Kes positif COVID-19 di negara kita mencatatkan sebanyak 1,210 kes baru semalam dengan lima lagi kematian. Walaupun sudah lebih kurang satu bulan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, namun nampaknya kes positif masih lagi tidak berkurangan.
Ekoran daripada itu, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengarahkan masjid negeri, bandar, jajahan serta mukim di seluruh negeri mengadakan solat hajat, bacaan surah Yasin dan doa selamat selama 40 malam bermula 17 November 2020.
Kredit foto: Astro Awani
Walau bagaimanapun, arahan ini dikecualikan kepada masjid yang terletak di kawasan yang disahkan terdapat kluster COVID-19.
Perkara ini mendapat perkenan daripada Sultan Muhammad V dan Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan sebagai Ketua Agama Islam sebagaimana peruntukkan Perkara 6 (1) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan supaya diadakan solat hajat, bacaan Yasin dan doa selamat di masjid negeri, bandar dan jajahan, serta mukim di seluruh negeri.
Pendekatan ini diambil memandangkan sejak akhir-akhir ini berlakunya peningkatan dalam kes COVID-19 di seluruh negara termasuk di Kelantan. Ini menyebabkan MAIK memutuskan untuk mengadakan solat hajat, bacaan Yasin dan doa selamat bagi membendung penularan wabak berkenaan.
Ads
Inisiatif ini mendapat respon positif netizen dan rata-rata daripada mereka turut menyeru agar solat hajat ini juga didirikan di setiap masjid yang masih dibuka di seluruh negara.
Ads
Ads
Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa-dosa kita dan mengangkat virus ini daripada terus menular. Bukan hanya masyarakat di Kelantan, kita juga boleh lakukan solat hajat setiap malam di rumah.
Doa yang baik-baik, semoga wabak pandemik COVID-19 ini berakhir segera.
Kelonggaran beberapa sektor seperti sektor pekerjaan dan pelancongan merupakan satu petanda baik untuk ekonomi negara. Keberkesanan vaksin dalam menurunkan kadar keberjangkitan pandemik dilihat berada dalam tahap yang baik.
Namun, masih ada golongan yang bersikap anti-vaksin dan menolak daripada menerima suntikan. Memandang serius perkara ini, YouTube membuat tindakan tegas apabila bakal menyekat kandungan anti-vaksin dari seluruh dunia!
Foto : Getty Image
Langkah ini diambil dalam usaha platform popular itu bagi menghalang sebarang penyebaran maklumat palsu berhubung vaksin Covid-19.
Antara contoh kandungan yang tidak dibenarkan disiarkan dalam YouTube termasuklah dakwaan yang mengatakan vaksin berkenaan menyebabkan kemandulan serta suntikan MMR yang melindungi individu daripada dijangkiti cacar, beguk dan rubella boleh menyebabkan autism.
Syarikat video atas talian milik Alphabet itu turut mengharamkan saluran-saluran yang dikaitkan dengan beberapa aktivis anti-vaksin ternama seperti Robert F. Kennedy Jr dan Joseph Mercola.
Robert F. Kennedy Jr.’s. Foto Kredit…Clemens Bilan/EPA, via Shutterstock
Dalam pada itu, Mercola dalam satu kenyataan berkata: “Kami di seluruh dunia akan terus bersatu, tidak akan hidup dalam ketakutan, berpegang teguh pada prinsip dan akan melindungi kebebasan kami.”
Keprihatinan Youtube ini terhadap isu penolakan vaksin ini seharusnya menjadi satu contoh dan semangat untuk syarikat gergasi di dunia untuk sama-sama memastikan kehidupan di dunia menjadi lebih baik apabila majoriti penduduk dunia sudah divaksin. Semoga dengan tindakan drastik Youtube ini menjentik hati kelompok antivaksin untuk memikirkan kembali keputusan mereka.
Satu lagi bencana alam telah melanda negara jiran kita, Filipina apabila ‘Super Typhoon Rolly’ atau lebih dikenali sebagai Taufan Goni mula membadai negara tersebut pada Sabtu lalu.
Ribuan penduduk terpaksa dipindahkan kerana taufan itu juga turut diramal akan menyebabkan kejadian tanah runtuh. Pusat Pengurusan Atmosfera, Geofizik, dan Astronomi Filipina (PAGASA) menyifatkan bahawa bencana itu sebagai taufan yang terkuat tahun ini. Ia dilaporkan membawa angin kuat berkelajuan 217 kilometer sejam.
Foto: Manila TimesFoto: Manila Times
Menurut Manila Times, taufan yang melanda pulau Catanduanes pada watu Subuh dengan angin kencang 225 kilometer per jam dan tiupan angin 280 kph (174mph) adalah setara dengan taufan kategori 5. Tiupan angin ke arah barat menuju daerah-daerah berpenduduk padat, termasuklah Metro Manila dan beberapa wilayah yang mengalami hujan lebat sekitar seminggu yang lalu dan mengorbankan kira-kira 22 orang mangsa dalam taufan Molave.
Foto: Manila TimesFoto: Manila Times
Khabarnya, pihak berkuasa juga sedang berhadapan dengan cabaran hebat apabila perlu menjaga pematuhan penjarakan fizikal di pusat penempatan bagi menghindarkan jangkitan COVID-19.
Besar sungguh dugaan yang dihadapi oleh negara tersebut. Gambar-gambar yang dikongsi juga cukup untuk membuatkan hati ini sayu bila melihat situasi yang melanda Filipina sekarang.
Foto: Manila TimesFoto: Manila TimesFoto: Manila TimesFoto: Manila Times
Sama-sama kita doakan agar segala urusan mereka dipermudahkan dan sabar serta kuat untuk menempuh dugaan yang diberikan ini.
Hiking merupakan antara salah satu aktiviti yang menjadi kegemaran golongan remaja untuk mengisi masa lapang mereka. Biasanya, waktu cuti hujung minggu diambil untuk melakukan aktiviti riadah ini.
Namun begitu, diingatkan untuk korang lebih berhati-hati kerana semalam seorang warga emas maut disengat tebuah tanah ketika melakukan aktiviti mendaki bukit di Bukit Ayer, Kangar. Mangsa yang dibawa rakannya ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) dengan menaiki kereta disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital pada jam 6.45 petang.
Gambar hiasan
Seramai empat pendaki termasuk mangsa dan isterinya diserang tebuan tanah sehingga mereka mengalami bengkak di anggota badan sebelum mangsa pengsan.
Difahamkan, mangsa disengat oleh ratusan tebuan tanah. Pergh, orang kata kalau disengat seekor tebuan tanah pun dah boleh gelap dunia, bayangkan jika ratusan tebuan yang menyerang.
Rentetan daripada berita ini, ramai juga yang berkongsi kisah ngeri mereka yang pernah disengat tebuan tanah. Jadikan kisah mereka sebagai teladan untuk lebih berhati-hati dengan serangga ini.
Fuh, baca pun dah ngeri!
Takziah kami ucapkan kepada keluarga mangsa dan untuk korang yang suka hiking atau masuk hutan, sentiasa berhati-hati serta bersedia dengan alatan pelindung diri.
redONE Mobile terus menyokong bakat muda melalui penglibatan dalam Dewi Remaja 2025, memberikan inspirasi, peluang dan dorongan kepada finalis untuk terus menyerlah dalam industri hiburan.