Selepas berhari-hari menjadi tanda tanya bagaimana seorang suspek utama kes Macau Scam berjaya melarikan diri dengan memanjat pagar SPRM, hari ini di media sosial sekali lagi kecoh apabila diberikan dua pengawal peribadi kepada Datuk Seri berkenaan membantu saspek utama itu melarikan diri.
Dalam laporan Harian Metro sebentar tadi, dimaklumkan datuk seri berkenaan bukan melarikan diri bersendirian sebaliknya dibantu dua pengawal peribadi ketika memanjat pagar belakang bangunan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.
Sumber SPRM berkata, pada 11 Oktober lalu, seramai sembilan saspek yang dilepas reman, dibawa balik ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk proses dokumentasi jaminan.
Sumber itu berkata, sesampai sahaja di pejabat SPRM, kelihatan ramai pegawai polis berkumpul di lobi utama.
"Ini menyebabkan kesemua saspek tidak mahu keluar dari kenderaan masing-masing. Ada dikalangan ahli keluarga saspek juga hadir untuk proses jaminan.
" Terdapat kekecohan berlaku di lobi utama bangunan SPRM bila kesemua OKT (orang kena tahan) enggan turun dari kenderaan kerana kehadiran anggota polis yang ramai di lobi Ibu Pejabat SPRM,"katanya.
Menurutnya, hasil perbincangan antara SPRM, polis dan peguam yang hadir, pihak polis akur dan bersetuju untuk menunggu di pintu utama luar pejabat SPRM.
" Selepas selesai proses dokumentasi jaminan, kesemua OKT dibebaskan dan menaiki kenderaan masing-masing keluar dari Ibu pejabat SPRM.
" Terdapat empat kenderaan model Velfire memasuki Ibu Pejabat SPRM bagi menjemput saspek yang melarikan diri itu.
"Setiap kenderaan yang melalui pintu pagar utama ditahan polis dan saspek-saspek ditangkap semula polis.
" Walau bagaimana pun salah seorang seorang saspek yang telah dibebaskan dengan jaminan, diserahkan SPRM kepada peguam beliau, "katanya.
Menurutnya, saspek terbabit kemudian masuk ke dalam kenderaan velfire bersama-sama peguam, pengawal peribadi dan pemandu.
Anda mungkin berminat dengan
" Saspek sememangnya telah masuk ke dalam kenderaan dan dilihat menuju ke pintu pagar utama.
"Walau bagaimanapun dalam pergerakan antara pintu lobi dan pagar utama, beliau dipercayai bertindak keluar dari kenderaan dan melarikan diri di pagar sisi (berdekatan pintu belakang bangunan SPRM) dengan dibantu dua lagi pengawal peribadi yang bersedia untuk membantu beliau memanjat pagar dan meloloskan diri dari tangkapan polis.
"Apabila pihak polis menahan Velfire yang melalui pintu pagar utama, baru disedari suspek terbabir sudah melarikan diri.
"Hasil semakan CCTV mendapati suspek memanjat pagar dengan bantuan dua bodyguard. Sebuah kereta Perodua Myvi dilihat menunggu di tepi jalan dan bertindak melarikan suspek," katanya. Sumber : Harian Metro
∞
Semalam baru sahaja diumumkan keseluruhan Malaysia kecuali Sarawak perlu menjalani Perintah Kawalan Pergerakan secara menyeluruh. Semakin hari kes semakin meningkat, kelmarin jumlah pesakit kes aktif positif Covid-19 di negara kita adalah seramai 39,464 orang.
Dalam kemelut pandemik ini, semalam seorang petugas barisan hadapan kesihatan telah meninggal dunia selepas jatuh sakit.
Menurut kenyataan dalam sebuah hantaran di laman Facebook Skuad Pengurusan Jenazah – SPJ Malaysia, Dr Ali Noor Hassan meninggal dunia setelah jatuh sakit akibat terlalu penat dan letih selain kurang masa untuk berehat apabila bertugas sebagai petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menangani pandemik Covid-19. Dalam kenyataan itu lagi, Dr Ali tertidur setika bertugas sebelum jatuh pengsan.
AYUH BANTU FRONTLINERS
Sedih mendengar kisah kematian seorang doktor yang tidak kenal penat dalam berjuang. Kita boleh ambil iktibar dari kejadian ini. Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, sama-sama kita berganding bahu dalam menurunkan kes.
Jangan keluar rumah jika tiada urusan penting. Jika perlu keluar, pastikan anda memakai mask sentiasa tidak kiralah sewaktu bercakap sekalipun. Jangan ada sentuhan dan kekalkan penjarakan sosial. Ini mampu mengelakkan virus merebak. Tanggungjawab ini bukan sahaja untuk melindungi diri kita sebaliknya kita turut membantu para frontliners agar mereka tidak terlalu penat melayan kes yang semakin meningkat.
Sumber: Facebook Skuad Pengurusan Jenazah – SPJ Malaysia
∞
Kesempurnaan Rasulullah SAW sebagai kekasih Allah tiada tolok banding yang menjadi ikutan Muslim sedunia termasuk diet makanan Baginda.

