Pelakon aksi, Pablo Amirul akhirnya tampil bersuara berhubung spekulasi mengenai status seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dikaitkan sebagai anak kandungnya.
Isu itu tercetus selepas tular di TikTok rakaman panggilan video yang memperlihatkan Pablo menasihati remaja tersebut supaya menumpukan perhatian pada pelajaran serta tidak menjalin hubungan cinta kerana masih bersekolah.
Lebih mencuri perhatian, remaja itu dilihat memanggil Pablo dengan gelaran papa.
Tenang menjawab persoalan, Pablo, 40, bagaimanapun menegaskan isu tersebut terlalu peribadi untuk dikongsi secara terbuka memandangkan kes masih dalam siasatan pihak berkuasa.
“Macam mana awak boleh yakin dia adalah anak saya. Saya tidak mengiyakan atau menafikan. Saya sangat mengenali mereka dengan baik, saya kenal ibunya dan anak perempuan itu. Itu mungkin anggapan dia pada saya.
“Kalau saya dah kahwin, tak susah pun orang nak tahu saya sudah berkahwin atau ada anak. Buat semakan menggunakan nama saya pasti keluar. Tetapi di sini ada benda yang perlu saya jaga. Sensitiviti dan menghormati seseorang.
“Biarlah kami saja yang tahu lagipun kes ini masih lagi disiasat. Tiada gunanya kalau saya beri sebarang kenyataan,” katanya kepada Remaja.
Ads
Pablo ditemui ketika sidang media Polis Evo Wonda-Ful 10 Years yang berlangsung di TGV KLCC.
“Saya Pilih Berdiam Diri”
Menurut pelakon itu lagi, dia tidak terkesan dengan dakwaan yang dilemparkan, sebaliknya mengakui hanya memantau perkembangan kes dari jauh.
“Kalau terganggu saya rasa daripada hari pertama isu ini diperkatakan saya sudah memberi respons. Saya ambil pendekatan untuk berdiam diri dan fokus pada kerjaya.
Ads
“Bohong kalau saya cakap tidak ambil tahu tetapi saya tahu ada tindakan undang-undang dilakukan dan suspek juga sudah ditahan untuk siasatan tempoh hari.
“Bagi saya, kalau saya tidak buat apa-apa kenyataan maksudnya tiada perkara serius berlaku. Biarlah pihak berkuasa yang menjalankan tanggungjawab itu,” ujarnya.
Peringatan Buat Pempengaruh & Rakan Artis
Dalam masa sama, Pablo turut menitipkan pesanan agar pempengaruh serta rakan artis lebih berhati-hati dalam mendepani cabaran dunia digital.
Ads
“Semua yang berlaku ini boleh terjadi kepada sesiapa saja. Nasihat saya, dunia hiburan penuh dengan godaan. Boleh sesat.
Isu-isu gangguan seksual ini perlu lebih berhati-hati, jangan terlalu ikut nafsu.
Kalau bernafsu sangat tak boleh kawal, pergi bayar perkhidmatan itu (khidmat seks).
Peringatan kepada pempengaruh atau mana-mana selebriti, berhati-hati lebih-lebih lagi dalam dunia digital sekarang ini. Makin mencabar,” katanya.
Untuk rekod, pada 10 Julai lalu, seorang pempengaruh media sosial bergelar CEO Batu didakwa atas kesalahan melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap remaja perempuan berusia 14 tahun.
Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan. Hakim Norshila Kamarudin kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan melapor diri di balai polis setiap bulan selain dilarang mengganggu mangsa.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Filem komedi antara yang sering mendapat tempat di hati penonton masyarakat Malaysia kerana rata-rata daripada kita menonton genre seperti ini untuk berhibur dan bersantai tanpa perlu memeras otak untuk berfikir.
Playing With Fire lakonan John Cena, Keegan-Michael Key, John Leguizamo dan Brianna Hilderbrand membuka tirai 2020 dengan lagak komedi santai yang pastinya sangat sesuai ditonton seisi keluarga buat mengisi masa lapang dan merapatkan lagi hubungan di antara satu sama lain.
Filem ini mengisahkan tentang sepasukan anggota bomba terpaksa menjaga tiga orang beradik yang mereka telah selamatkan daripada kebakaran dan tanpa disedari, mereka berhadapan detik sukar untuk mengawal ketiga-tiga beradik nakal itu.
Seperti yang korang tahu, sebelum ini John Cena merupakan seorang ahli gusti yang popular sekitar awal tahun 2000-an dahulu. Kalau lihat lagaknya yang garang dan serius tu, korang hampir tak percaya jika lelaki ini mampu melakonkan watak komedi dengan baik sekali.
Boleh dikatakan satu panggung terhibur dengan aksi lucu yang dibawa oleh John Cena bersama rakan-rakannya dalam filem ini. Ada sahaja babak yang bikin korang nak tergelak.
Walaupun jalan ceritanya agak cliche, tapi macam kami katakan tadi, untuk hiburan santai dan mengisi masa lapang bersama orang tersayang, why not korang try menonton filem ini. Memang sempoi habis. Dari awal cerita sampailah akhir, memang kami terhibur.
Malah, lebih gempak lagi apabila filem ini turut menggunakan lagu BTS yang bertajuk Fire sebagai muzik latar.
