Tidak sah sekiranya pempengaruh dan usahawan sensasi, Kim Kardashian tidak mendatangkan elemen sensasi setiap kali menghadiri acara tahunan, Met Gala di kota New York.
Sebagaimana tahun-tahun sudah, Kim, 43 membuat kemunculan di tangga keramat Muzium Met pada awal pagi tadi waktu tempatan sempena acara Met Gala bagi edisi 2024.
Bertemakan kod pemakaian ‘The Garden of Time’, Kim menggayakan rekaan khas Maison Margiela oleh John Galliano serba metalik dengan perincian dedaun, bungaan, mutiara, kristal dan elemen kaca yang diwarnakan perak. Gaya itu dilengkapkan dengan kardigan cashmere yang mendakapi bahagian lengan serta bahunya.
Biarpun pemilihan kardigan Kim itu sedikit sebanyak menjadi titik perdebatan dalam kalangan netizen sejak pagi tadi, apa yang membuatkan netizen berang dengan Kim (seperti kebiasaan) di Met Gala tahun ini adalah disebabkan saiz pinggangnya yang tidak seiring dengan ketinggian serta bentuk badan asalnya.
Pada bahagian bodice gaun tersebut, Kim mengenakan korset metalik ketat yang diperbuat daripada fabrik brocade vintaj yang cukup menepati tema acara.
Ads
Imej pinggang Kim yang tidak masuk akal ini justeru meraih pelbagai komen negatif di media sosial yang risau sekiranya pengikutnya turut ingin mengekori jejak langkah Kim yang mengamalkan diet ekstrem atau lebih teruk, menjalani pembedahan kosmetik semata-mata demi fesyen.
“Anda boleh tahu dia sedang mengalami kesukaran untuk bernafas. Saya tidak cemburukannya. Saya kasihaninya.” – @mycolombiandaydream
“Kali ini, tidakkah di sedang berdepan simptom body dismorphia?? Ingat lagi zaman dahulu di mana wanita dipaksa memakai korset yang terlalu ketat dan secara kerap untuk mencipta tubuh badan sempurna? Kim bukan bergerak ke hadapan, dia mengambil bermacam-macam langkah ke belakang.” – @lmc1077
“Anak perempun kecil sepatutnya ingin kelihatan seperti ini satu hari nanti? Amat tidak sihat.”- @missjgfit24
Ads
“Saya benar-benar merasa sedih untuknya. Kehidupan Kim penuh dengan realiti kepalsuan dan dia harus mengekal imejnya itu setiap kali keluar dari rumah. Saya berharap dia akan mengecapi ketenangan dalam dirinya satu hari nanti.” – @sfclou
Ini bukanlah kali pertama Kim menerima kritikan disebabkan imej pinggangnya itu. Pada tahun 2022, ibu kepada empat cahaya mata itu pernah menggayakan gaun asal milik primadona Hollywood, Marilyn Monroe ke acara Met Gala.
Bukan hanya pemilihan gaun ikonik itu yang mencetuskan kontroversi.
Pendedahan Kim dalam satu temubual bersama Vogue di mana dia berbangga kerana berjaya menurunkan 11.33kg dalam tempoh 2 minggu sebelum acara tersebut turut dikritik hebat kerana beliau mempromosikan diet tidak sihat sehingga mengakibatkan kesakitan pada tubuhnya yang disebut sebagai psoriasis flareup.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nak cantik tak semestinya perlu berhabis duit. Sebenarnya, bahan yang sedia ada dekat dapur tu pun kalau korang nak tahu, ada manfaatnya.
Lemon dan madu dikatakan boleh mencerah dan melembapkan kulit jika diamalkan seminggu sekali. Untuk korang yang mempunyai masalah kulit kusam, jeragat dan berparut, boleh la cuba buat diy mask ni.
Selamat mencuba!
Gunakan sebiji lemon dan satu sudu madu
Letakkan madu dalam mangkuk
Perahkan lemon tersebut
Kemudian, tambahkan air masak sebanyak tiga sudu. Kacau hingga sebati campuran lemon dan madu tadi
Tapiskan bancuhan tersebut sebab kita hanya memerlukan airnya sahaja
Sejukkan sekejap dalam tiga hingga empat minit
Sheet mask ni korang boleh beli di kedai. Cari compressed sheet mask dan kalau nak buat sendiri pun boleh
Untuk lebih mudah, korang boleh refer je dekat video yang dikongsi oleh Herry Rozular ni ok?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tiga perkara yang penulis jujurnya rindu sepanjang perlu berada di rumah ketika perintah total lockdown dilaksanakan sekarang adalah bertemu rakan-rakan, shopping di stor fizikal dan tentunya, menikmati konsert secara langsung.
Sedar atau tidak, sudah hampir 2 tahun peminat tegar muzik di Malaysia kempunan untuk menonton persembahan nyanyian secara langsung disebabkan oleh situasi pandemik yang melanda.
