Kehadiran pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming, di Absolute Bazaar MITEC baru-baru ini nyata mencuri perhatian ramai apabila beliau dilihat dikerumuni peminat hampir di setiap booth yang dilalui.

Menerusi beberapa video yang tular di media sosial, Khairul Aming yang tampil ringkas dengan pakaian berwarna biru terang dilihat berjalan di sekitar bazar berkenaan. Namun apa yang berlaku selepas itu membuatkan ramai pengunjung teruja apabila kehadirannya pantas disedari peminat.

Di hampir setiap lokasi yang dilalui, pasti ada pengunjung yang mengambil peluang untuk menyapa dan bergambar dengannya.

Suasana di sekitar bazar juga menjadi lebih meriah apabila ramai yang tidak melepaskan peluang bertemu secara depan mata dengan figura digital yang cukup dikenali itu.

@khairulamingMajlis restu ilmu bersama pelajar Kalau arwah ayah tengok betapa ramai students yang tengok video masak anak dia, confirm dia bangga. Terharu jumpa you guys semua, terima sebab support KA dari dulu lagi 🥹♬ original sound – Khairulaming

Kehadiran Khairul Aming di Absolute Bazaar MITEC jelas menjadi antara momen yang paling menarik perhatian pengunjung. Ramai yang teruja apabila melihat sendiri pempengaruh terkenal itu berjalan di sekitar bazar, malah ada yang terus memanggil namanya untuk bergambar bersama.

Ads

Sikap Mesra Khairul Aming Raih Pujian Netizen

Menariknya, Khairul Aming dilihat melayan setiap permintaan peminat dengan penuh mesra. Walaupun jumlah pengunjung yang ingin bergambar agak ramai, beliau tetap memberikan layanan terbaik dengan senyuman dan tidak menolak permintaan mereka.

Sikap rendah diri dan peramah itu turut mendapat pujian daripada netizen yang menyaksikan video berkenaan di media sosial. Ramai yang memuji cara Khairul Aming menghargai penyokongnya walaupun kini berada di puncak populariti.

Malah ada yang berpendapat pengaruhnya kini cukup besar sehingga ada yang berseloroh mengatakan popularitinya mengatasi selebriti.

“KA lagi famous daripada artis,” tulis seorang netizen di ruangan komen.

Khairul Aming Terharu Dengan Sokongan Peminat

Perkongsian tersebut turut menerima pelbagai reaksi positif daripada pengguna media sosial yang rata-rata kagum dengan perjalanan kerjaya Khairul Aming.

Ads

Dalam masa sama, Khairul Aming turut meluahkan rasa terharu dengan sokongan yang diterimanya daripada para pengikut sejak awal pembabitannya dalam dunia kandungan digital.

Menurutnya, pertemuan dengan orang ramai yang mengikuti video masakannya menjadi satu pengalaman yang cukup bermakna buat dirinya.

“KA Lagi Famous Daripada Artis” — Khairul Aming Diserbu Peminat di MITEC, Sikap Mesra Raih Pujian Netizen

“Majlis restu ilmu bersama pelajar. Kalau arwah ayah tengok betapa ramai students yang tengok video masakan anak dia, confirm dia bangga. Terharu jumpa you guys semua. Terima kasih sebab support KA dari dulu lagi,” tulisnya dalam kapsyen perkongsian tersebut.

Fenomena Khairul Aming di MITEC sekali lagi membuktikan bahawa pengaruh pencipta kandungan tempatan kini semakin besar. Dengan jutaan pengikut serta jenama perniagaan yang berjaya, tidak hairanlah setiap kemunculannya sering menjadi perhatian ramai.

Ads

Kehadiran Khairul Aming di acara seperti Absolute Bazaar MITEC juga menunjukkan betapa kuatnya hubungan antara pencipta kandungan digital dan para pengikut mereka di dunia nyata.

Apa yang pasti, di sebalik populariti yang dimiliki, sikap mesra dan merendah diri Khairul Aming itulah yang membuatkan beliau terus disayangi ramai.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads