Mungkin masih ada yang tidak tahu jika korang ke Starbucks, bukan hanya kopi yang ditawarkan. Malah, bagi korang yang ‘pantang’ kafein, kedai kopi popular ini juga ada minuman menyegarkan untuk korang.
Selain kopi, Starbucks sering tampilkan kelainan dengan ketengahkan menu-menu menarik yang menepati citarasa rakyat Malaysia dan juga merealisasikan minuman yang jadi permintaan ramai.
Terbaharu, Starbucks Malaysia telah bawakan dua minuman yang terkenal di luar negara iaitu Strawberry Acai with Lemonade Starbucks Refreshers dan juga Pink Drink With Strawberry Acai Starbucks Refreshers.
Kombinasi rasa buah strawberi dengan lemonade cukup menyegarkan dan secara personal kami lebih menyukai Pink Drink With Strawberry Acai Starbucks Refreshers kerana rasa lebih krim berlemak.
Menu ini secara rasmi telah diperkenalkan pada minggu ini dan ramai peminat Starbucks sudah mula ke cawangan Starbucks terdekat untuk mencuba menu baharu ini. Menjengah ke media sosial, ramai orang memberikan maklum balas positif dengan minuman baru ini.
Bagi korang yang mahu mencuba minuman menyegarkan ini bolehlah ke cawangan Starbucks terdekat anda hari ini dan harga minuman ini bermula daripada RM16.95 sahaja. Ke korang dah try dulu ni?hehe
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Belum habis pandemik Covid-19 di seluruh dunia, kini satu lagi malapetaka melanda bumi Pakistan. Jika di Malaysia, di awal tahun, kita berada dalam ‘musim panas’ sehinggakan pada waktu malam ketika tidur pun kita berasa tidak selesa dengan cuaca yang agak bahang.
Sumber Gambar : REUTERS/Akhtar Soomro – RTX1HPUL
Tapi cuba korang bayangkan jika suhu cuaca melampau sehingga 50 darjah celcius?
Hal ini yang sedang berlaku di Pakistan, apabila suhu udara saat ini dikatakan lebih dari suhu terpanas pada tahun 2015 iaitu ketika dua gelombang panas di India (30 darjah celcius) dan Pakistan.
Disebabkan itu, lebih 4,000 orang dilaporkan mati kerana panas yang ekstrem, lapor The Sun.
Manakala, menurut laporan Kompas.com, Bandar Jacobabad, Sindh di Pakistan merupakan kawasan yang terpanas di dunia.
Suhunya bukan sahaja terpanas di dunia namun berbahaya untuk kerana telah mencecah 52 darjah celcius.
“Ketika cuaca menjadi sangat panas, Anda berasa tak mampu lagi berdiri dengan kaki sendiri,” kata seorang penduduk.
“Ketika suhu mencecah 50 darjah celcius, penduduk tak berani nak keluar kerana terlalu panas,” kata seorang peniaga, Abdul Baqi.
Sebentar tadi, penulis cuba lihat cuaca terkini di Pakistan di Google masih tinggi iaitu 40 darjah celcius. Apapun, mari la kita berdoa agar saudara kita di Pakistan dilindungi dari cuaca panas ini.
Sejak semalam viral di media sosial gambar seorang remaja dilihat begitu seronok bermain dengan lebih 100 ekor kerbau. Aksinya yang bersahaja, emosi yang dilihat akrab dengan binatang peliharaannya selain mengingatkan orang tentang suasana indah di desa membuatkan gambar tersebut menjadi viral.
Jika remaja seusianya lebih senang bermain dengan gadjet tetapi melihat betapa akrabnya remaja berkenaan dengan kerbau-kerbau peliharaan ayahnya membuatkan ramai kagum.
Gambar ini memenangi tempat pertama dalam pertandingan Asia Geographic -Image of Asia Photography Award 2018 dan dinobatkan 20 gambar terbaik dunia dalam Pertandingan Fotografi Antarabangsa berprestij, Siena International Photo Awards 2018.
Ditambah moment, view dan teknik fotografi yang menyentuh emosi, tak hairanlah gambar Syukor Khamis, pelajar tingkatan dua dari SMK Padang Midin, Kuala Terengganu hasil bidikan jurugambar profesional, Mohd Nazri Sulaiman, 45 memenangi tempat pertama dalam pertandingan Asia Geographic -Image of Asia Photography Award 2018 yang mana gambar adik Syukor telah terpilih menjadi pemenang gambar terbaik untuk kategori ‘Street/People’.
