Foto Hiasan : UCA News https://www.ucanews.com/news/caution-as-mass-attendee-tests-positive-for-covid-19-in-malaysia/89908

 

Akhirnya, satu perkembangan yang membolehkan kita sebagai rakyat Malaysia menarik nafas lega.

 

Tapi itu tidak bermaksud kita boleh terus melupakan prosedur operasi standard atau SOP yang perlu sentiasa dikekalkan.

Mengikut ciapan yang dihantarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi akaun Twitter rasminya, kes terbaru COVID-19 yang direkodkan pada hari ini adalah catatan terendah bagi tahun 2021, setakat hari ini.

IKLAN

Jika korang masih ingat, Malaysia kembali mencatatkan jumlah kes baru COVID-19 yang drastik sejak awal tahun ini sehinggakan ada yang mencapai angka 5000.

Setelah pesanan demi pesanan diberikan oleh pihak berkuasa dan ditambah pula dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kembali dilaksanakan, AKHIRNYA Malaysia berjaya juga merendahkan jumlah kes baharu sehingga ia mencecah di bawah angka 1000 pada hari ini, 29 Mac 2021.

Kali terakhir kita mencapai statistik sebegini adalah pada 9 Disember 2020.

IKLAN

Tinjauan terhadap respon yang diberikan oleh warganet rata-rata mengucapkan rasa syukur terhadap berita tersebut.

Masing-masing mengharapkan agar rakyat Malaysia tidak mudah alpa dan mengekal momentum ini agar Malaysia kembali mencatatkan sifar kes baharu seperti sebelum ini.

Tahniah Malaysia! Kes Baharu COVID-19 Terendah Sejak Awal Disember

IKLAN

Biarpun ramai sudah mula melihat ‘ada sinar’ bagi rakyat Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung halaman sekiranya jumlah kes baharu semakin rendah hari demi hari, namun ramai juga yang merasakan mungkin terlalu awal untuk kita kembali membuka sempadan di antara negeri serta membenarkan rakyat merentas.

Apa pendapat korang, adakah kita sudah bersedia untuk merentas negeri?

ARTIKEL BERKAITANKalau Dah Positif COVID-19 Perlu Ambil Vaksin Lagi Ke? Doktor Ini Beri Penjelasan – REMAJA

BACA LAGIRamai Keliru, Boleh Ke Ambil Vaksin Di Bulan Puasa. Ini Penjelasan Menteri Agama – REMAJA

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI