Kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu yang pernah menggemparkan negara akhirnya menerima keputusan di Mahkamah Tinggi. Seorang bekas pelajar berusia 20 tahun dijatuhi hukuman penjara seumur hidup serta 12 kali sebatan selepas didapati bersalah membunuh Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, pada Mac tahun lalu.
Menurut laporan Harian Metro, dalam prosiding hukuman yang dibacakan Hakim Datuk Duncan Sikodol, 12 lagi tertuduh yang masih berstatus bawah umur turut dijatuhkan hukuman penjara selama diperkenankan Yang Dipertua Negeri Sabah. Semua 13 tertuduh berusia 16 hingga 19 tahun itu sebelum ini disabitkan bersalah di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 atas tuduhan membunuh secara bersama-sama.
KOMPLEKS Mahkamah Tawau
Tragedi hitam ini berlaku di asrama Kolej Vokasional Lahad Datu apabila mangsa, yang mesra dipanggil ‘Ijat’, ditemui mati selepas dipercayai dipukul beramai-ramai oleh rakan sendiri. Insiden berlaku di dua bilik asrama, 7 Resak dan 5 Belian, antara jam 9 malam 21 Mac hingga 7.38 pagi 22 Mac tahun lalu. Difahamkan, kejadian berpunca daripada perselisihan faham berhubung isu kehilangan wang milik dua daripada tertuduh.
Ads
Kisah Ijat menjadi titik hitam dalam dunia remaja apabila perselisihan kecil bertukar menjadi tragedi yang meragut nyawa. Keluarga mangsa kehilangan seorang anak yang masih muda dan berpotensi besar, manakala 13 remaja lain pula kehilangan masa depan mereka akibat tindakan yang tidak berfikir panjang.
SERAMAI 13 pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu di Tawau, Sabah didapati bersalah kerana membunuh rakan asrama mereka dalam kejadian pada Mac 2024. – Foto Media Sosial
Hakim dalam penghakiman menegaskan, hukuman berat ini bukan sahaja memberi pengajaran kepada tertuduh tetapi juga kepada masyarakat umum — bahawa budaya buli, keganasan dan mengambil undang-undang di tangan sendiri boleh membawa padah yang besar.
Ads
Buat pembaca remaja, kisah ini wajar dijadikan sempadan. Masalah kecil jangan dibiar menjadi besar hingga meragut nyawa. Elakkan budaya gengsterisme, buli dan pukul beramai-ramai kerana ia bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah boleh merosakkan masa depan diri dan keluarga.
Beberapa hari lepas bermula seperti hari-hari biasa buat seorang mekanik jalanan yang lebih dikenali sebagai Brother Minyak Hitam Jalanan. Setiap hari selepas jam 5 petang, beliau akan singgah di sekitar kawasan Tasik IKEA Damansara sebelum pulang ke rumah untuk mengambil stok minyak hitam yang dijual kepada pelanggan setia.
Rutin ini sudah sebati dengan hidupnya. Walaupun tidak mewah, hasil titik peluh itu cukup untuk menyara keluarga. Namun, petang tersebut bertukar menjadi satu pengalaman yang tidak pernah dirancang satu kisah yang menguji hati dan keikhlasan.
