Khaby Lame raih RM3.57 bilion hasil jual sebahagian syarikatnya, sekali gus membuktikan bahawa dunia pencipta kandungan kini mampu melahirkan empayar perniagaan bertaraf global. Pempengaruh TikTok paling berpengaruh di dunia itu dilaporkan menandatangani perjanjian besar bernilai sekitar USD900 juta dengan sebuah syarikat tersenarai di Amerika Syarikat, Rich Sparkle Holdings.
Daripada sekadar video ringkas tanpa suara yang dirakam ketika dunia berada dalam fasa ‘lockdown’, Khaby Lame kini muncul sebagai antara figura paling berpengaruh dalam ekonomi digital global.
Fenomena Video Tanpa Suara Ketika PKP
Nama Khaby Lame mula mencuri perhatian dunia sekitar tahun 2020 ketika pandemik COVID-19 melanda. Ketika ramai berdepan tekanan hidup dan kehilangan pekerjaan, Khaby memilih pendekatan unik dengan berkongsi video reaksi tanpa suara yang menyindir kandungan ‘life hacks’ yang dianggap tidak masuk akal.
Dengan hanya menggunakan ekspresi wajah dan gerak tangan, kandungan ringkasnya berjaya menarik perhatian jutaan pengguna media sosial dalam masa singkat. Keunikan inilah yang melonjakkan Khaby Lame sebagai fenomena global, khususnya dalam kalangan remaja dan generasi muda.
Ads
Hari ini, Khaby memiliki lebih 160 juta pengikut di TikTok, menjadikannya antara individu paling ramai pengikut di platform tersebut dan simbol kejayaan pencipta kandungan digital.
Dari Influencer Kepada Pemilik Empayar Perniagaan
Populariti luar biasa itu tidak disia-siakan. Khaby Lame mula membina jenama sendiri dan mengembangkan perniagaannya ke peringkat antarabangsa melalui kerjasama penajaan, perkongsian jenama serta pelbagai inisiatif komersial berimpak tinggi.
Menerusi perjanjian terbaharu ini, Khaby Lame menyerahkan hak komersial global jenamanya kepada Rich Sparkle Holdings untuk tempoh awal selama 36 bulan. Perjanjian tersebut merangkumi hak perkongsian jenama, penajaan, pelesenan serta aktiviti e-dagang berskala besar.
Ads
Walaupun begitu, Khaby Lame tidak menjual sepenuhnya syarikatnya. Beliau kekal sebagai pemegang saham utama dan pengawal dalam Rich Sparkle, sekali gus memastikan penglibatan langsung dalam hala tuju strategik perniagaan yang dibinanya.
Era Baharu Ekonomi Content Creator
Langkah strategik ini dilihat sebagai titik perubahan penting dalam landskap pemasaran digital global. Ia menandakan peralihan daripada model influencer tradisional kepada model perniagaan berasaskan ekuiti, teknologi dan e-dagang, selari dengan perkembangan pesat ekonomi pencipta kandungan.
Nilai perjanjian sekitar USD900 juta itu juga antara yang terbesar pernah direkodkan melibatkan seorang pencipta kandungan digital. Rich Sparkle Holdings percaya gabungan trafik media sosial, teknologi proprietari serta sistem pemenuhan global mampu menjana potensi pendapatan sehingga USD4 bilion setahun jika perancangan berjalan lancar.
Ads
Inspirasi Besar Buat Remaja
Kejayaan Khaby Lame menjadi inspirasi besar buat golongan remaja dan anak muda yang aktif di media sosial. Ia membuktikan bahawa kandungan kreatif bukan sekadar hiburan, malah mampu menjadi asas kepada pembinaan perniagaan bernilai tinggi jika diurus dengan bijak dan strategik.
Daripada video reaksi tanpa suara yang ringkas kepada empayar komersial bernilai hampir USD1 bilion, perjalanan Khaby Lame membuktikan bahawa dunia digital hari ini membuka peluang luas buat sesiapa sahaja yang berani mencuba dan konsisten.
Khaby Lame kini bukan lagi sekadar content creator, tetapi simbol kejayaan generasi baharu dalam membina pengaruh dan kekayaan melalui ekonomi digital global.
Mungkin ramai penyewa rumah yang berkira-kira untuk membuat pengubahsuaian atau makeover kediaman kerana beranggapan ia bukannya rumah kita sendiri.
Namun sebaliknya bagi Siti Mariam Kamsan yang sudah tiga kali berpindah rumah sewa tetapi tidak pernah berkira untuk melakukan makeover dengan menampung kosnya sendiri. Daripada rumah flat, kini Siti Mariam akhirnya mendapat rezeki untuk menyewa landed house di kawasan sekitar Selangor.
Dengan ruang yang cukup simple, dia mengambil keputusan untuk mengubah suai dengan sentuhan seni yang dimilikinya.
“Saya memang minat mendeko daripada zaman anak dara lagi. Rezeki pula bila suami banyak membantu dan layan idea-idea saya ini. Alhamdulillah, saya dapat tuan rumah yang baik hati dan kami diberi duduk sebulan percuma kerana kerja pengubahsuaian yang saya telah lakukan ini,”
“Daripada segi kos pula, sebenarnya banyak yang boleh diguna pakai semula. Saya hanya menggunakan perabot yang sedia ada di rumah sewa dulu. Jadi, untuk rumah sewa yang baru ini, saya hanya tambah sikit-sikit dan cat serta guna kertas dinding sahaja,” jelasnya kepada Remaja.
