Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming tampil memberikan respons selepas seorang pengguna Threads mendedahkan maklumat yang didakwa berkaitan bil telefon miliknya secara terbuka di platform media sosial.

Menerusi hantaran yang tular, individu tersebut mendakwa Khairul Aming mempunyai tunggakan bil berjumlah RM498 sebelum turut berseloroh mengenai kemungkinan talian telefon usahawan itu akan disekat jika tidak dijelaskan.

“Teringin nak bagitau KA beliau ada overdue bil RM498. Agak-agak beliau perasan ke tak tu, banyak sangat akaun kan. Satgi line kena barred. Amount 2k if bayar untuk sampai setahun pun kalau ada add on digital purchase sampai 400+ memang tak cukup ler.”

Khairul Aming Persoal Pendedahan Maklumat Peribadi

Khairul Aming Tegur Individu Dedah Maklumat Bil Telefon Di Threads, Netizen Anggap Tindakan Itu Melampau

Hantaran berkenaan bagaimanapun mengundang perhatian Khairul Aming sendiri yang tampil membalas komen tersebut.

Menurut Khairul Aming, isu berkenaan merupakan urusan peribadinya dan beliau sebenarnya sudah membuat pembayaran bil beberapa bulan lebih awal. Namun, baki bayaran yang tersedia telah digunakan sehingga menyebabkan beliau tidak menyedari keadaan tersebut.

Ads

“Tak perlu beritahu sebab ini hal peribadi saya. Saya memang bayar bill in advance untuk beberapa bulan ke depan, tak perasan dah drained balance.”

Dalam masa sama, Khairul Aming turut mempersoalkan bagaimana individu berkenaan boleh mengetahui maklumat bil telefon miliknya sehingga sanggup berkongsinya kepada umum.

“Tapi yang jadi creepy macam mana awak boleh tahu info bill saya ni sampai post ke public? Ini personal data saya.”

Netizen Anggap Tindakan Itu Tidak Wajar

Perkongsian balas daripada Khairul Aming itu pantas meraih perhatian ramai dan mencetuskan perbincangan mengenai isu privasi serta keselamatan data peribadi.

Ads

Rata-rata netizen menyuarakan rasa kurang senang terhadap tindakan individu berkenaan yang didakwa mendedahkan maklumat peribadi tanpa kebenaran. Ramai berpendapat walaupun niat asal mungkin sekadar ingin memaklumkan, perkara seperti bil telefon, nombor akaun atau sebarang maklumat berkaitan kewangan tetap tidak wajar dikongsikan secara terbuka.

Malah, ada juga yang mempersoalkan bagaimana maklumat tersebut boleh diakses oleh pihak lain kerana ia melibatkan data pelanggan yang sepatutnya dilindungi. Segelintir netizen turut menggesa supaya perkara itu disiasat sekiranya benar berlaku kebocoran maklumat daripada pihak yang mempunyai akses kepada data pelanggan.

Ads

Isu Privasi Perlu Dipandang Serius

Dalam era digital hari ini, isu perlindungan data peribadi semakin menjadi perhatian ramai. Pendedahan maklumat tanpa persetujuan bukan sahaja boleh menimbulkan rasa tidak selesa kepada individu terlibat, malah berpotensi menjejaskan aspek keselamatan dan privasi mereka.

Setakat ini, individu yang memuat naik hantaran tersebut belum mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut berhubung teguran daripada Khairul Aming. Namun, insiden itu sekali lagi mengingatkan orang ramai tentang kepentingan menghormati privasi individu serta tidak sewenang-wenangnya berkongsi maklumat peribadi milik orang lain di media sosial.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads