Dalam tempoh 24 jam ini pelbagai reaksi diterima oleh Naelofar Hijab dan Neelofa sendiri berkenaan isu acara pelancaran tudungnya yang berlangsung pada Isnin lalu. Remaja yang turut hadir pada majlis tersebut juga memaparkan kronologi apa yang sebenarnya yang berlaku dan diperkatakan oleh Neelofa sendiri ketika acara itu berlangsung.
Hari ini, Naelofar Hijab telah mengeluarkan kenyataan media berkenaan perkara tersebut. Mereka secara terbuka minta maaf terutamanya kepada penyokong kuat jenama mereka dan semua individu yang terkesan dengan insiden tersebut.
Antara poin penting yang dinyatakan pihak mereka ialah;
telah mengambil langkah berjaga-jaga memastikan tiada sebarang jenama atau botol minuman keras. Gelas dan perkakasan diasing dan dikeluarkan sepenuhnya dari venue
akses ke kelab juga ditutup dan merokok adalah dilarang sepanjang acara berlangsung
menggunakan katerer luar bagi hidangan makanan kepada tetamu
venue dipilih sesuai dengan kemudahan dan ruang yang ada efek neon, sistem bunyi & paparan LED
mengambil serius dan mendengar semua komen dan mamastikan pada masa akan datang ia tidak akan berulang
mohon diberi peluang memperbaiki diri dan memperbetulkan keadaan
Berikut merupakan kenyataan media daripada Naelofar Hijab
Ads
Kami memohon jutaan maaf, terutamanya kepada penyokong kuat jenama kami dan juga semua individu yang telah terjejas oleh insiden baru-baru ini. Majlis perlancaran yang sepatutnya menjadi acara yang istimewa untuk jenama kami, telah menjadi isu perdebatan dan menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak.
Sepanjang majlis pada malam itu , kami telah mengambil setiap langkah berjaga-jaga untuk memastikan apa-apa jenama dan botol-botol minuman keras, gelas serta perkakas diasingkan dan dikeluarkan sepenuhnya daripada tempat tersebut sebelum berlangsungnya majlis. Akses ke bar dan kelab lain juga ditutup dan merokok adalah dilarang sama sekali sepanjang majlis tersebut. Kami juga mendapatkan katerer luar untuk menyajikan makanan halal. Semua perkasas termasuklah sudu, garfu dan gelas yang digunakan oleh para tetamu juga disediakan oleh katerer tersebut.
Ads
Kami telah membuat keputusan untuk mengadakan majlis pelancaran ini di tempat berkenaan kerana kemudahan yang ditawarkan dan mereka juga menawarkan ruang untuk disewa sebagai ruang acara pada setiap hari Ahad dan Isnin oleh kerana ruang ini tidak dibuka untuk kunjungan umum. Sistem pencahayaan yang memberi efek neon, sistem bunyi, paparan LED, serta sokongan teknikal adalah antara kemudahan yang diperlukan oleh kami untuk menjayakan majlis ini, dan kesemuanya didatangkan dalam satu pakej yang ditawarkan oleh pihak ruang acara.
Untuk makluman, kami kini telah mengambil langkah segera untuk membetulkan situasi ini. Tiada yang lebih penting dari mendapatkan kembali kepercayaan dan keyakinan semua. Kami mengambil serius dan mendengar semua komen mengenai isu ini, dan kami akan menggunakannya untuk membimbing kami secara positif bagi mengelakkan insiden yang sama berulang. Kami akan pastikan isu keagamaan dan kebudayaan akan dititikberatkan dalam setiap keputusan yang dibuat pada masa hadapan dan kami amat berharap agar diberi peluang untuk memperbaiki diri dan memperbetulkan keadaan.
Ads
Yang ikhlas, Noor Nabila Mohd Noor Pengarah Urusan, NH Prima International Sdn Bhd
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pasukan sepak takraw Malaysia buat sejarah gempak malam tadi dengan kalahkan Thailand 2-0 dalam final Piala Dunia Sepak Takraw 2024, yang berlangsung kat Stadium Titiwangsa. Memang lit lah!
Kita berjaya meraih kemenangan pertama melalui skuad acara Doubles yang terdiri daripada Aidil Aiman Azwawi dan Noraizat Nordin, mengakhiri penantian panjang untuk takhta acara tersebut yang telah bertahun-tahun lamanya.
sepak takraw
Dalam pertarungan yang sengit, mereka berjaya mengatasi Thailand dalam dua set. Walaupun tekanan hebat, kedua-dua pemain menunjukkan semangat juang yang kuat di hadapan ribuan penyokong yang memenuhi stadium, dan akhirnya memenangi perlawanan dengan skor 17-16 dan 15-13.
Kemenangan Berganda!
