Cemas, resah gelisah dan teruja bercampur baur. Mungkin itulah perasaan mereka yang menanti saat-saat manis bakal bergelar ayah. Begitu besar tanggungjawab yang digalas oleh insan yang bergelar ayah, papa, abah, daddy, walid dan berbagai macam panggilan diberikan.
Sumber Gambar : Photo by kelvin octa from Pexels
Baru-baru ini, Ustaz Don Daniyal menerusi laman Facebooknya mengajar kita semua tentang cara tahnik bayi yang baru lahir dengan betul. Sudah tentu ini boleh dijadikan panduan oleh bapa-bapa muda diluar sana.
Sebelum itu, untuk pengetahuan korang apa yang dimaksudkan dengan tahnik adalah mengunyah tamar atau selainnya kemudian disapukan kepada lelangit bayi.
Hukum mentahnik bayi merupakan satu sunnah. Perkara ini telah dijelaskan oleh Imam al-Nawawi. Kata beliau :
“Adapun berkaitan hukum hakam yang terdapat di dalam hadis ini, terdapatnya hukum sunat mentahnikkan anak yang baru lahir. Juga berkaitan keharusan mengambil berkat daripada orang yang soleh dan baik. Di dalam hadis itu juga terdapat hukum sunatnya membawa kanak-kanak menemui orang yang soleh untuk bertabarruk dengan mereka.
Rujuk Syarh Sahih Muslim (14/143)
Ini Perkongsian Ustaz Don Daniyal
Ads
Maaf, kelmarin saya tak tunjuk full video. Hat ni saya tunjuk. Terima kasih jugak kat kawan saya Hafiz Ngadenan sudi edit bagi ada subtitile bagi semua mudah nak follow. Cara dia saya copy semula hat kelmarin punya. Ok? Moga-moga bermanfaat untuk semua.
Langkah 1
Sediakan kurma (ajwah terbaik) dan air zamzam (dpt mcm dlm botoi eyemore tu syempoi. Tapi jangan silap p sumbat eyemore. Jahanam anak Bang)
Langkah 2
Istighfar (agar Allah ampun dosa kita (bapak), dan nnt nk doa, mudah Allah kabul)
Langkah 3
Mula dengan Al-Fatihah
Langkah 4
Ayat Kursi (boleh mula بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم atau teruih baca saja. Betui dua dua)
Langkah 5
-Selawat Syifa
-Selawat Kamilah (nnt dengaq dalam video na)
Langkah 7
Amik Kurma. Kunyah2 sampai lebik. Amik dengan jari. Kalau takut, pakai jari kelingking kecik sikit. Biasanya jari telunjuk. Masuk dalam mulut baby. Nnt tgk video mcm mn nk masukkan dlm mulut anak na. Kena ada skill. Hahahahha.
Ads
Langkah 8
Sambil jari dalam mulut, bacakan ayat 33-37 Surah Ali Imran
Langkah 9
Cabut jari. Suap air zamzam. Bacakan doa yg saya baca. Itu dr Arwah TG Dato Haron Din. Doa tu dalam video.
Langkah 10
Baca Doa. Bab ni boleh baca apa saja doa. Apa saja bahasa. Semua Allah faham. Yang penting, keikhlasan hati seorang Bapak mendoakan anaknya.
Doalah dengan penuh
– ikhlas
– tawadhuq
– berharap Allah dengaq n perkenankan
– sungguh-sungguh.
Kesimpulannya, tahnik bayi adalah satu sunnah. Ia tidaklah sampai ke tahap wajib. Dan jika seseorang itu meninggalkan perkara tersebut tidaklah dikira berdosa. Seelok-eloknya yang mentahnikkan bayi itu adalah dari kalangan orang yang berilmu dan soleh seperti mana yang dijelaskan oleh Imam al-Nawawi.
Sumber : Ustaz Don Danial , muftiwp.gov.my
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, pasukan Malaysia terus mengharumkan nama negara di persada antarabangsa apabila berjaya merangkul gelaran juara keseluruhan Kejohanan Dunia Kanak-Kanak Memanah Berkuda IHAA 2025 yang berlangsung di Bogor, Jawa Barat, Indonesia.
Kejohanan anjuran International Horseback Archery Alliance (IHAA) itu menyaksikan kontinjen negara menewaskan saingan terkuat dari Türkiye yang meraih tempat kedua, manakala tuan rumah Indonesia menduduki tempat ketiga.
Dalam pada itu, antara atlet muda penuh potensi yang berjaya mencuri tumpuan ialah Muhammad Muhamad Akmal yang mencatat rekod dunia terbaru tertinggi, Abu Bakr Muhammad Akmal, Abdurrahman Ahmad Mu’az, Hazzil Hamidi dan Heba Nusaybah Ahmad Mu’az.
Kredit foto: Instagram IHAA Official
Kelima-lima mereka berjaya membawa pulang keseluruhan sembilan pingat emas, lima perak dan dua gangsa dalam pelbagai kategori umur, sekaligus menjulang nama Malaysia sebagai kuasa baharu dalam arena memanah berkuda kanak-kanak.
