
Perjalanan Raise The Star Malaysia (RTSMY) musim ini semakin mencabar apabila dua bintang tersingkir pada konsert minggu ketiga yang berlangsung secara langsung dari Royale Theater Shah Alam.
Turut mengikut jejak ke minggu keempat adalah barisan peserta lain yang masih kekal dalam pertandingan seperti Maria Effendi, Pasya, Zury, Aliff Amy, Scha Nuril, Darling, Melinda Dadew
, Ayiena, Zuana, Kekadan Max Brandon.Menambah lagi kejayaan pada minggu ini, Melinda Dadew berjaya merangkul gelaran Gempak Star On Fireatas persembahan bertenaganya.
RTSMY menampilkan barisan lima juri tetap profesional iaitu
Ajai, Shila Amzah, Ikhwan Fatanna, Audi Mokdan Aina Abdul.Para peserta diadili berdasarkan sistem pemarkahan yang terdiri daripada 80% markah juri profesionaldan 20% undian umum.
Dihoskan oleh gandingan mantap Alif Star dan Sherry AlHadad, rancangan ini disiarkan secara langsung selama lapan minggu menerusi saluran
Astro Ria dan boleh distrim menerusi Astro GO serta sooka.Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.