Hampir sebulan lebih kita ‘terkandas’ di rumah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana pada 18 Mac lalu dan rata-rata tidak sabar menjalani kehidupan seperti biasa.
Masyarakat di Malaysia mahupun di seluruh dunia tertunggu-tunggu bilakah wabak COVID-19 ini akan berakhir.
Tidak menunjukkan tanda-tanda nak berakhir, baru-baru ini di Itali sekumpulan doktor memberi amaran bahawa radang dingin atau frostbite kemungkinan tanda-tanda baharu jangkitan wabak pandemik COVID-19.
Pada Mac lalu, beberapa pakar dermatologi di Itali menemui kesan lebam di buku lali serta kaki dan berlaku perubahan warna pada bahagian organ terhadap mereka yang dijangkiti COVID-19.
Ads
Pakar-pakar dermatologi di Eropah dan Amerika Syarikat (AS) sedang berbincang kemungkinan potensi baharu simptom penyakit yang membawa maut, lebih-lebih lagi jika ia dijangkiti kanak-kanak dan remaja.
Keadaan ini sama dengan luka akibat kesejukan iaitu merupakan tanda yang terdapat dalam kalangan masyarakat bagi mereka yang tinggal di kawasan musim sejuk serta tebal seperti di kutub dan sub-kutub.
Ads
Ia menyebabkan saluran darah di kaki mengalami keradangan, malah jari kaki juga cenderung mengalami kekejangan serius. Di Itali, kanak-kanak seperti itu tidak menunjukkan sebarang gejala COVID-19 dan situasi ini menjadikan ia pandemik.
Ads
Sementara itu, kemungkinan gejala yang pada masa ini tidak biasa untuk COVID-19 dapat berkembang menjadi petunjuk utama jangkitan koronavirus baharu dalam beberapa bulan dan tahun-tahun yang akan datang.
Seperti yang ditegaskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), virus akan terus berada di antara manusia untuk tempoh masa yang lama.
So bagi yang ada alami tanda-tanda di atas, jangan berlengah lagi jalani pemeriksaan di hospital atau Klinik Kesihatan. Walaupun kes ini hanya diluar negara, namun kita harus mengambil langkah berjaga-jaga.
Kalau korang yang lahir tahun 90-an pasti membesar dengan saluran NTV7 ni. Sebagaimana kita tahu, NTV7 merupakan merupakan salah sebuah stesen televisyen swasta terestrial nasional di Malaysia yang menawarkan rancangan dalam Melayu, Inggeris, Korea dan Mandarin.
23 tahun beroperasi, akhirnya saluran TV ini mengundurkan diri bagi memberi laluan saluran khusus TV Pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV KPM pada Khamis ini.
Sementara itu, pelakon dan pengacara terkenal, Che Puan Sarimah Ibrahim meluahkan rasa sedih dilaman facebook miliknya. Menurut beliau, saluran NTV7 merupakan titik permulaan kerjayanya sebagai seorang pengacara.
”Selamat tinggal ntv7 Malaysia.. saya memulakan perjalanan karier tv di sini.. mengacara pelancaran ntv7 pada 7 April 1998 bersama Rosyam Nor dan Hairie Othman..” tulisnya.
Sumber Gambar : Youtube
Untuk pengetahuan semua, DidikTV akan menyiarkan program yang diterbitkan khusus berteraskan kurikulum dan kokurikulum KPM dan boleh ditonton menerusi saluran 107 di MYTV, saluran 147 di Astro dan saluran NTV7 di TV Unifi.
Nantikan DidikTV, sebuah program pendidikan maya melangkaui bilik darjah untuk semua peringkat persekolahan.
Di sebalik kesulitan dihadapi ramai pihak berikutan Perintah Sekatan Pergerakan bagi mengelak penularan wabak COVID-19, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan berita gembira buat rakyat Selangor.
Dalam satu sidang akhbar, Menteri Besar mengumumkan beberapa manfaat bagi membantu rakyat negeri Selangor khususnya.
Baca seperti dikongsikan oleh beliau sebentar tadi.
Saya telah umumkan Pakej Selangor Prihatin #COVID_19 sebanyak RM127.78 juta bagi meringankan kesukaran yang dihadapi oleh rakyat.
RM200 akan diberi kepada 6,000 petugas kesihatan di kesemua hospital di Selangor.