Justeru, apabila penulis mendapat tahu bahawa jenama fesyen terkenal, Coach bakal melangsungkan sebuah konsert secara virtual bersama Def Jam SEA, tentulah kami semua di REMAJA teruja untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya!
Konsert virtual The Coach x Def Jam SEA ini adalah merupakan yang pertama seakannya dianjurkan oleh Coach di rantau Asia Tenggara. Ia bakal dipancarkan pada waktu yang sama secara langsung dari empat buat negara yang terlibat iaitu Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia.
Dengar cerita, bakal penontonnya akan disajikan dengan senarai trek yang menggabungkan irama moden namun nostalgik dengan sedikit perisa muzik 80-an daripada kalangan penghibur empat buah negara berkenaan.
Ia melibatkan seramai 13 orang penghibur generasi baharu termasuklah rapper Malaysia, Joe Flizzow; artis hip-hop Singapura, Yung Raja; rapper Amerika-Thai, DABOYWAYdan rapper dan penyanyi Indonesia, Rayi Putra.
Konsert virtual Coach x Def Jam SEA ini turut menyenaraikan penghibur mantap lain seperti SonaOne, Yonnyboiidan SYA dari Malaysia, Fariz Jabbadan Alyphdari Singapura, Tarvethzdan Pradaadari Thailand serta Ben Utomo dan A.Nayaka dari Indonesia.
Seperti yang boleh disangkakan, 13 orang penghibur terpilih ini akan menyarungkan persalinan khas koleksi Pre Fall 2021 daripada Coach yang digambarkan sebagai campuran heritage Coach dengan gaya sukan di Amerika Syarikat. Seperti tema muzik yang bakal diperdengarkan, pakaian mereka juga menggabungkan elemen klasik, vintaj dan sporty.
So guys, macam mana hendak menyaksikan konsert virtual The Coach x Def Jam SEA ini?
Bermula dari sekarang hingga 17 Jun ini, korang boleh mendapatkan link dan password untuk konsert ini dengan pembelian apa-apa barangan daripada Coach. Korang boleh mendapatkannya secara atas talian saja dan ia akan dihantar menerusi servis Coach on Delivery yang disediakan.
Untuk mendapatkan bantuan semasa pembelian dan mendapatkan link tersebut, korang boleh menghubungi stor terdekat DI SINI.
The Coach x Def Jam SEA virtual concert akan dilangsungkan pada 24 Jun 2021 (Khamis) dari jam 9.00 malam waktu Malaysia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sudah lama rasanya tiada pertunjukan fesyen dilangsungkan di Malaysia sejak negara dihambat musim pandemik COVID-19 pada tahun lalu.
Malahan sempena persediaan Aidilfitri 2020, tiada pertunjukan fesyen yang dilakukan oleh mana-mana jenama lokal kerana kekangan wabak.
Justeru, apabila jenama Leeyana Rahman tampil sebagai jenama lokal pertama yang melangsungkan pertunjukan fesyen Raya pertama untuk tahun ini, tentulah semua mata terarah kepada koleksi yang dinamakan sebagai Leeyana Rahman Glorious Raya 2021 ini.
*
Dilangsungkan di ibu negara semalam, pertunjukan fesyen ini turut dipancarkan secara langsung ke seluruh Malaysia dan di negara jiran seperti Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand.
Mengambil tema rona persalinan ‘muted’ seperti pastel, neutral dan warna-warna semulajadi seperti beige serta sand, team Leeyana Rahman mengajak korang untuk meraikan Aidilfitri pada tahun ini dengan gaya tenang, sederhana namun masih manis untuk dipandang.
Antara kelainan yang dibawakan oleh mereka terletak pada potongan siluet berbeza bagi memenuhi keinginan pemakai jenama tersebut yang berlainan citarasa dan bentuk badan.
Ada potongan empire waist ala hanbok, ada juga draping pada bahagian dada yang memastikan figura tampil menarik.
Paling mencuri tumpuan adalah perincian bahu ‘terangkat’ sebagai statement pada bahagian top.
Koleksi ini juga seimbang dari segi potongan pakaian mendakap tubuh dan potongan yang longgar. Terpulang kepada korang sendiri untuk memilih gaya yang dirasakan selesa.
Ini merupakan 10 stail pilihan REMAJA daripada koleksi Leeyana Rahman Glorious Raya 2021.
*
So, yang mana satu paling korang gemari?
Sebelum korang klik ke laman web Leeyana Rahman untuk mendapatkan pakaian Raya untuk tahun ini, jom tonton dahulu sedikit bingkisan yang sempat REMAJA rakamkan semalam.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
AirAsia melakar satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara apabila mengumumkan polisi seragam baharu yang lebih inklusif, membenarkan kru kabin wanita memilih untuk...