Baru-baru ini, anggota kumpulan K-pop terkenal The Boyz, Juyeon akhirnya tampil membuat permohonan maaf terbuka kepada para peminatnya susulan kontroversi yang tercetus mengenai khabar angin hubungan cintanya.
Menerusi satu surat yang dimuat naik di platform komunikasi peminat Fromm pada 12 Jun, Juyeon atau nama sebenarnya Lee Juyeon (27) memulakan luahannya dengan nada penuh keinsafan.
“Pertama sekali, saya minta maaf kerana membuat anda (Deobi) semua menunggu terlalu lama,” tulisnya membuka bicara.
Beliau turut mengakui bahawa dirinya sepatutnya tampil lebih awal untuk menjelaskan keadaan kepada peminat mereka yang dikenali sebagai Deobi atau THE B.
“Saya sering tertanya-tanya bagaimana untuk meredakan kegusaran dan perasaan kecewa anda. Namun, masa berlalu begitu sahaja dan saya sedar ia mungkin membuatkan keadaan menjadi lebih sukar untuk anda. Saya benar-benar kesal atas perkara itu,” jelasnya.
Ads
Juyeon menegaskan, meskipun banyak perkara yang disebarkan tidak benar, beliau tetap memikul tanggungjawab penuh terhadap situasi yang berlaku.
“Saya minta maaf kerana telah melukakan Deobi melalui perkara ini. Walaupun banyak hal yang dikatakan itu tidak benar, saya sepenuhnya sedar bahawa ia tetap tanggungjawab saya. Saya berjanji untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama,” ujarnya lagi.
Pada masa yang sama, Juyeon menyatakan bahawa insiden ini membuka matanya terhadap betapa besarnya kasih sayang dan kepercayaan yang diberikan oleh peminat.
Ads
“Saya sudah terlalu terbiasa dengan cinta dan sokongan THE B sehinggakan saya terleka terhadap harapan dan kepercayaan anda semua. Selepas ini, saya akan lebih berhati-hati dan menghargai setiap perasaan yang anda curahkan,” tambahnya.
Beliau juga menjelaskan bahawa segala yang pernah diluah dan ditunjukkan kepada peminat selama ini adalah tulus serta memohon maaf jika insiden yang berlaku sebelum ini membuatkan segelintir pihak meragui dirinya.
Sementara itu, bagi menutup coretannya, Juyeon melahirkan kekesalan atas rasa kecewa yang mungkin dirasai peminat. Selain berjanji untuk bekerja lebih keras agar dapat menjadi seorang figura yang boleh dipercayai, dibanggakan serta layak menerima cinta daripada peminat.
Untuk rekod, kenyataan ini dibuat susulan timbulnya spekulasi mengenai hubungan antara Juyeon dan pelakon wanita Shin Si Ah apabila beliau dilihat menghadiri tayangan perdana filem ‘The Old Woman With The Knife’ lakonan Shin Si Ah, sambil memakai rantai yang didakwa sama seperti milik pelakon tersebut.
Namun begitu, kedua-dua agensi terlibat iaitu One Hundred Label (agensi Juyeon) dan Management SOOP (agensi Shin Si Ah) tampil menafikan khabar angin tersebut pada 10 Jun lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sedar tak sedar, penyanyi pop sensasi Justin Bieber telahpun berusia 24 tahun pada hari ini, 1 Mac 2018. Rasanya macam semalam je kita baru melihat video Justin flip-kan rambut hadapannya di YouTube. Walaupun pernah terlibat dengan pelbagai isu dan masalah, Justin sebenarnya merupakan antara selebriti Hollywood yang pantas bangkit semula daripada terjatuh.
Dan sebab itulah, we just cannot help but to like him.
Ini merupakan 15 perkara tentang Justin Bieber yang mungkin korang belum tahu.
01
Justin pernah menetap di rumah lama Britney Spears. Namun kini, dia dilaporkan gemar tinggal di hotel saja.
02
Menurut Will Smith, Justin menganggap dirinya sebagai mentor dan mereka akan bercakap sekurang-kurangnya sekali dalam masa seminggu. Walaupun Will terlibat di dalam dunia lakonan, ramai merasakan mereka rapat kerana Will boleh dianggap sebagai seorang ayah yang memahami isi hati remaja. Will sendiri bermula awal di dalam industri hiburan melalui siri Prince of Bel Air.
03
Justin boleh bertutur dalam bahasa Perancis dengan fasih memandangkan dia berasal dari Kanada. Dan dia juga dilaporkan boleh mengira sehingga 10 dalam bahasa Jerman. Hehe..
04
Selepas Justin memotong rambutnya pada tahun 2011, dia melelong lebihan rambut yang dipotong di eBay pada harga $12,000. Hasilnya, ia berjaya dijual pada harga $40,000 dan Justin mendermakannya kepada badan kebajikan.
05
Justin boleh menyelesaikan kiub rubix dalam masa kurang dari 2 minit! Haa korang mampu?
06
Sekiranya Justin tidak menjadi seorang penyanyi, katanya dia akan menjadi seorang arkitek. Cuba bayangkan design rumah dia, boleh lawan rumah Michael Jackson.
07
Justin mempelajari sendiri bagaimana untuk bermain trumpet, gitar, piano dan drum. Kalau itu bukannya talented, kami tak tahulah nak gelar Justin apa lagi.
08
Mesti ramai yang sudah tahu tetapi bagi yang belum, Justin sememangnya berkawan baik dengan Kim Kardashian West. Mereka masih berhubung melalui Blackberry Messenger (BBM) kerana Kim enggan menggunakan telefon selain Blackberry.