Bidikan gambar yang sama, jurugambarnya telah menghantar gambar tersebut ke anugerah fotografi antarabangsa berprestij, Siena International Photo Awards dan ternyata sekali lagi gambar menyentuh emosi ini diangkat sebagai 20 gambar terbaik dunia. Wow! Kagum sangat-sangatkan.
Syukor dilihat begitu akrab dan manja dengan kerbau-kerbau peliharaan ayahnyaKemesraan dan keakraban Syukor dengan kerbau dan remaja ini dilihat begitu bergembira menikmati hari-harinya
REMAJA sempat menghubungi Pak Khamis Jusoh, 63, ayah kepada Syukor sebentar tadi. Niat REMAJA ini berbual dengan Syukor terbantut kerana Syukor agak “sibuk” dengan fotografi melibatkan sekumpulan jurugambar dari RTM yang melakukan sesi temuramah.
“Sejak semalam, memang sibuk sibuk. Ramai orang nak ambil gambar Syukor,” kata bapanya yang begitu ramah.
Mesti korang tertanya-tanya di mana boleh ambil gambar inikan. Lokasinya di Kampung Banggol Katong Serada, Kuala Terengganu. Kalau dari Kuala Terengganu jaraknya dalam 20 minit sahaja dan sudah boleh bertemu rumah Pak Khamis. Berlatar belakangkan paya dan padang rumput menghijau, pasti peminat fotografi menggilai lokasi ini di masa akan datang.
Indahnya moment gambar inikan. Memang terbaiklah
Kata Pak Khamis, dia mewarisi kerbau-kerbau lebih 100 ekor ini dari ayahnya dan ia adalah sumber pendapatan keluarga. Syukor juga menunjukkan minat yang sama sejak kecil dan paling rapat dengan kerbau nama Awang yang sudah mati. Sehabis sekolah, Syukor akan ke paya untuk bersama kerbau-kerbau ini dan tak hairanlah hubungannya dengan binatang ini begitu akrab.
Tapi bukan saja kerbau yang ada, angsa, kambing, lembu dan sebagainya juga dipelihara oleh Pak Khamis. Paling best, mana-mana individu yang nak menginap di rumah Pak Khamis, ada bilik di sediakan dengan harga cukup rendah, RM30 sahaja. Mainlah dengan kerbaunya sepuas-puasnya. Tapi syaratnya mesti ada Pak Khamis la ya sebab takut juga kalau terkena tandukan kerbau yang tak biasa melihat bukan tuannya.
Ditanya bagaimana perasaannya selepas gambar anaknya yang dilihat begitu menyentuh emosi, malah kerbau itu juga seakan sama “moodnya” dinobat 20 terbaik dunia dalam pertandingan berprestij di Itali selain memenangi peringkat pertama Asia, kata Pak Khamis dia tidak menyangka dan mengucapkan rasa syukurnya kepada jurugambar Nazri yang mengambil gambar tersebut. Malah dia juga bersyukur kerana semakin ramai yang datang ke tempatnya sekaligus menjadi rezeki buatnya sekeluarga.
Tak perlu fikir tentang gadjet pun, main dengan kerbau dan alam pasti lebih seronok. Bila la remaja bandar nak menikmati momen begini?
“Saya tak letak harga pun untuk tangkap gambar dengan kerbau ni. Orang sedekah ikut mereka. Berapa mereka bagi saya terima kerana itulah rezeki kami,’ katanya lagi.
Di sebalik menyara anak lapan orang dengan menjual binatang ternakan, kata Pak Khamis, anak-anaknya selalu diejek dengan panggilan kerbau di sekolah.
“Pernah sampai pihak sekolah panggil rakan yang mengejek kerana anak berasa malu dengan ejekan itu. Ada anak perempuan saya, namanya Ain tapi kawan-kawannya panggil dia Ain Kerbau. Bukan dia saja tapi abang-abangnya sama, mesti ada panggilan di belakang itu.
“Tapi saya percaya selepas kemenangan gambar ini, ejekan-ejekan itu akan hilang,” katanya begitu ramah.
Ada sapa-sapa bran nak berlaga kepala dengan kambing nie? Tengoklah betapa hebatnya gambar Syukor dengan binatang peliharaan ayahnya
REMAJA juga sempat menghubungi jurugambar profesional Mohd Nazri Sulaiman yang membidik gambar penuh emosi ini.