Menurut laporan Koreaboo sebelum ini, John Cena menjelaskan bahawa pengarah filem tersebut bertanggungjawab terhadap keputusan bagi memilih lagu tersebut untuk dimuatkan dalam filem itu.
Nah, kalau korang bukan Army pun, korang akan terhibur menonton Playing With Fire. So guys, weekend ni bolehlah beramai-ramai serbu panggung wayang, yeah!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebuah lagi filem seram bakal menemui penonton di pawagam pada 15 April ini, The Unholy yang diadaptasi berdasarkan novel popular ‘Shrine’ karya James Herbert.
Filem yang dibintangi oleh Jeffrey Dean Morgan, Katie Aselton, William Sadler, Cricket Brown, Diogo Morgado, Cary Elwes menceritakan tentang seorang wartawan yang bernama Gery Fenn cuba untuk menghidupkan kembali kerjayanya dan berhijrah ke bandar kecil New England untuk menyiasat.
Fenn menemui seorang gadis muda yang cacat pendengaran dikenali sebagai Alice. Namun selepas dikunjungi ‘Virgin Mary’, dia mampu mendengar, berbicara dan menyembuhkan penyakit. Berita mengenainya tersebar, dan ramai orang datang untuk melihat keajaibannya.
Daripada keajaiban itu rupa-rupanya tersembunyi sebuah rahsia yang dapat dirungkai oleh lelaki itu. Fenn berusaha untuk membantu Alice dan masyarakat di sekitar Benfield agar tidak terpedaya dengan ‘Virgin Mary’ itu.
Filem ini memaparkan kepercayaan yang dianuti oleh agama Kristian yang menyanjung ‘Bonda Tuhan’ mereka iaitu Mary. Marry dianggap mampu memberikan keajaiban kepada masyarakat yang mempercayai kewujudannya dan melihatkan kepada penyembuhan Alice dan seorang lagi kanak-kanak lelaki cacat yang sudah boleh berjalan, ramai yang menyanjung dan memuja ‘Bonda Tuhan’ itu.
Jalan cerita filem ini boleh dikatakan straight forward dan tidak akan membuatkan penonton tertanya-tanya kerana semuanya telah disusun dengan baik. Pada mulanya, kami juga terfikir apakah konflik filem ini kerana diawalnya semuamya seperti ‘baik-baik’ sahaja. Bermula dengan agak perlahan, The Unholy berjaya mengalihkan semula perhatian penonton untuk lebih fokus melihat apakah yang akan berlaku seterusnya.
Apa yang menariknya, diakhir filem ini ada tertulis mesej yang bermaksud lebih kurang “jangan mempercayai musang berbulu ayam yang menggunakan agama untuk memperdayakan orang lain”. Tiba-tiba kami terfikir tentang isu yang sering disebut oleh masyarakat Malaysia, si ‘penunggang agama’. Tak sangka pula ‘mat salleh’ pun ada yang ‘menunggang agama’. Hiks!
Jangan lupa saksikan The Unholly yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 15 April 2021. Selamat menonton!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan mudah untuk menumpaskan pemain badminton nombor satu dunia.
Namun, Datuk Lee Cong Wei berjaya membuktikan kepada semua peminat badminton negara dan kepada para junior beliau bahawa tiada apa yang mustahil.
Petang tadi, pemain badminton nombor satu negara itu telah memenangi pingat emas Komanwel ketiga beliau dalam acara perseorang setelah berjaya menundukkan pemain nombor satu dunia dari India, Kidambi Srikanth.
Kejayaan 21-19, 14-21 dan 14-21 itu juga berlaku selepas hanya 3 hari Srikanth ditabalkan sebagai pemain nombor satu dunia dalam kategori perseorang lelaki. Berbanding Srikanth, Datuk Lee Chong Wei pula kini menduduki ranking ketujuh dunia dan – guess what – berusia sedekad lebih tua daripadanya.
Walaupun ketinggalan pada set pertama selepas Srikanth mendahului dengan 21-19, beliau yang dilihat sinonim dengan gaya permainan ‘warm up dulu, baru kita kalahkan’ itu memenangi set kedua dan set penentuan dengan begitu bergaya!
Sejurus selepas memenangi rally terakhir itu, Datuk Lee Chong Wei terus terbaring di atas gelanggang dan meraikan kejayaan tersebut dengan kegembiraan dan rasa tidak percaya.
Pada usia 35 tahun, beliau kini semakin dekat dengan usia persaraan daripada dunia badminton. Kini setelah berjaya mengumpul 3 pingat emas dari Sukan Komanwel dan 3 pingat perak dari Sukan Olimpik, Malaysia dilihat masih tercari-cari siapakah pengganti terbaik untuk meneruskan perjuangan beliau.
“Saya tahu betapa pentingnya pingat emas ini kepada Malaysia. Saya memenanginya untuk seluruh pasukan Badminton negara,” kata beliau kepada rakan media.
There’s no excuse from hard work & determination to reach the goals you set for yourself. Thank you Malaysia ?? pic.twitter.com/HQX2JpB8Pd
Annie ALLDAY PROJECT tampil menjelaskan isu e-mel universiti selepas peminat menghubunginya secara peribadi, sekali gus menekankan kepentingan privasi dan saluran komunikasi yang sesuai.