Menurut Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dalam satu perkongsian di Facebook, beliau sempat mengucapkan tahniah kepada skuad negara atas kejayaan luar biasa ini.
“Tahniah pasukan Malaysia di atas kejayaan muncul sebagai juara International Horseback Archery Alliance (IHAA) World Kids Championships 2025 di Indonesia,” tulisnya penuh bangga.
“Anak-anak Malaysia terus membanggakan negara di pentas dunia sekaligus membuktikan bahawa potensi atlet kita boleh berkembang di pelbagai ruang,” coretnya lagi.
Kejayaan yang diraih oleh Muhammad Akmal selepas memecahkan rekod baru dunia (Kredit foto: Instagram IHAA Official)
Sementara itu, kejohanan yang menghimpunkan penyertaan dari 15 negara ini turut disertai oleh pasukan dari Thailand, Singapura, Vietnam, Jepun, China, Taiwan, Korea Selatan, Kazakhstan, Uzbekistan, Mongolia, Türkiye, Perancis, Afrika Selatan, dan Indonesia sendiri.
Kejayaan pasukan cilik negara ini bukan sahaja membuka mata dunia terhadap kehebatan bakat muda tanah air, malah menjadi dorongan kepada pembangunan sukan alternatif di Malaysia untuk lebih diketengahkan pada masa akan datang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mak pernah ludah, bagi parang, tarik rambut dan pijak… tetapi bagi Datuk Seri Aliff Syukri, ibunya Rozita Ibrahim tetap wanita yang paling beliau hormati dan muliakan.
Begitulah pengakuan usahawan kosmetik terkenal ini yang mendedahkan kisah sebenar hubungan mereka dalam satu sesi siaran langsung di TikTok.
4 Tahun Tidak Bertegur Sapa
Aliff mengakui, hubungan dia dan ibunya pernah diuji hebat. Konflik keluarga menyebabkan mereka tidak bertegur sapa selama empat tahun. Dalam tempoh itu, ibunya tidak menjawab mesej WhatsApp mahupun panggilan telefon.
“Dia tak maafkan saya… sampai saya pergi jumpa dia dan hadiahkan kereta Mercedes,” kata Aliff.
Walaupun tidak mendedahkan secara terperinci punca perselisihan, Aliff mengakui membesar dengan ibu yang tegas serta latar belakang keluarga yang kompleks — termasuk pengalaman mempunyai ayah tiri — membentuk banyak cabaran dalam hidupnya.
Pesan Supaya Jangan Derhaka
Bagi Aliff, sebesar mana pun khilaf yang pernah dilakukan ibu bapa, seorang anak tidak wajar bersikap derhaka.
“Sejahat atau seteruk mana pun ibu atau ayah, mereka tetap orang tua kita. Hidup tanpa doa ibu takkan berkat,” ujarnya.
Aliff turut menasihatkan anak muda supaya menghormati ibu walau berbeza ragam — sama ada datang daripada keluarga kaya atau miskin. Katanya, apa sahaja yang diminta atau dikatakan oleh seorang ibu wajar dihadapi dengan hati terbuka.
Aliff menceritakan bahawa ibunya seorang yang sangat tegas dan tidak memanjakan anak-anak.
“Mak pernah ludah saya, bagi parang, tarik rambut dan pijak saya… saya okay je. Saya yakin ibu adalah orang paling mulia,” katanya.
Bagi Aliff, keberkatan hidup datang daripada restu seorang ibu. Walaupun seorang ibu mungkin ada sifat yang sukar diterima atau masa silam yang gelap, tempatnya tetap tiada pengganti.
Pengajaran Untuk Remaja
Kisah Aliff menjadi peringatan bahawa kasih sayang seorang ibu tidak semestinya hadir dalam bentuk belaian lembut. Kadangkala, ia hadir dalam bentuk disiplin keras yang membentuk ketahanan diri, kekuatan mental dan kejayaan di masa hadapan.
Sebagai anak, menghormati dan memuliakan ibu bukan hanya soal adat, tetapi soal keberkatan hidup. Kerana pada akhirnya, doa seorang ibu adalah doa yang paling mustajab.
Malaysia mencatatkan kes positif COVID-19 tertinggi semalam (15 Julai 2021), iaitu sebanyak 13,215 kes. Hal ini amat membimbangkan masyarakat selepas melihat situasi ‘kronik’ yang berlaku di kebanyakan hospital, ekoran ribuan pesakit yang terpaksa menerima rawatan.
Sebagai umat Islam, selain daripada patuh kepada arahan kerajaan untuk mengurangkan pergerakan di luar rumah, kita juga boleh ikhtiar dengan cara berdoa.
Sempena hari Jumaat ini, eloklah sekiranya kita mengambil barakah untuk memanjatkan doa bagi kesejahteraan diri, keluarga dan rakyat Malaysia.
Teruskan berdoa dan jaga pergerakan korang, jangan keluar rumah jika tidak ada urusan penting. Amalkan kerap mencuci tangan, gunakan hand sanitizer dan pakai topeng muka sekiranya berada di luar.
Semoga Allah menghentikan wabak COVID-19 ini daripada terus menular. Aamiin!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!