Khairul Aming Bongkar Resepi Coklat ‘Kayangan’ Ala ROYCE, Buat Sendiri Lebih Jimat!

Share

Sebelum ini viral coklat ‘kayangan’ jenama Royce yang dikatakan sangat sedap terutamanya bagi peminat coklat. Royce’ Chocolate merupakan dessert coklat yang berasal dari Jepun. Jika anda pernah makan coklat ini, anda mesti setuju bahawa rasanya memang sedap dan cair di mulut.

BACA: Resipi Kek Batik Indulgence Edisi Premium, Buat Sendiri Lebih Puas Hati

Sebenarnya coklat ini boleh dibuat sendiri di rumah dengan kos yang jauh lebih berpatutan.

Segmen 30 Hari 30 Menu Khairul Aming yang dikeluarkan setiap tahun untuk menyajikan konten masak di Instagram pada bulan Ramadan bagaimanapun telah mengejutkan orang ramai apabila pada puasa ke-14, KA memuat naik sebuah video resepi coklat premium ala ROYCE!

Resepi coklat ala ROYCE ini menurutnya sesuai disajikan selepas waktu berbuka puasa. Masa moreh pun nice juga.

Ada yang nak try buat? Jom lihat resepi dan cara membuatnya di bawah:

 

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1.5 cawan whipping cream
  • 50g unsalted butter
  • 350g bittersweet chocolate
  • coco powder

Paling menarik, selepas dimuat naik kurang 24 jam di media sosial, ada pengguna Twitter sudahpun berjaya membuatnya! Jadi pula tu.

Mudah sahaja kan? Selepas ini tak perlu beli lagi, buat sahaja di rumah lebih menjimatkan. Selamat mencuba!

BACA: Hanya Guna 4 Bahan, Ini Resipi Aiskrim Roll Oreo Yang Mudah Disediakan

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja

untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


IKLAN