Walaupun Covid-19 masih belum ada penawar, tapi tak salah kalau kita ambil alternatif untuk kekebalan tubuh badan di samping kesihatan keseluruhannya.
Berkongsi di Facebook, Mufti Menk menyenaraikan beberapa cara sunnah Rasulullah SAW.

1. Minyak Habbatus Sauda– (Nigella Sativa Virgin Oil)

Black Seed atau dalam bahasa kita dipanggil Habbatus Sauda atau dikenali juga jintan hitam (Nigella Sativa), merupakan sejenis tumbuhan herba yang berbunga secara tahunan. Ia tumbuh asli di bahagian selatan dan barat daya, benua Asia. Pokok Habbatus Sauda mempunyai ketinggian 20 – 30 meter, manakala struktur daunnya lurus dan halus.
Biji Habbatus Sauda yang berwarna hitam akan diproses atau dikisar sehingga mengeluarkan minyak, yang kemudiannya diminum untuk kesihatan atau digunakan dalam perubatan tradisional bagi merawat kencing manis. Bila diminum sebaiknya bersama air panas. Ambil setengah sudu pada maktu pagi dan malam.
Di samping itu, terdapat juga yang dimasukkan ke dalam kapsul sebagai ubat untuk merawat penyakit. Habbatus Sauda merupakan tumbuhan herba yang dianjurkan dalam agama Islam untuk merawat pelbagai jenis penyakit.
2. Suplemen Vitamin C

Hal ini kerana vitamin C amat penting untuk membina sistem imun yang kuat lagi kebal. Oleh itu, ianya sangat penting untuk mendapatkan vitamin C yang cukup bagi kesihatan kita. Vitamin C yang mencukupi dapat memastikan kita tidak cepat mendapat sebarang jangkitan kuman kerana sistem imun yang kuat.
Korang boleh ambil dalam bentuk tablet yang dibancuh dengan air atau makan begitu sahaja mengikut kesesuaian diri.

Zink mempunyai peranan dalam mengukuhkan sistem imun, mengekalkan pembentukan sel, mempercepat proses penyembuhan luka, dan memecahkan karbohidrat.
Lagi yang menarik, makanan tambahan zinc bukan sahaja untuk sistem imun malah untuk kecantikan kulit wajah juga.
Selain itu, ingat sentiasa menjaga kebersihan.
Sumber : Facebook Mufti Menk
∞
Bila mendengar kes tembak-menembak di kalangan pelajar sekolah ini rasa risau dan takut pula melihat keadaan seperti ini boleh berlaku di kawasan persekolahan.
Beberapa hari lalu, satu insiden telah berlaku di Santa Clarit, California, iaitu membabitkan seorang remaja lelaki menembak mati dua rakannya pada sambutan hari lahirnya yang ke-16, manakala tiga lagi pelajar cedera dalam kejadian yang berlaku di Sekolah Tinggi Saugus.
Menurut polis, remaja tersebut cedera parah selepas menembak dirinya dan berjaya ditahan oleh pihak berkuasa yang tiba di sekolah itu selepas menerima laporan insiden.
Seorang saksi yang juga merupakan pelajar di sekolah tersebut, Mich Turner memberitahu CBS bahawa semasa dia mendengar bunyi tembakan, dia baru sahaja mendengar bunyi tembakan.
“Saya melihat dia menembak tiga kali dan pada waktu itu, saya terus terfikir untuk mencari kakak saya,” kata Turner yang ditemu bual pada hari kejadian.
Selain itu, seorang pelajar baru di sekolah tersebut sempat berlari ke rumah yang berhampiran untuk berlindung ketika insiden tembakan tersebut dan memberitahu Associated Press bahawa dia baru sahaja mendengar ramai kanak-kanak menangis dan menjelaskan mereka dalam ketakutan.
Menerusi satu sidang media yang diadakan, Kapten Wegener menjelaskan bahawa detektif yang meneliti video insiden itu menunjukkan suspek mengeluarkan pistol dari dalam beg galasnya, lalu melepaskan tembakan yang mengakibatkan lima remaja cedera sebelum menembak kepalanya sendiri.
Mangsa yang maut masing-masing adalah pelajar perempuan dan lelaki berusia 14 tahun dan 16 tahun. Tiga lagi pelajar cedera, iaitu lelaki dan dua perempuan, berusia antara 14 hingga 15 tahun.
Pasti masyarakat tidak menyangka yang sekolah sepatutnya menjadi tempat menimba ilmu bertukar menjadi tragedi yang mungkin akan memberi ketakutan kepada pelajar sekolah yang lain.
Semoga kisah ini dijadikan teladan dan dijauhkan daripada berlaku di kalangan masyarakat kita.
Sumber: time.com
∞