Penyanyi lagu sensasi Bae Soba Bae, Eda Ezrin dan suaminya serta empat individu lain hari ini dibebaskan oleh Mahkamah Wilayah Narathiwat atas pertuduhan memiliki 6,059 pil yaba (pil kuda).

Keputusan tersebut dibuat panel dua hakim setelah mendengar penghujahan penghakiman dan keterangan daripada kesemua tertuduh.

Hakim Wilayah Narathiwat juga memaklumkan kesemua tertuduh tidak perlu lagi menjalani hukuman tambahan lain atas kesalahan memasukkan dadah ke dalam tubuh badan kerana mereka telah menjalani hukuman penjara selama lebih empat bulan serta telah menjaga tingkah laku dengan baik ketika bergelar penghuni penjara dalam tahanan.

Biarpun begitu, keenam-enam tertuduh masih tidak boleh dibebaskan dari penjara. Mengikut proses perundangan, pihak pendakwaan masih boleh mengemukakan kepada mahkhamah berhubung keputusan itu.

Ads
Kes Miliki 6,059 Pil Kuda: Eda Ezrin & 5 Tertuduh Bebas Tapi Masih Perlu Berada Di Penjara 1-4 Bulan
Penyanyi, Eda Ezrin.

Eda, 30 atau nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail menggemparkan negara pada 1 November tahun lalu setelah dirinya dan lima lagi individu ditahan dalam serbuan di sebuah hotel dekat Golok kerana dituduh memiliki ribuan pil kuda.

Selain Eda, turut berdepan pertuduhan ialah suami Eda iaitu Mohd Affendi Ahmad, 35; Mohamad Alif Deraman, 33; Nur Aida Mamat, 33 serta pasangan Erdeka Mohd Noor, 33 dan Zuhaira Nasri, 26.

Ads

Menurut Hakim, siasatan mendapati tiada bukti yang boleh mengaitkan sejumlah dadah itu dengan kesemua tertuduh.

Ads

Malah, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadia juga tidak menunjukkan bekalan dadah itu dibawa oleh mereka. Sebaliknya, rakaman CCTV menunjukkan bekalan dadah dibawa masuk oleh tiga individu lain.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik. 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI