Kes COVID-19 Masih Meningkat, Rakyat China Bersesak Di Tempat Pelancongan Wuhan

Share

Daerah pertama yang dikatakan menyebarkan virus korona, Wuhan kini telah membuka ratusan lokasi pelancongan dalam usaha meningkatkan ekonomi tempatan. Tempat tumpuan tersebut khabarnya bebas kunjungi dan tidak mengamalkan langkah-langkah pencegahan.

Menurut Daily Star UK, ribuan pelancong telah berkumpul di akuarium besar di Wuhan, China walaupun kes COVID-19 masih meningkat di negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat.

Gambar menunjukkan ramai orang membanjiri tempat-tempat pelancongan walaupun Wuhan sebelum ini menjadi pusat COVID-19.

Antara tempat pelancongan yang menjadi tumpuan ramai adalah Ocean Park kerana ia merupakan salah satu tarikan yang boleh dikunjungi secara percuma. Hal ini menyebabkan ramai yang mula risau akan gelombang jangkitan seterusnya akan berlaku.

BACA: 20,000 Pelancong China ‘Serang’ Taman Negara Huangshan Selepas Tamat Lockdown

Pihak berkuasa Wuhan mengatakan lokasi tumpuan pelancong meningkat lebih tinggi dalam sehari kerana lebih kurang 400 destinasi pelancongan telah pun menghapuskan bayaran tiket masuk.

Menurut Changjiang Daily, pada hari minggu, seramai 12,000 pengunjung membanjiri Yellow Crane Tower, iaitu tiga kali ganda jumlah pengunjung harian sebelum ini.

Jurugambar sempat merakamkan keadaan sesak ketika orang ramai mulai berpusu-pusu menyerbu tempat percutian disana.

Wuhan mencatatkan lebih daripada 50,000 kes positif dan hampir 4,000 kematian serta menjalankan perintah kawalan pergerakan selama berbulan-bulan sebelum secara beransur-ansur membuka segala perniagaan dan tempat pelancongan.

Kami percaya, situasi ini bukan hanya terjadi di Wuhan, malah negara-negara lain juga. Ingatlah bahawa kita masih belum menang untuk menangani virus ini, jadi jangan lupa untuk mengamalkan penjarakan fizikal dan sentiasa memakai face mask ketika di tempat awam.

Lakukan langkah-langkah pencegahan ini demi kebaikan bersama. Biarlah negara lain nak berpusu-pusu ‘menyerang’ tempat pelancongan, tetapi jangan biarkan tempat kita menjadi seperti mereka.

Sumber: dailystar.co.uk

IKLAN