80,000 Penjaja dan Peniaga berlesen akan menerima bantuan RM500 serta pengecualian sewa premis PBT selama sebulan.
Mahasiswa/ siswi Selangor yang mengaji di Sabah & Sarawak akan diberi RM200 bagi kelangsungan hidup.
Pembayaran Penyewa Skim Smart Sewa akan ditangguhkan selama 3 bulan.
Bayaran ansuran oleh 40,000 Peminjam HIJRAH akan ditangguhkan serta-merta selama 3 bulan.
Had peruntukkan ADUN bagi Program Mesra Rakyat dinaikkan daripada RM20,000 kepada RM30,000.
Pembayaran cukai petak dan cukai tanah dilanjutkan tempohnya ke 30 Jun 2020.
Pelajar di UNISEL, KUIS dan INPENS akan menerima bantuan bekalan makanan percuma
Saya berharap Pakej Selangor Prihatin ini dapat meringankan beban kehidupan yang dihadapi oleh setiap rakyat Selangor kerana wabak #COVID_19.
Namun, saya juga mengajak semua untuk melaksanakan tanggungjawab kita dengan belajar dari rumah, bekerja dari rumah, beribadah di rumah serta menjaga kesihatan kita masing-masing.
“Hey tak baik makan mi segera tau”. “Jangan makan panadol, tak elok”. Familiar kan dengan statement-statement macam ni? Memang ramai dah yang bercakap soal keburukan makanan segera serta beberapa jenis makanan lain.
Adakah ini semua hanya mitos semata-mata atau mungkin ia memang benar? Bagi menjawab persoalan ini, REMAJA akan berkongsi jawapan yang diberikan di page Facebook Medical Mythbusters Malaysia terhadap mitos dengan empat makanan ini.
Mitos 1: Mi segera
Tahu tak kenapa mi segera boleh tahan lama dalam keadaan keras dan akan menjadi lembut apabila direndam dengan air panas? Ini disebabkan oleh kandungan wax (lilin) dalam mi tersebut yang membolehkannya tahan lama. Katakanlah, hari ini anda makan mi segera , dan esoknya korang terasa nak makan mi segera lagi, jangan makan ok.
Pastikan anda makan 3 hari berikutnya kerana wax mengambil masa selama 3 hari untuk di hadam. Bayangkanlah kalau anda makan mi segera setiap hari, berapa banyak kandungan wax yang terkumpul dalam perut anda. Dan ini sebenarnya boleh menyebabkan kanser yang boleh membawa maut.
Jawapan:
Bahaya mi segera sebenarnya terletak pada tinggi garam dari perencah dia. Ia adalah diet yg tak seimbang kalau makan selalu. Ia tak menyebabkan kanser dan tiada kes ‘potong usus’ dilaporkan setakat ini.
Mitos 2: Sardin
Pemerhatian pertama atau kes pertama yang digunakan sebagai bahan bukti betapa buruknya amalan makan sardin ialah ketumbuhan fibroid di dalam rahim. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh.
Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser sama ada benign atau malignan.
Jawapan:
Sardin atau makanan dalam tin tidak menyebabkan fibroid dalam rahim wanita (tiada kes dilaporkan). Walaupun ada pendapat mengatakan perkaitan makanan dalam tin termasuk sardin dengan kanser yang mana dikatakan makanan tersebut terdedah pada logam plumbum (lead poisoning) dari tin.
The world health organisation’s international agency for research on cancer (IARC) melaporkan ‘mungkin’ ia carcinogenic pada manusia. Laporan yang tidak konklusif. Namun begitu bahayanya adalah sebenarnya terletak pada kandungan garam (salt- sodium chloride) dan bisphenol A (BPA) yg tinggi sardin/makanan dalam tin. Jangan makan makanan tinggi garam nanti darah tinggi adik kakok. Tak seimbang tu kalu mkn slalu… Hihi.
Mitos 3: Minuman 3 in 1
Persatuan Pengguna Pulau Pinang(CAP) mendakwa seorang yang minum sebanyak 20 gelas 3 in 1 dalam masa sebulan berpotensi untuk menghidap lebih dari 60 jenis penyakit kronik.