Kata Nazri yang sering memenangi anugerah gambar peringkat dunia dan banyak pertandingan lagi sejak 2006, gambar Syukor yang begitu menyentuh emosi itu adalah secara spontan.
“Bila kita libatkan binatang dalam fotografi, kita bukan boleh suruh-suruh. Kena standby shoot terbaik. Saya hanya suruh Syukor duduk, berdiri dan sebagainya. Masa moment gambar itu diambil, ianya berlaku spontan.
“Syukor duduk dan secara tiba-tiba kerbau itu datang baringkan mukanya ke peha Syukor dalam situasi seolah-olah semuanya beremosi sedih. Masa yang sama, kerbau-kerbau lain datang berasak-asak seolah-olah bertanya “apa yang disedihkan itu” dan seperti mereka mahu menolong. Itulah momentnya ketika gambar itu dibidik,’ katanya berkata, ada tiga lagi moment Syukor bersama kerbaunya berjaya memenangi hadiah peringkat Asia dan dunia (selain gambar yang menang).
Kata Nazri lagi, dia biasa mengambil gambar di serata dunia namun melihat keakraban seorang remaja lelaki dengan 100 ekor kerbau adalah luar biasa kerana “mereka” bagaikan memahami peribadi dan aksi masing-masing.
Dalam pada itu Nazri berkata, dia mahu menonjolkan satu lagi produk pelancongan buat negeri Terengganu yang hanya ada keropok lekor, batik, pantai dan lain lagi sebelum ini.
“Lokasi ini boleh jadi ikon pelancongan terbaru negeri Terengganu,” katanya ketika dihubungi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam beberapa hari lepas, Remaja ada mengeluarkan satu artikel tentang jumlah pengguna Instagram terkini dan akaun yang mempunyai followers paling ramai di dunia. Posting artikel tersebut turut Remaja kongsikan bersama pembaca di Instagram kami.
Dan di situ kami dapat lihat betapa sayangnya peminat-peminat Selena Gomez yang memberi komen dan memperbetulkan fakta yang kami nyatakan dalam artikel. Sebebarnya fakta itu tidak salah, cuma ralat daripada pihak kami dengan tidak menyatakan secara spesifik bahawa senarai itu merupakan dalam ketegori atlet & food (chef) di seluruh dunia.
Sekali lagi, Remaja ingin mohon maaf jika menyinggung perasaan mana-mana pihak terutama pimnat setia Selena Gomez yang merupakan orang yang mempunyai jumlah follower paling ramai di Instagram pada masa ini dengan jumlah lebih 131 juta followers.
Melihatkan reaksi ramai yang mempertahankan Selena, Remaja sedar betapa sayangkan mereka kepada bekas bintang besar Disney suatu ketika dahulu. Ini turut membuatkan kami berasa tertanya-tanya; why did her fans very protective of her?
Walaupun bergelar sebagai bintang besar pada skala global, Selena Gomez sangat terkenal dengan keramahannya dengan peminat. Agak jarang untuk kita temui penyanyi popular sepertinya sanggup luangkan masa membalas komen, melakukan kunjungan serta pelbagai reaksi spontan kepada peminat yang super cute dan awesome.
Nak tahu kenapa fans Selena Gomez sayang sangat kepadanya. Ini Remaja senaraikan 7 contoh mengapa dia cukup disayangi peminat terutamanya di Instagram. Like Selena said, killing them with kindness!
1. Sentiasa memberikan dedikasi ucapan terima kasih kepada peminat
1. Selena Gomez (@selenagomez) 131 juta – penyanyi & aktres
2. Cristiano Ronaldo (@cristiano) 117 juta- pemain bolasepak
3. Ariana Grande (@arianagrande) 116 juta – penyanyi & aktres
4. Beyonce (@beyonce) 109 juta – penyanyi
5. Kim Kardashian (@kimkardashian) 105 juta – bintang realiti TV
6. Taylor Swift (@taylorswift) 105 juta – penyanyi
7. Kylie Jenner (@kyliejenner) 100 juta – bintang realiti TV
8. Dwayne Johnson (@therock) 97 juta – pelakon & penggusti WWE
9. Justin Bieber (@justinbieber) 95 juta – penyanyi
10. Kendall Jenner (@kendalljenner) 85 juta – peragawati
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Insiden remaja maut ditembak di Keningau mengejutkan negara. Ketahui kronologi kejadian, hasil siasatan polis dan pengajaran penting buat remaja serta ibu bapa mengenai bahaya senjata buatan sendiri.