiviti luar, pakailah tuala wanita yang ‘bersayap’.
4. Yogurt dikenali dengan bakteria baik yang membantu usus melawan bakteria jahat. Makan yogurt lebih kerap boleh membantu menyingkirkan jangkitan yis pada vagina yang membawa kepada bau busuk.
5. Korang dinasihatkan kerap menukar tuala wanita terutama pada hari-hari yang banyak darah kerana darah akan mempercepatkan proses kuman membiak. Bagi yang menggunakan tampon pula, anda harus ingat untuk menukarnya.
6. Memakai pantyliner boleh membantu menyerap bau dan juga lendir keputihan.
7. Menggunakan tuala yang bersih dan kering, pastikan vagina bebas daripada lembap selepas mandi. Ini adalah untuk mengelakkan bakteria buruk daripada membiak di kawasan intim.
8. Terapi air adalah salah satu cara yang paling mudah dalam pembersihan badan. Ia mempunyai unsur-unsur semula jadi yang boleh mencuci keluar kekotoran, seterusnya membantu mengelakkan sebarang bau yang tidak menyenangkan
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai yang tidak selesa bila badan mulai panas. Ditambah batuk dan selsema yang hadir dalam pakej yang sama.
Bagi yang bekerja, kita akan bertemu doktor untuk dapatkan ubat selain surat sijil sakit. Masalah batuk, selesema dan demam ini adakalanya melarat ke dua tiga hari. Paling kasihan jika melibatkan kanak-kanak.
Ternyata perkongsian dari Public Health Malaysia mengenai khasiat GARAM yang mana ia merupakan penawar bagi demam, batuk dan selsema buatkan terfikir-fikir tentang khasiatnya.
Garam kasar selalu digunakan dalam masakan gulai. Apa kata lepas ini beralih kegunaan sebagai agen antibiotik. Boleh juga guna garam halus
Baca perkongsian ini.
Sekiranya anda mengalami demam selsema ( demam/ batuk/ sakit tekak/ selsema), air garam merupakan antara rawatan yang berkesan dan mudah.
Bagaimana ia bertindak?
Sel tubuh akan menggunakan klorida dari garam untuk menghasilkan hypoclorus acid , iaitu cecair peluntur yang berfungsi sebagai pemusnah virus.
Untuk masalah selsema, titiskan air garam di hidung. Selain membunuh virus, ia juga berfungsi sebagai agen mencairkan mukus pekat yang menyumbat saluran pernafasan.
Bagi gejala sakit tekak dan batuk, kumur air garam 3 kali sehari untuk melegakan gejala dan merawat jangkitan.
Hasil kajian ringkas penyelidik mendapati, dengan menggunakan kaedah ini,
– jangkitan dapat sembuh lebih pantas dalam tempoh kurang 2 hari.
– risiko menyebarkan kuman kepada orang lain di kurangkan
– dapat mengelakkan dari perlu mendapatkan rawatan di klinik dan menjimatkan kos
– dapat mengelakkan penyalahgunaan antibiotik
Secara purata, seorang individu akan mengidap demam selsema 3 kali setiap tahun. Selain menyebabkan rasa tidak selesa, komplikasi serius seperti pnemonia juga boleh berlaku.
Dapatkan pemeriksaan lanjut jika masih tidak sembuh atau keadaan semakin teruk.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, penyanyi terkenal dan juga anggota BTS, Jin telah diangkat sebagai Duta Global untuk jenama terkenal Gucci.
Pengarah Kreatif Gucci, Sabato De Sarno berkata, “Gucci adalah salah satu jenama ikonik penuh warisan lengkap dengan kemodenan yang sudah lama ada. Ini sangat bermakna dan mendebarkan apabila menjadi sebahagian daripada ‘rumah’ seperti itu”.
Dalam pada itu, Sabato turut meluahkan rasa senang dan gembira apabila penyanyi Korea berkenaan menjadi sebahagian daripada jenama Gucci.
“Saya sangat gembira menyambut Jin sebagai Duta Jenama Global. Sikapnya yang sangat hangat dan baik hati betul-betul menarik hati. Juga gayanya sangat unik”
“Dia juga adalah seorang artis yang murah hati dan luar biasa yang boleh mempengaruhi orang melalui karya muziknya,” tambah Sabato lagi.
Difahamkan, sebagai Duta Global jenama Gucci, Jin BTS akan mewakili ‘House’ dalam pelbagai acara jenama berkenaan untuk menunjukkan semangat inovatif bagi pihak mereka. Selain itu, penggemar antara jenama dan artis tersebut juga boleh menantikan kerjasama antara Jin dan Gucci pada masa akan datang.
Sekadar info, Jin BTS akan mengeluarkan album solo pertama pada suku tahun keempat tahun ini iaitu antara Oktober hingga Disember 2024.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!