Kegembiraan ini lebih manis apabila pasukan acara regu turut mengekalkan rentak kemenangan dengan menewaskan Thailand 15-8, 15-12, menjadikan Malaysia juara dunia berganda.
sepak takraw
Mungkin juga berkat dorongan semangat daripada lebih 1000 penonton yang membanjiri stadium, trio yang terdiri daripada Farhan Adam (apit kiri), Mohammad Syahir Mohd Rosdi (tekong), dan Mohamad Azlan Alias (apit kanan) telah mempamerkan permainan yang mengagumkan dan agresif, terus menekan pasukan lawan.
Mereka secara konsisten meraih mata demi mata dan dengan mudah memenangi set pertama, membuka peluang besar untuk menumbangkan pasukan Thailand yang diwakili oleh Poramet Siriswat, Sittipong Khamchan, dan Varayut Jantarasena.
Konsistensi itu terus berlanjutan di set kedua, meskipun Thailand beberapa kali melakukan perubahan tekong. Permainan menjadi lebih hebat lagi apabila Muhammad Haziq Hairul Nizam masuk menggantikan Syahir pada pertengahan set kedua.
Selepas berjuang gigih, mereka berjaya menafikan Thailand dalam kejohanan kali ini dan dinobatkan sebagai juara dunia.
Tahniah diucapkan kepada pasukan sepak takraw Malaysia, semoga terus cemerlang!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Siapa tak kenal dengan kumpulan BLACKPINK, Apa saja lagu dan produk yang melibatkan mereka sebagai pengguna dan duta pastinya akan laris terjual bak pisang goreng panas!
Selepas melancarkan single terbaru bersama Salena Gomez kira-kira seminggu yang lalu, kini kumpulan Kpop kegilaan ramai, Blackpink bakal muncul di Netflix.
Netflix baru-baru ini secara rasmi telah mengumumkan dokumentari K-Pop pertama yang bakal dihasilkan di bawah laman penstriman popular itu iaitu “BLACKPINK: Light Up The Sky”.
Dokumentari itu bakal menayangkan temubual eksklusif bersama ahli kumpulan itu iaitu Jisoo, Jennie, Rosé and Lisa yang tidak pernah dilihat langsung sebelum ini. Termasuklan daripada zaman pelatih sehinggalah menjadi artis sensasi global kini.
Selebriti K-pop pertama yang muncul di dokumentari Netflix. Hebatnya penangan Blackpink ni!
Penonton turut dapat melihat sedutan proses rakaman untuk album penuh pertama kumpulan itu iaitu “BLACKPINK: THE ALBUM” yang menyaksikan kehidupan turun dan naik idola K-Pop selain menekankan bakat yang dimiliki setiap daripada mereka. Bukan itu sahaja, peminat juga dapat melihat sedutan ketika BLACKPINK mencipta sejarah sebagai kumpulan K-Pop wanita pertama yang menyerikan pentas hebat iaitu Coachella 2019.
Ahli BLACKPINK sendiri berkongsi keterujaan mereka dengan dokumentari ini,
Kami tak sabar ingin berkongsi cerita peribadi dengan BLINKS di seluruh dunia menerusi Netflix!
Dokumentari ini diarahkan oleh Caroline Suh, dihasilkan oleh Cara Mones, diterbitkan secara ekskludif oleh Jon Kamen, David Sirulnick dan Zara Duffy di RadicalMedia.
Wah tak sabarnya penulis nak tunggu 14 Oktober nanti….
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Semua kejohanan dunia perlu memberi jaminan kepada SEMUA negara dan atlet agar selamat dan bebas daripada diskiminasi semasa bertanding..”
Ini adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Internation Paralympic Council (IPC) menerusi presidennya, Andrew sewaktu mengumumkan pelucutan hak Malaysia sebagai tuan rumah Kejohanan Renanh Paralimpik Dunia 2019.
Malaysia sepatutnya dijadualkan untuk menjadi tuan rumah kejohanan tersebut di Kuching Sarawak bermula 29 Julai depan.
Namun, selepas keputusan Malaysia menerusi kerajaan Pakatan Harapan menolak kemasukan atlet Israel ke dalam negara sekaligus tidak membenarkan mereka mengambil bahagian, dunia terus menyoal keputusan negara tersebut.
Ini kerana sewaktu Malaysia menerima hak tuan rumah pada tahun 2017, kita sudah dimaklumkan untuk memberi jaminan kepada semua negara yang bertanding tanpa diskriminasi.
Dalam pada itu, masih belum ada kenyataan rasmi daripada Menteri Belia & Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkenaan isu ini.
Namun menerusi akaun Instagramnya beberapa hari lalu, rakyat Malaysia di Palestin gembira untuk mendengar ketegasan negara yang menolak kemasukan warga Israel kerana Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan mereka.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!