Berdasarkan kajian yang telah dibuat sejak 10 tahun lalu ke atas satu pek minuman coklat 3 in 1 seberat 28 gram, terdapat 55.6 % kandungan gula di dalamnya yang bersamaan 3 sudu teh manakala kopi (20 gram) ialah sebanyak 51.5 % kandungan gula bersamaan dengan dua sudu teh gula. Besar kemungkinan kadar kandungan gula yang dimasukkan dalam pek itu kini ditambah sebanyak dua kali ganda selain krimer.
Jawapan:
Bahayanya sebab tinggi kandungan gula. Gula tinggi macam-macam la dpt penyakit bermula dengan diabetis. Bukan hanya minuman 3 in 1 tapi semua yg manis-manis. Kurangkan manis dalam minuman, lebihkan dalam senyuman ye.
Mitos 4: Panadol
Panadol adalah ubat yang bertoksik kepada tubuh manusia. Ia akan merosakkan organ hati dan Panadol akan tinggal di dalam tubuh manusia selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Panadol ni sebenarnya adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak kita consumed, semakin lama semakin kurang kesannya pada badan kita.
Bererti kita perlukan dos yang lebih lagi bila ia kurang berkesan Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka yang terpaksa melahirkan anak secara bedah, ubat tahan sakit yang diberi mestilah tinggi dosnya.
Tapi kalau terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup dos ubat tahan sakit yang diberi tadi akan memberikan kesan sifar terhadap kesakitan yang kita alami dan kita perlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit.
Seboleh bolehnya elakkan la 4 jenis makanan kat atas. Cari makanan alternatif lain macam roti(terutama roti serat), biskut, dan lain-lain yang bukan makanan segera. Sayangi diri kita, kalau dah sakit nanti lagi banyak duit yang kita kena keluarkan, jom share untuk kebaikan bersama….. infomasi kesihatan
Jawapan:
Panadol (paracetamol/acetaminophen) dikatakan toksik pada badan adalah TIDAK BENAR. Panadol bukan ubat toksik pada badan jika ikut dos yg betul seperti disarankan oleh doktor atau pengeluar Panadol.
Dose yang disarankan adalah:
1. Tab paracetamol 1g bersamaan dengan 2 biji (500mg satu biji) setiap 6-8 jam sekali (maksima 4g sehari) untuk orang dewasa.
2. Untuk kanak2 sirap paracetamol adalah 15mg per kg dalam 6-8 jam (3-4 kali) sehari
3. Suppositories paracetamol yang dikenali ubat peluru (masuk rektum) 30mg per kg setiap 6 jam sekali (maksimum 5g sehari).
4. Paracetamol juga ada dalam bentuk intravenous (IV Perfalgan) diberikan 1g secara infusi dalam masa 15 minit (minimum tidak kurang dari 4 jam sekali: maksimum 4g sehari)
Paracetamol digunakan sebagai ubat demam (antipyretic) dan ubat tahan sakit (painkiller) yg paling selamat dan sesuai digunakan oleh kanak2, ibu-ibu mengandung dan tengah menyusu dan juga warga emas.
Dos toksik panadol (overdose) pada hati sebenarnya adalah >10g (20 biji) atau 200mg/kg. Yang ni memang sekali nyawa kita jalan kerana kerosakan hati. Hanya beberapa perkara perlu berhati-hati jika anda adalah G6PD deficiency (possible risk of hemolysis), pesakit buah pinggang dan hati dan alahan pada paracetamol.
Panadol tinggal dlm tubuh selama 5 tahun adalah MITOS. Panadol hanya dalam badan selama 4-6 jam sahaja kemudian akan dikumuhkan.
Saya hanya menjawab satu artikel yang banyak disebarkan dan circulate di media sosial khususnya di whatsapp. Ia akan membuatkan masyarakat jadi panik dan tidak mahu makan ubat. Saya sendiri berpengalaman jumpa pesakit yang kata panadol bahaya dan tak mahu mengambilnya setelah diberikan. Datang sakit demam jadi susah kami para doktor nak merawat.
Semoga tulisan pendek saya memberi sedikit info yang bermanfaat untuk semua.
Dr Ahmad Zakimi Abdullah (Dr Zek)
Medical Mythbusters Malaysia
Diharap jawapan yang dikongsi oleh doktor ini memberi pencerahan buat anda yang selama ni tertanya-tanya apakah benar atau tidak berita yang sering dikhabarkan di media sosial tentang isu ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
AirAsia melakar satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara apabila mengumumkan polisi seragam baharu yang lebih inklusif, membenarkan kru kabin wanita memilih untuk...