Jom kita lihat ruangan kediaman Siti Mariam Kamsan sebelum dan selepas makeover.
Sebelum
Nampak kusam sebelum diubahsuaiRuang dapur
Selepas
Tema ruang tamu Grey Pink dengan konsep ‘bulu-bulu’Pampas grass korang boleh beli di Shopee, tapi tak digalakkan sebab takut patah. Boleh cari seller yang boleh COD dan hantar ke rumah
Ruang menontonRuang makan dengan hiasan kertas dindingRuang dapur
Memang berbeza kan. Biarpun rumah sewa tapi Siti Mariam merasakan ini adalah untuk kepuasan dirinya sendiri. Jadi, tidak salah kita melabur asalkan kita selesa kan?
Lagi pun kita juga yang nak duduk hari-hari di rumah. Hiks!
Jika diimbas semula pada Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, kontinjen negara pernah melakarkan pencapaian terbaik dalam sejarah penyertaan Malaysia di Sukan Olimpik.
Hampir lima tahun lalu, Malaysia telah menerima empat pingat perak yang disumbangkan oleh Datuk Lee Chong Wei (badminton), Goh V Shem – Tan Wee Kiong (badminton), Chan Peng Soon – Goh Liu Ying (badminton) dan Pandalela Rinong – Cheong Jun Hoong (terjun).
Sementara itu, the pocket-rocket man, Azizulhasni Awang telah cemerlang dalam acara berbasikal trek apabila membawa pulang sebutir pingat gangsa.
Justeru, 99 hari sebelum Sukan Olimpik Tokyo yang bakal bermula dari 23 Julai ini, tentunya rakyat Malaysia sudah tidak sabar untuk memberikan sokongan buat atlet negara yang telah melayakkan diri untuk berjuang demi nama negara.
Kelmarin, senarai atlet yang telah melayakkan diri telah diberikan semangat bersama slogan rasmi ‘Demi Malaysia’.
Jom kenali siapakah mereka ini.
Khairul Anuar Mohamad (Memanah)
Sumber Foto: Zimbio.
Azizulhasni Awang (Berbasikal Trek)
Muhammad Shah Firdaus Sahrom (Berbasikal Trek)
Sumber Foto : The Star.
Nur Dhabitah Sabri (Terjun)
Sumber Foto: Good News.
Ng Yan Yee (Terjun)
Pandelela Rinong (Terjun)
Leong Mun Yee (Terjun)
Farah Ann Abdul Hadi (Gimnastik Artistik)
Khairulnizam Mohd Afendy (Sukan Layar)
Nur Shazrin Mohd Latif (Sukan Layar)
Sumber Foto: Column Life.
Nuraisyah Jamil & Juni Karimah Noor Jamali (Sukan Layar)
*
Sementara itu, seramai 10 orang atlet para negara juga telah melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo.
Mereka terdiri daripada Muhd Nursaiful Zulfikri dan Brenda Anelia (renang), S Suresh dan Wiro Julin (memanah), Muhammad Ziyad Zolkefli, Wong Kar Gee, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dan Abdul Latif Romli (olahraga), Chew Wei Lun (boccia) dan Bonnie Bunyau Gustin (powerlifting).
Di Sukan Paralimpik Rio, skuad negara cemerlang menghadiahkan tiga pingat emas menerusi Mohamad idzuan Mohamad Puzi, Muhammad Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perkara yang paling merisaukan perempuan bila bersukan adalah kalau pakaian yang dikenakan tidak sesuai dengan aktiviti. Boleh potong mood nak bersenam tau.
Namun begitu, kebanyakkan yang melakukan aktiviti bersukan terutamanya workout di gimnasiumini memilih baju sukan yang agak menjolok mata dan mengenakan jersi ketat.
Pernah menimbulkan perbalahan netizen mengenai aurat wanita terutamanya wanita bertudung, isu tersebut agak sensitif memandangkan ia dilihat kurang manis kerana tidak sesuai dengan penampilan.
Pergi Gym Pakai Dress?
Walau bagaimanapun, penyanyi bersuara lunak, Aina Abdul Aina Abdul telah mematahkan stereotaip itu dengan hadir ke gimnasium dengan memakai dress labuh serta tidak ketat sama sekali.
Rileks dan bersahaja, Aina mampu sahaja mengangkat dumbbells dan bersenam seperti biasa tanpa perlu menggayakan baju sukan yang ketat ataupun mendedahkan bentuk fizikalnya.
Tindakan Aina Tuai Komen Positif Netizen
Posting tersebut juga disertakan dengan kapsyen mengatakan yang dia hadir ke gimnasium selepas bekerja dan terserempak dengan penyanyi lelaki, Syamel yangg turut berada di sana.
Perkongsian video di Intagram penyanyi itu telah mendapat pelbagai maklum balas positif daripada rakan selebriti dan juga warganet. Rata-rata memuji penampilan Aina yang masih lagi menjaga penampilan walaupun sedang bersenam.
Foto Via Instagram Aina Abdul
Tidak dinafikan Aina memang sering tampil dengan gaya unik yang pastinya mencuri mata peminat. Apa-apa pun penampilan Aina di Gym ini memang cool dan patut dipuji!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!