09
Ya, Justin diperkenalkan ke dunia hiburan melalui pengurusnya Scooter Braun. Semuanya gara-gara video Justin menyanyi yang dimuat naik oleh ibunya ke YouTube. Walau bagaimanapun, Usher lah orang yang bertanggung jawab menandatangani Justin dengan sebuah label muzik. Tanpa Usher, Justin pernah terfikir untuk menyertai American Idol.
10
Justin gemar mengambil cereal, Berry Captain Crunch sebagai sarapan.
11
Justin pernah tiba lewat di konsertnya di Salt Lake City kerana dia pergi melawat seorang peminat perempuan berusia 7 tahun di hospital terlebih dahulu. Kanak-kanak itu menghadapi leukemia dan Justin betul-betul ingin menghabiskan masa bersamanya.
12
Antara filem kegemaran Justin ialah The Notebook! Aww..
13
Pada masa lapang, Justin tidak akan melepaskan peluang untuk pulang ke rumah ayahnya dan berlatih boxing bersama. Ayahnya, Jeremy Bieber juga merupakan bekas MMA Fighter.
14
Justin bersifat claustrophobic dan tidak sukakan tempat sempit terutamanya di dalam lif.
15
Setiap kali Justin pergi melawat sesebuah bandar untuk jelajah konsert, dia pasti akan melawat sebuah kompleks membeli-belah di bandar tersebut. Ingat lagi tak semasa Justin berasa di Wangsa Walk Mall, Wangsa Maju bersama Selena Gomez semasa berada di Kuala Lumpur untuk konsert bersama MTV?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi dan penerbit muzik popular, Charlie Puth baru-baru ini mencuri perhatian di media sosial selepas mengumumkan kelahiran cahaya mata pertama hasil perkahwinannya bersama Brooke Sansone.
Menerusi sebuah perkongsian gambar di Instagram, Charlie atau nama sebenarnya Charles Otto Puth Jr. berkongsi beberapa foto bayi lelaki miliknya untuk tatapan umum.
Dalam masa sama, penyanyi berusia 35 tahun itu turut memperkenalkan nama anak sulungnya, Jude yang dilahirkan pada 13 Mac lalu.
“Hey Jude 3.13.26,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen, sekaligus membuatkan para peminat teruja dengan berita berkenaan.
Walaupun bayi tersebut dilahirkan lebih awal, pengumuman rasmi hanya dibuat beberapa hari selepas itu, menjadikan perkongsian tersebut lebih istimewa buat pengikutnya.
Selain dari itu, Charlie turut memuat naik video di TikTok yang menunjukkan dirinya bermain piano sambil mendukung bayi lelaki tersebut, satu momen santai yang dengan pantas menjadi perhatian ramai.
Menariknya, beliau juga memainkan lagu ikonik berjudul ‘Hey Jude’ nyanyian kumpulan legenda The Beatles, yang menjadi inspirasi kepada nama anaknya. Di ruangan komen, Charlie dan isterinya dibanjiri ucapan tahniah daripada peminat serta rakan selebriti yang tumpang gembira dengan khabar tersebut.
Sebelum ini, berita kehamilan Brooke mula diketahui menerusi kemunculannya dalam video muzik lagu Changes yang dilancarkan tahun lalu, dan pasangan itu dilaporkan telah mendirikan rumah tangga pada 7 September 2024.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon berkaliber, Reen Rahim menyifatkan kesalahan yang dilakukan pelakon dan pengacara, Sweet Qismina ketika mengacarakan di pertandingan akhir Bintang Kecil 2023 sebagai perkara biasa yang dilalui seorang hos baharu.
Menerusi hantaran di Instagram Story, Reen berkata untuk menjadi seorang pengacara yang hebat perlu melalui fasa jatuh bangun terlebih dahulu, selain dia yakin Sweet akan menjadi seorang pengacara yang disegani suatu hari nanti.
“Tak pernah la netizen ini nak bagi peluang kan. Kau ingat semua keluar perut terus pandai ke?
“Nak jadi hebat kena lalui fasa ini (jatuh). Percayalah selepas dia (Sweet) lalui fasa ini dia akan kembali kuat dan hebat selepas ini,” katanya.
Dalam hantaran sama, Reen berharap isteri kepada pelakon Adam Lee itu tidak mengambil kata pusing dan ‘persetankan’ kata-kata warganet yang mengkritik dirinya.
“Sweet, tolong persetankan mereka yang mengkritik kau. Mereka yang cakap negatif ini sebenarnya mereka yang teruk.
“Yang dah berjaya pasti nampak kekuatan awak dan akan sentiasa beri sokongan. Terus melangkah dan sentiasa ceria okey,” coretnya lagi.
Terdahulu, tular video yang memaparkan kesilapan pengumuman juara dan naib juara pertandingan Bintang Kecil 2023 yang diadakan secara langsung di Arena Gemilang, DeTAR Putra, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kota Samarahan, Sarawak, pada Ahad.
Tidak sekadar itu, acara tersebut turut dikejutkan dengan insiden kesilapan pengumuman pemenang peserta terbaik yang disifatkan sebagai satu gimik oleh pengacara.
Program Bintang Kecil 2023 dihoskan oleh Azam Pitt dan Sweet Qismina.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sambal Nyet Bilis Khairul Aming tampil dengan rasa baharu menggunakan bahan tempatan berkualiti, ikan bilis segar dan formulasi khas yang menarik perhatian peminat.