Terkandas Di Lebuhraya LDP
@minyakhitamjalanan_ Cerita ptg semalam, mase tu aku dekat tasik Ikea Damansara, mmg lepas pukol 5ptg aku selalu akan balik rumah dulu amik minyak hitam yang dah jual di tasik Ikea, aku baru je nak jalan ade seorg abg ni call.. Abg: Assalamualaikum abg, boleh tolong ke rantai saya tersangkut, dekat spoket blkg, boleh ke abg tolong saya.. 🧑🏻🔧: w’asalam ye abg, abg bagi location & gambar dekat mana.. Abg food: baik abg, nanti saya bagi location & gambar.. saya pun dah tak tahu nak buat ape ni, ade dua tiga org berti tapi tak blh nak buat.. ” Abg ni bagi location, aku tgok location dekat highway LDP, aku video call dia, sekali jalan sekali aku nak balik rumah” 🧑🏻🔧: ok abg tunggu kjap dalam 3 4min saya sampai.. Abg food: baik abg saya tunggu abg tepi jalan ni.. ” Aku sampai² je dia cakap dgn aku” Abg food: rantai tersangkut abg, saya jatuh motor dekat depan tu selamat la takde kerata blkg saya tadi, 🧑🏻🔧: alhamdulillah selamat abg takde ape² sgt.. Abg food: abg bukak rantai tu, nanti saya suruh kawan saya datang tolak dekat ruma.. barang saya dah beli tapi takde Mase nak pasang.. ” Dalam hati aku cakap, dia ni tak cukup duit ni, dgn brak pad pun abis langsung, aku Tuka brak pad dia, dalam 2 3min dia call isteri mungkin suruh bank in..sebab tadi dia kata saya baru dua Oder abg, ni pun Oder rm3.50 je, dalam hati aku, takpe mungkin rezeki abg ni, aku pakai la duit infaq sebelum ni ade lagi.. dia btl² memerlukan.. aku dah siap Tuka brek pad dia, abg sekali la Tuka rantai.” ” Aku pun Tukar rantai ape semua, sekali tgok muke dia macam cerita papa Zola plk, aku pun cakap la tak payahlah bayar anggap la rezeki, Ya Allah dia terus menangis 😭, aku pun sekali menangis 😭 Allahu Akbar 😔” “Aku jalankan amanah orang yang sungguh berat bagi aku, ya Allah engkau permudahkan urusan abg ni & terus kuat mencari nafkah amin²🤲🏻” #fyp#alhamdulillah#masukberandafyp♬ original sound – romiez
Dalam perjalanan pulang, telefon bimbitnya berdering. Di hujung talian, seorang rider penghantar makanan meminta bantuan.
Motosikalnya mengalami kerosakan apabila rantai tersangkut pada sprocket belakang, menyebabkan dia terkandas di Lebuhraya LDP.
Beberapa individu lain telah cuba membantu, namun usaha mereka tidak berhasil. Tanpa berfikir panjang, Brother Minyak Hitam Jalanan membuat keputusan untuk berpatah balik walaupun hari sudah lewat dan tenaganya hampir habis.
Setibanya di lokasi, rider tersebut memaklumkan bahawa motosikalnya sempat terjatuh. Mujur ketika kejadian, tiada kenderaan lain berada di belakang.
Pemeriksaan lanjut mendapati brek pad sudah habis sepenuhnya dan keadaan motosikal tersebut jelas tidak lagi selamat untuk ditunggang.
Dengan nada sayu, rider itu berkongsi bahawa hari tersebut amat sukar buatnya. Dia hanya menerima dua pesanan sepanjang hari, dan salah satu daripadanya bernilai hanya RM3.50.
Pendapatan yang sedikit itu masih perlu dikongsi untuk menampung keperluan keluarga.
Bila Bantuan Datang Tanpa Mengharap Balasan
Melihat keadaan itu, Brother Minyak Hitam Jalanan tidak banyak bertanya. Dengan wang infaq yang masih ada padanya, beliau terus menukar brek pad dan membaiki rantai motosikal tersebut di tepi lebuh raya.
Apabila kerja selesai, rider itu bersiap untuk menghubungi isterinya bagi urusan bayaran. Namun dengan lembut, bantuan itu ditolak.
“Tak payah bayar. Anggaplah ini rezeki.”
Kata-kata ringkas itu cukup untuk meruntun perasaan. Rider tersebut tidak mampu menahan air mata. Suasana di tepi lebuh raya yang sibuk tiba-tiba menjadi hening dan penuh emosi.
Doa dipanjatkan agar Allah SWT mempermudahkan urusan rider itu, meluaskan rezekinya, dan memberinya kekuatan untuk terus mencari nafkah yang halal.
Bagi Brother Minyak Hitam Jalanan, bantuan itu hanyalah amanah kecil yang Allah titipkan kepadanya.
Rezeki Itu Milik Allah
Kisah ini menjadi peringatan bahawa dalam kesibukan hidup dan tekanan ekonomi, masih wujud insan yang sanggup membantu tanpa mengharapkan balasan. Keikhlasan seperti inilah yang sering membuka pintu rezeki dengan cara yang tidak disangka.
