Bagi membantu misi merawat pesakit COVID-19, Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia (PPPM) telah memanjangkan pesanan khidmat sukarelawan kepada Pembantu/Penolong Pegawai Perubatan serta anggota kesihatan yang lain, yang ingin membantu KKM dalam menangani wabak COVID-19.
Tumpuan khidmat sukarelawan ini adalah di Lembah Klang dan kemudiannya di negeri-negeri lain. Perkhidmatan korang diperlukan mulai 23 Mac 2020 sepanjang hari Isnin hingga Sabtu mengikut option waktu kerja seperti berikut:
Option 1: Kerja 6 hari seminggu (Isnin hingga Sabtu & pulang pada hari Ahad)
Option 2: Kerja syif selama 2 minggu (Isnin hingga Isnin minggu berikutnya & balik pada hari Selasa)
Ads
Namun begitu diingatkan, tiada sebarang bayaran atau upah dan imbuhan pendahuluan diri (perjalanan, makan dan minum). Segala perbelanjaan adalah ditanggung sendiri oleh anggota sukarelawan, namun tempat tinggal disediakan di National Health Institute (NIH), Setia Alam bagi sukarelawan yang memerlukan.
Syarat-syarat menyertai khidmat sukarelawan ini adalah seperti berikut:
Ads
1. Berdaftar dengan badan profesional yang mengawal selia amalan pemohon;
2. Sihat tubuh badan & tidak mempunyai masalah kesihatan yang tidak terkawal.
3. Sanggup bertugas di mana-mana lokasi seperti yang diarahkan.
Sekiranya korang mempunyai rakan-rakan atau keluarga yang bekerja dalam sektor perubatan untuk menjadi sukarelawan ini, bolehlah lengkapkan Google form yang telah disediakan oleh Bahagian Kawalan Penyakit KKM di https://docs.google.com/…/1FAIpQLSdnO5pPnHNCFlQ9Q…/viewform… dan hadir ke taklimat di NIH, Setia Alam pada masa yang ditetapkan mengikut surat panggilan sebelum mula bertugas.
Individu yang sedang berkhidmat sama ada di sektor awam mahupun swasta, kebenaran Ketua Jabatan atau majikan hendaklah diperolehi terlebih dahulu. Keizinan Ketua Jabatan adalah perlu bagi mendapatkan pelepasan & melancarkan urusan perkhidmatan sukarelawan.
Sebagai rakyat Malaysia, dah jadi tanggungjawab bersama untuk kita membantu mengurangkan beban individu lain. Mana yang boleh membantu, jom sama-sama menyalurkan tenaga dalam misi sukarelawan ini.
Semoga segala urusan yang dibuat oleh PPPM dan KKM dipermudahkan dan sama-sama kita mengatasi gejala wabak COVID-19 dari terus menular.
Masih ramai lagi rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara, terutamanya pelajar dan di Indonesia, seramai 29 daripada 164 penuntut Malaysia di Jawa Timur didapati positif dalam pemeriksaan rapid test COVID-19 dan tidak dibenarkan pulang menaiki pesawat ke tanah air.
Menurut Bernama, semua pelajar Pondok Pesantren Al-Fatah Temboro Magetan, Jawa Timur perlu melakukan pemeriksaan kesihatan sebelum menaiki pesawat Malaysia Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya pada 27 April lalu.
29 pelajar yang didapati positif COVID-19 kini sedang menjalani rawatan lanjut dan perlu menjalani kuarantin selama 14 hari.
Gambar hiasan
Pada sidang media 19 April lepas, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Dr Noor Hisham Abdullah berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan kluster COVID-19 baharu di pintu masuk antarabangsa di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada 16 April 2020.
Kluster berkenaan melibatkan pelajar Malaysia yang pulang dari Indonesia seramai 43 pelajar dari Temboro, satu daripada tempat yang diisytiharkan sebagai zon merah di daerah Magetan, Indonesia.
Apa-apa pun kita doakan agar kesemua pelajar Malaysia disana dilindungi dan cepat sembuh. Apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan Malaysia dan Indonesia ini adalah satu usaha bagi mengelakkan penularan terus berlaku.
Semoga keluarga pelajar tersebut tabah menghadapi dugaan ini.
Ekoran daripada berita yang tular mengatakan pusat membeli-belah 1 Utama mencatatkan 63 kes positif COVID-19, pihak pengurusan kompleks beli-belah tersebut telah pun mengeluarkan kenyataan penafian terhadap berita tersebut.
Menurut pihak pengurusan mereka, terdapat kenyataan yang menggelirukan dikeluarkan dengan memberi kesimpulan bahawa semua kes dinyatakan dalam laporan adalah datang dari 1 Utama.
Hasil ujian swab yang dilakukan ke atas 6,000 kakitangan kompleks beli-belah dan penyewa pada 11 dan Oktober lalu mendapati hanya 21 kes positif COVID-19 dilaporkan.
Sebanyak 44 kes yang dinyatakan dalam laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Petaling adalah bukan dari kompleks beli-belah 1 Utama, sebaliknya mereka sebenarnya adalah pengawal keselamatan kontrak dari luar pihak penyedia perkhidmatan dimana jangkitan COVID-19 itu adalah melalui asrama dan bukannya di dalam premis 1 Utama.
Kredit foto: Facebook 1 Utama
Apabila dimaklumkan KKM mengenai seorang pengawal keselamatan positif COVID-19, pihak 1 Utama telah mengarahkan kesemua pengawal keselamatan untuk mengulangi ujian COVID-19 dan hanya membenarkan mereka bekerja semula apabila betul-betul bebas daripada virus itu.
Apa-apa pun, stay at home guys! Kita masih belum menang menangani wabak pandemik ini. Sentiasa patuh SOP jika berada di kawasan umum dan jangan lupa memakai pelitup muka.
Seperti yang diramalkan oleh banyak pihak, Mira Filzah nyata mempunyai kelebihan pada malam ini setelah pelakon manis tersebut diangkat sebagai Bintang Paling Popular 2019.
Berlangsung di Putrajaya Convention Centre, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 telah mengiktiraf Mira sebagai penerima anugerah tertingginya dengan undian sebanyak 6,320,463.
Foto: BH Online
Sebelum menerima anugerah daripada penyanyi, Aisyah di kemuncak acara sebentar tadi, Mira terlebih dahulu dinobatkan sebagai pemenang anugerah Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa dan Pelakon Filem Wanita Popular.
“Syukur Alhamdulillah. Terima kasih atas rezeki ini kepada Allah SWT. Anugerah ini adalah untuk emak abah, Meeracle Legacy, Mira Biru. Terima kasih juga kepada pihak media yang tidak putus-putus menyokong kerjaya Mira sepanjang 4 ke 5 tahun ini.
Mira membuktikan popularitinya pada tahun ini setelah hamper kesemua projek drama lakonannya ‘menjadi’. Ia bermula sejak tayangan filem Rise: Ini Kalilah, Sangkar, drama Lelaki Kiriman Tuhan, Pujaan Hati Kanda, dan terbaru drama Sweet Dreams.
Selain hebat di hadapan kamera, Mira juga perlahan-lahan menjadi ikutan peminat fesyen berhijab di Malaysia setelah gaya tudung dan pemakaiannya mudah diterima terutamanya oleh remaja perempuan.