Semoga kisah Brother Minyak Hitam Jalanan ini terus menjadi inspirasi kepada kita semua bahawa rezeki bukan sekadar wang, tetapi juga peluang untuk berbuat kebaikan kerana sesungguhnya, rezeki itu milik Allah SWT.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, satu kisah menyentuh hati mengenai seorang pelajar MRSM Pengkalan Chepa yang mendapat keputusan cemerlang 9A dalam SPM namun tidak dapat hadir mengambil slip keputusan akibat kekangan kewangan, telah mendapat perhatian Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Menerusi satu hantaran di Facebook miliknya, beliau meluahkan rasa pilu terhadap nasib pelajar tersebut dan berjanji bahawa MARA akan tampil membantu.
“Pilu mendengar kisah pelajar yatim dan miskin 9A MRSM Pengkalan Chepa tak pergi ambil keputusan SPM sebab kekangan wang.
“MARA akan tanggung pelajar ini sampai universiti hatta ke luar negara,” tulisnya.
Beliau turut memaklumkan bahawa pihaknya telah mengarahkan Ketua Pengarah MARA untuk segera mengumpulkan semua pelajar cemerlang MRSM dari seluruh Malaysia, termasuk penerima bantuan pendidikan MARA (BUDI) dalam kalangan pelajar miskin tegar yang memperoleh keputusan straight A’s.
“InsyaAllah, saya sudah arahkan Ketua Pengarah MARA untuk kumpulkan segera semua pelajar cemerlang MRSM seluruh Malaysia termasuklah penerima bantuan pendidikan MARA (BUDI).
“Dikalangan pelajar miskin tegar yang dapat staight As untuk saya bertemu dan diadakan satu program khas untuk menerangkan peluang-peluang yang MARA akan tawarkan dalam bidang-bidang strategik yang memenuhi keperluan kerjaya masa depan.
“Bagi pelajar-pelajar miskin yang cemerlang seperti ini, MARA akan bimbing mereka untuk sambung pengajian hingga ke luar negara. Sebagaimana yang selalu saya tekankan pada pelajar-pelajar HANYA ILMU SAHAJA BOLEH MERUBAH KEHIDUPAN diri, keluarga dan masyarakat,” coretnya.
Dr Asyraf turut menegaskan komitmen beliau untuk terus memperjuangkan nasib anak-anak bangsa yang kurang bernasib baik.
“InsyaAllah amanah ini akan saya galas untuk membela lebih ramai anak bangsa yang kurang bernasib baik sebelum ini,” katanya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: FB Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seramai 13 pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) berdepan detik mencemaskan apabila bas ekspres yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan awal pagi tadi.
Dalam kejadian sekitar jam 1 pagi di Kilometer 161.5 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah timur, bas tersebut telah melanggar belakang sebuah treler hingga menyebabkan kenderaan berat itu terbabas ke dalam longkang berhampiran.
Keseluruhan 28 penumpang dalam bas ekspres itu, termasuk 13 pelajar UMPSA, bagaimanapun dilaporkan selamat dan telah dipindahkan ke sebuah bas lain untuk meneruskan perjalanan ke Terminal Sentral Kuantan.
Naib Canselor UMPSA, Prof Dr Yatimah Alias, turut mengesahkan insiden berkenaan.
“Pihak kami menerima laporan bahawa 13 pelajar UMPSA menaiki bas dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Kuala Lumpur pada jam 8.30 malam menuju hentian bas UMPSA Gambang.
“Mereka terbabit dalam kemalangan pada kira-kira jam 1 pagi di Maran,” jelasnya.
Beliau menambah bahawa pihak universiti bersyukur kerana kesemua pelajar selamat dan telah tiba di kampus sekitar jam 4 pagi.
“Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMPSA serta Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) memberikan bantuan segera kepada 13 pelajar terbabit yang tiba di Masjid UMPSA Gambang termasuk makanan, sokongan emosi serta tempat kediaman sementara,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai memaklumkan siasatan awal mendapati bas tersebut melanggar belakang treler ketika kedua-dua kenderaan sedang menuju ke arah Kuantan.
“Kejadian berlaku ketika bas bergerak di lorong kiri dan pemandunya dipercayai hilang kawalan lalu merempuh treler di depannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau turut mengesahkan tiada kecederaan dilaporkan, dan kesemua penumpang telah dipindahkan ke bas gantian.
Tambah Kim Wai, siasatan awal mendapati punca kemalangan adalah kerana pemandu bas gagal mengekalkan jarak selamat, dan kes kini disiasat mengikut Peraturan 10 LN 166/59 iaitu gagal mengawal kenderaan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: BH Online
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!